Connect with us

INFO

Bidang Peruncitan Adalah Bisnes Utama Yang Masih Gagal Ditembusi Oleh Orang Melayu Walaupun Lahirkan Ramai Usahawan.

Published

on

uyfgbib

Bidang Peruncitan Adalah Bisnes Utama Yang Masih Gagal Ditembusi Oleh Orang Melayu Walaupun Lahirkan Ramai Usahawan.

Stigma ‘Melayu Malas’ dan ‘Melayu tidak kompeten’ dalam perniagaan terus menghantui orang Melayu hingga ramai orang Melayu terkandas dalam bisnes. Orang Melayu masih disalahkan dek kegagalan mereka dalam menguasai ekonomi. Hakikatnya, terlalu ramai orang Melayu yang ingin berniaga seperti bangsa lain. Lihat sahaja statistik pinjaman perniagaan dari badan berkaitan seperti MARA, TEKUN, PUNB, AIM dan lain-lain, anda akan mengakui kebenarannya.

Antara bidang bisnes keutamaan yang masih gagal ditembusi oleh orang Melayu ialah bidang peruncitan. Walaupun ramai usahawan Melayu telah cuba dilahirkan dari bidang ini, namun bidang ini terus dikuasai bangsa lain. Saya ambil contoh, cuba kita melawat ke pameran dan expo besar seperti MAHA, MIHAS, KUB dan sebagainya, kita akan dapati terlalu banyak produk berkualiti yang boleh diperolehi di sana. Ada produk yang boleh dikira menepati standard kualiti dan pembungkusan bertaraf antarabangsa. Dari kerepek kentang, air minuman, sardin dalam tin dan banyak lagi, semuanya berkualiti, keluaran syarikat Melayu.

Namun, jika produk ini bagus, di mana kita hendak membelinya selepas tamat expo itu? Adakah kita dapat membelinya di pasaraya, kedai runcit atau lain-lain? Tidak. Paling-paling pun kita terpaksa ke laman web syarikat atau mencari senarai pengedar bebas mereka di Facebook. Namun sebagai pengguna, setakat mana kita boleh terus membeli produk mereka jika susah kita nak dapatkan? Sekali, dua kali lepas itu kita pun malas nak beli sebab leceh nak dapatkan produk tersebut. Akhirnya, daripada niat asal kita nak sokong produk orang Melayu, akhirnya kita terpaksa beralih semula kepada jenama umum yang boleh didapati dengan mudah di pasaran.

Maka, produk-produk keluaran syarikat Melayu ini akan jadi lambakan di kilang dan gudang mereka sendiri, hingga akhirnya terpaksa tutup kedai akibat produk tak laku. Seterusnya, akan ada lagi syarikat Melayu baru yang mengeluarkan produk mereka sendiri, dan kitaran ini berulang hingga tak terkira bilangannya syarikat pengeluar produk runcit Melayu yang gulung tikar. Soalnya mengapa ini boleh terjadi jika produk mereka bagus dan menepati piawaian antarabangsa?

Menurut pengalaman dan pemerhatian saya sendiri yang pernah terlibat dalam bidang peruncitan, jawapannya ialah kerana orang Melayu gagal menguasai bidang pengedaran (distribution). Hari ini, kita lihat usahawan Melayu terlalu fokus dalam bidang pengeluaran. Masing-masing ghairah untuk mengeluarkan produk dengan jenama sendiri. Akhirnya terlalu banyak produk-produk yang hampir sama antara satu sama lain walaupun pasarannya kecil. Kerajaan juga terlalu fokus menyediakan bantuan kepada usahawan yang mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan produk sendiri tanpa melihat kepada prospek pasarannya.

d00beb36 9d5e 4818 84af dd397ff91dc2

Sebenarnya, perkara paling penting dalam sesuatu perniagaan ialah proses ‘route to market’, atau bagaimana sesuatu produk itu sampai ke tangan pengguna. Walaupun kita mengeluarkan suatu produk yang sangat bagus, kita akan gagal menguasai pasaran sekiranya kita tidak memahami proses rantaian pembekalan (supply chain) sesuatu perniagaan itu, dari proses mendapatkan bahan mentah untuk pengeluaran hinggalah ia sampai ke tangan pengguna. Kebiasaannya, syarikat Melayu hanya fokus kepada proses pengeluaran, tetapi gagal dalam proses pengedaran.

Walaupun banyak pelaburan dibuat bagi aktiviti pemasaran dilakukan, dari membayar duta produk hinggalah membeli ‘airtime’ stesen TV untuk pengiklanan, ianya tidak cukup sekiranya produk gagal melalui proses pengedaran yang membolehkan ia memasuki pasaran seterusnya sampai ke tangan pengguna. Anda sebenarnya boleh melihat banyak contoh-contoh produk yang diiklankan dengan bagus sekali tetapi bila anda ke pasaran untuk membeli produk tersebut, anda tidak menjumpainya di mana-mana.

Mengapa ini berlaku? Inilah masalah yang dihadapi syarikat Melayu. 90% dari syarikat pengedaran (distributor) barang-barang runcit adalah bukan milik orang Melayu. Kebanyakan pengedar runcit ini adalah dari kalangan bangsa Cina, mereka telah bertapak sejak sekian lama malah ada yang sebelum merdeka lagi, dan perniagaan mereka telah dijalankan turun temurun, ada yang sudah memasuki generasi ketiga hari ini.

Syarikat-syarikat pengedaran inilah yang menentukan kejayaan ‘route to market’ sesuatu produk. Walau syarikat pengeluar yang besar dan ternama sekalipun, mereka perlu melalui syarikat-syarikat ini untuk memastikan produk mereka menembusi pasaran. Lazimnya (bukan untuk bersifat rasis), bila sesuatu bidang perniagaan itu dikuasai bangsa tertentu, sudah pastilah keutamaan diberikan kepada bangsa mereka dan dengan kelebihan itulah mereka dapat menguasai pasaran. Syarikat-syarikat pengedaran ini mempunyai persatuan mereka sendiri yang menjadi ‘kartel’ bidang pengedaran runcit di negara ini.

Syarikat-syarikat pengedaran inilah yang berhubungan baik dengan ‘buyer’ (pembeli) pasaraya-pasaraya besar yang mana buyer ini pula merupakan ‘gatekeeper’ yang menentukan penyenaraian atau ‘listing’ sesuatu produk itu ke dalam rangkaian pasaraya mereka. Selain itu, syarikat-syarikat pengedaran ini turut mempunyai rangkaian yang baik dengan pemilik-pemilik kedai runcit dan pasaraya kecil di kawasan-kawasan liputan mereka. Disebabkan hubungan baik yang dijalin sekian lama, syarikat-syarikat pengedaran ini kadangkala boleh mempengaruhi mereka untuk menyenaraikan atau menyahsenaraikan sesuatu produk itu dari pasaran.

Oleh kerana syarikat pengeluar Melayu tidak mempunyai rangkaian yang baik dengan syarikat-syarikat pengedaran ini, maka amat susah untuk mereka menggunakan khidmat pengedaran syarikat-syarikat berkenaan. Malah, kebanyakan syarikat-syarikat pengedaran ini amat menekan syarikat pengeluar dengan margin yang tidak masuk akal dan meminta insentif-insentif pelik serta mengenakan caj-caj servis yang membebankan syarikat yang baru nak mulakan proses pengedaran seperti caj ‘forklift’, caj penyimpanan dan caj pallet.

Akhirnya, banyak syarikat Melayu yang tidak mampu menggunakan khidmat syarikat pengedaran dan terpaksa mencari pengedar bebas dengan kapasiti pengedaran dan liputan pasaran yang sangat kecil. Walaupun kini proses pengedaran boleh dibuat secara langsung kepada pengguna dengan adanya platform internet, kita harus akui bahawa pengedaran konvensional masih dan akan terus memainkan peranan penting bagi barangan runcit.

Penyelesaian bagi masalah ini walaupun agak sukar tetapi mesti dimulakan dari sekarang. Usahawan Melayu mesti beralih dari sekadar fokus kepada bidang pengeluaran dan pemasaran kepada bidang pengedaran. Halangan terbesar untuk orang Melayu menyertai bidang ini ialah modal. Proses pengedaran ini merangkumi beberapa aspek, antaranya ialah perolehan, pergudangan dan logistik. Ia memakan modal yang besar.

Sebagai contoh, untuk proses perolehan sahaja, ia memerlukan ratusan ribu RM bagi satu jenis produk saja untuk dibayar kepada pengeluar jika transaksi dijalankan dalam tunai. Bayangkan jika 20 produk, sudah pasti cecah jutaan RM, dalam masa sama perlu menyediakan perkhidmatan kredit pula kepada pasaraya dan kedai runcit, maka modal pusingannya sangat besar. Itu belum lagi kos menyediakan gudang yang lengkap dengan ‘pallet racking’ dan ‘forklift’ untuk mengangkat barang. Bagi logistik pula, syarikat pengedaran perlu mempunyai lori mereka sendiri. Jika mereka ‘outsource’ logistik mereka, kos akan menjadi lebih tinggi walaupun ianya memudahkan dari segi proses.

Saya yakin, dengan modal jutaan RM, tak ramai orang Melayu mampu dan berani ceburi bidang peruncitan. Di sinilah perlunya peranan kerajaan melalui bantuan modal dari agensi berkaitan seperti yang disenaraikan tadi. Sepanjang pengetahuan saya, hanya PUNB yang ada dana khusus untuk bidang pemborongan dan peruncitan. Namun, tak banyak orang Melayu yang mohon kerana kurang keberanian, pengalaman dan jaringan.

Justeru, di peringkat usahawan, apa yang perlu kita lakukan? Ya, kita perlu wujudkan rangkaian perniagaan yang besar. Bulan lepas, saya berkesempatan bertemu dengan Tan Sri Mat Shah Safuan, usahawan Melayu terkenal, Pengerusi Safuan Group Holdings yang juga Pengerusi PERDASAMA, sebuah persatuan yang menghimpunkan usahawan Melayu. Beliau juga menekankan tentang pentingnya diadakan lebih banyak jaringan perniagaan di kalangan usahawan Melayu untuk kita wujudkan rantaian pembekalan yang lebih besar.

Kita perlu kurangkan fokus mengeluarkan produk-produk baru yang sama jenis. Sebaliknya, kita perlu kumpulkan semua produk keluaran Melayu berkualiti pelbagai jenis bawah satu jenama yang sama melalui penubuhan sebuah syarikat konsortium dengan sokongan pihak kerajaan.

Model ini telah berjaya dilakukan di Bangladesh oleh syarikat PRAN. PRAN adalah sebuah syarikat yang berjaya mengumpulkan pelbagai produk runcit keluaran rakyat Bangladesh di luar bandar di bawah satu jenama dan hari ini PRAN telah berjaya menguasai pasaran 118 buah negara termasuk Malaysia dengan nilai jualan melebihi USD500juta setahun. Bila kita berjaya mewujudkan sebuah jenama yang kuat, kita akan mempunyai kuasa untuk menembusi pasaran.

Selain itu, bagi pengguna Melayu, kita perlu sokong rangkaian perniagaan runcit orang Melayu. Kita perlu utamakan membeli barangan keluaran syarikat Melayu dari rangkaian pasaraya Melayu seperti MYDIN Malaysia, Ikhwan Mart, Azzainmart dan lain-lain. Jika kita boleh berbuat demikian, kita akan membantu meluaskan pasaran produk Melayu dan membina ekonomi orang Melayu dengan lebih kukuh agar kita boleh membina rangkaian pembekalan kita sendiri tanpa dibuli oleh syarikat-syarikat pengedar bangsa lain.

Inilah juga model yang digunakan oleh sahabat Rasulullah, Abdul Rahman Auf yang berjaya menguasai ekonomi Madinah yang sebelumnya dimonopoli kaum Yahudi dengan membina jaringan perniagaan orang Islam yang besar dan kukuh. Di Malaysia, orang Melayu adalah pengguna terbesar dengan lebih 60% pasaran dan jika kita menggunakan sepenuhnya kelebihan ini, saya yakin ekonomi orang Melayu akan lebih baik di masa depan.

Wallahualam.

#jihadekonomi

Kredit; Mohd Faizal Zulkifly

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO

Unik & Penuh Warisan! Pengantin Suku Jakun Peragakan Baju Perkahwinan Kulit Kayu Terap

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260919 083115 0000

Unik & Penuh Warisan! Pengantin Suku Jakun Peragakan Baju Perkahwinan Kulit Kayu Terap

​Siapa kata Orang Asli tak kreatif? Busana perkahwinan yang dihasilkan daripada kulit kayu pokok terap ini membuktikan kehebatan seni dan warisan masyarakat tempatan yang amat luar biasa!

​Memerlukan masa kira-kira enam bulan untuk disiapkan, pakaian ini mempamerkan ketelitian, kesabaran, dan kemahiran kraf tangan tradisi yang tinggi. Daripada proses mengambil kulit kayu, mengetuk, mengeringkan, sehinggalah membentuknya menjadi helaian kain yang berseni, semuanya memerlukan seni pertukangan yang sangat halus.

​Lebih membanggakan, busana yang sarat dengan identiti warisan ini digayakan sendiri oleh pasangan pengantin daripada suku kaum Jakun dari Pahang. Keindahan pakaian ini bukan sahaja menyerlahkan keunikan pada hari bahagia mereka, malah menjadi simbol kebanggaan terhadap asal usul dan budaya nenek moyang.

​Satu karya seni hidup yang wajar dipelihara agar tidak luput ditelan zaman. Cantik, unik, dan penuh nilai estetika!

Kredit Foto / Sumber: Threads @themoonn09

Continue Reading

INFO

Tanpa Baju Sanding & Makan Beradab, Konsep ‘Intimate Wedding’ 70 Tetamu di Masjid Sendayan Ini Dipuji Ramai

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260916 184821 0000

Tanpa Baju Sanding & Makan Beradab, Konsep ‘Intimate Wedding’ 70 Tetamu di Masjid Sendayan Ini Dipuji Ramai

Konsep perkahwinan intim (intimate wedding) semakin mendapat tempat dalam kalangan pasangan muda hari ini. Pendekatan yang praktikal, tenang, dan jimat ini membuktikan bahawa majlis yang bermakna tidak semestinya perlu mahal atau penuh dengan adat yang merumitkan.

​Berikut adalah hantaran bersesuaian dengan garis panduan standard komuniti Facebook (menggunakan teks mesra media sosial, emoji yang seimbang, serta hashtag relevan):

​KONSEP ‘INTIMATE WEDDING’ DI MASJID SENDAYAN

​Bila sebut pasal kahwin, ramai bayangkan majlis besar-besaran, baju sanding beberapa persalinan, dan majlis makan beradab yang meriah. Tapi berbeza dengan konsep intimate wedding ini—ringkas, tenang, dan sangat menjimatkan kos tanpa mengurangkan keberkatan majlis!

​Ringkasan Majlis:

Lokasi: Masjid Sendayan, Negeri Sembilan

Hari: Hari Bekerja (Weekday)

Jumlah Tetamu: 70 orang sahaja (keluarga & rakan terdekat)

Pakaian: Tiada baju sanding (cukup sepasang baju nikah yang ringkas & sopan)

Jamuan: Tiada meja makan beradab (jamuan santai bersama tetamu)

​KENAPA KONSEP INI SANGAT BERBALOI?

​Keindahan Senibina Masjid Sendayan

Seni bina Masjid Sendayan yang tersergam indah berunsurkan seni bina Islamik moden sudah cukup dijadikan latar belakang fotografi yang sangat memukau. Tak perlu risau nak sewa pelamin atau bina dekorasi yang mahal!

​Majlis Hari Bekerja (Weekday) yang Tenang

Mengadakan majlis pada hari bekerja mengurangkan kesesakan tempat letak kereta dan mengelakkan suasana bersesak-sesak. Perjalanan majlis jadi jauh lebih lancar dan tenang.

Fokus Kepada Tetamu Terdekat (70 Orang)

Dengan jumlah tetamu yang terhad, pengantin dapat melayan setiap tetamu dengan mesra dan berkualiti. Tiada lagi situasi pengantin tak sempat bertegur sapa dengan tetamu yang hadir.

​Penjimatan Bajet yang Ketara

Tanpa sewaan baju sanding, persediaan meja makan beradab, dan hiasan pelamin yang sarat, ribuan ringgit dapat dijimatkan. Duit penjimatan ini boleh digunakan untuk persediaan kehidupan selepas nikah atau deposit rumah!

​Perkahwinan itu simple, yang merumitkan kadangkala adalah ekspektasi sekeliling. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi buat pasangan yang sedang merancang majlis nikah secara bajet dan bermakna!

​Kredit: ainulamer

Continue Reading

INFO

Rebah Selepas Sangka Sakit Gigi Biasa, Ibu 4 Anak Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Organ

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260915 154852 0000

Rebah Selepas Sangka Sakit Gigi Biasa, Ibu 4 Anak Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Organ

​Satu perkongsian yang amat menyayat hati baru-baru ini telah membuka mata ramai pihak mengenai bahaya jangkitan gigi yang kerap diabaikan, terutamanya bagi wanita hamil.

​Arwah Siti Nor Fitriah, 32, telah menghembuskan nafas terakhir akibat severe sepsis with multi-organ failure (jangkitan kuman teruk yang membawa kepada kegagalan pelbagai organ). Pemergian arwah yang berlaku secara mendadak meninggalkan duka yang mendalam buat suami dan keluarga.

​Sakit Gigi Disangka Simptom Biasa Kehamilan

​Setiap kali mengandung pada tahun 2018, 2021, 2023, dan 2025, arwah kerap mengalami sakit gigi. Seperti kebanyakan kita, arwah dan suami menyangka ia sekadar masalah biasa wanita hamil dan hanya mengambil ubat penahan sakit (Panadol). Kesakitan itu memang hilang selepas bersalin, namun rupanya kuman tersebut “bertapa” dan membiak secara senyap.

​Keadaan kesihatan arwah merosot dengan pantas apabila paru-paru gagal berfungsi, buah pinggang terjejas, dan jantung terhenti sebanyak dua kali sebelum disahkan meninggal dunia. Doktor pakar mengesahkan bahawa jangkitan kuman yang melumpuhkan organ-organ utama tersebut berpunca daripada masalah gigi yang dipendam bertahun-tahun.

​Mengapa Sakit Gigi Sangat Bahaya Untuk Ibu Hamil?

​Perubahan Hormon Kehamilan: Peningkatan hormon progesterone dan estrogen menjadikan gusi lebih sensitif, mudah membengkak, berdarah (pregnancy gingivitis), dan terdedah kepada jangkitan.

​Gigi “Sembuh” Sendiri Beralih Jadi Bahaya: Apabila sakit gigi tiba-tiba hilang tanpa sebarang rawatan doktor, ini bukan bermakna ia dah sembuh. Ia menandakan saraf gigi telah mati (necrotic pulp). Apabila saraf mati, rasa sakit hilang, tetapi bakteria di dalam akar gigi terus membiak dan membentuk nanah secara senyap.

​Ancaman Sepsis (Jangkitan Dalam Darah): Kuman dari akar gigi yang dijangkiti boleh meresap masuk ke dalam aliran darah (bacteremia). Apabila ketahanan badan merosot, ia boleh mencetuskan tindak balas keradangan melampau ke seluruh tubuh (sepsis), merosakkan organ penting seperti paru-paru, jantung, serta buah pinggang.

​APA YANG PATUT KITA BUAT?

​Guna Pemeriksaan Gigi Percuma: Setiap ibu hamil yang membuka buku pink di Klinik Kesihatan (KK) diberi rujukan terus ke Klinik Pergigian secara percuma. Manfaatkan peluang ini!

​Jumpa Doktor Gigi Sebelum/Awal Hamil: Jika anda merancang untuk hamil atau sedang hamil, buat pemeriksaan gusi dan gigi secara menyeluruh.

​Jangan Selalu “Bergantung” Pada Penahan Sakit: Ubat seperti Panadol hanya melegakan kesakitan luaran, bukan membunuh kuman di dalam akar gigi.

​Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Siti Nor Fitriah. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan iktibar buat kita semua agar lebih peka dengan kesihatan mulut. Al-Fatihah

Continue Reading

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.