SEMASA
Pengeluaran & Bantuan Hilang Upaya KWSP RM5000 | Syarat Kelayakan & Cara Memohon

Pengeluaran & Bantuan Hilang Upaya KWSP
Tahukah anda, sebagai pekerja yang mempunyai simpanan KWSP (ahli), anda boleh membuat pengeluaran hilang upaya KWSP dan mengeluarkan semua simpanan.
Selain itu, anda sebagai ahli juga layak menerima bantuan sebanyak RM5000 daripada KWSP sekiranya menerima musibah yang menyebabkan ahli tidak boleh lagi bekerja di sebabkan sesuatu perkara buruk berlaku kepada dirinya yang menyebabkan hilang upaya fizikal atau mental.
Mari baca selanjutnya.
Pengeluaran & Bantuan Hilang Upaya KWSP
Pengeluaran hilang upaya membolehkan anda mengeluarkan semua simpanan KWSP jika keadaan keupayaan fizikal atau mental anda terjejas sehingga menghalang anda untuk bekerja.
Bagi ahli yang layak, anda akan menerima RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban anda.
BACA JUGA: i-Lindung KWSP | Cara Mohon Pelan Perlindungan Diri Mampu Milik & Kelebihannya
Syarat Kelayakan Pengeluaran KWSP
- Warganegara dan Bukan Warganegara
- Tidak Bekerja
- Di bawah umur 60 tahun
- Disahkan oleh pegawai perubatan, telah hilang upaya fizikal atau mental
- Ada simpanan di dalam KWSP
- Mesti dinilai oleh Lembaga Perubatan KWSP.
- Temujanji penilaian oleh Lembaga Perubatan KWSP akan ditetapkan ketika penyerahan permohonan di kaunter
- KWSP berhak untuk membuat pengesahan semua laporan perubatan yang dikemukakan dengan institusi perubatan yang berkenaan.
- Jika Lembaga Perubatan KWSP berpendapat bahawa ahli tersebut tidak dapat menjaga hal ehwal diri sendiri ataupun hal ehwal kewangannya, pembayaran boleh di buat kepada mana-mana orang yang layak mengikut pertimbangan KWSP.
Jumlah Simpanan KWSP Boleh dikeluarkan
Ahli boleh membuat pengeluaran kesemua simpanan anda di dalam KWSP.
Bantuan Hilang Upaya (RM5,000)
Bagi ahli yang layak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan, bayaran Bantuan Hilang Upaya berjumlah RM5,000 akan diberikan mengikut budi bicara KWSP.
Syarat Kelayakan Bantuan Hilang Upaya (RM5,000)
- Warganegara Malaysia
- Ditamatkan perkhidmatan atau hilang pekerjaan di atas alasan ketidakupayaan untuk bekerja
- Belum mencapai usia 60 tahun
- Mengemukakan permohonan pengeluaran di dalam tempoh 12 bulan dari tarikh ditamatkan perkhidmatan atau hilang pekerjaan
- Tempoh perkhidmatan akhir sebelum ditamatkan perkhidmatan atau hilang pekerjaan hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan berterusan
Dokumen Yang Diperlukan
Sila pastikan anda membawa dokumen yang diperlukan seperti yang disenaraikan dibawah ketika membuat permohonan:-
- [KLIK]: Borang KWSP 9L (AHL) dan Senarai Semak Dokumen [KLIK]
- [KLIK]: Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cap ibu jari gagal
- Salinan dokumen pengenalan diri bersama yang asal
- Laporan perubatan asal dari Institusi Perubatan dengan tandatangan, nama penuh, jawatan, nombor pendaftaran MMC/MPM dan bidang pegawai perubatan yang merawat. Borang sampel perubatan boleh dapatkan disini
- Buku bank/penyata akaun simpanan/penyata akaun semasa/Surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/Maklumat pemegang akaun
- Surat penamatan perkhidmatan dari majikan (wajib untuk sektor awam/pilihan untuk sektor lain)
Hantar permohonan lengkap ke kaunter KWSP terdekat atau secara mel ke alamat:-
- Karung Berkunci No. 220, Jalan Sultan, 46720 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
NOTA:
- Pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan dan diakui oleh orang yang diberi kuasa (lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP)
- Untuk memudahkan urusan pembayaran, sila rujuk kepada senarai bank panel KWSP untuk kredit terus ke dalam akaun simpanan/semasa ahli.
Cara Pembayaran Untuk Pengeluaran Hilang Upaya KWSP
Bayaran Dalam Negara:-
- Bayaran penuh di dalam Ringgit Malaysia (RM) akan di kreditkan ke dalam akaun anda.
- Jika anda ada akaun aktif dengan bank panel dan nombor pengenalan sama dengan rekod bank.
- Anda akan diberi Cek Jurubank. Jika bayaran ke akaun anda gagal.
Bayaran Luar Negara:-
- Bayaran penuh akan dibuat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang pilihan anda.
- Jika mata wang pilihan anda terdapat di dalam senarai mata wang yang disahkan.
- Bayaran penuh akan dibuat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang US Dolar. Jika mata wang pilihan anda tidak terdapat di dalam senarai yang disahkan.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai pengeluaran KWSP ketika hilang upaya dan bantuan RM5000, sila layari laman web rasmi KWSP di pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/
SEMASA
Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan
ALOR PONGSU – Isu remaja pecah tabung masjid kembali menjadi perhatian apabila satu rakaman CCTV tular di media sosial, memaparkan tindakan beberapa individu dipercayai cuba mengambil wang daripada tabung masjid.
Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah masjid sekitar Alor Pongsu itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, terutamanya apabila ia melibatkan tempat ibadah umat Islam.
Dalam rakaman tersebut, kelihatan seorang remaja menghampiri tabung sebelum bertindak dalam keadaan mencurigakan. Video itu kemudian tersebar luas dan menjadi antara video viral masjid Malaysia yang hangat diperkatakan.
Netizen Luah Kecewa Isu Tabung Masjid Dicuri
Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa terhadap kejadian yang disifatkan sebagai tidak menghormati kesucian masjid.
Ada yang menyifatkan tindakan ini sebagai satu bentuk kes remaja curi duit masjid yang semakin membimbangkan, malah ada juga yang mengaitkannya dengan kemerosotan nilai dalam kalangan generasi muda.
“Masjid sepatutnya jadi tempat paling selamat, bukan sasaran jenayah,” tulis seorang pengguna.
Isu Sosial Remaja Malaysia Kembali Dipersoal
Kejadian ini sekali lagi membuka perbincangan tentang isu sosial remaja Malaysia, termasuk peranan keluarga, pendidikan dan masyarakat dalam membentuk sahsiah generasi muda.
Walaupun ada yang menuntut tindakan tegas, terdapat juga pandangan yang mencadangkan pendekatan mendidik dan membimbing agar remaja tidak terus tersasar.
Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kes remaja pecah tabung masjid tersebut.
Video penuh remaja pecah tabung masjid :
SEMASA
“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam, petang tadi.
Kejadian menyayat hati itu dipercayai berlaku sekitar jam 3.30 petang ketika hujan lebat melanda kawasan tersebut.
Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.47 malam.
Susulan itu, seramai enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira jam 8.13 malam dan segera memulakan operasi mencari dan menyelamat.
“Laporan daripada orang awam mengatakan mangsa jatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras ketika hujan lebat.
“Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.
Perkongsian kejadian ini mengundang rasa risau dan simpati dalam kalangan netizen yang turut mendoakan agar mangsa segera ditemui.
Baca lagi : Kanak-Kanak 4 Tahun Maut, Kereta Dipandu Datuk Terbalik Di Manjoi – Majalah Ilmu
Ramai juga mengingatkan tentang bahaya arus deras ketika hujan lebat, terutama di kawasan longkang dan parit yang boleh menjadi sangat berbahaya dalam sekelip mata.
Operasi mencari dan menyelamat Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas masih diteruskan oleh pihak bomba.
Semoga mangsa Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas ditemui segera dan segala urusan dipermudahkan.
SEMASA
“Penonton Selalu Terhibur Dengan Kerenah Atok,Pemergian Ayah Famy Ismail Buat Ramai Sebak”

Pempengaruh TikTok, famy.ismail, sebelum ini sering mencuri perhatian ramai menerusi perkongsiannya menjaga ayah tercinta yang sedang sakit strok.
Melalui video-video yang dimuat naik, ramai penonton mengikuti perjalanan hidup mereka sekeluarga, termasuk rutin harian, rawatan, suasana di hospital dan gelagat ayahnya yang sering memarahi atau berleter kepada Famy.
Walaupun sering dimarahi, Famy tetap sabar melayan kerenah ayahnya. Malah, hubungan mereka membuatkan ramai tersenyum kerana di sebalik kemarahan itu, jelas kelihatan kasih sayang seorang ayah terhadap anak.
Gelagat ayahnya yang kadangkala tegas, lucu dan bersahaja membuatkan ramai penonton terhibur. Ada yang menganggap atok itu seperti ayah atau datuk mereka sendiri kerana sikapnya yang begitu dekat dengan kehidupan ramai orang.
Moto yang sering dikongsikan Famy iaitu “Cipta lah kenangan selagi ianya masih ada” kini menjadi lebih menyentuh hati selepas berita pemergian ayahnya mula tersebar.
Ramai pengikut mengakui mereka terkejut apabila melihat perkongsian ucapan Al-Fatihah dan berita mengenai pemergian ayah Famy.
Ada yang mengatakan mereka baru sahaja melihat video-video ayahnya beberapa hari lalu, malah ada juga yang mengakui masih teringat wajah dan suara ayahnya yang sering muncul dalam kandungan TikTok Famy.
Ruangan komen turut dibanjiri ucapan takziah dan doa daripada orang ramai.
“Terkejut buka Facebook tadi, Al-Fatihah atok.”
“Atok online kami. Semoga tenang di sana, salam takziah kepada keluarga.”
“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan Al-Fatihah… xde dah orang nak hiburkan kami.”
Perkongsian itu membuatkan ramai sedar bahawa setiap momen bersama ibu bapa adalah sangat berharga.
Apa yang dilakukan Famy sepanjang menjaga ayahnya bukan sekadar menghasilkan kandungan di media sosial, tetapi menjadi bukti kasih sayang seorang anak yang sanggup menjaga orang tuanya hingga ke akhir hayat.
Kini, segala gelak tawa, bebelan dan kemarahan kecil ayahnya hanya tinggal kenangan.
Namun kenangan itulah yang akan terus hidup dalam hati keluarga dan para pengikut yang pernah mengikuti perjalanan mereka selama ini.
Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Video :
@famy.ismail Ayah udah laaa! Ayah udah laaaa! Simple ! 😩 #CiptaKenangan #foryourpage #AtokOnline #fypシ゚ #fyp ♬ suara asli – Virgiant 🪬
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah












