Connect with us

INFO

Tips Tanam Terung, Untung sehinga 7k sebulan.

Published

on

Tanam terung

Tips Tanam Terung, Untung sehinga 7k sebulan.

Tanam Terung : Terung antara sayuran yang kerap kali menjadi menu utama sayuran di rumah. Permintaan dalam pasaran amat mengalakkan. Bagusnya pokok terung ini tak perlu penjagaan rapi, kerana jika betul penjagaannya ia akan lebat berbuah dan menguntungkan.

Kalau nak tahu macam mana keuntungan tanam pokok terung yang betul boleh ikut tip yang dikongsi oleh D Tal 7 Integrated Agro Farm.

HASIL YANG BANYAK!! Tips Tanam Terung UNTUNG MARGIN BESAR!! TERUNG YANG HEBAT!!

  • Penanaman terung secara fertigasi boleh dilakukan menggunakan sistem fertigasi secara terbuka. Ini kerana penanaman terung di bawah SPH dengan jaring kalis serangga
    menghalang proses pendebungaan sekali gus mengurangkan hasil tanaman terung.
  • Tapak projek yang dipilih hendaklah mempunyai sumber air bersih. Kualiti air seperti pH haruslah diperiksa. Nilai pH yang sesuai untuk tanaman terung ialah 5.5 – 6.5.
  • Pemberian kuantiti air baja yang sama kepada setiap pokok penting untuk pokok terung mencapai pembesaran yang seragam.
  • Medium tanaman yang disyorkan ialah 100% coco peat. Cocopeat mudah diperoleh, murah dan lebih mesra alam.
  • Baja fertigasi terung terbahagi kepada dua bahagian iaitu stok A dan B.
  • Purata hasil terung fertigasi mampu mencapai 4 kg sepokok dengan formulasi pembajaan yang tepat. Ada juga mencapai 5 kg sepokok. Jangka hayat fertigasi terung adalah 6 bulan.

HASIL TANAMAN

Saya c.him akan tunjukkan contoh hasil tanaman ini & saya buat pengiraan minimum.

  • 3000 pokok
  • 3.5kg setiap pokok (boleh mencapai lebih)
  • Rm 4.00/kg (harga sekarang melebihi Rm 4)
  • 3000kg X 3.5kg X Rm 4 = RM 42,000
  • Setahun 2 kali
  • Rm 42,000 x 2 = rm 84,000
  • Rm 84,000/12 = RM 7,000

HASIL ANDA DAPAT RM 7000 SEBULAN. SANGAT BERBALO BALOI..

Tanam Terung

Khasiat Terung

Terdapat pelbagai jenis terung sebenarnya di muka bumi ini. Penanaman terung pada hari ini, sangatlah menguntungkan dan berpotensi untuk terus dimajukan bagi rakyat Malaysia. Terung merupakan salah satu jenis sayuran bewarna ungu yang memiliki khasiat dan unsur-unsur nutrisi seperti serat, mineral, kalsium, vitamin K serta bioflavonoid. Nama umum bagi terung ini ialah Terung Peparu.

Kaedah penanaman:

Perkara yang perlu ada ketika ingin melakukan penanaman terung adalah:

  • Biji benih terung.
  • Campuran tanah, pasir, dan tahi ayam atau kompos atau kompos baja tahi kambing.
  • Polibeg (boleh digantikan dengan pasu sekiranya tiada)

Empat Penyediaan anak benih Tanam Terung

  1. Tanam terus ke dalam polibeg, anda boleh tanam terus 3 – 4 biji benih sedalam 2 – 5cm.
  2. Peringatan : dulang penyemaian atau pot tray, anda boleh menggunakannya tanpa sebarang halangan kerana dengan penggunaannya, kawalan penyakit dan perosak lebih mudah dipantau.
  3. Setelah berusia 4 minggu, boleh terus dipindahkan ke dalam polibeg yang sesuai.
  4. Jika ditanam terus pada batas, pastikan jarak antara pokok adalah 90cm bagi memastikan tiada persaingan terhadap penyerapan nutrien baja.

Cara pembajaan Tanam Terung

  1. Penggunaan baja 15:15:15 ataupun NPK Hijau sebanyak 30g sepokok sebagai pembajaan pertama.
  2. Pembajaan kedua dan seterusnya dilakukan menggunakan baja 12:12:17 atau NPK Biru sebanyak 40 – 50g sepokok setiap selang 2 minggu sebelum tumbuh putik bunga.
  3. Cara menabur baja adalah pada keliling dengan jarak 15 – 20cm dari kanopi tanaman.
  4. Guna kaedah Sungkupan bagi tanaman terung adalah bertujuan menyekat pertumbuhan rumpai dalam polibeg yang boleh mengganggu pertumbuhan terung sekiranya tidak dikawal.

Kawalan Serangga dan Penyakit Tanam Terung

  1. Serangga yang secara umumnya menjejaskan produktiviti terung adalah seperti kumbang kutu (Epilachna indica), pengorek pucuk dan buah (Leucinodes orbonalis), serta kutu daun (Aphis sp.).
  2. Lakukan semburan dengan racun serangga carbaryl pada kadar 10g untuk 4 liter air bagi mengawal kutu daun, kumbang kutu dan pengorek buah. Manakala antara penyakit utama yang menyerang tanaman terung adalah penyakit reput buah dan bintik daun.
  3. Langkah pengawalan reput buah, lakukan semburan dengan menggunakan racun kulat maneb pada kadar yang sama dengan racun serangga iaitu 10g untuk 4 liter air. Akhir sekali untuk mengawal bintik daun, gunakan 3g racun kulat benomyl untuk 4 liter air sebagai langkah pengawalannya.

Tanam Terung

Hasil Tanam Terung.

  • Penuaian Hasil 10 minggu selepas penanaman.
  • Anggaran hasil yang yang boleh dituai pada sebatang pokok adalah sekitar 1kg.
  • Cara pemetikan buah ini, adalah sebaiknya menggunakan pisau, gunting kebun atau sekateur dan kerat pada bahagian tangkai buah untuk hasil yang lebih kemas.

Majalahilmu : Pertanian adalah satu perniagaan, jika kita berusaha pasti ada hasilnya. Yang penting usaha mencari ilmu Tanam Terung dan lakukannya. Insyallah boleh menjadi sumber pendapatan keluarga yang baik.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Majalah Ilmu

 

 

 

 

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO

​“Yang langgar elok pula hidup!” – Kamal Adli berang dua beradik lumba kereta mewah, ragut nyawa empat sekeluarga

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260602 174236 0000

“Yang langgar elok pula hidup!” – Kamal Adli berang dua beradik lumba kereta mewah, ragut nyawa empat sekeluarga

SIKAP tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang menjadikan jalan raya awam sebagai litar lumba terus mengundang tragedi berdarah apabila empat nyawa sekeluarga yang tidak bersalah melayang dalam sekelip mata.

​Insiden menyayat hati yang berlaku di Kilometer 27, Jalan Renggam-Simpang Renggam, Johor itu turut mendapat perhatian pelakon popular, Kamal Adli.

​Kamal, 40, meluahkan rasa kesal dan berang dengan tindakan melulu pemandu terbabit yang langsung tidak memikirkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Kamal Adli Luah Rasa Bengang

​Menerusi hantaran di platform Threads, suami kepada aktres Uqasha Senrose ini menyifatkan perbuatan berlumba di jalan raya yang sibuk terutamanya ketika musim orang ramai pulang ke kampung sebagai satu tindakan yang tidak masuk akal.

“Memang bodoh boleh berlumba tengah jalan-jalan sibuk orang balik dari kampung! Sampai orang tak bersalah yang meninggal! Bodoh gila!

“Yang langgar elok pula hidup! Tempatkan mereka bersama orang-orang beriman,” tulisnya penuh emosi.

 

​Dalam pada itu, rata-rata netizen di ruangan komen turut bersetuju dengan kenyataan Kamal dan menzahirkan rasa simpati yang mendalam terhadap nasib malang yang menimpa keluarga berkenaan.

Kronologi Kemalangan Ngeri

​Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 1.15 tengah hari Isnin, kemalangan ngeri itu melibatkan lima buah kenderaan iaitu dua buah Mercedes-Benz A250, sebuah BMW 530e, Toyota Vios, Perodua Alza dan Proton Wira.

​Siasatan pihak polis mendapati kemalangan berpunca daripada tindakan dua kenderaan mewah yang dipandu secara laju dan melulu.

​Akibatnya, kereta BMW berkenaan hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kenderaan yang dinaiki empat sekeluarga tersebut.

Pelumba Rupanya Adik-Beradik

​Lebih mengejutkan, pemandu Mercedes-Benz yang terselamat dan pemandu BMW yang maut rupa-rupanya merupakan pasangan adik-beradik.

​Pemandu BMW berusia 22 tahun dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah pada bahagian dada. Manakala adiknya yang berusia 19 tahun, pemandu Mercedes-Benz, kini ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

​Tragedi ini turut mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang menggesa pihak polis menyegerakan siasatan agar tindakan pendakwaan yang setimpal dapat diambil terhadap pelaku.

Majalah ilmu 

Sumber: ohmymedia

Continue Reading

INFO

​’Satu Keluarga Habis Licin…’ – Angkara Ego Kereta Mewah Berlumba, 4 Beranak Dijemput Ajal Serentak Di Simpang Renggam

Published

on

1 20260602 114046 0000

‘Satu Keluarga Habis Licin…’ – Angkara Ego Kereta Mewah Berlumba, 4 Beranak Dijemput Ajal Serentak Di Simpang Renggam

SIAPA sangka, perjalanan petang yang disangka tenang bertukar menjadi sebuah tragedi berdarah yang paling menyayat hati. Kegembiraan sebuah keluarga hancur berkecai dalam sekelip mata apabila empat ahli keluarga terkorban serentak dalam satu kemalangan ngeri melibatkan lima buah kenderaan di Kilometer 27, Jalan Renggam-Simpang Renggam.

​Lebih memilukan, insiden hitam ini dipercayai berpunca daripada sikap mementingkan diri dan ego pemandu dua buah kenderaan mewah yang memandu secara laju dan melulu di jalan awam.

Detik Cemas Rempuhan Berantai, BMW Meluncur Masuk Laluan Bertentangan

​Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.15 tengah hari itu membabitkan sebuah kereta Mercedes-Benz A250 dan sebuah BMW 530e. Kedua-dua kenderaan berkenaan dipercayai dipandu secara berbahaya dari arah Kluang menuju ke Simpang Renggam.

​”Pemandu BMW 530e yang dipandu lelaki tempatan berusia 22 tahun itu dipercayai hilang kawalan akibat dipandu terlalu laju sebelum ia meluncur masuk ke laluan bertentangan.

​”Kereta terbabit kemudiannya merempuh empat buah kenderaan lain yang sedang bergerak di laluan berkenaan iaitu Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira dan sebuah lagi Mercedes-Benz,” katanya.

​Akibat impak rempuhan yang tersangat kuat, kereta BMW tersebut dilaporkan tercampak lalu terjatuh ke dalam gaung di seberang jalan.

Empat Beranak Dalam Toyota Vios Maut Di Tempat Kejadian

​Sesiapa sahaja yang melihat foto kejadian pasti akan menitiskan air mata. Rempuhan itu telah mengorbankan pemandu Toyota Vios, seorang lelaki berusia 36 tahun, isterinya (33 tahun), seorang warga emas (73 tahun) dan seorang kanak-kanak perempuan sekecil 10 tahun. Dipercayai, kesemua mereka adalah ahli keluarga terdekat.

​Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan. Sementara itu, pemandu BMW berusia 22 tahun pula disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

​Tragedi ini turut menyebabkan dua lagi kanak-kanak berusia 11 dan tujuh tahun yang menaiki Perodua Alza mengalami kecederaan parah di kepala dan kini sedang bertarung nyawa di Zon Merah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang. Beberapa pemandu lain turut mengalami kecederaan di kaki, muka, dan dada.

Remaja 19 Tahun Ditahan Polis, Netizen Mula Berang

​Susulan kejadian tersebut, pihak polis telah menahan pemandu Mercedes-Benz A250 yang baru berusia 19 tahun bagi membantu siasatan. Kenderaannya turut dirampas, bagaimanapun ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah.

​Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda jika sabit kesalahan.

​Berita ini ternyata mengundang kemarahan netizen di media sosial. Rata-rata mengecam tindakan pemandu-pemandu tersebut yang menjadikan jalan raya awam sebagai litar lumba peribadi sehingga mengorbankan nyawa orang lain yang tidak bersalah.

“Moga Ada Syurga Buat Kalian…” – Netizen Banjiri Ruangan Komen Dengan Doa

​Menjengah ke ruangan komen di platform media sosial, suasana pilu menyelubungi netizen apabila memikirkan nasib waris yang ditinggalkan. Bayangkan, dalam satu tengah hari, terus hilang empat ahli keluarga sekaligus.

“Ya Allah, luluh hati saya membaca berita ni. Hilang satu keluarga sekaligus. Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” tulis seorang netizen.

“Tolonglah haramkan pemandu-pemandu melulu macam ni daripada guna jalan raya. Kerana ego nak tunjuk hebat, anak orang lain jadi yatim piatu, keluarga orang lain hancur!” komen seorang lagi dengan nada kesal.

​Pihak polis turut menasihati semua pengguna jalan raya agar sentiasa bertimbang rasa dan berhati-hati ketika memandu. Ingatlah, keluarga kita da



n keluarga orang lain sedang menunggu di rumah.

​Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat para mangsa yang terkorban dan doakan kesembuhan buat anak-anak kecil yang masih kritikal di hospital.

Majalah ilmu

Sumber: borakdaily

Continue Reading

INFO

​‘Tolong Kuat Ibu, Kami Tunggu Di Rumah’ – Warkah Rindu Anak Pendaki Wanita Hilang Di Gunung Batu Putih Sentuh Hati Netizen

Published

on

1 20260602 102442 0000

​‘Tolong Kuat Ibu, Kami Tunggu Di Rumah’ – Warkah Rindu Anak Pendaki Wanita Hilang Di Gunung Batu Putih Sentuh Hati Netizen

Anak Pendaki Wanita Hilang

SEJAK dilaporkan hilang pada 24 Mei lalu di Gunung Batu Putih, Tapah, Perak, misi pencarian pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, masih menjadi tumpuan utama seluruh rakyat Malaysia.

​Terbaharu, tular di media sosial satu luahan hati yang amat menyayat hati daripada anak mangsa yang setia menanti kepulangan ibunya di rumah.

​Warkah ringkas namun penuh emosi itu dikongsikan semula oleh pengguna akaun TikTok @darwisyahfaizal, sekali gus mengundang simpati dan air mata dalam kalangan netizen.

Anak Pendaki Wanita Hilang

Anak Pendaki Wanita Hilang

“Ibu Insan Paling Kuat Saya Kenal”

​Menerusi hantaran tersebut, si anak menyatakan keredaan dan ketabahannya dalam mendepani ujian yang amat berat ini, biarpun mengakui ada ketikanya dia berasa sangat tidak berdaya.

“Hai Ibu, saya tahu ibu kuat. Malah, ibu adalah antara insan paling kuat yang saya kenal. Saya tak dapat membayangkan apa yang sedang ibu lalui sekarang, tapi saya sentiasa berdoa agar Allah memberikan ibu kekuatan, ketenangan dan perlindungan untuk terus bertahan,” tulisnya.

 

​Lebih meruntun jiwa, anak mangsa turut menitipkan kata-kata semangat agar ibunya tidak berputus asa di dalam hutan belantara berkenaan.

​Dia juga memegang erat pesanan ibunya yang sering mengingatkan tentang kebaikan pencipta dalam apa jua keadaan sekalipun.

“Kami semua sedang menanti kepulangan ibu. Ada masanya saya berasa sangat tak berdaya, tapi saya cuba ingat kata-kata ibu: ‘Allah Maha Baik’. Ibu tak keseorangan. Allah sentiasa bersama ibu, dan kami juga sentiasa bersama ibu dari sini. Kami sayang ibu sangat-sangat,” luahnya lagi.

FB IMG 1780369564050

Anak Pendaki Wanita Hilang

Netizen Banjiri Ruangan Komen Dengan Doa

​Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata warga maya tidak dapat menahan sebak malah turut menumpahkan air mata membaca titipan rindu seorang anak kepada ibunya itu.

​Ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada keluarga mangsa agar terus cekal sementara menanti perkhabaran gembira daripada pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

“Allahuakbar, luruh jantung baca luahan anak dia. Semoga ada keajaiban buat Puan Jaslinda. Ya Allah, pulangkanlah ibu ini ke pangkuan anak-anaknya dalam keadaan selamat,” komen seorang netizen.

“Tak dapat bayangkan perasaan anak dia sekarang. Semoga pasukan SAR dipermudahkan urusan dan diberikan petunjuk segera,” tambah seorang lagi pengguna TikTok.

​Untuk rekod, operasi SAR bagi mengesan Jaslinda Saludin yang hilang di kawasan pergunungan tersebut masih giat dijalankan oleh pihak berkuasa dengan bantuan pelbagai agensi dan malim gunung.

Anak Pendaki Wanita Hilang

​Sama-sama kita doakan agar Puan Jaslinda segera ditemui dengan selamat.

Majalah ilmu

Sumber: borakdaily

Continue Reading

Trending