Connect with us

Pendidikan

Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 (Versi PDF ) – Muat Turun Di Sini

Published

on

Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 (Versi PDF ) - Muat Turun Di Sini

Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 (Versi PDF ) – Muat Turun Di Sini

Mata pelajaran Sejarah merupakan salah satu subjek wajib yang perlu dikuasai oleh pelajar untuk lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

Pada tahun 2013, Kementerian Pendidikan Malaysia menetapkan Sejarah sebagai subjek wajib lulus untuk memastikan para pelajar mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai latar belakang sejarah negara. 

Ini juga bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dan memperkuat identiti kebangsaan dalam kalangan generasi muda.

Pelajar dikehendaki memahami peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Malaysia dan dunia, seperti perjuangan kemerdekaan negara, perlembagaan, pembentukan Malaysia, serta hubungan antara negara.

Bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan, berikut ialah Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 dalam versi PDF.

Bendera lambang kedaulatan negara - Kosmo Digital


Pengenalan – Buku Teks Sejarah Tingkatan 5

Buku teks Sejarah Tingkatan 5 Sekolah Menengah dihasilkan berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Buku ini mengandungi 10 bab berdasarkan tema Malaysia dan Masa Hadapan. Tema ini terbahagi kepada empat tajuk utama.

Tajuk pertama, Pengukuhan Kedaulatan Negara dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu Konsep Kedaulatan Negara, Perlembagaan Persekutuan, Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen serta Sistem Persekutuan. 

Tajuk kedua, Pembentukan Malaysia yang mengandungi dua bahagian, iaitu Gagasan Pembentukan Malaysia dan Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia.

Tajuk ketiga ialah Kemakmuran Negara yang dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Membina Kesejahteraan Negara dan Membina Kemakmuran Negara. 

Seterusnya tajuk keempat, Malaysia di Persada Dunia yang merangkumi tiga bahagian, iaitu Asas Pembinaan Dasar Luar Malaysia, Pemantapan Dasar Luar Malaysia dan Kecemerlangan Malaysia di Persada Dunia. 

Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 (Versi PDF )

Kandungan yang disediakan dalam buku teks ini juga menekankan kepelbagaian kaedah pembelajaran dan pengajaran seperti kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa hadapan, kontekstual serta mengaplikasikan Kaedah Pembelajaran Abad Ke-21. 

Terdapat juga aktiviti Kemahiran Pemikiran Sejarah dan program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM) agar murid dapat memahami sesuatu peristiwa bersejarah dengan lebih mendalam. 

Akhirnya, murid diharap dapat menghayati sejarah secara empati bagi membentuk jiwa patriotik dan pemikiran yang kritis. Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) turut dijelmakan menerusi latihan, aktiviti dan penilaian agar murid berupaya mengaplikasikan ilmu dan berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif. 

BACA JUGA: Cara Pinjam Buku Secara Online Di Perpustakaan Negara Malaysia


Kandungan Buku Teks Sejarah Tingkatan 5

Buku Teks : Sejarah Tingkatan 5 KSSM (2021) | Shopee Malaysia

Kandungan buku teks Sejarah Tingkatan 5 adalah seperti berikut:

Bab 1 Kedaulatan Negara

Sinopsis: 

Kedaulatan merupakan satu konsep berkaitan dengan kenegaraan yang diasaskan dan diamalkan sejak zaman tamadun Yunani. Pelbagai tafsiran oleh tokoh tentang konsep kedaulatan muncul seiring dengan perubahan zaman. 

Negara berdaulat mempunyai ciri tertentu yang menjamin hak dan kebebasannya. Kedaulatan juga penting untuk mengekalkan dan mengukuhkan kestabilan sistem politik, ekonomi dan sosial. 

Pemerintah dan rakyat negara ini mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan kedaulatan serta mengekalkan keunikan identiti negara bangsa Malaysia.

Intipati Pembelajaran: 

  • Konsep Kedaulatan
  • Ciri Negara yang Berdaulat
  • Kepentingan Mewujudkan Negara Berdaulat
  • Langkah Mempertahankan Kedaulatan

Bab 2 Perlembagaan Persekutuan

Sinopsis:

Perlembagaan Persekutuan merupakan dokumen undang-undang bertulis yang menjadi teras pada sistem pemerintahan negara. 

Perlembagaan digubal berasaskan undang-undang negeri Melayu yang sedia ada dan juga tambahan unsur baharu. Perlembagaan Persekutuan Malaysia mempunyai ciri tradisional dan moden yang menjadikan perlembagaan di negara kita unik.

Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa seiring dengan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Selepas itu, perlembagaan dipinda bagi menyesuaikannya dengan keperluan semasa negara.

Intipati Pembelajaran:

  • Latar Belakang Sejarah
  • Perlembagaan Persekutuan
  • Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan
  • Ciri Utama Perlembagaan Persekutuan
  • Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1963 dan 1965

Bab 3 Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen

Sinopsis:

Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen berkait rapat dengan latar belakang sejarah pemerintahan beraja di negara kita. 

Majlis Raja-Raja yang wujud seiring dengan pemerintahan beraja menjadi sebahagian daripada institusi Raja Berperlembagaan dan mempunyai kedudukan dalam pemerintahan. Sebagai Raja Berperlembagaan, kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan raja ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. 

Ciri demokrasi dan pengasingan kuasa dilaksanakan pada peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri melalui sistem Demokrasi Berparlimen. Demokrasi Berparlimen di negara kita mempunyai keunikan kerana dilaksanakan berdasarkan keperluan tempatan.

Intipati Pembelajaran:

  • Latar Belakang Pemerintahan Beraja dan Demokrasi Berparlimen
  • Sejarah dan Kedudukan Institusi Majlis Raja-Raja
  • Yang di-Pertuan Agong dan Raja dalam Perlembagaan Persekutuan
  • Amalan Demokrasi dan Pengasingan Kuasa
  • Keunikan Amalan Demokrasi Berparlimen di Negara Kita

Bab 4 Sistem Persekutuan

Sinopsis:

Malaysia merupakan sebuah negara Persekutuan. Sistem Persekutuan di negara kita mempunyai latar belakang sejarah yang tersendiri. 

Kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri terjalin dalam pelbagai bentuk memberikan manfaat kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara. 

Terdapat juga faktor tertentu yang mengukuhkan sistem Persekutuan di negara kita. Prinsip  keluhuran perlembagaan dan penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri telah mengukuhkan sistem Persekutuan di negara kita.

Intipati Pembelajaran:

  • Latar Belakang Sistem Persekutuan di Negara Kita
  • Kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
  • Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
  • Faktor yang Mengukuhkan Sistem Persekutuan

Bab 5 Pembentukan Malaysia

Sinopsis:

Pembentukan Malaysia pada peringkat awalnya terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura. 

Pembentukan ini merupakan peristiwa penting dalam sejarah negara. Pembentukan Malaysia menimbulkan pelbagai reaksi daripada penduduk tempatan dan negara jiran. Oleh itu, beberapa langkah dibuat untuk menjayakan usaha pembentukan Malaysia termasuklah menangani konfrontasi.

Intipati Pembelajaran:

  • Konsep Gagasan Malaysia
  • Perkembangan Idea dan Usaha Pembentukan Malaysia
  • Reaksi Tempatan dan Negara Jiran terhadap Pembentukan Malaysia
  • Langkah Pembentukan Malaysia
  • Perjanjian Julai 1963 dan Peristiwa Pengisytiharan Malaysia
  • Konfrontasi dan Usaha Menangani

Bab 6 Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia

Sinopsis:

Pembentukan Malaysia memberikan kesan besar terhadap proses pembinaan negara bangsa. Selepas pembentukan Malaysia, negara menghadapi pelbagai cabaran. Antara cabaran utama termasuk pemisahan Singapura, ancaman komunis, isu pembangunan dan ekonomi serta tragedi hubungan antara kaum.

Intipati Pembelajaran:

  • Cabaran Dalaman Malaysia
  • Pemisahan Singapura
  • Menangani Ancaman Komunis
  • Isu Pembangunan dan Ekonomi
  • Tragedi Hubungan antara Kaum

Bab 7 Membina Kesejahteraan Negara

Sinopsis:

Perpaduan kaum dan integrasi nasional merupakan unsur penting dalam membina kesejahteraan negara. Unsur ini dipupuk melalui beberapa dasar pembangunan sosial yang merangkumi aspek pendidikan, budaya, bahasa dan aktiviti sosial. 

Dasar ini termasuklah Dasar Pendidikan Kebangsaan, memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan perpaduan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan sukan untuk perpaduan. Dasar ini diperkukuh lagi dengan pembentukan Rukun Negara sebagai tonggak kesejahteraan negara.

Intipati Pembelajaran:

  • Perpaduan dan Integrasi Nasional
  • Dasar Pendidikan Kebangsaan
  • Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan Bahasa Perpaduan
  • Dasar Kebudayaan Kebangsaan
  • Sukan sebagai Alat Perpaduan
  • Rukun Negara sebagai Tonggak Kesejahteraan Negara

Bab 8 Membina Kemakmuran Negara

Sinopsis:

Pembangunan ekonomi diteruskan selepas pembentukan Malaysia demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. 

Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pula diperkenalkan untuk meneruskan hasrat mencapai matlamat DEB. 

Pelaksanaan kedua-dua dasar ini melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun telah menghasilkan kejayaan dalam meningkatkan taraf hidup rakyat dan membangunkan ekonomi negara.

Intipati Pembelajaran:

  • Pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
  • Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
  • Pembentukan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
  • Pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
  • Pencapaian Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

Bab 9 Dasar Luar Malaysia

Sinopsis:

Dasar luar negara merupakan tindakan pihak kerajaan dalam menjalinkan hubungan dengan negara lain. 

Malaysia mampu menyatakan pendirian berhubung dengan isu antarabangsa dan serantau yang mempunyai kaitan dengan kedaulatan negara melalui dasar luar negara. 

Perkara yang dibincangkan meliputi latar belakang dasar luar Malaysia serta asas penggubalan dasar luar dan cabaran untuk mengukuhkan dasar luar Malaysia. 

Selain itu, perbincangan akan menyentuh pelibatan Malaysia dengan pelbagai pertubuhan antarabangsa seperti United Nations atau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Komanwel, Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) atau Persatuan Negara-negara Asia Tenggara, Non-Aligned Movement (NAM) atau Pergerakan Negara-negara Tanpa Pihak dan Organisation of Islamic Cooperation (OIC) atau Pertubuhan Kerjasama Islam.

Intipati Pembelajaran:

  • Latar Belakang Dasar Luar
  • Asas Penggubalan Dasar Luar
  • Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
  • Malaysia dalam Komanwel
  • Cabaran Mengukuhkan Dasar Luar
  • Malaysia dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)
  • Malaysia dalam Pergerakan Negara-negara Tanpa Pihak (NAM)
  • Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)

Bab 10 Kecemerlangan Malaysia di Persada Dunia

Sinopsis: 

Malaysia memainkan peranan penting pada peringkat antarabangsa dalam pelbagai bidang. Pelibatan Malaysia dalam usaha membangkitkan isu global menyebabkan negara kita disegani oleh negara lain. 

Pelibatan Malaysia dalam hubungan ekonomi antarabangsa, isu kemanusiaan dan keamanan serta kelestarian global berjaya meletakkan Malaysia sama taraf dengan negara besar bagi memastikan keamanan dunia berkekalan.

Pelibatan rakyat Malaysia dalam isu kemanusiaan dan keamanan serta sikap kesukarelawanan yang tinggi turut menaikkan nama Malaysia di persada dunia. Usaha Malaysia ini pastinya berdasarkan pegangan bahawa dunia ini milik semua yang perlu dijaga sebagai satu warisan. Perkara tersebut turut menjadi wawasan untuk Malaysia menuju kejayaan pada masa hadapan. 

Intipati Pembelajaran:

  • Malaysia dalam Isu Global Kontemporari
  • Peranan Malaysia dalam Hubungan Ekonomi Antarabangsa
  • Pelibatan Rakyat dalam Isu Kemanusiaan dan Keamanan
  • Usaha Mengekalkan Kelestarian Global
  • Wawasan Malaysia Menuju Masa Hadapan

Pautan Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 

Klik mengikut bab:

Sejarah Kemerdekaan Malaysia


Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 (Versi PDF ) – DOWNLOAD

Skema Jawapan Latihan Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 5

Skema jawapan latihan di dalam buku teks Sejarah Tingkatan 5 boleh dirujuk melalui file PDF di bawah:

Jawapan-Buku-Teks-Sejarah

Penutup

Mata pelajaran Sejarah adalah salah satu subjek wajib lulus di Malaysia. Ia bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang peristiwa penting dalam sejarah, tetapi juga untuk membentuk generasi yang lebih berpengetahuan dan patriotik.

Pengetahuan tentang sejarah negara sendiri memainkan peranan besar dalam membina identiti nasional dan memupuk semangat perpaduan. Oleh itu, penguasaan subjek ini adalah penting dalam usaha melahirkan warga negara yang bertanggungjawab dan berwawasan.

Berkecimpung dalam dunia penulisan sejak 5 tahun yang lalu. Menulis pelbagai jenis artikel terkini untuk panduan rakyat Malaysia.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pendidikan

RM60,000 Halang Impian Jadi Doktor — Uncle Kentang Hulurkan Harapan Buat Pelajar Malaysia

Published

on

RM60000 Halang Impian Jadi Doktor — Uncle Kentang Hulurkan Harapan Buat Pelajar Malaysia

RM60,000 Halang Impian Jadi Doktor — Uncle Kentang Hulurkan Harapan Buat Pelajar Malaysia

Impian seorang gadis muda Malaysia untuk menjadi doktor hampir berkubur, bukan kerana kegagalan akademik, tetapi kerana kekangan kewangan.

Selepas berjaya memperoleh tawaran ke Universiti Monash, masa depan gadis itu kelihatan cerah. Namun kegembiraan itu hanya bertahan seketika apabila yuran pendaftaran sebanyak RM60,000 perlu dijelaskan dalam tempoh yang singkat.

Bagi keluarganya, jumlah itu bukan kecil. Masa semakin suntuk, dan mereka terpaksa berkejar dengan waktu untuk mencari dana demi menyelamatkan impian anak mereka.

uncel 1

Ayah Berusaha, Namun Masih Kekurangan RM40,000

Dalam satu perkongsian di Facebook, Uncle Kentang mendedahkan bahawa bapa gadis tersebut mempunyai simpanan KWSP, namun hanya boleh dikeluarkan sepenuhnya selepas setahun.

Dengan usaha sendiri, beliau berjaya mengumpul RM20,000 melalui pelbagai cara. Namun, baki RM40,000 masih menjadi tembok besar yang menghalang.

Dalam keadaan terdesak, bapa itu memberanikan diri menghubungi Uncle Kentang, walaupun beliau sendiri merupakan ahli Jawatankuasa Pelawat Hospital Sungai Buloh serta seorang Rotarian.

Katanya, ini bukan soal maruah — ini soal masa depan anak.

uncel 2

Berani Bersuara Demi Impian

Bagi membantu orang ramai memahami situasi sebenar, Uncle Kentang meminta gadis itu merakam video rayuan.

Walaupun gementar, dia mengumpul keberanian untuk berkongsi kisahnya.

Menurut Uncle Kentang, ramai anak muda memilih untuk diam kerana takut dipandang rendah atau dikritik di media sosial.

Namun gadis ini memilih untuk bersuara, kerana dia tidak mahu melihat impiannya hilang begitu sahaja.

Sahabat 30 Tahun Tampil Membantu

Selepas usaha mendapatkan tajaan daripada seorang ahli perniagaan tidak berhasil, Uncle Kentang menghubungi sahabat lamanya selama 30 tahun, GS Lau.

Tanpa banyak soal, setelah mendengar kisah tersebut, GS Lau bersama keluarganya bersetuju memberi pinjaman mesra untuk menampung baki yang diperlukan.

Uncle Kentang menegaskan, bantuan tidak sepatutnya dinilai berdasarkan bangsa atau latar belakang.

“Jika impian itu benar dan layak diperjuangkan, kita wajib membantunya,” katanya.

Surat Terima Kasih yang Menyentuh Hati

Selepas menerima bantuan, gadis itu menulis sepucuk surat penuh emosi kepada mereka yang menghulurkan tangan ketika dia hampir berputus asa.

Dia secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada Tuan dan Puan GS Lau serta keluarga, kerana mempercayai impiannya.

Mereka kemudian bertemu dalam satu makan tengah hari vegetarian, di mana proses penyerahan dana disempurnakan — bukan sekadar transaksi, tetapi simbol kepercayaan terhadap masa depan.

Bila Kebaikan Menyelamatkan Impian

Uncle Kentang menutup perkongsiannya dengan rasa syukur kerana diberi peluang menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.

Beliau mendoakan agar gadis tersebut berjaya dalam pengajian dan suatu hari nanti menjadi doktor yang memberi kembali kepada masyarakat.

Apa yang bermula sebagai krisis kewangan, kini menjadi kisah tentang harapan, kebaikan hati, dan kuasa komuniti.

Kerana kadang-kadang, satu tangan yang menghulur mampu mengubah seluruh masa depan seseorang.

Continue Reading

Pendidikan

Ibu Cina Pilih Hantar Anak Ke PASTI, Kini Boleh Bertutur Bahasa Melayu

Published

on

pasti

CHA’AH, SEGAMAT — Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di TikTok menjadi tular selepas beliau menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di kampung halamannya di Cha’ah, Johor.

Wanita tersebut, yang menggunakan akaun TikTok @joeychan427, berkongsi bagaimana keputusan itu dibuat bukan kerana faktor agama, tetapi kerana lokasi yang dekat, suasana mesra kanak-kanak dan layanan guru yang penuh kasih sayang.

Anaknya yang dikenali sebagai Kangkang, berusia dua tahun setengah ketika itu, ditempatkan sementara di PASTI ketika mereka pulang dari Perak ke Johor bagi menguruskan hal keluarga.

“Tadika ini nampak sangat menarik, cikgu-cikgunya baik dan mesra. Jadi saya letakkan Kangkang belajar di sini,” tulisnya dalam satu hantaran.

Terima Kecaman, Namun Tetap Berfikiran Terbuka

Menurut ibu tersebut, tidak semua pihak bersetuju dengan keputusannya. Ada yang menghantar mesej negatif kerana menghantar anak ke tadika berteraskan Islam.

Namun, beliau memilih untuk melihat perkara itu dari sudut positif.

“Dulu saya sendiri satu-satunya pelajar Cina dalam kelas semasa belajar Form 6 di Cha’ah. Saya rasa bagus kalau anak saya boleh belajar budaya lain. Kita satu Malaysia,” katanya.

keluarga pasti

Perkembangan Positif Dalam Tempoh 3 Bulan

Selepas tiga bulan di PASTI, Kangkang menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. Dia kini sudah boleh menyebut perkataan asas dalam Bahasa Melayu seperti:

  • “Ibu”

  • “Duduk”

  • Nombor “satu, tiga, empat”

Malah, kadangkala Kangkang turut menyanyikan lagu kanak-kanak dalam Bahasa Melayu.

Perkara itu membuatkan ibunya terharu, apatah lagi apabila menerima ratusan komen positif daripada netizen yang menyokong tindakannya.

“Saya baca semua komen walaupun tak sempat balas satu-satu. Terima kasih atas kata-kata baik,” katanya.

Hantar Anak Ke PASTI,

Akan Kembali Ke Perak, Namun PASTI Tetap Di Hati

Kangkang dijadualkan pulang ke Perak pada Februari sempena sambutan Tahun Baharu Cina, manakala ibunya akan kembali bekerja sebagai guru bermula Mac.

Namun, beliau berjanji akan terus menziarahi tadika tersebut setiap kali pulang ke Cha’ah.

“Saya akan rindu tadika pertama Kangkang. Bila balik Cha’ah nanti, saya pasti bawa dia jumpa cikgu dan kawan-kawan PASTI.”

Bukti Perpaduan Bermula Dari Pendidikan Awal

Kisah ini menjadi contoh bahawa perpaduan tidak hanya dibina melalui slogan, tetapi melalui pengalaman dan pendedahan sejak kecil.

Apabila kanak-kanak diajar untuk mengenali budaya berbeza dalam suasana harmoni, ia bukan sahaja menguatkan bahasa dan komunikasi, malah menyemai nilai toleransi yang menjadi asas sebuah negara majmuk.

Sumber: TikTok @joeychan427
Disunting oleh: Majalah Ilmu

Continue Reading

Pendidikan

Prasekolah Bermula Usia 5 Tahun, Tahun Satu Umur 6 Tahun Mulai 2027

Published

on

Tahun Satu Umur 6 Tahun Mulai 2027

Prasekolah Bermula Usia 5 Tahun, Tahun Satu Umur 6 Tahun Mulai 2027

Intipati Baharu Dasar Pendidikan Negara

Sistem pendidikan negara bakal memasuki fasa baharu apabila kerajaan mengumumkan pelarasan umur kemasukan murid ke alam persekolahan. Bermula tahun 2027, pendidikan prasekolah dicadangkan bermula pada usia lima tahun, manakala kemasukan ke Tahun Satu pula diselaraskan kepada usia enam tahun. Langkah ini dilihat sebagai usaha menyusun semula asas pendidikan awal kanak-kanak agar lebih selari dengan keperluan perkembangan dan pembelajaran mereka.

Pengumuman tersebut disampaikan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, semasa Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035. Beliau menegaskan bahawa perubahan ini tidak dilaksanakan secara paksaan pada peringkat awal, sebaliknya memberi ruang kepada ibu bapa, pihak sekolah dan warga pendidik untuk membuat persediaan rapi sebelum ia dilaksanakan secara menyeluruh di peringkat nasional.

Tahun Satu Umur 6 Tahun Mulai 2027

Penstrukturan Semula Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Pelarasan umur ini bertujuan memastikan kanak-kanak memasuki alam persekolahan dalam keadaan lebih bersedia dari segi emosi, sosial dan kognitif. Dengan memulakan prasekolah pada usia lima tahun, kanak-kanak diberi pendedahan awal yang lebih tersusun sebelum melangkah ke pendidikan formal di Tahun Satu pada usia enam tahun.

Pendekatan ini juga dijangka dapat mengurangkan tekanan pembelajaran terlalu awal serta memberi peluang kepada guru merancang aktiviti pembelajaran yang lebih sesuai dengan tahap perkembangan murid.

Tahun Satu Umur 6 Tahun Mulai 2027

Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035

Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 merupakan pelan jangka panjang selama 10 tahun yang digerakkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memperkukuh sistem pendidikan negara. Pelan ini merangkumi pelbagai aspek penting termasuk penambahbaikan kurikulum, kaedah pentaksiran, latihan guru serta kebajikan warga pendidik.

Matlamat utamanya adalah untuk melahirkan generasi pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah memiliki kemahiran berfikir kritis, nilai murni serta keupayaan menyesuaikan diri dengan cabaran masa depan.

Perubahan Pentaksiran Berpusat

Selain pelarasan umur kemasukan sekolah, pelan ini turut memperkenalkan sistem pentaksiran berpusat bagi murid Tahun Empat dan Tingkatan Tiga. Bagi murid Tahun Empat, pelaksanaan pentaksiran berpusat akan bermula pada tahun 2026, melibatkan mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Langkah ini bertujuan memastikan tahap penguasaan asas murid dapat diukur secara lebih menyeluruh dan seragam di seluruh negara, sekali gus membantu pihak sekolah merancang intervensi pembelajaran yang lebih berkesan.

Ke Arah Sistem Pendidikan Lebih Seimbang

Secara keseluruhan, perubahan yang diperkenalkan melalui Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 mencerminkan usaha kerajaan untuk membina sistem pendidikan yang lebih seimbang, inklusif dan berpaksikan perkembangan murid. Dengan penstrukturan semula pendidikan prasekolah serta penambahbaikan pentaksiran, negara diharapkan mampu melahirkan generasi pelajar yang lebih bersedia menghadapi realiti dunia masa hadapan.

sumber

Baca lagi : Dr Sheikh Muszaphar Dedahkan ‘Rahsia’ Anak Jadi Pelajar Cemerlang, Sejak Darjah 1 Raih Nombor 1 Dan Kini Dapat 10A – Majalah Ilmu

Continue Reading

Trending