Connect with us

Pendidikan

Ini jenis pengeluaran Kwsp yang anda tak tahu.

Published

on

kwsp

Ini jenis pengeluaran Kwsp yang anda tak tahu.

“DUIT dalam KWSP tu boleh ke kita keluarkan masa masih muda ni?”
“Boleh bro….”
Bagi anda yang mempunyai simpanan di KWSP, jom kita tengok jenis-jenis pengeluaran KWSP dan cara-cara untuk membuat pengeluaran tersebut. Bukan masa nak pencen je boleh keluarkan.

#1. Pengeluaran Umur 50 Tahun

Ada 2 jenis pengeluaran:

  • Pengeluaran Penuh Akaun 2
  • Pengeluaran Sebahagian Akaun 2

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#2. Pengeluaran Umur 55 Tahun

Ada 4 jenis pengeluaran:

Kesemua Simpanan

  • Sebahagian Simpanan (Amaun minimum RM2,000.00 & Setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu)
  • Bayaran Bulanan (Pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan)
  • Kombinasi Sebahagian Simpanan + Bayaran Bulanan

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#3. Pengeluaran Umur 60 Tahun

Ada 4 jenis pengeluaran:

Kesemua Simpanan

  • Sebahagian Simpanan (Amaun minimum RM2,000.00 & Setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu)
  • Bayaran Bulanan (Pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan)
  • Kombinasi Sebahagian Simpanan + Bayaran Bulanan

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#4. Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9C (AHL)
  • Bawa Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP ATAUPenyata Baki Pinjaman Perumahan Dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) (Tarikh penyata baki tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima)
  • Surat Nikah ATAU Sijil Perkahwinan ATAU Sijil Kelahiran Anak untuk Permohonan Membantu Pasangan
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#5. Pengeluaran Hilang Upa ya

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan semua simpanan kwsp sekiranya ahli tidak berupaya dari segi fizikal atau mental atau kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk memperolehi pekerjaan (employability).

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9L (AHL)
  • Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan Pakar/Bukan Pakar (Hospital/Klinik Kerajaan atau Hospital/Klinik Swasta)
  • Surat Berhenti Kerja Daripada Majikan (jika ada) bagi ahli yang berhenti kerja dalam tempoh setahun dari tarikh permohonan
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#6. Pengeluaran Mening galkan Negara

Pengeluaran ini boleh dipohon oleh:

  • Warganegara malaysia yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara lain
  • bukan warganegara malaysia yang telah berhenti kerja dan akan mening galkan malaysia

Cara-caranya:

  • Bawa Passport, Permit Kerja, Bukti Penamatan Kerja
  • Isi Borang Permohonan KWSP 9K (AHL)
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#7. Pengeluaran Pendidikan

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli/anak ahli (termasuk anak tiri dan anak angkat) di institut pengajian tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9H (AHL)
  • Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan Pakar/Bukan Pakar (Hospital/Klinik Kerajaan atau Hospital/Klinik Swasta)
  • Bawa Surat Tawaran Belajar
  • Bawa Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar yang asal
  • Bawa Surat Kelulusan Pengiktirafan Kursus Pengajian
  • Bawa Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini (pelajar IPTA dikecualikan)
  • Bawa Borang Temuduga
  • Bawa Bukti Kelayakan Mengikuti Pengajian
  • Bagi Pengeluaran Pendidikan Anak Ahli – Bawa Kad Pengenalan Anak Ahli & Dokumen Bukti Pertalian
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#8. Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9N (AHL)
  • Bawa Lampiran A – Notis Akuan Pelepasan Caruman Kerajaan Berhubung Dengan Pengeluaran Pekerja Berpencen
  • Bawa Bukti Pengesahan Taraf Pesara
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#9. Skim Pelaburan Ahli
Skim ini membolehkan ahli memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan. Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.

Senarai Dana-dana Amanah Institusi Pengurusan Dana (IPD) Skim Pelaburan Ahli KWSP

Cara-caranya:

Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9N (AHL)

#10. Pengeluaran Membina/Membeli Rumah
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9C (AHL)
  • Bawa Surat Perjanjian Jual Beli (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
  • Bawa Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (sekiranya kelulusan pinjaman kurang daripada setahun)
  • Bawa Surat Perjanjian Bina Rumah (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
  • Bawa Suratan Hakmilik Tanah atas nama penjual/pemilik tanah
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#11. Pengeluaran Simpanan Melebihi RM1 Juta
Pilihan kepada ahli yang mempunyai simpanan melebihi RM1.05 juta mengeluarkan lebihan simpanan berkenaan untuk diuruskan sendiri oleh ahli.

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#12. Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
Pengeluaran simpanan Akaun 2 untuk membiayai ansuran bulanan pinjaman perumahan bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah.

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9P (AHL)
  • Bawa Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP ATAUPenyata Baki Pinjaman Perumahan Dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) (Tarikh penyata baki tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima)
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

*Maaf. Buat masa ini tiada pilihan untuk keluarkan duit KWSP jika nak ubahsuai rumah. Tapi kalau nak buat juga perlu kreatif sikit. Pilih pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan tapi duit yang dapat tu buat saving untuk tujuan ini.

#13. Pengeluaran Kema tian
Pengeluaran penuh akaun ahli oleh penama/wasi/pentadbir pusaka/waris terdekat ahli apabila berlaku kema tian ke atas ahli KWSP.

Cara-caranya:

  • Bawa Sijil Kema tian Ahli
  • Bawa Kad Pengenalan Diri Pemohon dan isi Borang Permohonan KWSP 9KM (AHL)
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#14. Pengeluaran Perumahan Fleksibel
Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli/membina rumah.

#15. Pengeluaran Kesihatan
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penya kit kriti kal dan/atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh lembaga kwsp yang dihi dapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan.

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9D (AHL)
  • Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan
  • Bawa Surat Pengesahan Majikan Mengenai Tanggungan Kos Rawatan
  • Bawa Kad Pengenalan Diri pesa kit
  • Bawa Bukti Pertalian di antara pemohon dan pesa kit (sekiranya pemohon bukan pesa kit)
  • Bawa Bil Rawatan Pesa kit Luar/Discaj Wad (Final Bill) DAN Resit Bayaran Asal dari Pusat Perubatan (sekiranya bayaran telah dibuat)
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#16. Pengeluaran Haji
Kerajaan melalui pembentangan Bajet 2013 pada 28 September 2012 telah memperkenalkan inisiatif Pengeluaran Haji kepada ahli KWSP untuk membuat pengeluaran simpanan dari Akaun 2 untuk menunaikan ibadah Haji.

Nota: Mulai 1 April 2016, peminjam boleh membuat permohonan pengeluaran untuk bayaran balik pinjaman PTPTN secara atas talian (online) dengan menggunakan e-Pengeluaran.

Sumber: Majalah Labur via myinfomaya

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pendidikan

“Guru Fokus Mengajar, Warden Jaga Sahsiah” MRSM Perkenal Warden Sepenuh Masa Mulai Tahun Depan

Published

on

MRSM Perkenal Warden Sepenuh Masa

“Guru Fokus Mengajar, Warden Jaga Sahsiah” MRSM Perkenal Warden Sepenuh Masa Mulai Tahun Depan

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bakal melalui satu perubahan besar yang dilihat mampu memberi manfaat kepada guru dan pelajar apabila semua 58 buah MRSM Perkenal Warden Sepenuh Masa.

Apa yang menarik perhatian, warden-warden ini bukan lagi terdiri daripada guru, sebaliknya akan dipilih daripada bekas anggota beruniform yang melalui tapisan ketat serta latihan khas.

MRSM Perkenal Warden Sepenuh Masa

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata langkah itu diambil bagi membolehkan guru memberi fokus sepenuhnya kepada tugas mengajar, mendidik dan membentuk kemenjadian pelajar.

“Bermula tahun depan semua 58 buah MRSM akan ada warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota beruniform dengan pemilihan yang ketat dan wajib melalui latihan untuk faham Falsafah Pendidikan MARA.

“Guru-guru tidak perlu lagi terbeban dengan tugas warden, hanya fokus mengajar, mendidik dan kemenjadian pelajar,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

MRSM Perkenal Warden Sepenuh Masa kata Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

MRSM Perkenal Warden Sepenuh Masa

Menurut beliau, warden yang dipilih bukan sekadar menjaga disiplin atau rutin harian di asrama, tetapi memainkan peranan besar sebagai pendidik watak dan ibu bapa kedua kepada pelajar.

Mereka akan bertanggungjawab memastikan keselamatan pelajar terjamin, disiplin sentiasa terkawal serta membantu membentuk sahsiah, nilai kasih sayang dan keperibadian pelajar.

Dalam masa sama, pelaksanaan warden sepenuh masa ini juga memberi ruang kepada guru untuk lebih memberi perhatian terhadap kualiti pengajaran, pembangunan potensi pelajar dan aspek pembelajaran secara lebih mendalam.

Sebelum ini, dua MRSM iaitu MRSM Besut di Terengganu dan MRSM Balik Pulau di Pulau Pinang menjadi antara perintis kepada penggunaan warden daripada bekas anggota beruniform.

Warden yang dipilih perlu menjalani beberapa siri tapisan termasuk sesi temu duga komprehensif bagi memastikan mereka benar-benar memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh MARA.

Langkah ini dilihat sebagai satu usaha serius untuk memastikan kebajikan, keselamatan dan pembangunan pelajar di asrama lebih terjaga tanpa membebankan guru.

Ramai melihat keputusan ini sebagai perubahan positif kerana guru boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada pendidikan, manakala warden pula memainkan peranan lebih khusus dalam membimbing kehidupan pelajar di asrama.

Pendekatan MRSM Perkenal Warden Sepenuh Masa ini juga seiring dengan ketegasan MARA yang sebelum ini menegaskan tiada kompromi terhadap salah laku, namun tetap mengutamakan pendekatan mendidik, memulih dan berlaku adil kepada pelajar.

 

Sumber : FB

 

Baca lagi : Mohd Fadli Mencadangkan Sudah Masanya Mewujudkan Jawatan Khas Sebagai Warden Asrama Seperti Warden Penjara – Majalah Ilmu

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Continue Reading

Pendidikan

RM60,000 Halang Impian Jadi Doktor — Uncle Kentang Hulurkan Harapan Buat Pelajar Malaysia

Published

on

RM60000 Halang Impian Jadi Doktor — Uncle Kentang Hulurkan Harapan Buat Pelajar Malaysia

RM60,000 Halang Impian Jadi Doktor — Uncle Kentang Hulurkan Harapan Buat Pelajar Malaysia

Impian seorang gadis muda Malaysia untuk menjadi doktor hampir berkubur, bukan kerana kegagalan akademik, tetapi kerana kekangan kewangan.

Selepas berjaya memperoleh tawaran ke Universiti Monash, masa depan gadis itu kelihatan cerah. Namun kegembiraan itu hanya bertahan seketika apabila yuran pendaftaran sebanyak RM60,000 perlu dijelaskan dalam tempoh yang singkat.

Bagi keluarganya, jumlah itu bukan kecil. Masa semakin suntuk, dan mereka terpaksa berkejar dengan waktu untuk mencari dana demi menyelamatkan impian anak mereka.

uncel 1

Ayah Berusaha, Namun Masih Kekurangan RM40,000

Dalam satu perkongsian di Facebook, Uncle Kentang mendedahkan bahawa bapa gadis tersebut mempunyai simpanan KWSP, namun hanya boleh dikeluarkan sepenuhnya selepas setahun.

Dengan usaha sendiri, beliau berjaya mengumpul RM20,000 melalui pelbagai cara. Namun, baki RM40,000 masih menjadi tembok besar yang menghalang.

Dalam keadaan terdesak, bapa itu memberanikan diri menghubungi Uncle Kentang, walaupun beliau sendiri merupakan ahli Jawatankuasa Pelawat Hospital Sungai Buloh serta seorang Rotarian.

Katanya, ini bukan soal maruah — ini soal masa depan anak.

uncel 2

Berani Bersuara Demi Impian

Bagi membantu orang ramai memahami situasi sebenar, Uncle Kentang meminta gadis itu merakam video rayuan.

Walaupun gementar, dia mengumpul keberanian untuk berkongsi kisahnya.

Menurut Uncle Kentang, ramai anak muda memilih untuk diam kerana takut dipandang rendah atau dikritik di media sosial.

Namun gadis ini memilih untuk bersuara, kerana dia tidak mahu melihat impiannya hilang begitu sahaja.

Sahabat 30 Tahun Tampil Membantu

Selepas usaha mendapatkan tajaan daripada seorang ahli perniagaan tidak berhasil, Uncle Kentang menghubungi sahabat lamanya selama 30 tahun, GS Lau.

Tanpa banyak soal, setelah mendengar kisah tersebut, GS Lau bersama keluarganya bersetuju memberi pinjaman mesra untuk menampung baki yang diperlukan.

Uncle Kentang menegaskan, bantuan tidak sepatutnya dinilai berdasarkan bangsa atau latar belakang.

“Jika impian itu benar dan layak diperjuangkan, kita wajib membantunya,” katanya.

Surat Terima Kasih yang Menyentuh Hati

Selepas menerima bantuan, gadis itu menulis sepucuk surat penuh emosi kepada mereka yang menghulurkan tangan ketika dia hampir berputus asa.

Dia secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada Tuan dan Puan GS Lau serta keluarga, kerana mempercayai impiannya.

Mereka kemudian bertemu dalam satu makan tengah hari vegetarian, di mana proses penyerahan dana disempurnakan — bukan sekadar transaksi, tetapi simbol kepercayaan terhadap masa depan.

Bila Kebaikan Menyelamatkan Impian

Uncle Kentang menutup perkongsiannya dengan rasa syukur kerana diberi peluang menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.

Beliau mendoakan agar gadis tersebut berjaya dalam pengajian dan suatu hari nanti menjadi doktor yang memberi kembali kepada masyarakat.

Apa yang bermula sebagai krisis kewangan, kini menjadi kisah tentang harapan, kebaikan hati, dan kuasa komuniti.

Kerana kadang-kadang, satu tangan yang menghulur mampu mengubah seluruh masa depan seseorang.

Continue Reading

Pendidikan

Ibu Cina Pilih Hantar Anak Ke PASTI, Kini Boleh Bertutur Bahasa Melayu

Published

on

pasti

CHA’AH, SEGAMAT — Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di TikTok menjadi tular selepas beliau menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di kampung halamannya di Cha’ah, Johor.

Wanita tersebut, yang menggunakan akaun TikTok @joeychan427, berkongsi bagaimana keputusan itu dibuat bukan kerana faktor agama, tetapi kerana lokasi yang dekat, suasana mesra kanak-kanak dan layanan guru yang penuh kasih sayang.

Anaknya yang dikenali sebagai Kangkang, berusia dua tahun setengah ketika itu, ditempatkan sementara di PASTI ketika mereka pulang dari Perak ke Johor bagi menguruskan hal keluarga.

“Tadika ini nampak sangat menarik, cikgu-cikgunya baik dan mesra. Jadi saya letakkan Kangkang belajar di sini,” tulisnya dalam satu hantaran.

Terima Kecaman, Namun Tetap Berfikiran Terbuka

Menurut ibu tersebut, tidak semua pihak bersetuju dengan keputusannya. Ada yang menghantar mesej negatif kerana menghantar anak ke tadika berteraskan Islam.

Namun, beliau memilih untuk melihat perkara itu dari sudut positif.

“Dulu saya sendiri satu-satunya pelajar Cina dalam kelas semasa belajar Form 6 di Cha’ah. Saya rasa bagus kalau anak saya boleh belajar budaya lain. Kita satu Malaysia,” katanya.

keluarga pasti

Perkembangan Positif Dalam Tempoh 3 Bulan

Selepas tiga bulan di PASTI, Kangkang menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. Dia kini sudah boleh menyebut perkataan asas dalam Bahasa Melayu seperti:

  • “Ibu”

  • “Duduk”

  • Nombor “satu, tiga, empat”

Malah, kadangkala Kangkang turut menyanyikan lagu kanak-kanak dalam Bahasa Melayu.

Perkara itu membuatkan ibunya terharu, apatah lagi apabila menerima ratusan komen positif daripada netizen yang menyokong tindakannya.

“Saya baca semua komen walaupun tak sempat balas satu-satu. Terima kasih atas kata-kata baik,” katanya.

Hantar Anak Ke PASTI,

Akan Kembali Ke Perak, Namun PASTI Tetap Di Hati

Kangkang dijadualkan pulang ke Perak pada Februari sempena sambutan Tahun Baharu Cina, manakala ibunya akan kembali bekerja sebagai guru bermula Mac.

Namun, beliau berjanji akan terus menziarahi tadika tersebut setiap kali pulang ke Cha’ah.

“Saya akan rindu tadika pertama Kangkang. Bila balik Cha’ah nanti, saya pasti bawa dia jumpa cikgu dan kawan-kawan PASTI.”

Bukti Perpaduan Bermula Dari Pendidikan Awal

Kisah ini menjadi contoh bahawa perpaduan tidak hanya dibina melalui slogan, tetapi melalui pengalaman dan pendedahan sejak kecil.

Apabila kanak-kanak diajar untuk mengenali budaya berbeza dalam suasana harmoni, ia bukan sahaja menguatkan bahasa dan komunikasi, malah menyemai nilai toleransi yang menjadi asas sebuah negara majmuk.

Sumber: TikTok @joeychan427
Disunting oleh: Majalah Ilmu

Continue Reading

Trending