Connect with us

INFO

BAKA KUDA P3RANG MILIK RASULULLAH SAW, Kuda Berasal Dari Turki Dikatakan Sebagai Kuda Tercantik Dan Termahal Di Dunia Dengan Harga RM8 Billion

Published

on

7tfgio

BAKA KUDA P3RANG MILIK RASULULLAH SAW, Kuda Berasal Dari Turki Dikatakan Sebagai Kuda Tercantik Dan Termahal Di Dunia Dengan Harga RM8 Billion

Pengguna media sosial gempar apabila beberapa pengendali laman Facebook menyebarkan gambar ‘kuda emas’ dari baka Akhal-Teke yang dikatakan sebagai tercantik di dunia. Mereka antara lainnya mendakwa kuda yang berasal dari Turki itu merupakan baka dari kuda p3rang milik Nabi Muhammad saw

“Kuda ni berasal dari Turki dikatakan sebagai kuda tercantik di dunia (dan) rekod harga kuda paling mahal di dunia ialah RM8 billion iaitu baka kuda p3rang milik Rasulullah SAW” memetik kenyataan di status tersebut.

images 2

Paling menarik mereka turut melampirkan kisah bagaimana kuda tersebut terpilih sebagai binatang tunggangan Nabi Muhammad saw ketika p3rang. “Suatu ketika, 40 ekor kuda dikuar@ntin dan diberikan makan tanpa diberi air untuk satu tempoh tertentu untuk tujuan pemilihan baka. Suatu hari 40 ekor kuda ini dibawa ke satu kawasan oasis, di sana Rasulullah melepaskan semua 40 ekor kuda yang dahaga tersebut.

“Sebelum sempat 40 ekor kuda sampai dig!gi oasis tersebut, lalu Rasulullah saw memanggil kesemua kuda-kuda tersebut dengan isyarat tertentu. “Dari 40 ekor kuda tersebut, hanya 4 ekor kuda sahaja yang berpaling dan berlari semula kepada Rasulullah SAW tanpa mempedul!kan air tersebut, walaupun ia tersangat dahaga.

Maka 4 ekor kuda inilah yang dipilih oleh Rasulullah SAW sebagai kuda p3rang Baginda, kerana kuda ini setia yang rela berk0rban demi pemiliknya iaitu Rasulullah SAW,” katanya memetik sebagai berkata. Bagaimanapun SuaraTV tidak dapat memastikan kesahihan dan kebenaran kisah tersebut kerana tidak dinyatakan sumber dari mana kisah tersebut dipetik. Namun hasil carian yang dilakukan mendapati kuda dari baka Akhal-Teke memang terkenal antara yang paling cantik dan mahal.

Berikut adalah catatan ringkas mengenai kuda tersebut:

Akhal-Teke adalah sejenis baka kuda yang berasal dari Turkmenistan yang terkenal kerana pantas, lasak, cerdik, serta unik dengan bulu yang ‘berkilat’ sehingga dikenali dengan jolokan “Kuda Emas”. Kuda ini sesuai dengan keadaan iklim yang melamp@u, malah dipercayai sebagai antara baka kuda tertua yang masih wujud.

Kuda dari baka ini dikatakan semakin pu pus apabila hanya terdapat sekitar 6,600 ekor di seluruh dunia, terutama sekali di Turkmenistan, Rusia, Eropah dan Amerika Utara.

kuda nabi muhammad

Kewujudan kuda ini mungkin telah muncul sejak 3000 tahun yang lalu. Ia dikenali dengan beberapa nama, tetapi paling nama yang sering digunakan ialah kuda Nisean. Puak asal Turkmenistan dikatakan menggunakan kuda Akhal-Teke untuk menyerbu dan pernah digunakan dalam pert3mpuran mel4wan Empayar Rusia yang berakhir dengan kek@lahan.

maxresdefault 1

Menurut sebahagian pendapat, kuda Akhal-Teke telah disembunyikan oleh puak setempat. Lokasi baka kuda ini membiak adalah di kawasan Turkmenistan iaitu di padang pasir Kara Kum. Padang pasir ini berbatu kawasan dataran gurun yang tandus serta dikelilingi oleh pergunungan.

Namun ada pendapat lain mend4kwa bahawa kuda-kuda ini adalah keturunan daripada kuda yang digunakan oleh kaum Monggol semasa melakukan s3rangan di kawasan pergunungan pada abad-13 dan abad ke-14. Suku kaum Turkmenistan merupakan antara masyarakat pertama mempelopori penggunaan kuda untuk meny3rang. Mereka memilih kuda terbaik sebelum dibiakkan.

Kaum ini turut membuat nota salasilah kuda mereka berdasarkan tradisi lisan. Kuda-kuda itu disebut “Argamaks” oleh Russia, dan amat diminati oleh para pengembara yang mengunjungi kaum ini. Pada tahun 1881, Turkmenistan telah menjadi sebahagian daripada Empayar Rusia. Suku-suku kaum ini telah berp3rang dengan pihak Tsar dan akhirnya memenangi pep3r@ngan tersebut.

Seorang jeneral Rusia, Kuropatkin, telah berjaya men@ngkap dan membiakkan baka kuda yang digunakan oleh suku kaum ini dan dinamakan sebagai kuda “Akhal-Tekes,” sempena suku Turkmen Teke yang tinggal berdekatan Akhal oasis.

Kerajaan Russia kemudiannya mencetak buku salasilah keturunan kuda pertama yang berjaya mereka biakkan adalah pada tahun 1941. Kuda baka Akhal-Teke, ini sering digunakan untuk disiplin berkuda Dressage, lompatan dan kuda lasak

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO

Rebah Selepas Sangka Sakit Gigi Biasa, Ibu 4 Anak Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Organ

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260915 154852 0000

Rebah Selepas Sangka Sakit Gigi Biasa, Ibu 4 Anak Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Organ

​Satu perkongsian yang amat menyayat hati baru-baru ini telah membuka mata ramai pihak mengenai bahaya jangkitan gigi yang kerap diabaikan, terutamanya bagi wanita hamil.

​Arwah Siti Nor Fitriah, 32, telah menghembuskan nafas terakhir akibat severe sepsis with multi-organ failure (jangkitan kuman teruk yang membawa kepada kegagalan pelbagai organ). Pemergian arwah yang berlaku secara mendadak meninggalkan duka yang mendalam buat suami dan keluarga.

​Sakit Gigi Disangka Simptom Biasa Kehamilan

​Setiap kali mengandung pada tahun 2018, 2021, 2023, dan 2025, arwah kerap mengalami sakit gigi. Seperti kebanyakan kita, arwah dan suami menyangka ia sekadar masalah biasa wanita hamil dan hanya mengambil ubat penahan sakit (Panadol). Kesakitan itu memang hilang selepas bersalin, namun rupanya kuman tersebut “bertapa” dan membiak secara senyap.

​Keadaan kesihatan arwah merosot dengan pantas apabila paru-paru gagal berfungsi, buah pinggang terjejas, dan jantung terhenti sebanyak dua kali sebelum disahkan meninggal dunia. Doktor pakar mengesahkan bahawa jangkitan kuman yang melumpuhkan organ-organ utama tersebut berpunca daripada masalah gigi yang dipendam bertahun-tahun.

​Mengapa Sakit Gigi Sangat Bahaya Untuk Ibu Hamil?

Perubahan Hormon Kehamilan: Peningkatan hormon progesterone dan estrogen menjadikan gusi lebih sensitif, mudah membengkak, berdarah (pregnancy gingivitis), dan terdedah kepada jangkitan.

Gigi “Sembuh” Sendiri Beralih Jadi Bahaya: Apabila sakit gigi tiba-tiba hilang tanpa sebarang rawatan doktor, ini bukan bermakna ia dah sembuh. Ia menandakan saraf gigi telah mati (necrotic pulp). Apabila saraf mati, rasa sakit hilang, tetapi bakteria di dalam akar gigi terus membiak dan membentuk nanah secara senyap.

Ancaman Sepsis (Jangkitan Dalam Darah): Kuman dari akar gigi yang dijangkiti boleh meresap masuk ke dalam aliran darah (bacteremia). Apabila ketahanan badan merosot, ia boleh mencetuskan tindak balas keradangan melampau ke seluruh tubuh (sepsis), merosakkan organ penting seperti paru-paru, jantung, serta buah pinggang.

​APA YANG PATUT KITA BUAT?

Guna Pemeriksaan Gigi Percuma: Setiap ibu hamil yang membuka buku pink di Klinik Kesihatan (KK) diberi rujukan terus ke Klinik Pergigian secara percuma. Manfaatkan peluang ini!

Jumpa Doktor Gigi Sebelum/Awal Hamil: Jika anda merancang untuk hamil atau sedang hamil, buat pemeriksaan gusi dan gigi secara menyeluruh.

Jangan Selalu “Bergantung” Pada Penahan Sakit: Ubat seperti Panadol hanya melegakan kesakitan luaran, bukan membunuh kuman di dalam akar gigi.

​Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Siti Nor Fitriah. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan iktibar buat kita semua agar lebih peka dengan kesihatan mulut. Al-Fatihah

Continue Reading

INFO

​”Tercapai Dah Hajat Abah Mu” — Bikin Sebak, Lelaki Wafat Selepas Subuh Di Masjid Tepat Hajat Hari Jumaat

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260913 230827 0000

​”Tercapai Dah Hajat Abah Mu” — Bikin Sebak, Lelaki Wafat Selepas Subuh Di Masjid Tepat Hajat Hari Jumaat

​Orang kata, bagaimana kehidupan kita sehari-hari, begitulah kemungkinan besar pengakhiran kita nanti. Pengakhiran arwah Haji Mazri Bin Hussin bukan sahaja menyentuh hati, malah menjadi iktibar dan jentikan jiwa buat kita yang masih bernyawa.

Perbualan Di Tepi Liang Lahad

​Semasa proses penggalian liang lahad dijalankan, seorang jemaah masjid tiba-tiba datang menghampiri dan memegang bahu anak lelaki arwah.

“Tercapai dah hajat abah mu,” bisik jemaah tersebut.

​Anaknya yang terkejut lantas bertanya, “Hajat apa?”

​Rupa-rupanya, sekitar 2 hingga 3 hari sebelum pemergiannya, arwah sempat berbual mesra dengan jemaah berkenaan. Arwah ada meluahkan satu dorongan rasa di hatinya:

“Rasanya semua dah dapat kat dunia ni. Satu je lagi tak dapat… Meninggal hari Jumaat.”

​Siapa sangka, kata-kata itu menjadi kenyataan. Allah SWT memakbulkan hajat terakhirnya tepat pada hari Jumaat, jam 7.20 pagi — sejurus selepas beliau selesai menunaikan solat Subuh berjemaah dan mengikuti kuliah Subuh di masjid.

Istiqomah Memakmurkan Rumah Allah

​Keindahan pengakhiran ini bukanlah satu kebetulan. Menurut perkongsian anaknya, arwah merupakan seorang yang sangat menjaga solat.

​Seluruh ahli keluarga menjadi saksi bahawa sepanjang hayatnya, arwah tidak pernah menunaikan solat fardhu di rumah. Beliau sentiasa berulang-alik ke masjid untuk solat berjemaah, walaupun ketika dalam permusafiran. Di rumah, beliau hanya menunaikan solat-solat sunat sahaja. Malah, amalan solat sunat Isyraq selepas Subuh sentiasa dipelihara dengan istiqomah.

Rindu Yang Tiada Penghujung

“Sebulan dah abah. Tak pernah selama ini kami tak tengok kelibat abah… Ya Allah, jagakanlah abahku di sana sebagaimana Engkau menjaga kami di dunia.”

​Sungguh, pemergian seorang ayah yang soleh meninggalkan kerinduan yang mendalam, namun meninggalkan kenangan paling manis buat bekalan ahli keluarga di dunia.

​Mari kita sama-sama hadiahkan Al-Fatihah buat Almarhum Haji Mazri Bin Hussin. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya, melapangkan kuburnya, dan menempatkan rohnya di dalam Syurga Firdaus bersama orang-orang yang beriman. Amin Ya Rabbal Alamin

Kredit asal: fatinmzri

Continue Reading

INFO

Pemergian kapten zainol afiq, Ratusan hadir iringi ke liang lahad

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260913 221418 0000

PENUMPANGAN TERAKHIR KAPTEN ZAINOL AFIQ BEE SHAM: SELAMAT BEREHAT DI NEGERI ABADI

​Suasana pilu dan hiba menyelubungi pekarangan Masjid Bandar Baru Senawang petang tadi apabila jenazah Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, selamat disolatkan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang (Forest Heights).

​Kehadiran sanak saudara, sahabat handai, serta ahli masyarakat setempat yang mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham dari masjid hingga ke liang lahad mencerminkan keperibadian Allahyarham yang amat disenangi ramai sepanjang hayatnya.

​Pemergian pada usia yang masih muda ini pastinya meninggalkan kenangan yang amat mendalam buat seluruh ahli keluarga dan rakan perjuangan. Semoga urusan pengebumian yang berjalan lancar ini menjadi tanda kasih sayang insan-insan di sekeliling Allahyarham.

​Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham. Semoga seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan, kesabaran, dan kekuatan jiwa dalam menghadapi ujian yang berat ini.

​Sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarham diampunkan segala dosanya, dicemburui kebaikannya, serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

​Al-Fatihah. 🤲🏻

Kredit & Sumber Informasi: Bernama Radio, Harian Metro, chefhafizzam_offshore, afeq_dds

Continue Reading

Trending