Connect with us

SEMASA

BKM | Tarikh Bayaran BKM Fasa 2 Masuk Bulan Jun 2022

Published

on

BKM FASA 2

BKM | Tarikh Bayaran BKM Fasa 2 Masuk Bulan Jun 2022 ~ Adalah dimaklumkan, bayaran untuk BKM, Bantuan Keluarga Malaysia fasa yang kedua telah diumumkan. Sila baca dengan teliti ya.


Bantuan Keluarga Malaysia, BKMbkm

BKM, Bantuan Keluarga Malaysia adalah merupakan sebuah inisiatif pihak kerjaan bagi membantu rakyat Malaysia yang berkelayakan pasca COVID19. Terdapat lebih kurang 8.6 juta penerima akan mendapat RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan bagi pembayaran Fasa 1 BKM.

Bagi memastikan tiada yang tercicir daripada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), penelitian terperinci telah dilaksanakan oleh LHDN. ⠀Difahamkan terdapat 12 juta permohonan yang perlu ditapis oleh LHDN untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022.

Menerusi pengumuman Bajet 2022 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, jumlah bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah berbeza mengikut kategori penerima. 

la merangkumi kategori isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 sebulan sehingga isi rumah berpendapatan RM5,000 sebulan dan ke bawah. Individu bujang juga akan mendapat bantuan bagi mereka yang berpendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan.

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilaksanakan 4 kali setahun. Tarikh rasmi pembayaran untuk fasa yang pertama telah bermula pada bulan 28 Mac 2022 yang lalu. 

Untuk fasa yang kedua, pembayaran akan mula dilakukan pada bulan Jun 2022 ini.


Tarikh Pembayaran BKM Fasa 2 Tahun 2022

Pembayaran BKM Fasa 2 dijangka akan mula disalurkan bermula pada 15 Jun 2022 dan akan dikreditkan secara berperingkat. (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa).

Manakala,untuk jumlah pembayaran yang akan diterima pula, boleh anda lihat melalui jadual-jadual dibawah.


Kategori Penerima & Jumlah Bayaran

Berikut merupakan bayaran BKM fasa 2 :

bkm 1
bkm

bkm


 

Tarikh Permohonan / Rayuan

Bagi mereka yang tidak menerima BKM, rayuan permohonan BKM akan dibuka bermula 2 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022.


Jumlah Keseluruhan BKM Yang Bakal Di Terima:

Kategori BantuanPendapatanBilang Anak / Nilai Bantuan
01 – 2≥ 3
Isi Rumah / Ibu Bapa Tunggal (IBT)RM2,500 dan ke bawah1,0001,5002,000
RM2,501 – RM5,000400600800
Warga Emas Bujang / Tiada PasanganRM5,000 dan ke bawah600
BujangRM2,500 dan ke bawah350
  • Kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:
  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas

 

Kategori BantuanPendapatanBilangan AnakKelayakan AsasKelayakan Selepas Kadar Tambahan
IBT yang mempunyai anak (tambahan RM500)RM2,500 dan ke bawah1-21,5002,000
≥32,0002,500
RM2,501 – RM5,0001-26001,100
≥38001,300
Isi Rumah berstatus Warga Emas (tambahan RM300)RM2,500 dan ke bawah1-21,5001,800
≥32,0002,300
RM2,501 – RM5,0001-2600900
≥38001,100


*Nota: Isi rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.

  • Pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
  • BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Kaedah Pembayaran

  • Pembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini:
PerkaraKaedah Bayaran
Ada akaun bank dan berjaya kreditKredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau

Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat

Ada akaun bank tetapi gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup)Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau

Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM

Tiada akaun bankTuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau

Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaski


Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai pembayaran BKM 2022,  anda boleh melayari laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri di pautan berikut:  https://bkm.hasil.gov.my/

Baca juga: Cara Memohon Bantuan RM480 | Insentif Khusus Untuk Suri Rumah B40

Berkecimpung dalam dunia penulisan sejak 5 tahun yang lalu. Menulis pelbagai jenis artikel terkini untuk panduan rakyat Malaysia.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEMASA

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

Published

on

remaja pecah tabung masjid

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

ALOR PONGSU – Isu remaja pecah tabung masjid kembali menjadi perhatian apabila satu rakaman CCTV tular di media sosial, memaparkan tindakan beberapa individu dipercayai cuba mengambil wang daripada tabung masjid.

Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah masjid sekitar Alor Pongsu itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, terutamanya apabila ia melibatkan tempat ibadah umat Islam.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan seorang remaja menghampiri tabung sebelum bertindak dalam keadaan mencurigakan. Video itu kemudian tersebar luas dan menjadi antara video viral masjid Malaysia yang hangat diperkatakan.

remaja pecah tabung masjid

Netizen Luah Kecewa Isu Tabung Masjid Dicuri

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa terhadap kejadian yang disifatkan sebagai tidak menghormati kesucian masjid.

Ada yang menyifatkan tindakan ini sebagai satu bentuk kes remaja curi duit masjid yang semakin membimbangkan, malah ada juga yang mengaitkannya dengan kemerosotan nilai dalam kalangan generasi muda.

“Masjid sepatutnya jadi tempat paling selamat, bukan sasaran jenayah,” tulis seorang pengguna.

Isu Sosial Remaja Malaysia Kembali Dipersoal

Kejadian ini sekali lagi membuka perbincangan tentang isu sosial remaja Malaysia, termasuk peranan keluarga, pendidikan dan masyarakat dalam membentuk sahsiah generasi muda.

Walaupun ada yang menuntut tindakan tegas, terdapat juga pandangan yang mencadangkan pendekatan mendidik dan membimbing agar remaja tidak terus tersasar.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kes remaja pecah tabung masjid tersebut.

 

Video penuh remaja pecah tabung masjid :

 

Sumber

 

 

 

Continue Reading

SEMASA

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

Published

on

Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam, petang tadi.

Kejadian menyayat hati itu dipercayai berlaku sekitar jam 3.30 petang ketika hujan lebat melanda kawasan tersebut.

 Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.47 malam.

Susulan itu, seramai enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

 Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira jam 8.13 malam dan segera memulakan operasi mencari dan menyelamat.

“Laporan daripada orang awam mengatakan mangsa jatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras ketika hujan lebat.

“Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Perkongsian kejadian ini mengundang rasa risau dan simpati dalam kalangan netizen yang turut mendoakan agar mangsa segera ditemui.

Baca lagi : Kanak-Kanak 4 Tahun Maut, Kereta Dipandu Datuk Terbalik Di Manjoi – Majalah Ilmu

Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

Ramai juga mengingatkan tentang bahaya arus deras ketika hujan lebat, terutama di kawasan longkang dan parit yang boleh menjadi sangat berbahaya dalam sekelip mata.

Operasi mencari dan menyelamat Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas masih diteruskan oleh pihak bomba.

Semoga mangsa Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas ditemui segera dan segala urusan dipermudahkan.

Sumber

 

 

 

 

 

 

Continue Reading

SEMASA

“Penonton Selalu Terhibur Dengan Kerenah Atok,Pemergian Ayah Famy Ismail Buat Ramai Sebak”

Published

on

,Pemergian Ayah Famy Ismail

Pempengaruh TikTok, famy.ismail, sebelum ini sering mencuri perhatian ramai menerusi perkongsiannya menjaga ayah tercinta yang sedang sakit strok.

Melalui video-video yang dimuat naik, ramai penonton mengikuti perjalanan hidup mereka sekeluarga, termasuk rutin harian, rawatan, suasana di hospital dan gelagat ayahnya yang sering memarahi atau berleter kepada Famy.

,Pemergian Ayah Famy Ismail

Walaupun sering dimarahi, Famy tetap sabar melayan kerenah ayahnya. Malah, hubungan mereka membuatkan ramai tersenyum kerana di sebalik kemarahan itu, jelas kelihatan kasih sayang seorang ayah terhadap anak.

Gelagat ayahnya yang kadangkala tegas, lucu dan bersahaja membuatkan ramai penonton terhibur. Ada yang menganggap atok itu seperti ayah atau datuk mereka sendiri kerana sikapnya yang begitu dekat dengan kehidupan ramai orang.

Moto yang sering dikongsikan Famy iaitu “Cipta lah kenangan selagi ianya masih ada” kini menjadi lebih menyentuh hati selepas berita pemergian ayahnya mula tersebar.

,Pemergian Ayah Famy Ismail

Ramai pengikut mengakui mereka terkejut apabila melihat perkongsian ucapan Al-Fatihah dan berita mengenai pemergian ayah Famy.

Ada yang mengatakan mereka baru sahaja melihat video-video ayahnya beberapa hari lalu, malah ada juga yang mengakui masih teringat wajah dan suara ayahnya yang sering muncul dalam kandungan TikTok Famy.

Ruangan komen turut dibanjiri ucapan takziah dan doa daripada orang ramai.

“Terkejut buka Facebook tadi, Al-Fatihah atok.”

“Atok online kami. Semoga tenang di sana, salam takziah kepada keluarga.”

“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan Al-Fatihah… xde dah orang nak hiburkan kami.”

okomenaa

Perkongsian itu membuatkan ramai sedar bahawa setiap momen bersama ibu bapa adalah sangat berharga.

Apa yang dilakukan Famy sepanjang menjaga ayahnya bukan sekadar menghasilkan kandungan di media sosial, tetapi menjadi bukti kasih sayang seorang anak yang sanggup menjaga orang tuanya hingga ke akhir hayat.

Kini, segala gelak tawa, bebelan dan kemarahan kecil ayahnya hanya tinggal kenangan.

sfasfasfasf

Namun kenangan itulah yang akan terus hidup dalam hati keluarga dan para pengikut yang pernah mengikuti perjalanan mereka selama ini.

670554546 18580053295022083 5156897384375136243 n

Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Video :

@famy.ismail Ayah udah laaa! Ayah udah laaaa! Simple ! 😩 #CiptaKenangan #foryourpage #AtokOnline #fypシ゚ #fyp ♬ suara asli – Virgiant 🪬

Continue Reading

Trending