Connect with us

Kisah

Pengalaman Mengurus Jen4zah Yang Kaya Serta Berpengaruh Yang Cukup Aneh, Menyedihkan Dan Men4kutkan

Published

on

HGZRFH

Pengalaman Mengurus Jen4zah Yang Kaya Serta Berpengaruh Yang Cukup Aneh, Menyedihkan Dan Men4kutkan

Kisah ini diceritakan langsung oleh seorang (pengurus jen4zah) berdasarkan kisah benar, nama dan alamat tidak disebutkan untuk menjaga nama baik arw4h dan keluarga yang ditinggalkan. Ceritanya begini :

WhatsApp Image 2022 03 02 at 16.03.30 3

Saya terlibat dalam pengurusan jen4zah lebih dari 16 tahun, berbagai pengalaman telah saya lalui, sebab dalam jangka atau kurun waktu tersebut macam-macam jenis m4yat sudah saya tangani. Ada yang meninggal dunia akibat kem4langan, s4kit tua, s4kit jantung, bvnuh diri dan sebagainya.

Bagaimanapun, pengalaman mengurus satu jen4zah seorang yang kaya serta berpengaruh ini, menyebabkan saya dapat kesempatan ‘istimewa’ sepanjang hidup. Inilah pertama kali saya bertemu p4ngalaman yang cukup aneh, menyedihkan, men4kutkan dan sekaligus memberikan banyak hikmah.

Sebagai pengurus jen4zah tetap di kampung, saya diminta oleh anak almarhum untuk menguruskan jen4zah bapanya. Saya terus pergi ke rumahnya. Ketika saya tiba sampai ke rumah almarhum tercium bau jen4zah itu sangat bvsuk.

Baunya cukup memualkan perut dan menj1jikan. Saya telah mengurus banyak jen4zah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan m4yat yang sebvsuk ini. Ketika saya lihat wajah almarhum, sekali lagi saya tersentuh.

Saya tengok wajahnya seperti dirundung oleh macam-macam perasaan t4kut, cemas, kesal dan macam-macam. Wajahnya seperti tidak mendapat nur dari Allah SWT.

Kemudian saya pun mengambil kain kafan yang dibeli oleh anak almarhum dan saya p0tong. Secara kebetulan pula, disitu ada dua orang yang pernah mengikuti kursus “fardu kifayah” atau pengurus jen4zah yang pernah saya ajar. Saya ajak mereka mambantu saya dan mereka setuju.

WhatsApp Image 2022 03 02 at 16.39.14

Selama memandikan m4yat itu,kejadian pertama pun terjadi, sekadar untuk pengetahuan pembaca, apabila memandikan jen4zah, badan m4yat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut-urut untuk mengeluarkan kot0ran yang tersisa. Maka saya pun urut-urut perut almarhum. Tapi apa yang terjadi, pada hari itu sangat mengejutkan.

Allah SWT berkehendak dan menunjukkan kekuasaannya kerana pada hari tersebut, kot0ran tidak keluar dari dubur akan tetapi melalui mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang terjadi di depan saya ini?.

Telah dua kali mulut m4yat ini memuntahkan k0toran, saya harap hal itu tidak terulang lagi kerana saya mengurut perutnya untuk kali terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah SWT berlaku, ketika saya urut perutnya keluarlah dari mulut m4yat itu k0toran bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup.

Ulat itu adalah seperti ulat kot0ran (belatung). Padahal almarhum meningg4l dunia akibat diserang jantung dan waktu kematiannya dalam tempoh yang begitu singkat m4yatnya sudah menjadi demikian rupa ? saya lihat wajah anak almarhum.

Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan a1b dengan apa yang berlaku pada bapanya,kemudian saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejut dan panik.

Saya katakan kepada mereka,”Inilah ujian Allah SWT terhadap kita”. Kemudian saya minta salah satu seorang dari pada pembantu tadi memanggil semua anak almarhum.

Almarhum pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, kesemuanya lelaki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di rumah. Ketika semua anak almarhum masuk,saya nasihati mereka.

Saya mengingatkan mereka bahawasanya tanggung jawab saya adalah membantu menguruskan jen4zah bapa mereka,bukan menguruskan semuanya,tanggung jawab ada pada ahli warisnya.

Sepatutnya sebagai anak, mereka yang lebih afdal menguruskan jen4zah bapa mereka itu,bukan hanya Iman,hanya bilal,atau guru. Saya kemudian meminta izin serta bantuan mereka untuk menunggingkan m4yat itu.

Takdir Allah SWT ketika ditunggingkan m4yat tersebut,tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup, hampir sebesen banyaknya. Besen itu kira-kira besar sedikit dari penutup saji meja makan.

WhatsApp Image 2022 03 02 at 16.46.25

Subhanallah suasana menjadi makin panik. Benar-benar kejadian yang luar biasa sukar diterima akal fikiran manusia biasa. Saya terus berdoa dan berharap tidak terjadi lagi kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya memandikan kembali m4yat tersebut dan saya ambilkan wudhu. Saya meminta anak-anaknya mengambilkan kain k4fan.

Saya bawa m4yat ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu terkecuali waris yang terdekat sahaja, saya takut kejadian yang lebih a1b akan terjadi. Peristiwa apa pula yang terjadi setelah jen4zah diangkat ke bilik dan hendak dik4fani, takdir Allah SWT jua yang menentukan.

Ketika m4yat ini diletakkan di atas kain k4fan, saya dapati kain k4fan itu hanya cukup menutupi hujung kepala dan kaki tidak ada lebih, maka saya tak dapat mengikat kepala dan kaki. Tidak keterlaluan kalau saya katakan ia seperti kain k4fan itu tidak mahu menerima m4yat tadi.

Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa mem0tongnya. Lalu saya ambil pula kain kafan, saya p0tong dan tampung di tempat-tempat yang kurang.Memang kain k4fan jen4zah itu jadi sambung-menyambung, tapi apa mau dikata, itulah yang dapat saya lakukan.

Dalam waktu yang sama saya berdoa kepada Allah SWT “Ya Allah, jangan kau h1nakan jen4zah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hamba-Mu ini.”

Selepas itu saya beri taklimat tentang solat jen4zah tadi, satu lagi masalah timbul, jen4zah tidak dapat dihantar ke tanah pekuburan kerana tidak ada kereta jenazah.

WhatsApp Image 2022 03 02 at 16.03.17

Saya masjid, dan sebagainya, tapi susah. Semua sedang digunakan, beberapa tempat tersebut juga tidak mempunyai kereta jen4zah lebih dari satu kerana kereta yang ada sedang digunakan pula.

Suatu hal yang saya fikir bukan sekedar kebetulan. Dalam keadaan itu seorang hamba Allah SWT muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk mengeluarkan van/sejenis kereta pick-up dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van.

Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu dirumah almarhum, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata dikhalayak ramai:

“Encik, saya tidak benarkan kereta kita ini digunakan untuk angkat jen4zah itu, sebab semasa h4yatnya dia tidak pernah mengizinkan kita naik keretanya.”

Renungkanlah kalau tidak ada apa-apanya, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan yang punya van itu membawa kembali vannya.

Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mengaku dia anak murid saya. Dia meminta izin saya dalam 10-15 minit membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu,muncul kereta tersebut, tapi dalam keadaan basah dibasuh.

Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya lori. Dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam ke pasar, dalam perjalanan menuju kawasan pekvburan.

Saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya masyarakat tidak usah membantu kami mengvburkan jen4zah. Saya tidak mahu mereka melihat lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi, takdir Allah SWT yang terakhir amat memilukan.

Sesampainya jen4zah tiba di tanah pekvburan, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam l1ang lahad dan tiga lagi menurunkan jen4zah.

Allah SWT berkehendak semua atas makhluk ciptaan-Nya berlaku, semasa jen4zah itu menyentuh ke tanah tiba-tiba air hitam yang bvsuk baunya keluar dari celah tanah yang pada asal mulanya kering.

Hari itu tidak ada hujan, tapi dari mana datang air itu? sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak almarhum, supaya jen4zah bapa mereka dikemas dalam keranda dengan hati-hati.

Saya takut nanti ia terlentang atau telungkup na’udzubillah. Kalau mayat terlungkup, tak ada harapan untuk mendapat syafa’at Nabi. Papan keranda diturunkan dan kami segera timbun kvbur tersebut.

WhatsApp Image 2022 03 02 at 16.03.30 1

Selepas itu kami injak-injak tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap. Tapi sungguh menghairankan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi lecak. Saya rasakan, jen4zah yang ada di dalam telah tenggelam oleh air hitam yang busuk itu.

Melihat keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak almarhum supaya berhenti menginjak tanah itu. Tinggalkan lubang kvbur 1/4 meter.

Maksudnya kvbur itu tidak ditimbus hingga ke permukaan lubangnya, tapi ia seperti kvbur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak bacakan talqin, saya lihat tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air.

Masya Allah, dalam sejarah peristiwa seperti itu terjadi. Melihat keadaan itu, saya ambil keputusan untuk selesaikan pengebum1an secepat mungkin.

Sejak lama terlibat dalam penguburan jen4zah, inilah m4yat yang saya tidak talqinkan. Saya bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas.

WhatsApp Image 2022 03 02 at 16.03.30 2 1

Setelah saya pulang ke rumah almarhum dan mengumpulkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri almarhum, apakah yang telah dilakukan oleh almarhum semasa hayatnya.

Melihat keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak almarhum supaya

1. Apakah dia pernah menz4limi orang alim ?

2. Mendapat harta secara mer4mpas,men1pu dan mengambil yang bukan haknya?

3. Memakan harta masjid dan anak yatim ?

4. Menyalah guna kuasa jabatan untuk kepentingan sendiri ?

5. Tidak pernah mengeluarkan zakat, sedekah atau infaq ?

Isteri almarhum tidak dapat memberikan jawabannya. Memikirkan mungkin dia malu Untuk memberi tahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah. Tapi sedihnya hingga sekarang, tidak seorang pun anak almarhum menghubungi saya.

Untuk pengetahuan umum, anak almarhum merupakan orang yang berpendidikan tinggi hingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun.

Peristiwa ini akan tetap saya ingat, kisah ini benar-benar nyata dan bukan rekaan semata-mata. Semua kebenaran saya kembalikan kepada Allah SWT pencipta alam ini.

Kepada kita semua pembaca setia renungankanlah, tanyalah diri kita adakah kita menginginkan peristiwa itu terjadi kepada diri kita sendiri, ibu, bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita ?

Pada akhirnya setelah semalaman merenungkan artikel ini dalam hati terbit do’a: “Ya Allah jauhkanlah Aku dan keluargaku dari peristiwa itu dan peristiwa yang seperti itu. Ya Allah jauhkanlah Aku dan keluargaku dari akhlaq yang menjadikan peristiwa itu dan peristiwa yang seperti dengan itu.” Insya Allah kisah ini menjadi hikmah dan pedoman bagi kita semua sebelum ajal menjemput.

Kredit; nasihatustaz

Sumber ; pengurus jenazah yang identiti dirahsiakan.

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah

Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Published

on

Denda RM50 Air Mata Seorang Nenek Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.

Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.

“Saya Cuma Jual Sedikit…”

Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.

Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.

Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.

Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.

“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.

Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.

sayur

Rayuan Yang Menjadi Tindakan

Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.

Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.

Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.

sayuran

Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu

Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:

  • Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu

  • Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut

  • Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik

“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.

jual

Lebih Daripada Sekadar Denda

Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.

Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.

Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.

Continue Reading

Kisah

“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

Published

on

Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang

Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”

 Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.

Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu

Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!

“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur

@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال

Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.

Antara komen yang mencuri tumpuan:

komen

  • Bukan main garang bini kau, bang…

  • Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.

  • Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.

  • Doakan saya pun dapat surprise macam ni.

Bahagia Itu Bila Saling Menghargai

Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.

Sumber: TikTok @ashraffkamal_

Continue Reading

Kisah

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

Published

on

Rumah Warga Emas

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak

Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.

“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”

Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.

“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.

Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri

Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.

“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.

Rumah Warga Emas

Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu

Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.

Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.

“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.

@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa

Pengajaran buat semua

Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.

Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.

“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.

Continue Reading

Trending