Connect with us

Kisah

Imam Meningg4l Ketika Sujud Di Rakaat Pertama Ketika Sujud, Semua Makmum Terkejut Sebab Beliau Berbau Harum

Published

on

CYHCG

Imam Meningg4l Ketika Sujud Di Rakaat Pertama Ketika Sujud, Semua Makmum Terkejut Sebab Beliau Berbau Harum

Seorang Imam Masjid Baitut Taharah, Jamhuri di Samarinda meningg4l dunia ketika mengimamkan solat. Dia meningg4l, tepatnya, ketika sujud di rakaat pertama. Kejadian ini disebarkan oleh seorang jamaah masjid di Facebook.

“Ya Allah baru salat Jumat tadi siang di Masjid Baitut Taharah, imam ini meningg4l pada sujud pertama. Ya Allah semoga imam ini tenang bersamamu ya Allah,” tulis Beliau.

Kejadian ini langsung membuat netizen geger. Netizen banyak yang terkejut melihat foto-foto yang diposting beliau.

w2 221x300 1

Namun demikian, netizen banyak pula yang mendoakan sang imam agar mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Berita Penuh:

Imam Masjid Baitut Tharah menghembus nafas ketika mengimamkan solat jumaat di Samarinda, Kalimantan Timur. Arwah yang sangat di hormati dan.

juga di segani ini turut menjadi perhatian Media Indonesia, kerana jasadnya menebarkan haruman semerbak wangi yang tidak pernah tercium sebelumnya.

Arwah meningg4l dalam sujud rakaat pertama, setelah beberapa lama tidak bangun, akhirnya beliau digantikan dengan imam kedua. Menurut saksi arwah, Jamhuri membacakan Ayat dari surah Al’Ala yang bermaksud:

Sucikanlah nama Tuhanmu yang Maha Tinggi.Yang menciptakan dan menyempurnakan. Dan yang menentukan dan menunjukkan. Dan kami mudahkan bagimu jalan yang mudah.

Sungguh beruntung orang yang membersihkan diri. Dan ia ingat nama Tuhannya lalu bersembahyang. Namun, kamu mengutamakan dunia. Padahal akhirat itu lebih baik dan kekal”

Pardiansyah yang saat itu sedang berada tepat di belakang Jamhuri maju menggantikan sebagai imam. Solat dilanjutkan. Jamhuri tak jua kunjung bangun dari sujudnya hingga salam. Setelah solat selesai jemaah lain cuba membangunkan imam Jamhuri namun beliau sudah pun meningg4l dunia.

Seketika itu juga Jenazah di angkat ke rumah beliau yang tidak jauh dari masjid,di akui arwah tidak terlihat sakit. Bahkan sebelum solat jumaat salah seorang jemaah zaini masih sempat berbual dengan arwah yang merupakan orang pertama datang ke masjid itu.

Jam 11 dia sudah datang,lama kami berborak,arwah khusyuk berborak tentang anak-anak dia,tidak seperti nampak sakit,tapi saat sujud pertama lirih pelan suara takbir “ALLAHUAKBAR” jelas terdengar di pembesar suara, katanya.

Menurut warga setempat arwah yang memiliki enam cucu itu dikenali sebagai seorang yang sangat baik,beliau adalah tertua di kampung itu dan akan hadir di setiap waktu solat di masjid itu.

Sementara Mahmudah, anak bongsu yang menjaga Jamhuri. berkata, abahnya yang lahir pada 17 Agustus 1946 itu dikenal keluarga sebagai orang yang taat dan boleh dikatakan tidak pernah ponteng solat berjemaah. Meskipun kadang kesihatannya kurang baik,abah akan tetap beribadah ke masjid,katanya.

Mahmudah Juga berkata bahawa abah mereka tidak pernah menuntut sebarang pelajaran baik bu ruk waktu mereka sekolah, kecuali solat lima waktu. Menjadikan anak sebagai kawan, pendapat anak didengar, bila tidak sesuai dengan ajaran Islam kami ditegur dengan tegas namun tidak k4sar.

“Selalu memanjakan kami. Meskipun kami sudah berkeluarga, apapun yang kami inginkan selalu dipenuhi,” ujar Mahmudah. Kerapatan berkeluarga tersebut tidak membuat anaknya melihat tanda tanda bahawa aj4l abahnya itu sudah dekat.

Namun pada dua hari sebelum arwah meningg4l, anaknya itu mecium bau yang wangi diketahui arwah tidak pernah memakai minyak wangi. sampai saya tegur, namun abah hanya senyum, sambungnya. Sementara Rukiyah isteri arwah terlihat tampak tegar.

Hanya dia satu-satunya yang tidak menitiskan air mata melihat suaminya meningg4lkan darinya terlebih dulu.Hanya sesekali matanya menatap jenazah yang tertutup kain terbaring di depannya.

“Ya, kerana sudah waktunya. Dia juga sudah kembali kepada Allah, jadi kita ikhlaskan saja. Saya hanya bisa mendoakan semoga amal ibadahnya diterima. Dan kami yang ditingg4lkan mendapat ketabahan,”Katanya

Sejak tahun 1984, mereka sudah menetap di Loa Janan. Suaminya selama tingg4l sudah dikenal sebagai tokoh agama di daerah tersebut.

Jamhuri merupakan anak tungg4l perantau asal Martapura,Banjarmasin. Sebelum menetap bersama isteri di Loa Janan, arwah belajar di Pesantren Darussalam, Martapura.

Sumber: nabilahumaira

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah

Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Published

on

Denda RM50 Air Mata Seorang Nenek Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.

Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.

“Saya Cuma Jual Sedikit…”

Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.

Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.

Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.

Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.

“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.

Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.

sayur

Rayuan Yang Menjadi Tindakan

Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.

Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.

Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.

sayuran

Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu

Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:

  • Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu

  • Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut

  • Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik

“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.

jual

Lebih Daripada Sekadar Denda

Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.

Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.

Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.

Continue Reading

Kisah

“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

Published

on

Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang

Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”

 Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.

Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu

Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!

“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur

@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال

Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.

Antara komen yang mencuri tumpuan:

komen

  • Bukan main garang bini kau, bang…

  • Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.

  • Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.

  • Doakan saya pun dapat surprise macam ni.

Bahagia Itu Bila Saling Menghargai

Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.

Sumber: TikTok @ashraffkamal_

Continue Reading

Kisah

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

Published

on

Rumah Warga Emas

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak

Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.

“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”

Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.

“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.

Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri

Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.

“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.

Rumah Warga Emas

Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu

Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.

Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.

“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.

@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa

Pengajaran buat semua

Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.

Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.

“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.

Continue Reading

Trending