Connect with us

SEMASA

Risau Dengan Masa Depan Graduan Di Malaysia, Gadis Yang Baru Menjadi Graduan Kimia Kerja KFC Telah Mendapat Perhatian Pelakon Fazura Di Tik Tok

Published

on

graduan kimia kerja kfc

Risau Dengan Masa Depan Graduan Di Malaysia, Gadis Yang Baru Menjadi Graduan Kimia Kerja KFC Telah Mendapat Perhatian Pelakon Fazura Di Tik Tok

Graduan di Malaysia semakin meningkat setiap tahun tidak kira dalam apa jua bidang. Banyak kita dengar kisah para graduan yang tidak dapat terjun ke dalam sektor pekerjaan walaupun memiliki kelulusan yang tinggi sekalipun. “Buat je apa-apa kerja, jangan pilih kerja sangat”. Ungkapan ini sering kita dengar dari orang dewasa yang lebih berpengalaman tetapi sejauh mana ia menjadi realiti pekerjaan dalam era yang penuh mencabar ini? Walaupun kita lulusan ijazah, memilih untuk mohon pekerjaan di taraf SPM atau diploma juga menginginkan kelayakan 2-3 tahun pengalaman kerja. Ini jelas, bukan graduan yang memilih kerja tetapi “demand” dari dunia pekerjaan hari ini yang membuatkan graduan tersepit dalam dua situasi. Kisah graduan kimia kerja KFC adalah salah satu dari ribuan kisah graduan yang masih bergelut untuk membina masa depannya.

Gadis jadi graduan kimia kerja KFC lepas convo

graduan kimia kerja kfc

Heboh di laman Tik Tok @ainxxang beberapa hari lalu apabila dia memuat naik video dirinya yang berjaya bergelar graduan dan memiliki ijazah dalam bidang kimia tetapi akhirnya bekerja di sebuah restoran makanan segera, KFC.

Dia yang baru sahaja memperoleh ijazah sarjana itu di salah sebuah universiti awam terkemuka di ibu kota, telah meneruskan perjalanan dalam dunia pekerjaan di restoran KFC. Walaupun demikian, dia kini akur bekerja di KFC yang jauh berbeza dari bidang yang dipelajarinya. Menurut gadis itu di ruangan kapsyen, ini bukanlah pekerjaan yang sempurna namun dia bersyukur dengan rezeki yang diberikan.

Video viral mendapat perhatian netizen & Fazura

Kini video viral di Tik Tok telah mendapat 333.0K likes, dan 101K komen. Apa yang menyedihkan apabila di bahagian komen rupa-rupanya ia dibanjiri dengan komen dari lepasan graduan lain yang turut sama senasib.

“May Allah SWT ease everything for you sweetie. Trust the process and your beautiful journey. The best is yet to come.”

graduan kimia kerja kfc

“Kawan saya master, kerja penjual wafer je you. Kalau nak tunggu betul-betul bidang kita, emmm tak makan la. It’s okay la kerja apa asal perut kenyang.”

graduan kimia kerja kfc

“Jangan ambil degree semata-mata nak kerja bagus, teoi belajar nak ilmu. Banyak ilmu kita boleh berjaya, tak di dunia tapi di akhirat.”

graduan kimia kerja kfc

“Sis degree 4 tahun last-last jadi cleaner dekat Singapore. Yang penting duit halal masuk sudahlah.”

graduan kimia kerja kfc

“I’m jobless sejak 3 tahun lalu. Study akuan tiba-tiba review make up/skincare.”

graduan kimia kerja kfc

“Sekarang memang lambakan graduan tapi peluang pekerjaan kurang. Sebab tu dari dulu kerajaan ada buat kajian penempatan pekerjaan sebelum habis study pun lecturer ada cakap.”

graduan kimia kerja kfc

“I’m graduate with background in chemistry as well. It is so hard to find a job. So I feel you. Stay strong.”

graduan kimia kerja kfc

“Insha Allah ada rezeki nanti. Tabah je.”

graduan kimia kerja kfc

“lt’s okay sis. Saya degree komunikasi media baharu. Tapi sekarnag kerja pasar malam je. Allah tahu apa yang terbaik.”

graduan kimia kerja kfc

“Saya degree in child and family psychology. Tapi pernah kerja kerani pembersihan, kerja besi buruk, money lender, jual nasi lemak dan banyak lagi.”

graduan kimia kerja kfc

“Kerja je dulu yang mana ada, daripada menganggur tunggu kerja yang sesuai dengan bidang. Janji halal.”

graduan kimia kerja kfc

 

Isu graduan menganggur di mana silapnya?

Kajian oleh sebuah firma penyelidikan pasaran (IPSOS) mendapati bahawa kebimbangan terhadap pengangguran meningkat kepada 40 peratus semasa pandemik COVID-19 berbanding tahun sebelumnya.

Data tinjauan yang dibuat juga menunjukkan sebanyak 62 peratus rakyat Malaysia mencatatkan kebimbangan terhadap wabak COVID-19 yang turut sama mempengaruhi ekonomi negara disebabkan kebimbangan untuk membuat sebarang bentuk aktiviti luar termasuklah bekerja.

Golongan yang sangat terkesan pada masalah pengangguran ini sudah tentulah kaum belia khususnya graduan baru yang ingin bekerja.

Namun begitu, isu ini bukanlah baru lagi kerana sudah bertahun-tahun ia berlaku. Hanya sahaja dulu tidak seperti hari ini yang mudah sahaja kisah peribadi kita viral di mana-mana dengan kemajuan teknologi.

Apakah puncanya? Adakah kerana lambakan kemasukan pekerja asing yang menguasai sektor pekerjaan negara? Adakah sistem pendidikan yang memerlukan perubahan bagi institut pengajian tinggi? atau sikap graduan sendiri yang perlu berfikiran terbuka dan menerima sahaja takdir?

Apa pun nasihat bagi para graduan dia luar sana, jangan berputus asa dan terus berusaha untuk masa depan kalian. Manfaatkan segala ruang dan peluang yang ada ini agar apa jua ilmu dan kemahiran yang digali semasa di universiti dapat digunakan untuk berbakti kepada nusa dan bangsa. Bina dan corak peluang kerja kalian sendiri agar menjadi individu yang berkualiti tinggi dari segenap aspek.

Sumber: Tik Tok @ainxxang

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEMASA

“8 Hari Selepas Pemergiannya, Suami Baru Tahu Arwah Rupanya Ada Anak Angkat” – Kisah Alang Eppy Buat Ramai Sebak

Published

on

Kisah Alang Eppy

“8 Hari Selepas Pemergiannya, Suami Baru Tahu Arwah Rupanya Ada Anak Angkat Dan Banyak Bersedekah Dalam Diam”

Ada waktu, Allah memperlihatkan kepada kita betapa luasnya kebaikan seseorang hanya selepas dia pergi.

Begitulah kisah menyentuh hati seorang wanita bernama Afenorain, atau lebih dikenali sebagai Alang Eppy, yang menghembuskan nafas terakhir pada 5 April 2026 selepas bertarung dengan kanser usus tahap empat.

Penyakit yang dihidapinya dikesan kira-kira seminggu sebelum cuti sekolah tahun lalu di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu. Ketika itu, sel kanser sudah sangat agresif dan telah merebak ke paru-paru serta hati.

Namun di sebalik kesakitan yang ditanggung, Alang tetap dikenali sebagai seorang wanita yang lembut hati, suka membantu, suka memberi dan tidak pernah berkira dengan sesiapa.

Malah, suaminya sendiri, Muhamad Naim, mengakui masih banyak kebaikan isterinya yang hanya diketahui selepas pemergiannya.

ummi

“Sepanjang saya mengenalinya, saya tahu dia seorang yang sangat lembut hati. Dia suka memberi, suka membantu dan suka menggembirakan orang lain.

“Tetapi banyak kebaikannya tidak pernah dia ceritakan. Dia tidak menjadikan amalnya sebagai cerita. Dia hanya melakukannya dengan diam, dengan ikhlas dan dengan hati yang penuh kasih,” tulisnya.

Lebih menyentuh hati, lapan hari selepas pemergian isterinya, Naim menerima mesej menerusi nombor telefon arwah daripada pihak Baitus Solehah.

Ketika itulah beliau mengetahui bahawa arwah isterinya selama ini banyak menyumbang kepada rumah kebajikan tersebut.

naim md

Bukan itu sahaja, Alang juga rupanya mempunyai seorang anak angkat bernama Saad yang kini sudah berusia tujuh tahun.

Menurut Naim, isterinya sentiasa mengikuti perkembangan Saad sejak kecil. Malah setiap kali Saad menyambut hari lahir, arwah pasti akan menghantar hadiah dan tidak pernah lupa bertanya khabar.

“Alang follower page Baitus Solehah dan selalu ikuti perkembangan Saad. Alang ikuti perkembangan Saad dari Saad bayi,” kongsi pihak Baitus Solehah.

Lebih membuatkan ramai sebak apabila pihak Baitus Solehah sendiri memaklumkan bahawa segala sedekah jariah yang dilakukan Alang akan terus menjadi teman buatnya di alam barzakh.

“Sedekah dalam senyap. Alhamdulillah, itulah amalan yang orang tak tahu,” tulis mereka.

 Kisah Alang Eppy

Dalam satu lagi perkongsian yang sangat menyentuh hati, Naim berkata dia kini sedar ada manusia yang hidupnya tidak pernah riuh. Tetapi apabila dia pergi, barulah orang nampak betapa banyak kebaikan yang telah ditinggalkan.

“Arwah isteri saya sudah tiada di sisi saya. Tetapi hari ini, saya melihat sendiri bahawa kasihnya masih hidup. Kebaikannya masih berjalan. Dan jejak amalnya masih menyentuh hati orang lain.”

Menurutnya lagi, kehilangan paling berat ialah apabila seseorang yang terlalu baik dipanggil pulang, lalu yang tinggal hanyalah rindu, kenangan dan doa yang tidak pernah putus.

Pemergian Alang bukan sahaja meninggalkan luka buat suami dan keluarga, malah membuatkan ramai tersentuh dengan kisah hidupnya yang penuh kasih sayang.

Naim sendiri memaklumkan bahawa pada hari terakhir isterinya, dia menjadi imam solat jenazah, mengusung sendiri keranda arwah ke kubur dan turun sendiri ke liang lahad untuk menyempurnakan persemadian wanita yang paling dicintainya itu.

“Setiap satunya terlalu berat untuk abang lalui. Tetapi sebagai suami, itulah tanggungjawab terakhir yang abang mampu lakukan untuk sayang.”

Di antara sijil nikah dan sijil kematian, tersimpan seluruh kisah cinta mereka.

 Kisah Alang Eppy

Ada kasih, ada pengorbanan, ada sabar, ada air mata dan terlalu banyak kenangan yang belum sempat dihabiskan bersama.

Namun di sebalik semua kesedihan itu, Alang meninggalkan sesuatu yang jauh lebih besar daripada harta dan kemewahan.

Dia meninggalkan nama yang baik.

Dia meninggalkan doa.

Dia meninggalkan sedekah jariah.

Dan dia meninggalkan bukti bahawa kebaikan yang dibuat dalam diam, akhirnya akan tetap dikenang walaupun tuannya sudah tiada.

Semoga Allah mengampunkan segala dosa Alang Eppy, menerima segala amal baiknya, melapangkan kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

Continue Reading

SEMASA

“Ramai Terkejut Nampak Kereta Remuk Di Tepi Highway, Rupanya Siti Nurhaliza Ada Dalam Kereta Itu”

Published

on

“Ramai Terkejut Nampak Kereta Remuk Di Tepi Highway, Rupanya Siti Nurhaliza Ada Dalam Kereta Itu”

Biduanita Negara Siti Nurhaliza dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan empat buah kenderaan di Lebuh Raya MEX pada Khamis.

Menurut pengurusnya, Rozi Sangdewi, kejadian berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang selepas selesai membuat persembahan di RedQ AirAsia Sepang.

670920490 1505986411085204 441749758406472620 n

Katanya, dua kereta mereka baru sahaja meninggalkan lokasi sebelum berlaku kemalangan di KM14.2 Lebuh Raya MEX. Empat buah kenderaan dilaporkan terlibat termasuk kereta yang dinaiki Siti.

Menerusi perkongsian di media sosial, ramai netizen mengakui mereka terkejut apabila melihat keadaan kereta yang remuk di tepi lebuh raya.

Bagaimanapun, ramai turut bersyukur apabila difahamkan keadaan Siti tidak serius.

671729047 1505986441085201 6968649937477257151 n

Menurut Rozi, Siti telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan mengalami kecederaan ringan termasuk lebam serta bengkak pada bahagian kaki.

Dalam masa sama, Siti sempat memuat naik perkongsian di Instagram Stories dengan meluahkan rasa syukur selepas kejadian tersebut.

Ramai netizen turut menitipkan doa agar Siti Nurhaliza cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

Continue Reading

SEMASA

Ustaz Kazim Masuk ICU, Saluran Jantung Sempit

Published

on

Ustaz Kazim Masuk ICU, Saluran Jantung Sempit

Ustaz Kazim Masuk ICU, Saluran Jantung Sempit

Penceramah bebas terkenal, Datuk Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim kini menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital swasta di Ipoh selepas mengalami masalah saluran jantung sempit.

Perkembangan tersebut dikongsikan oleh abangnya, Datuk Mohd Najmuddin Elias menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Menurut beliau, Ustaz Kazim, 54, dimasukkan ke hospital selepas mengalami kesakitan yang teramat sangat sebelum doktor mengesahkan terdapat saluran jantung yang sempit dan memerlukan prosedur khas bagi melancarkan aliran darah.

Untitled design 64

“Ya betul, sekarang di ICU selepas dimasukkan belon bagi melancarkan dan meluaskan saluran jantung yang sempit.

“Selepas satu belon dimasukkan, doktor mendapati terdapat satu lagi saluran sempit yang memerlukan tambahan satu belon lagi,” katanya.

Difahamkan, prosedur memasukkan belon dilakukan bagi membantu membuka saluran darah yang tersumbat atau sempit supaya aliran darah ke jantung kembali lancar.

Untitled design 65

Berita mengenai keadaan Ustaz Kazim itu nyata mengundang rasa sedih dan bimbang dalam kalangan masyarakat, khususnya para pengikut ceramah beliau yang sentiasa mengikuti perkongsian ilmu dan dakwah disampaikan.

Sejak sekian lama, Ustaz Kazim dikenali sebagai antara tokoh dakwah yang aktif menyampaikan ceramah agama di seluruh negara. Selain itu, beliau juga merupakan Pengasas dan Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah yang banyak melahirkan pelajar dan menjadi pusat penyebaran ilmu.

Menurut Mohd Najmuddin, buat masa ini pihak hospital tidak membenarkan lawatan daripada orang ramai kecuali isteri beliau.

“Buat masa ini pihak hospital tidak membenarkan lawatan kecuali isteri beliau,” katanya.

Beliau turut merayu kepada seluruh peminat, pencinta ilmu dan masyarakat agar bersama-sama mendoakan kesembuhan Ustaz Kazim.

“Saya merayu kepada semua peminat dan pencinta ilmu supaya solat hajat dan berdoa agar beliau kembali sembuh demi meneruskan usaha dakwah dan menguruskan Pusat Al Barakah yang diterajuinya,” katanya.

Orang ramai kini terus menanti perkembangan terkini mengenai keadaan Ustaz Kazim dan berharap beliau segera pulih seperti sediakala.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan buat Ustaz Kazim dan mempermudahkan segala urusannya.

Video Penuh :

Continue Reading

Trending