Connect with us

INFO

Wanita Ini Berjaya Kumpul RM4 Ribu Setahun! Tips Tabung Cara Kreatif Dan Elak Usik Duit

Published

on

Wanita Ini Berjaya Kumpul RM4 Ribu Setahun Tips Tabung Cara Kreatif Dan Elak Usik Duit

Wanita Ini Berjaya Kumpul RM4 Ribu Setahun! Tips Tabung Cara Kreatif Dan Elak Usik Duit

Menabung merupakan satu amalan yang baik dan perlu ditanam pada setiap individu sejak di bangku sekolah lagi. Menabung didefinisikan sebagai “menyimpan wang dalam tabung” dan seringkali dikaitan dengan tabungan/simpanan wang atau duit (kertas & syiling). Amalan ini memberikan kesan positif dan pelbagai faedah hasil dari tabungan tersebut.

Terlalu banyak menabung cara kreatif dan mudah yang telah dikongsikan. Semuanya bergantung pada diri sendiri mengikut kemampuan bajet anda untuk menabung.

Bagi yang masih tercari-cari cara sesuai untuk menabung, anda boleh praktikkan cara kreatif yang diamalkan oleh seorang pengguna Facebook bernama Wan Nor Adilah ini.

Cara kreatifnya menyimpan setiap note duit membolehkan dia menabung sebanyak RM4,074 dalam tempoh setahun.

Jom kita ikuti perkongsiannya.

49257847 1914903361890593 8908153542208913408 n

Tu dia. Sikit2 lama2 jadi bukit. Ummi start 01 Jan-31 Disember 2018 kumpul duit ni. Tahun 2017 tak berjaya sebab bulan 5 Ummi ambik. Tahun 2018 bertekad tak nak usik.

49678658 1914903555223907 5656973598192041984 n

49128305 1914903481890581 365012833647198208 n 05 36 910772

Di samping Ummi main kutu duit. Simpan la juga sikit2. Menabung untuk masa depan. Ummi ni bukan kerja makan gaji. Tiap2 bulan Ummi main kutu. Kalo tak niaga kek duit tak masuk. Jadi ade peluang simpan la duit. Sekarang ni keluar rumah pun semua guna duit. Alhamdulillah dah masuk bank. Ummi siap buat buku tanda2.

49617500 1914903295223933 7639617943264821248 n

RM1 — Ummi simpan RM1 setiap hari. Setahun Ummi genapkan RM400

RM5 — Yg ni Ummi simpan setiap minggu 2 keping, total Ummi genapkan 108 keping jadi RM540

RM10 — Yg RM10 pula Ummi simpan 2 keping setiap minggu, dapat 110 keping total RM1100

RM20 — Yg ni Ummi simpan 2 keping setiap bulan, jadi RM500 25 keping

RM50 — Ummi simpan setiap bulan genap. Feb, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember total RM30

RM100 — Yg ni pula setiap bulan ganjil. Jun, Mac, Mei, Julai, September, November. Total RM600

Duit syiling kalo ada Ummi masuk tabung.

49151069 1914903335223929 3335059091939655680 n 05 28 197851

49411192 1914903445223918 2346431270499647488 n 05 26 142517

Alhamdulillah duit kertas RM3440 dan duit syilling RM634. Total semua RM4074. Insha Allah sambung lagi 2019. Semoga Ummi bertekad macam tahun lepas jangan buat separuh jalan?

Majalah ilmu: Amalan menabung merupakan amalan yang mulia/baik dan perlu diterapkan kepada para anak-anak/ pelajar-pelajar sejak dari kecil lagi agar mereka mempunyai sumber kewangan pada usia yang masih kecil lagi. Amalan ini dapat mendidik mereka menjadi tahu menghargai duit/wang dalam perbelanjaan harian dan untuk apa duit tersebut digunakan/belanjakan. Para ibu bapa dan pihak kerajaan perlu memberi kerjasama dan galakan dalam amalan menabung seperti kerjasama dengan bank-bank tempatan, kempen galakkan menabung melalui media masa, media sosial, media cetak dan seumpamanya. Bak kata pepatah “sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit”.

Sumber: Maskulin

Semoga bermanfaat

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO

Tragedi KKEC UiTM Jengka: Seorang Pelajar Meninggal Dunia, 8 Tidak Sedarkan Diri

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260908 051438 0000

Tragedi KKEC UiTM Jengka: Seorang Pelajar Meninggal Dunia, 8 Tidak Sedarkan Diri

(more…)

Continue Reading

INFO

Kanak-Kanak 2 Tahun Berlumuran Darah Digigit 5 Anjing Liar Di Batu Pahat

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260906 233535 0000

Kanak-Kanak 2 Tahun Berlumuran Darah Digigit 5 Anjing Liar Di Batu Pahat

Tragedi menyayat hati menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, Nur Hairah Watikah Mohammad Hamizi, selepas ditemui berlumuran darah akibat diserang lima ekor anjing liar.

​Kejadian yang amat membimbangkan itu dipercayai berlaku di Kampung Tambak, Peserai, Batu Pahat. Menurut sumber, mangsa ditinggalkan sementara di bawah jagaan neneknya kerana ibu bapa kanak-kanak tersebut mempunyai urusan kerja di Johor Bahru.

​Sungguh tidak disangka, dugaan berat melanda keluarga ini apabila kanak-kanak sekecil itu terdedah kepada ancaman kawan anjing liar.

​Insiden ini menjadi peringatan mendalam buat kita semua tentang bahaya haiwan liar yang berkeliaran di kawasan kediaman.

LANGKAH KECEMASAN JIKA DIGIGIT ANJING LIAR

​Sekiranya berdepan situasi digigit atau diserang anjing, tindakan pantas amat penting untuk mengelakkan risiko jangkitan serius atau rabies:

  • Cuci Luka Segera: Basuh kawasan gigitan menggunakan air mengalir dan sabun selama sekurang-kurangnya 15 minit.
  • Kawal Pendarahan: Tekan bahagian luka dengan kain bersih untuk menghentikan pendarahan.
  • Dapatkan Rawatan Segera: Bawa mangsa terus ke hospital atau klinik terdekat bagi mendapatkan suntikan rawatan tetanus, vaksin rabies, dan rawatan pembersihan luka secara profesional.

PERANAN KOMUNITI DAN KESELAMATAN

  • Pastikan Pintu Pagar Sentiasa Ditutup: Awasi pergerakan anak-anak kecil dan pastikan persekitaran rumah selamat.
  • Laporkan Anjing LiarBerkeliaran: Hubungi pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Pejabat Kesihatan Daerah untuk tindakan kawalan anjing liar di kawasan perumahan.
  • Didik Langkah Keselamatan: Ingatkan ahli keluarga agar tidak mendekati, mengusik, atau berlari secara mendadak apabila ternampak kumpulan anjing liar.

​Sama-sama kita mendoakan agar adik Nur Hairah Watikah diberikan kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan rawatan. Semoga keluarga beliau diberikan ketabahan hadapi ujian ini.

​Kredit: Portal Buletin TV3 via kisah dunia

Majalah ilmu

Continue Reading

INFO

Misteri Parcel Berbau Busuk: Jiran Minta Tolong Angkat, Rupanya Berisi Mayat Wanita Dibalut Rapi

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260906 223831 0000

Misteri Parcel Berbau Busuk: Jiran Minta Tolong Angkat, Rupanya Berisi Mayat Wanita Dibalut Rapi

​Pengalaman diminta membantu jiran pada awal pagi bertukar menjadi detik paling mengerikan apabila sebuah parcel yang kelihatan biasa rupa-rupanya menyembunyikan rahsia satu kes pembunuhan kejam.

​Kejadian yang gempar ini bermula apabila seorang jiran mengetuk pintu rumah untuk meminta bantuan memindahkan sebuah parcel yang panjang dan sangat berat. Pembungkusannya kelihatan agak mencurigakan kerana dibalut rahim dengan pita pelekat (sellotape) berlapis-lapis.

​Bila ditanya mengenai isi kandungan parcel berkenaan, jiran tersebut hanya menjawab dengan tenang bahawa ia hanyalah besi dan pakaian-pakaian lama.

Tangan Terkeluar Dari Kotak

​Satu lagi pendedahan daripada pemandu yang diminta menghantar barang tersebut menyatakan bahawa dia sudah terhidu bau busuk yang amat menyengat sepanjang perjalanan. Kerana rasa takut dan ragu-ragu untuk membukanya sendiri, pemandu berkenaan bertindak meninggalkan parcel tersebut di tepi jalan.

​Namun, misteri itu akhirnya terbongkar sepenuhnya apabila tangan mangsa tiba-tiba terkeluar dari kotak berkenaan. Identiti mayat wanita yang sudah membusuk itu kemudiannya disahkan sebagai Siti Maimunah, berumur 41 tahun.

Suspek Berjaya Ditangkap Dalam Masa 6 Jam

​Bertindak atas maklumat dan penemuan ngeri itu, pihak polis segera menjalankan siasatan secara pantas. Hasil kecekapan pasukan keselamatan, suspek utama kes pembunuhan ini berjaya ditangkap hanya dalam tempoh 6 jam selepas mayat mangsa ditemui.

​Kejadian ini menjadi peringatan keras kepada masyarakat agar sentiasa berwaspada dengan persekitaran dan tidak mudah terpedaya dengan permintaan bantuan yang mencurigakan.

​Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga mangsa. Semoga proses keadilan untuk mendiang dapat ditegakkan dengan seadil-adilnya.

Kredit Infomasi: Portal Liputan6 & Detik News via kisah dunia

Majalah ilmu

Continue Reading

Trending