Connect with us

INFO

Cara Pinjam Buku Secara Online Di Perpustakaan Negara Malaysia

Published

on

pinjam buku perpustakaan

Cara Pinjam Buku Secara Online Di Perpustakaan Negara Malaysia

Dunia di hujung jari. Era teknologi moden, dan digital semakin hari semakin bergerak pantas dalam memacu kehidupan manusia yang lebih berdaya saing. Bahkan untuk pinjam buku sahaja, kini anda sudah diperkenalkan dengan sebuah sistem u-Pustaka iaitu pusat bahan digital negara.

pinjam buku perpustakaan

Apa itu u-Pustaka?

U-Pustaka adalah satu inovasi kolaboratif dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dengan sokongan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), dan beberapa perbadanan perpustakaan negeri seperti Selangor (PPAS), dan Melaka (PERPUSTAM).

Menariknya jika menjadi ahli u-Pustaka, kita boleh pinjam buku perpustakaan secara percuma dari PNM. Sebanyak 4,476 e-buku pelbagai cabang bidang disediakan PNM, 140 judul buku audio, dan 98 judul audio (read along) juga ada disediakan. Semuanya boleh diakses secara percuma, dan terus dari pangkalan data Overdrive PNM.

pinjam buku perpustakaan

Bagaimana pinjam buku secara digital di PNM?

Ini adalah tips bagaimana untuk anda pinjam buku perpustakaan melalui cara paling terkini iaitu secara atas talian:

Langkah untuk mendaftar sebagai ahli u-Pustaka:

  1. Layari portal u-Pustaka
  2. Pilih daftar untuk mencipta akaun baru
  3. Tekan pada pilihan Mykad/Mykid/Pemegang PPR (warganegara) atau pilih Warga Asing (bukan warganegara), kemudian teruskan dengan daftar sekarang
  4. Masukkan nama, dan nombor kad pengenalan
  5. Isi dengan lengkap maklumat peribadi anda
  6. Satu emel pengaktifan u-Pustaka akan dihantar ke alamat emel anda setelah semua maklumat siap diisi
  7. Buka emel tersebut, dan tekan pada link pengaktifan
  8. Anda kini boleh mengakses Portal u-Pustaka menggunakan kata laluan yang diberi

Pinjam buku online di portal u-Pustaka:

  1. Login ke portal u-Pustakapinjam buku perpustakaan
  2. Masukkan email/usernama, berserta kata laluan yang telah ditetapkan
  3. Anda akan dibawa terus ke halaman “Home”
  4. Tekan pada butang “Library”, anda boleh lihat beribu-ribu jenis buku yang ada di dalam portal ini
  5. Boleh gunakan butang carian atau kategori untuk lebih mudah anda mencari buku
  6. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang maklumat atau sinopsis buku, anda boleh tekan pada butang “Read More”pinjam buku perpustakaan
  7. Tekan butang “Borrow” untuk meminjam buku tersebut
  8. Anda akan menerima notifikasi apabila berjaya membuat pinjam pada buku yang dipilih pinjam buku perpustakaan
  9. Untuk membaca buku yang telah dipinjam, anda perlu muat turun terlebih dahulu di dalam halaman “My Books”
  10. Siap muat turun buku, anda boleh mula membaca. Tempoh pinjaman yang diberikan untuk sebuah buku adalah seminggu dari tarikh anda mula pinjam. Buku akan dipulangkan secara automatik dalam sistem apabila tarikh pinjaman telah luput.

Baca buku online dari aplikasi PNM e-Reader

  1. Muat turun aplikasi PNM e-Reader dari Google Playstore atau Apps Storepinjam buku perpustakaan
  2. Login PNM e-Reader dengan memasukkan username/email berserta kata laluan anda
  3. Klik pada butang “My Library” untuk melihat senarai buku yang telah dipinjam
  4. Sekiranya anda belum lagi memuat turun buku tersebut, sila tekan kulit buku itu sehingga tanda hijau dapat anda lihatpinjam buku perpustakaan
  5. Anda boleh menetapkan mod bacaan yang disukai seperti saiz paparan huruf, kecerahan (putih, hitam, original), dan jenis tulisan yang ingin dibaca

Kelebihan membaca buku yang perlu anda tahu

Membaca buku banyak faedahnya yang boleh anda perolehi bagi setiap lapisan masyarakat. Antara kelebihannya adalah seperti:

1. Sebagai sumber ilmu pengetahuan

Daripada aktiviti membaca, kita akan mendapatkan pelbagai informasi, dan ilmu pengetahuan yang baru bagi tujuan pembelajaran, penyelidikan, pekerjaan, dan ibadah kepada Tuhan.

2. Terapi bagi menghadapi tekanan hidup

Keadah terapi daripada pembacaan disebut sebagai biblioterapi. Ia bermaksud seseorang yang menjadikan buku sebagai satu alternatif, dan pendekatan untuk solusi kepada masalah kemurungan, tekanan, dan gangguan jiwa.

3. Memanfaatkan masa terluang dengan aktiviti berfaedah

24 jam sehari, 7 hari dalam seminggu. Setiap orang diberikan masa yang sama banyak bagi mengerjakan rutin hariannya sama ada untuk bekerja, makan, berehat, bermain, dan sebagainya. Namun begitu, pasti ada sedikit masa kita yang terluang untuk “memanjakan diri”. Pilihlah cara yang terbaik, dan berfaedah untuk isi masa lapang kita seperti dengan membaca buku.

4. Sebagai senaman minda

Aktiviti fizikal seperti bersukan, bersenam, dan sebagainya boleh menyihatkan tubuh badan seseorang. Namun ramai yang tidak sedar bahawa senaman minda juga memberikan kesihatan yang baik dalam membentuk minda yang sihat, dan tajam.

Daripada pembacaan, kita akan melalui proses pengaktifan minda sendiri. Yang mana ketika itu banyak sel otak yang digunakan untuk berfikir, dan sekaligus menjadikan ia bertambah sihat, dan cerdas.

5. Meningkatkan kreativiti diri

Lagi banyak seseorang itu membaca, lagi luas cara fikir mereka. Hal ini kerana, setiap buku, memberi pengalaman yang lain daripada yang lain. Cara kita untuk menerima, dan memproses maklumat baru yang dibaca juga akan berbeza. Oleh kerana itu,  orang yang membaca akan lebih kreatif, berbanding orang yang malas membaca.

Rajinnya seseorang membaca buku mungkin tidak menjadikan ia seorang ulama’. Tetapi ia cukup untuk menjadikan seseorang itu berilmu dengan ilmu yang dibacanya.

Sumber: Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO

Unik & Penuh Warisan! Pengantin Suku Jakun Peragakan Baju Perkahwinan Kulit Kayu Terap

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260919 083115 0000

Unik & Penuh Warisan! Pengantin Suku Jakun Peragakan Baju Perkahwinan Kulit Kayu Terap

​Siapa kata Orang Asli tak kreatif? Busana perkahwinan yang dihasilkan daripada kulit kayu pokok terap ini membuktikan kehebatan seni dan warisan masyarakat tempatan yang amat luar biasa!

​Memerlukan masa kira-kira enam bulan untuk disiapkan, pakaian ini mempamerkan ketelitian, kesabaran, dan kemahiran kraf tangan tradisi yang tinggi. Daripada proses mengambil kulit kayu, mengetuk, mengeringkan, sehinggalah membentuknya menjadi helaian kain yang berseni, semuanya memerlukan seni pertukangan yang sangat halus.

​Lebih membanggakan, busana yang sarat dengan identiti warisan ini digayakan sendiri oleh pasangan pengantin daripada suku kaum Jakun dari Pahang. Keindahan pakaian ini bukan sahaja menyerlahkan keunikan pada hari bahagia mereka, malah menjadi simbol kebanggaan terhadap asal usul dan budaya nenek moyang.

​Satu karya seni hidup yang wajar dipelihara agar tidak luput ditelan zaman. Cantik, unik, dan penuh nilai estetika!

Kredit Foto / Sumber: Threads @themoonn09

Continue Reading

INFO

Tanpa Baju Sanding & Makan Beradab, Konsep ‘Intimate Wedding’ 70 Tetamu di Masjid Sendayan Ini Dipuji Ramai

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260916 184821 0000

Tanpa Baju Sanding & Makan Beradab, Konsep ‘Intimate Wedding’ 70 Tetamu di Masjid Sendayan Ini Dipuji Ramai

Konsep perkahwinan intim (intimate wedding) semakin mendapat tempat dalam kalangan pasangan muda hari ini. Pendekatan yang praktikal, tenang, dan jimat ini membuktikan bahawa majlis yang bermakna tidak semestinya perlu mahal atau penuh dengan adat yang merumitkan.

​Berikut adalah hantaran bersesuaian dengan garis panduan standard komuniti Facebook (menggunakan teks mesra media sosial, emoji yang seimbang, serta hashtag relevan):

​KONSEP ‘INTIMATE WEDDING’ DI MASJID SENDAYAN

​Bila sebut pasal kahwin, ramai bayangkan majlis besar-besaran, baju sanding beberapa persalinan, dan majlis makan beradab yang meriah. Tapi berbeza dengan konsep intimate wedding ini—ringkas, tenang, dan sangat menjimatkan kos tanpa mengurangkan keberkatan majlis!

​Ringkasan Majlis:

Lokasi: Masjid Sendayan, Negeri Sembilan

Hari: Hari Bekerja (Weekday)

Jumlah Tetamu: 70 orang sahaja (keluarga & rakan terdekat)

Pakaian: Tiada baju sanding (cukup sepasang baju nikah yang ringkas & sopan)

Jamuan: Tiada meja makan beradab (jamuan santai bersama tetamu)

​KENAPA KONSEP INI SANGAT BERBALOI?

​Keindahan Senibina Masjid Sendayan

Seni bina Masjid Sendayan yang tersergam indah berunsurkan seni bina Islamik moden sudah cukup dijadikan latar belakang fotografi yang sangat memukau. Tak perlu risau nak sewa pelamin atau bina dekorasi yang mahal!

​Majlis Hari Bekerja (Weekday) yang Tenang

Mengadakan majlis pada hari bekerja mengurangkan kesesakan tempat letak kereta dan mengelakkan suasana bersesak-sesak. Perjalanan majlis jadi jauh lebih lancar dan tenang.

Fokus Kepada Tetamu Terdekat (70 Orang)

Dengan jumlah tetamu yang terhad, pengantin dapat melayan setiap tetamu dengan mesra dan berkualiti. Tiada lagi situasi pengantin tak sempat bertegur sapa dengan tetamu yang hadir.

​Penjimatan Bajet yang Ketara

Tanpa sewaan baju sanding, persediaan meja makan beradab, dan hiasan pelamin yang sarat, ribuan ringgit dapat dijimatkan. Duit penjimatan ini boleh digunakan untuk persediaan kehidupan selepas nikah atau deposit rumah!

​Perkahwinan itu simple, yang merumitkan kadangkala adalah ekspektasi sekeliling. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi buat pasangan yang sedang merancang majlis nikah secara bajet dan bermakna!

​Kredit: ainulamer

Continue Reading

INFO

Rebah Selepas Sangka Sakit Gigi Biasa, Ibu 4 Anak Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Organ

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260915 154852 0000

Rebah Selepas Sangka Sakit Gigi Biasa, Ibu 4 Anak Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Organ

​Satu perkongsian yang amat menyayat hati baru-baru ini telah membuka mata ramai pihak mengenai bahaya jangkitan gigi yang kerap diabaikan, terutamanya bagi wanita hamil.

​Arwah Siti Nor Fitriah, 32, telah menghembuskan nafas terakhir akibat severe sepsis with multi-organ failure (jangkitan kuman teruk yang membawa kepada kegagalan pelbagai organ). Pemergian arwah yang berlaku secara mendadak meninggalkan duka yang mendalam buat suami dan keluarga.

​Sakit Gigi Disangka Simptom Biasa Kehamilan

​Setiap kali mengandung pada tahun 2018, 2021, 2023, dan 2025, arwah kerap mengalami sakit gigi. Seperti kebanyakan kita, arwah dan suami menyangka ia sekadar masalah biasa wanita hamil dan hanya mengambil ubat penahan sakit (Panadol). Kesakitan itu memang hilang selepas bersalin, namun rupanya kuman tersebut “bertapa” dan membiak secara senyap.

​Keadaan kesihatan arwah merosot dengan pantas apabila paru-paru gagal berfungsi, buah pinggang terjejas, dan jantung terhenti sebanyak dua kali sebelum disahkan meninggal dunia. Doktor pakar mengesahkan bahawa jangkitan kuman yang melumpuhkan organ-organ utama tersebut berpunca daripada masalah gigi yang dipendam bertahun-tahun.

​Mengapa Sakit Gigi Sangat Bahaya Untuk Ibu Hamil?

​Perubahan Hormon Kehamilan: Peningkatan hormon progesterone dan estrogen menjadikan gusi lebih sensitif, mudah membengkak, berdarah (pregnancy gingivitis), dan terdedah kepada jangkitan.

​Gigi “Sembuh” Sendiri Beralih Jadi Bahaya: Apabila sakit gigi tiba-tiba hilang tanpa sebarang rawatan doktor, ini bukan bermakna ia dah sembuh. Ia menandakan saraf gigi telah mati (necrotic pulp). Apabila saraf mati, rasa sakit hilang, tetapi bakteria di dalam akar gigi terus membiak dan membentuk nanah secara senyap.

​Ancaman Sepsis (Jangkitan Dalam Darah): Kuman dari akar gigi yang dijangkiti boleh meresap masuk ke dalam aliran darah (bacteremia). Apabila ketahanan badan merosot, ia boleh mencetuskan tindak balas keradangan melampau ke seluruh tubuh (sepsis), merosakkan organ penting seperti paru-paru, jantung, serta buah pinggang.

​APA YANG PATUT KITA BUAT?

​Guna Pemeriksaan Gigi Percuma: Setiap ibu hamil yang membuka buku pink di Klinik Kesihatan (KK) diberi rujukan terus ke Klinik Pergigian secara percuma. Manfaatkan peluang ini!

​Jumpa Doktor Gigi Sebelum/Awal Hamil: Jika anda merancang untuk hamil atau sedang hamil, buat pemeriksaan gusi dan gigi secara menyeluruh.

​Jangan Selalu “Bergantung” Pada Penahan Sakit: Ubat seperti Panadol hanya melegakan kesakitan luaran, bukan membunuh kuman di dalam akar gigi.

​Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Siti Nor Fitriah. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan iktibar buat kita semua agar lebih peka dengan kesihatan mulut. Al-Fatihah

Continue Reading

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.