Connect with us

INFO

Renew Lesen Memandu Dan Roadtax Online Tanpa Perlu Ke Kaunter, Cara Daftar mySIKAP Untuk Bayar Saman JPJ

Published

on

Renew Lesen Memandu Dan Roadtax Online Tanpa Perlu Ke Kaunter Cara Daftar mySIKAP Untuk Bayar Saman JPJ

Renew Lesen Memandu Dan Roadtax Online Tanpa Perlu Ke Kaunter, Cara Daftar mySIKAP Untuk Bayar Saman JPJ

Cara Mudah Renew Lesen Memandu & Kenderaan Online di Portal JPJ & MyEG

Antara benda yang kita kena pastikan sebelum nak memandu adalah lesen memandu kita masih hidup dan boleh digunakan. Kalau lesen memandu kita dah melepasi tarikh luput, bermakna kenalah renew atau perbaharui lesen tersebut supaya tak adalah kena saman kalau-kalau ditahan polis semasa memandu dengan menggunakan lesen yang dah mati.

Walaupun kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih buka ketika Perintah Kawalan Pergerakan ni, kadang-kadang tu kita boleh jadi takut dan gelisah nak ke situ, lagi-lagi dengan kes positif Covid-19 yang tengah tinggi sekarang ni. Oleh itu, bagi mengelakkan daripada terdapat kes atau kluster di mana-mana cawangan, JPJ telah melaksanakan pembaharuan lesen memandu (LMM) dan lesen kenderaan motor persendirian (LKM) secara online.

Cara Renew Lesen Portal MySikap

JPJ telah memperkenalkan Portal mySIKAP di mana semua urusan dengan JPJ kini boleh dilakukan secara atas talian atau online. Selain pembaharuan lesen memandu dan roadtax, bayaran saman JPJ juga boleh menggunakan portal ini. Tapi sebelum korang nak buat semua tu, macam biasa lah kena daftar akaun baharu dulu.

TERKINI:

Urusniaga pembaharuan LMM dan LKM boleh dilaksanakan secara atas talian melalui portal MySikap, atau di kaunter JPJ secara temujanji atau melalui rakan strategik JPJ iaitu Myeg dan Pos Malaysia (bermula 9 Ogos 2021)
Pemandu dan pemilik kenderan diingatkan untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) termasuk Lesen Vokasional (GDL/PSV) yang telah tamat tempoh sebelum 30 September 2021.

Aktiviti pemantauan pematuhan dan penguatkuasaan oleh agensi penguatkuasa JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dilaksanakan bermula 1 Oktober 2021.

KEMAKINI:

Renew Lesen Dilanjutkan 11 November

Pelanjutan tempoh Pembaharuan Lesen Memandu Kompeten (CDL) & Lesen Vokasional Malaysia bagi Lesen Kenderaan Barangan (GDL) dan Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV *tamat tempoh bermula 13 Januari 2021.

Pelanjutan khas diberikan sehingga 11 November 2021

KEMASKINI:

Berita baik buat korang semua yang ada saman JPJ tu! Sempena Sambutan Ulang Tahun JPJ ke-75 tahun, JPJ ada bagi tawaran pengurangan pembayaran saman pada semua saman boleh kompaun yang masih lagi berkuatkuasa semasa tawaran tersebut. Tapi kes dalam sebutan mahkamah tidak termasuklah.

Kalau korang nak bayar kena cepat! Tawaran ini berkuatkuasa mulai 13 April hingga 11 Jun 2021 je iaitu selama 60 hari

Namun, tawaran ini diberikan kepada semua saman yang dikeluarkan bagi kesalahan berikut:

  • Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333)
  • Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334)
  • Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta
  • Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah dibawahnya,
  • termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam

Tawaran ini turut diberikan kepada semua saman-saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuatkuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh yang dinyatakan tadi.
Kat mana nak bayar ni? Diskaun ni korang boleh dapat dekat pejabat JPJ / Cawangan / UTC, kiosk ataupun portal JPJ Online (rujuk cara daftar di bawah)

Cara Daftar mySIKAP

Sebelum nak renew lesen, korang kena daftarkan akaun terlebih dulu dengan mengikuti cara-cara dekat bawah ni:

1. Layari laman web JPJ di SINI dan klik pada Log Masuk Kali Pertama.

Cara Renew Lesen Portal MySikap 1

2. Isikan semua maklumat yang bertanda * dan masukkan kod sekuriti seperti yang tertera.

Cara Renew Lesen Portal MySikap 2

3. Lepas dah pastikan semua maklumat yang diisi betul, tanda pada kotak pengesahan dan klik Hantar.

Cara Renew Lesen Mysikap

4. Akan keluar pop up window, dan pilih Ya.

Cara Renew Lesen Mysikap 1

5. Bila pendaftaran berjaya, korang akan dapat kata laluan pertama dalam e-mel. Boleh gunakan untuk log masuk nanti dan kata laluan pertama ni valid untuk 7 hari je. Lepas daripada 7 hari, kata laluan tersebut akan reset secara automatik dan korang kena daftar semula.

Cara Renew Lesen Portal MySikap 5

Cara Log Masuk mySIKAP Kali Pertama

  1. Pergi semula ke laman web JPJ: https://public.jpj.gov.my/
  2. Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan pertama yang korang terima dalam e-mel.
  3. Isikan kod sekuriti dan klik log masuk.
  4. Bila dah berjaya log masuk, korang kena tukar kepada password yang baru. Isikan semua soalan-soalan sekuriti.

Cara Renew Lesen Portal MySikap 6

5. Lepas dah tukar kata laluan baru, korang kena log masuk semula ke dalam akaun dengan kata laluan baru, dan dah boleh mula renew lesen!

Cara Renew Lesen Online

Jadi kalau korang nak renew lesen, dah tak perlu beratur panjang di mana-mana cawangan JPJ. Semuanya boleh buat dekat rumah je secara online melalui portal JPJ online @ mySIKAP.

Cara Renew Lesen JPJ di Portal mySIKAP

  1. Setelag log masuk, pilih menu Lesen Memandu
  2. Pilih submenu Pembaharuan Lesen Memandu
  3. Isikan maklumat pembaharuan lesen
  4. Buat pembayaran
  5. Semak dan buat pengesahan
  6. Selesai!

Cara-Cara Renew Lesen di Portal MyEG

Selain daripada portal mySIKAP, korang juga boleh renew lesen di MyEG. Cara-caranya adalah:

1. Layari laman web MyEG.

  • Kalau korang belum ada akaun, boleh daftar terlebih dulu di SINI.
  • Kalau dah ada akaun pula, boleh terus log masuk dengan mengisi ID Pengguna dan Kata Laluan yang betul di SINI.

2. Lepas dah berjaya log masuk, klik di bahagian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Cara Renew Lesen Portal MyEG

3. Kemudian pilih pula Baharui Lesen Memandu.

Cara Renew Lesen Portal MyEG 1

4. Bahagian ni yang paling penting. Pastikan korang isikan maklumat-maklumat di bawah ni dengan betul:

  • Nombor kad pengenalan
  • Kategori lesen
  • Tempoh pembaharuan (1 hingga 5 tahun)
  • Nombor telefon
  • E-mel
  • Kaedah pengambilan

Cara Renew Lesen Portal MyEG 2

5. Kadar bayaran kalau nak renew lesen mengikut kategori lesen, iaitu:

  • RM20.00/tahun untuk lesen B2, B & C.
  • RM30.00/tahun untuk lesen D dan ke atas.
  • RM120.00 untuk lesen semua kategori bagi bukan warganegara.

6. Ada 2 kaedah pengambilan yang korang boleh pilih iaitu secara pos atau ambil sendiri di pusat e-khidmat iaitu HQ MyEG di Petaling Jaya. Kalau korang tinggal jauh, lebih baik pilih pos je, lagi senang dan lagi selamat sebab tak perlu tunggu di tempat yang ramai orang.

  • Kalau pilih pos, korang kena isikan alamat lengkap supaya lesen yang baru selamat tiba dalam masa 2-5 hari.
  • Akan terdapat cas penghantaran bagi pilihan pos:

 

  • RM 6 – Lembah Klang
  • RM 8 – Semenanjung Malaysia
  • RM 10 – Sabah dan Sarawak

7. Lepas semuanya dah lengkap diisi, boleh klik Hantar dan boleh tunggu lesen sampai depan rumah!

Cara Renew Roadtax di Portal mySIKAP

1. Lepas dah log masuk dengan kata laluan baru, klik bahagian Kenderaan. Kemudian pilih Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM).

Cara Renew Lesen Mysikap 2

2. Isikan maklumat pembaharuan lesen.
3. Buat pembayaran.
4. Semak semula semua maklumat dan buat pengesahan.
5. Setel!

Jadi lepas ni dah tak payah pening-pening fikir nak kena beratur awal pagi untuk renew lesen. Semuanya boleh buat online je. Selain daripada lesen memandu, roadtax pun penting juga diperiksa sebelum nak memandu. Tapi satu benda yang susah dan leceh tentang roadtax ni adalah ia senang tercabut ataupun susah nak tanggal. Sebenarnya ada cara mudah nak tampal roadtax supaya tak ada kesan gam yang tertinggal di cermin bila nak cabut nanti.

Majalah ilmu: Semoga dapat membantu anda!

Sumber: mysumber.tv

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO

​“Yang langgar elok pula hidup!” – Kamal Adli berang dua beradik lumba kereta mewah, ragut nyawa empat sekeluarga

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260602 174236 0000

“Yang langgar elok pula hidup!” – Kamal Adli berang dua beradik lumba kereta mewah, ragut nyawa empat sekeluarga

SIKAP tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang menjadikan jalan raya awam sebagai litar lumba terus mengundang tragedi berdarah apabila empat nyawa sekeluarga yang tidak bersalah melayang dalam sekelip mata.

​Insiden menyayat hati yang berlaku di Kilometer 27, Jalan Renggam-Simpang Renggam, Johor itu turut mendapat perhatian pelakon popular, Kamal Adli.

​Kamal, 40, meluahkan rasa kesal dan berang dengan tindakan melulu pemandu terbabit yang langsung tidak memikirkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Kamal Adli Luah Rasa Bengang

​Menerusi hantaran di platform Threads, suami kepada aktres Uqasha Senrose ini menyifatkan perbuatan berlumba di jalan raya yang sibuk terutamanya ketika musim orang ramai pulang ke kampung sebagai satu tindakan yang tidak masuk akal.

“Memang bodoh boleh berlumba tengah jalan-jalan sibuk orang balik dari kampung! Sampai orang tak bersalah yang meninggal! Bodoh gila!

“Yang langgar elok pula hidup! Tempatkan mereka bersama orang-orang beriman,” tulisnya penuh emosi.

 

​Dalam pada itu, rata-rata netizen di ruangan komen turut bersetuju dengan kenyataan Kamal dan menzahirkan rasa simpati yang mendalam terhadap nasib malang yang menimpa keluarga berkenaan.

Kronologi Kemalangan Ngeri

​Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 1.15 tengah hari Isnin, kemalangan ngeri itu melibatkan lima buah kenderaan iaitu dua buah Mercedes-Benz A250, sebuah BMW 530e, Toyota Vios, Perodua Alza dan Proton Wira.

​Siasatan pihak polis mendapati kemalangan berpunca daripada tindakan dua kenderaan mewah yang dipandu secara laju dan melulu.

​Akibatnya, kereta BMW berkenaan hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kenderaan yang dinaiki empat sekeluarga tersebut.

Pelumba Rupanya Adik-Beradik

​Lebih mengejutkan, pemandu Mercedes-Benz yang terselamat dan pemandu BMW yang maut rupa-rupanya merupakan pasangan adik-beradik.

​Pemandu BMW berusia 22 tahun dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah pada bahagian dada. Manakala adiknya yang berusia 19 tahun, pemandu Mercedes-Benz, kini ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

​Tragedi ini turut mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang menggesa pihak polis menyegerakan siasatan agar tindakan pendakwaan yang setimpal dapat diambil terhadap pelaku.

Majalah ilmu 

Sumber: ohmymedia

Continue Reading

INFO

​’Satu Keluarga Habis Licin…’ – Angkara Ego Kereta Mewah Berlumba, 4 Beranak Dijemput Ajal Serentak Di Simpang Renggam

Published

on

1 20260602 114046 0000

‘Satu Keluarga Habis Licin…’ – Angkara Ego Kereta Mewah Berlumba, 4 Beranak Dijemput Ajal Serentak Di Simpang Renggam

SIAPA sangka, perjalanan petang yang disangka tenang bertukar menjadi sebuah tragedi berdarah yang paling menyayat hati. Kegembiraan sebuah keluarga hancur berkecai dalam sekelip mata apabila empat ahli keluarga terkorban serentak dalam satu kemalangan ngeri melibatkan lima buah kenderaan di Kilometer 27, Jalan Renggam-Simpang Renggam.

​Lebih memilukan, insiden hitam ini dipercayai berpunca daripada sikap mementingkan diri dan ego pemandu dua buah kenderaan mewah yang memandu secara laju dan melulu di jalan awam.

Detik Cemas Rempuhan Berantai, BMW Meluncur Masuk Laluan Bertentangan

​Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.15 tengah hari itu membabitkan sebuah kereta Mercedes-Benz A250 dan sebuah BMW 530e. Kedua-dua kenderaan berkenaan dipercayai dipandu secara berbahaya dari arah Kluang menuju ke Simpang Renggam.

​”Pemandu BMW 530e yang dipandu lelaki tempatan berusia 22 tahun itu dipercayai hilang kawalan akibat dipandu terlalu laju sebelum ia meluncur masuk ke laluan bertentangan.

​”Kereta terbabit kemudiannya merempuh empat buah kenderaan lain yang sedang bergerak di laluan berkenaan iaitu Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira dan sebuah lagi Mercedes-Benz,” katanya.

​Akibat impak rempuhan yang tersangat kuat, kereta BMW tersebut dilaporkan tercampak lalu terjatuh ke dalam gaung di seberang jalan.

Empat Beranak Dalam Toyota Vios Maut Di Tempat Kejadian

​Sesiapa sahaja yang melihat foto kejadian pasti akan menitiskan air mata. Rempuhan itu telah mengorbankan pemandu Toyota Vios, seorang lelaki berusia 36 tahun, isterinya (33 tahun), seorang warga emas (73 tahun) dan seorang kanak-kanak perempuan sekecil 10 tahun. Dipercayai, kesemua mereka adalah ahli keluarga terdekat.

​Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan. Sementara itu, pemandu BMW berusia 22 tahun pula disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

​Tragedi ini turut menyebabkan dua lagi kanak-kanak berusia 11 dan tujuh tahun yang menaiki Perodua Alza mengalami kecederaan parah di kepala dan kini sedang bertarung nyawa di Zon Merah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang. Beberapa pemandu lain turut mengalami kecederaan di kaki, muka, dan dada.

Remaja 19 Tahun Ditahan Polis, Netizen Mula Berang

​Susulan kejadian tersebut, pihak polis telah menahan pemandu Mercedes-Benz A250 yang baru berusia 19 tahun bagi membantu siasatan. Kenderaannya turut dirampas, bagaimanapun ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah.

​Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda jika sabit kesalahan.

​Berita ini ternyata mengundang kemarahan netizen di media sosial. Rata-rata mengecam tindakan pemandu-pemandu tersebut yang menjadikan jalan raya awam sebagai litar lumba peribadi sehingga mengorbankan nyawa orang lain yang tidak bersalah.

“Moga Ada Syurga Buat Kalian…” – Netizen Banjiri Ruangan Komen Dengan Doa

​Menjengah ke ruangan komen di platform media sosial, suasana pilu menyelubungi netizen apabila memikirkan nasib waris yang ditinggalkan. Bayangkan, dalam satu tengah hari, terus hilang empat ahli keluarga sekaligus.

“Ya Allah, luluh hati saya membaca berita ni. Hilang satu keluarga sekaligus. Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” tulis seorang netizen.

“Tolonglah haramkan pemandu-pemandu melulu macam ni daripada guna jalan raya. Kerana ego nak tunjuk hebat, anak orang lain jadi yatim piatu, keluarga orang lain hancur!” komen seorang lagi dengan nada kesal.

​Pihak polis turut menasihati semua pengguna jalan raya agar sentiasa bertimbang rasa dan berhati-hati ketika memandu. Ingatlah, keluarga kita da



n keluarga orang lain sedang menunggu di rumah.

​Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat para mangsa yang terkorban dan doakan kesembuhan buat anak-anak kecil yang masih kritikal di hospital.

Majalah ilmu

Sumber: borakdaily

Continue Reading

INFO

​‘Tolong Kuat Ibu, Kami Tunggu Di Rumah’ – Warkah Rindu Anak Pendaki Wanita Hilang Di Gunung Batu Putih Sentuh Hati Netizen

Published

on

1 20260602 102442 0000

​‘Tolong Kuat Ibu, Kami Tunggu Di Rumah’ – Warkah Rindu Anak Pendaki Wanita Hilang Di Gunung Batu Putih Sentuh Hati Netizen

Anak Pendaki Wanita Hilang

SEJAK dilaporkan hilang pada 24 Mei lalu di Gunung Batu Putih, Tapah, Perak, misi pencarian pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, masih menjadi tumpuan utama seluruh rakyat Malaysia.

​Terbaharu, tular di media sosial satu luahan hati yang amat menyayat hati daripada anak mangsa yang setia menanti kepulangan ibunya di rumah.

​Warkah ringkas namun penuh emosi itu dikongsikan semula oleh pengguna akaun TikTok @darwisyahfaizal, sekali gus mengundang simpati dan air mata dalam kalangan netizen.

Anak Pendaki Wanita Hilang

Anak Pendaki Wanita Hilang

“Ibu Insan Paling Kuat Saya Kenal”

​Menerusi hantaran tersebut, si anak menyatakan keredaan dan ketabahannya dalam mendepani ujian yang amat berat ini, biarpun mengakui ada ketikanya dia berasa sangat tidak berdaya.

“Hai Ibu, saya tahu ibu kuat. Malah, ibu adalah antara insan paling kuat yang saya kenal. Saya tak dapat membayangkan apa yang sedang ibu lalui sekarang, tapi saya sentiasa berdoa agar Allah memberikan ibu kekuatan, ketenangan dan perlindungan untuk terus bertahan,” tulisnya.

 

​Lebih meruntun jiwa, anak mangsa turut menitipkan kata-kata semangat agar ibunya tidak berputus asa di dalam hutan belantara berkenaan.

​Dia juga memegang erat pesanan ibunya yang sering mengingatkan tentang kebaikan pencipta dalam apa jua keadaan sekalipun.

“Kami semua sedang menanti kepulangan ibu. Ada masanya saya berasa sangat tak berdaya, tapi saya cuba ingat kata-kata ibu: ‘Allah Maha Baik’. Ibu tak keseorangan. Allah sentiasa bersama ibu, dan kami juga sentiasa bersama ibu dari sini. Kami sayang ibu sangat-sangat,” luahnya lagi.

FB IMG 1780369564050

Anak Pendaki Wanita Hilang

Netizen Banjiri Ruangan Komen Dengan Doa

​Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata warga maya tidak dapat menahan sebak malah turut menumpahkan air mata membaca titipan rindu seorang anak kepada ibunya itu.

​Ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada keluarga mangsa agar terus cekal sementara menanti perkhabaran gembira daripada pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

“Allahuakbar, luruh jantung baca luahan anak dia. Semoga ada keajaiban buat Puan Jaslinda. Ya Allah, pulangkanlah ibu ini ke pangkuan anak-anaknya dalam keadaan selamat,” komen seorang netizen.

“Tak dapat bayangkan perasaan anak dia sekarang. Semoga pasukan SAR dipermudahkan urusan dan diberikan petunjuk segera,” tambah seorang lagi pengguna TikTok.

​Untuk rekod, operasi SAR bagi mengesan Jaslinda Saludin yang hilang di kawasan pergunungan tersebut masih giat dijalankan oleh pihak berkuasa dengan bantuan pelbagai agensi dan malim gunung.

Anak Pendaki Wanita Hilang

​Sama-sama kita doakan agar Puan Jaslinda segera ditemui dengan selamat.

Majalah ilmu

Sumber: borakdaily

Continue Reading

Trending