Connect with us

INFO

Lelaki Ini kongsi Perbezaan Umrah DIY vs Umrah Bersama Agensi, Rugi Tak Baca

Published

on

Lelaki Ini kongsi Perbezaan Umrah DIY vs Umrah Bersama Agensi Rugi Tak Baca

Lelaki Ini kongsi Perbezaan Umrah DIY vs Umrah Bersama Agensi, Rugi Tak Baca

Hari ini saya nak share sedikit mengenai pengalaman sahabat saya (saya minta kebenaran beliau sebagai pengajaran kepada bakal tetamu Allah dan beliau bersetuju di atas perkongsian ini).

Ramai yang tanya kami mengenai umrah DIY kerana baru baru ini saudi telah meluluskan visa tourist melalui online (seperti negara maju lain). Ada baik nya dan ada juga keburukannya. Oleh yang demikian, ramai yang cuba cuba untuk menjimatkan kos seperti beg package dan sebagainya yang kononnya akan lebih nampak ‘cool’ dan sebagainya.

Hari ini saya nak cerita sedikit pengalaman mereka..

Sahabat saya ini selalu bertanya kepada saya berapa paling murah umrah dan sebagainya. Boleh dikatakan hampir setiap hari dia whatsapp tanye saya mengenai umrah dan kadang kala malas nak jawap sebabnya asyik tanye hanya nak compared kan harga. Tetapi saya tetap memberikan jawapan dan membantu beliau sampai ke tanah suci buat pertama kalinya. Alhamdulilah.

Beliau pergi bersama 8 orang (2 family laki bini dan 2 anak) dan segalanya di book secara online. Jadi saya share kan kepada sahabat di sini untuk kos untuk seorang..

Wajib Bayar

  • Ticket MAS RM 3700 (return) seorang
  • Visa 229 dollar = RM 950
  • Hotel di Mekkah (Brekfast only) RM 600 x 6 = RM 3600/4 orang = RM 900 semalam
  • Hotel di Medinah (Breakfast) RM 400 x 4 = RM 1600/4 orang = RM 400
  • Transport Jeddah to Mekkah = RM 150/2 orang = RM 75 -(ambil 2 taxi kerana luggae tak muat dan hanya 2 luggage sahaja untuk bonet)
  • Saptco Vip coach Jeddah ke Medinah RM125
  • Medinah ke airport RM 50/2 = RM 25

Total RM 6,175

Bayaran Extra

  • Mutawif RM 1000/4 = RM 250 (anggaran)
  • Makan lunch RM 20×10 hari = RM 200
  • Makan Malam RM 20×10 hari = RM 200
  • Tips hotel dan lain lain RM 100
  • Insurance RM 170
  • Dam 450 x 2 (tidak masuk dalam cost)
  • bermiqat – RM 100

Total RM 1020

Jumlah Saving RM 7,195 DIY vs Package all in bilik berempat RM 6,590 seorang.

Mungkin ada lagi yang boleh dijimatkan tetapi saya tak pasti kerana beliau beli last minute kebanyakkan… rasa rasa berbaloi ke tidak sebab dia kata MENYESAL…kenapa???

Ini saya cerita sikit…bukan nak promote tapi nak kasi kesedaran bagi saudara kita yag first time.

Menurut beliau, setiba sampai di aiport malaysia, dia terasa agak malu kerana kebanyakkan jemaah yang pergi mempunyai mutawif dan doa..kemudian setiba di airport jeddah, beliau di tahan oleh pihak immigresen kerana biometrick (sana english zero) maka seperti ayam dan itik la percakapan mereka dengan anak yang merengek kepenatan kerana tiba jam 2 pagi waktu saudi…setelah selesai urusan immigresen, mula tiba ambil beg dan waktu penat ada pula pekerja beg tawarkan khidmat tolak beg sambil kene PAW 100 riyal… setiba di aiport jeddah takde pula taxi sebab waktu pagi sangat dan ambil mana yang ada dan terpaksa pecah kereta kerana satu lagi kerata hanya bawak luggage sahaja…

Dalam sejam perjalanan, tiba di hotel dot dot dot (kononnya nak claim point) tetapi apabila sampai dia kata bilik full dan kene tunggu…last dah tak tahan dia bayar cash sahaja dan ada pula bilik (ya di sana bukan mcm hotel luar lain yang boleh di claim claim nak nak waktu peak)
Bergado la anak bini sebab smua dah penatkan…dapat hotel dia kata penat nak buat tawaf dan buat nanti (hmm saya ckp kene damm la haji sebab tak pakai ihram) sebab tu perlu ade bimbingan mutawif dan kursus… jangan buat rules sendiri je..

Hari pertama tido sahaja dan keesokkan hari nya tanye saya mcm mane nak bermiqat…dah pergi miqat dan sewaktu umrah semasa tawaf lupe tahlul…dam lagi…dan yang pasti saya tak dapat bantu setiap masa kerana sibuk menguruskan hal jemaah…setiap jam dia msg tanye tempat makan dan sewaktu dengan nya…isteri sakit kaki tak boleh tawaf dia beli kerusi roda (boleh je pinjam hotel) dan sewaktu dia tolak kene tahan dengan penjaga pintu dan di minta passport dan visa..apa bile di tunjuk visa tourist, beliau kata tak boleh tolak jemaah dan nak panggil polis sebab tiada valid visa umrah..tanye pula dengan agent umrah siapa dan langsung tak boleh jawap..panggil polis dan ade seorang arab bantu (ckp arab) kemudian dia kata berikan 400 sar dia lepaskan(yang ambil orang arab tu bukan pengawal) dan di lepaskan..tak buat umrah lagi hmmm…

Saya advised ambil mutawif dan beliau dengar dan bayar hampir 500 riyal full day dan 300riyal half day…dah settle smua sampai di medinah, sampai samapi bini pula sakit…ade insurance tapi ade limit dan kene bayar dahulu..minta bantuan saya dan saya pula busy dan mereka masuk hopsital kene charge hari pertama 7000 sar. Dan keindahan di medinah tiada sebab wife masuk sepital (kos akhirnya 18k sar) bayar dahulu baru keluar.. dan akhirnya balik.

Saya tidak menghalang anda untuk berbuat demikian tetapi yang dah pakar dan banyak kali pergi tu saya sarankan pergi DIY tapi yang tak pernah pergi tu fikir dua kali. Sedangkan imam masjid dan ustaz terkemuka pun pergi bersama agensi. Akhirnya sampai di tanah suci penuh dengan sesalan dan sangat merugikan. Ingat kita datang di tanah haram ini untuk beribadah bukan melancong jadi pastikan ada orang berpengalaman membimbing kita.

Jika pergi bersama umrah travel, sakit kematian dan segalanya di tanggung sepenuhnya dan diruruskan sampai selesai.

Jadi anda jadilah manusia bijak untuk memilih mana yang lebih bagus dan share la untuk manfaat bersama.

APA PESAN MUTAWIF RARE?

Saya terpaksa bersetuju dengan apa yang disampaikan Tuan Afiz Ayub ni. DIY sesuai untuk yang dah ada pengalaman ke Tanah Suci.

Buatlah dengan ILMU. Ilmu memang boleh dikutip dari buku, google, fb, youtube dan sebagainya tetapi ia masih memerlukan PENGALAMAN sebagai panduan untuk menjadikan kita lebih YAKIN.

Sebab itu Allah sebut berkali dalam Al-Quran, bermula dengan ilmu.

1. Ilmu Yakin (yakin dengan ilmu)
2. Ainul Yakin (yakin dengan penglihatan)
3. Haqqul Yakin (yakin dengan kebenaran)

Pengalaman adalah Haqqul Yakin kerana semua pancaindera dah bersatu, dan tahu apa yang betul dan salah. Do’s and don’t kalau nak berjalan ke tanah suci dah kita tahu.

Semoga bermanfaat untuk jadikan panduan dan sempadan. Belajar dari pengalaman orang.

Jangan ulang kesilapan orang lain. Jadilah kita orang yang rugi.

Shauqi Hasan
Mutawif Rare, Makkah.

Kredit : Tuan Afiz Ayub

Sumber: FB Shauqi Hasan

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO

Bapa Dua Anak Dipuji, Pulangkan Gelang Emas RM15,000 Ditemui Sewaktu Bekerja

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260911 002606 0000

Bapa Dua Anak Dipuji, Pulangkan Gelang Emas RM15,000 Ditemui Sewaktu Bekerja

MELAKA — Nilai kejujuran dan amanah terus menjadi bukti bahawa integriti tidak bergantung kepada jawatan atau ganjaran. Sikap murni ini ditunjukkan oleh seorang pekerja pembersihan di Muzium Samudera, Banda Hilir, yang memulangkan seutas gelang emas bernilai tinggi yang ditemuinya di kawasan kerja.

​Tengku Anddy Asmawi Tengku Ahamad, 28, yang baru dua bulan berkhidmat di muzium berkenaan, tidak berfikir panjang untuk menyerahkan barang kemas tersebut kepada pihak pengurusan muzium sejurus menemuinya.

​Kronologi Penemuan

Penemuan Awal Pagi: Barang kemas seberat 25 gram itu dianggarkan bernilai RM15,000. Beliau menemuinya sekitar jam 7 pagi sewaktu menjalankan tugas pembersihan rutin di sekitar kawasan muzium.

Penyerahan Kepada Pihak Berkuasa Muzium: Tanpa teragak-agak, beliau terus menyerahkan gelang tersebut kepada Pembantu Khidmat Am Muzium Samudera, Khairuddin Mohamad Yusop, untuk tindakan susulan.

Penyimpanan Selamat: Barangan berkenaan disimpan secara selamat sebelum dimaklumkan kepada pegawai bertugas Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) bagi tujuan pengesahan pemilik.

​”Mencari Rezeki Berkat Untuk Keluarga”

​Mengulas mengenai tindakannya, bapa kepada dua orang anak itu menegaskan bahawa prinsip mencari rezeki yang berkat untuk isteri dan anak-anak menjadi pegangan utamanya.

“Tak ada rambang mata dan tidak fikir apa-apa. Saya nampak gelang emas itu, terus bagi kepada staf. Kenapa saya pulangkan? Sebab amanah. Itu tanggungjawab kita dalam kerja,” katanya ketika ditemui di muzium berkenaan.

​Sebelum berkhidmat di Melaka, beliau pernah bekerja sebagai tukang kebun di sebuah muzium di Terengganu sebelum berpindah mengikut isterinya yang berasal dari Melaka.

​Budaya Amanah Di Perbadanan Muzium Melaka

​Pihak Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) sentiasa menerapkan nilai integriti dan kejujuran dalam kalangan warga kerjanya. Menurut wakil muzium, sebarang barangan tertinggal milik pelawat seperti beg tangan mahupun telefon bimbit sentiasa disimpan rapi sehingga dituntut semula oleh pemilik asal.

​Gelang emas berkenaan dijangka dituntut oleh pemiliknya yang berasal dari Kuala Lumpur.

Continue Reading

INFO

Guna Hukuman Kasar Sampai Lebam & Pecah Bibir, Cikgu Fadli Salleh Buat Laporan SISPAA Terhadap Guru Subjek

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260910 235351 0000

Isu Hukuman Kasar Di Sekolah: Pentingnya Menjaga Keselamatan Anak-Anak Dan Saluran Aduan Yang Betul

​Isu disiplin dan keselamatan murid di sekolah primary sentiasa menjadi perhatian utama para ibu bapa dan warga pendidik. Baru-baru ini, tular pendedahan daripada bekas pendidik, Mohd Fadli Salleh, berkenaan tindakan hukuman fizikal yang keterlaluan terhadap murid sekolah rendah.

​Antara ringkasan pendedahan dan iktibar yang boleh diambil daripada kejadian ini:

​📌 Kronologi Ringkas Kejadian

• Pendedahan mendakwa murid-murid di sebuah sekolah rendah berdepan tindakan fizikal yang keras daripada seorang guru subjek Sains, termasuk lempangan, ketukan di kepala, hingga meninggalkan kesan lebam pada pipi.

• Difahamkan, tindakan tersebut berlaku berulang kali dan turut melibatkan beberapa murid lain di tahap satu.

​📌 Pendekatan Profesional Ibu Bapa

Saluran Aduan Rasmi: Daripada mengambil tindakan melampau, langkah melaporkan terus melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) digunakan agar siasatan telus dapat dijalankan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Perbincangan Bersama Pentadbir: Pertemuan bersama Guru Besar dan Penolong Kanan (PK) Petang dijalankan bagi mendapatkan kepastian dan memastikan keselamatan murid sentiasa terjamin.

​📌 Respon Pihak Sekolah & PPD

• Pihak pentadbir sekolah dipuji atas sikap terbuka, prihatin, dan pantas menerima aduan demi kesejahteraan murid.

• Guru berkenaan juga telah dipanggil oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk tindakan siasatan lanjut mengikut garis panduan yang ditetapkan.

​💡 Pengajaran Untuk Semua

Ketegasan dalam mendidik amat penting, namun ia mestilah berlandaskan panduan disiplin yang ditetapkan oleh kementerian. Kerjasama yang mesra dan matang antara ibu bapa, pihak sekolah, serta PPD sangat krusial dalam menyelesaikannya secara berhemah demi kebaikan anak-anak.

Continue Reading

INFO

Tragedi KKEC UiTM Jengka: Seorang Pelajar Meninggal Dunia, 8 Tidak Sedarkan Diri

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260908 051438 0000

Tragedi KKEC UiTM Jengka: Seorang Pelajar Meninggal Dunia, 8 Tidak Sedarkan Diri

(more…)

Continue Reading

Trending