Connect with us

INFO

Cara Mudah Dan Pantas Ganti MyKad Rosak Atau Hilang Secara Online

Published

on

sfdhbfdn

Cara Mudah Dan Pantas Ganti MyKad Rosak Atau Hilang Secara Online

Mungkin ramai yang tidak tahu cara ganti MyKad secara online. Kad pengenalan atau MyKad merupakan kad paling penting bagi setiap rakyat Malaysia. Ia diperlukan dalam pelbagai urusan penting dan menjadi masalah sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangannya.

Kini, pihak JPN telah menyediakan sebuah perkhidmatan untuk urusan penggantian MyKad di laman rasmi mereka dalam memudahkan permohonan secara dalam talian sahaja. Berikut merupakan cara ganti MyKad secara online dengan memohon di Sistem Gantian MyKad Online.

Untuk makluman, sekiranya anda hendak melakukan gantian MyKad kerana kehilangan, sebaiknya buat laporan polis terlebih dahulu sebelum merujuk JPN atau melakukan permohonan gantian dalam talian. Hal ini adalah perlu untuk mengelakkan kad pengenalan yang hilang tersebut daripada disalah gunakan untuk sebarang aktiviti jenayah.

Cara ganti MyKad secara online

1. Para pemohon boleh melayari portal MyGovernment (Gantian MyKad 2.0) dengan klik di sini.

2. Di sini anda perlu mengisi ruangan yang disediakan untuk pendaftaran sebelum boleh mengakses ke dalam sistem penggantian MyKad dalam talian. Klik Hantar setelah siap diisi.

vocket tech gantimykad 6i
Sumber Gambar: MyGOV

3. Pautan pengaktifan kata laluan akan dihantar ke emel pendaftaran, lalu klik pada pautan di emel untuk mengesahkan proses pengaktifan kata laluan.

vocket tech gantimykad 1i
Sumber Gambar: Gmail

4. Setelah itu, klik Log Masuk dan pilih cara log masuk menggunakan Password atau Kata Laluan.

vocket tech gantimykad 4i
Sumber Gambar: MyGOV

7. Isikan nombor kad pengenalan dan klik Log Masuk.

vocket tech gantimykad 5i
Sumber Gambar: MyGOV

8. Selepas itu, anda perlu kunjungi laman sesawang Sistem Gantian Di Atas Talian menerusi pautan di sini.

9. Klik Mohon di sini.

vocket tech gantimykad 7
Sumber Gambar: Sistem Gantian MyKad 2.0

10. Akuan Penafian akan dipaparkan. Baca dan klik Setuju sekiranya sudah berpuas hati.

vocket tech gantimykad 8i 1
Sumber Gambar: Sistem Gantian MyKad 2.0

11. Lengkapkan bahagian maklumat pemohon yang merangkumi nama pemohon, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit. Pilih salah satu daripada empat jenis penggantian yang dinyatakan.

vocket tech gantimykad 9
Sumber Gambar: Sistem Gantian MyKad 2.0

12. Pilih Negeri dan Cawangan untuk mengutip MyKad baru yang telah siap nanti dan klik Teruskan.

vocket tech gantimykad 10
Sumber Gambar: Sistem Gantian MyKad 2.0

13. Notifikasi akan muncul yang menyatakan adakah anda bersetuju untuk meneruskan proses permohonan atau kembali ke laman sebelumnya. Klik OK untuk meneruskan permohonan.

Selepas itu, anda perlu membuat bayaran berjumlah RM 100 untuk kehilangan pertama bersama caj permohonan sebanyak RM 10 menggunakan pilihan kad kredit atau kad debit yang disediakan. Setelah siap proses pembayaran, anda perlu mencetak resit pembayaran rasmi yang diberi.

Akhir sekali, anda diminta untuk tunggu dalam tempoh sehari atau kemudian boleh status permohonan dengan menggunakan perkhidmatan SMS dengan menaip JPN MyKad <no ic> dan hantar ke 15888 atau secara online dengan melawati laman sesawang Sistem Semakan Permohonan MyKad.

Sekiranya status kad anda sudah sedia diambil, bolehlah datang ke kaunter JPN bersama salinan cetakan resit bayaran ketika mengambil MyKad baru kelak. Perlu diingatkan anda juga boleh dikenakan penalti sebanyak RM 20 bagi mereka yang tidak menuntut MyKad yang dipohon.

Sememangnya inisiatif yang dibuat oleh JPN dapat memudahkan ramai orang berkaitan urusan MyKad terutamanya semasa musim pandemik ini. Semoga perkongsian maklumat berkaitan cara ganti MyKad secara online ini dapat dimanfaatkan oleh semua.

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO

Unik & Penuh Warisan! Pengantin Suku Jakun Peragakan Baju Perkahwinan Kulit Kayu Terap

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260919 083115 0000

Unik & Penuh Warisan! Pengantin Suku Jakun Peragakan Baju Perkahwinan Kulit Kayu Terap

​Siapa kata Orang Asli tak kreatif? Busana perkahwinan yang dihasilkan daripada kulit kayu pokok terap ini membuktikan kehebatan seni dan warisan masyarakat tempatan yang amat luar biasa!

​Memerlukan masa kira-kira enam bulan untuk disiapkan, pakaian ini mempamerkan ketelitian, kesabaran, dan kemahiran kraf tangan tradisi yang tinggi. Daripada proses mengambil kulit kayu, mengetuk, mengeringkan, sehinggalah membentuknya menjadi helaian kain yang berseni, semuanya memerlukan seni pertukangan yang sangat halus.

​Lebih membanggakan, busana yang sarat dengan identiti warisan ini digayakan sendiri oleh pasangan pengantin daripada suku kaum Jakun dari Pahang. Keindahan pakaian ini bukan sahaja menyerlahkan keunikan pada hari bahagia mereka, malah menjadi simbol kebanggaan terhadap asal usul dan budaya nenek moyang.

​Satu karya seni hidup yang wajar dipelihara agar tidak luput ditelan zaman. Cantik, unik, dan penuh nilai estetika!

Kredit Foto / Sumber: Threads @themoonn09

Continue Reading

INFO

Tanpa Baju Sanding & Makan Beradab, Konsep ‘Intimate Wedding’ 70 Tetamu di Masjid Sendayan Ini Dipuji Ramai

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260916 184821 0000

Tanpa Baju Sanding & Makan Beradab, Konsep ‘Intimate Wedding’ 70 Tetamu di Masjid Sendayan Ini Dipuji Ramai

Konsep perkahwinan intim (intimate wedding) semakin mendapat tempat dalam kalangan pasangan muda hari ini. Pendekatan yang praktikal, tenang, dan jimat ini membuktikan bahawa majlis yang bermakna tidak semestinya perlu mahal atau penuh dengan adat yang merumitkan.

​Berikut adalah hantaran bersesuaian dengan garis panduan standard komuniti Facebook (menggunakan teks mesra media sosial, emoji yang seimbang, serta hashtag relevan):

​KONSEP ‘INTIMATE WEDDING’ DI MASJID SENDAYAN

​Bila sebut pasal kahwin, ramai bayangkan majlis besar-besaran, baju sanding beberapa persalinan, dan majlis makan beradab yang meriah. Tapi berbeza dengan konsep intimate wedding ini—ringkas, tenang, dan sangat menjimatkan kos tanpa mengurangkan keberkatan majlis!

​Ringkasan Majlis:

Lokasi: Masjid Sendayan, Negeri Sembilan

Hari: Hari Bekerja (Weekday)

Jumlah Tetamu: 70 orang sahaja (keluarga & rakan terdekat)

Pakaian: Tiada baju sanding (cukup sepasang baju nikah yang ringkas & sopan)

Jamuan: Tiada meja makan beradab (jamuan santai bersama tetamu)

​KENAPA KONSEP INI SANGAT BERBALOI?

​Keindahan Senibina Masjid Sendayan

Seni bina Masjid Sendayan yang tersergam indah berunsurkan seni bina Islamik moden sudah cukup dijadikan latar belakang fotografi yang sangat memukau. Tak perlu risau nak sewa pelamin atau bina dekorasi yang mahal!

​Majlis Hari Bekerja (Weekday) yang Tenang

Mengadakan majlis pada hari bekerja mengurangkan kesesakan tempat letak kereta dan mengelakkan suasana bersesak-sesak. Perjalanan majlis jadi jauh lebih lancar dan tenang.

Fokus Kepada Tetamu Terdekat (70 Orang)

Dengan jumlah tetamu yang terhad, pengantin dapat melayan setiap tetamu dengan mesra dan berkualiti. Tiada lagi situasi pengantin tak sempat bertegur sapa dengan tetamu yang hadir.

​Penjimatan Bajet yang Ketara

Tanpa sewaan baju sanding, persediaan meja makan beradab, dan hiasan pelamin yang sarat, ribuan ringgit dapat dijimatkan. Duit penjimatan ini boleh digunakan untuk persediaan kehidupan selepas nikah atau deposit rumah!

​Perkahwinan itu simple, yang merumitkan kadangkala adalah ekspektasi sekeliling. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi buat pasangan yang sedang merancang majlis nikah secara bajet dan bermakna!

​Kredit: ainulamer

Continue Reading

INFO

Rebah Selepas Sangka Sakit Gigi Biasa, Ibu 4 Anak Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Organ

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260915 154852 0000

Rebah Selepas Sangka Sakit Gigi Biasa, Ibu 4 Anak Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Organ

​Satu perkongsian yang amat menyayat hati baru-baru ini telah membuka mata ramai pihak mengenai bahaya jangkitan gigi yang kerap diabaikan, terutamanya bagi wanita hamil.

​Arwah Siti Nor Fitriah, 32, telah menghembuskan nafas terakhir akibat severe sepsis with multi-organ failure (jangkitan kuman teruk yang membawa kepada kegagalan pelbagai organ). Pemergian arwah yang berlaku secara mendadak meninggalkan duka yang mendalam buat suami dan keluarga.

​Sakit Gigi Disangka Simptom Biasa Kehamilan

​Setiap kali mengandung pada tahun 2018, 2021, 2023, dan 2025, arwah kerap mengalami sakit gigi. Seperti kebanyakan kita, arwah dan suami menyangka ia sekadar masalah biasa wanita hamil dan hanya mengambil ubat penahan sakit (Panadol). Kesakitan itu memang hilang selepas bersalin, namun rupanya kuman tersebut “bertapa” dan membiak secara senyap.

​Keadaan kesihatan arwah merosot dengan pantas apabila paru-paru gagal berfungsi, buah pinggang terjejas, dan jantung terhenti sebanyak dua kali sebelum disahkan meninggal dunia. Doktor pakar mengesahkan bahawa jangkitan kuman yang melumpuhkan organ-organ utama tersebut berpunca daripada masalah gigi yang dipendam bertahun-tahun.

​Mengapa Sakit Gigi Sangat Bahaya Untuk Ibu Hamil?

​Perubahan Hormon Kehamilan: Peningkatan hormon progesterone dan estrogen menjadikan gusi lebih sensitif, mudah membengkak, berdarah (pregnancy gingivitis), dan terdedah kepada jangkitan.

​Gigi “Sembuh” Sendiri Beralih Jadi Bahaya: Apabila sakit gigi tiba-tiba hilang tanpa sebarang rawatan doktor, ini bukan bermakna ia dah sembuh. Ia menandakan saraf gigi telah mati (necrotic pulp). Apabila saraf mati, rasa sakit hilang, tetapi bakteria di dalam akar gigi terus membiak dan membentuk nanah secara senyap.

​Ancaman Sepsis (Jangkitan Dalam Darah): Kuman dari akar gigi yang dijangkiti boleh meresap masuk ke dalam aliran darah (bacteremia). Apabila ketahanan badan merosot, ia boleh mencetuskan tindak balas keradangan melampau ke seluruh tubuh (sepsis), merosakkan organ penting seperti paru-paru, jantung, serta buah pinggang.

​APA YANG PATUT KITA BUAT?

​Guna Pemeriksaan Gigi Percuma: Setiap ibu hamil yang membuka buku pink di Klinik Kesihatan (KK) diberi rujukan terus ke Klinik Pergigian secara percuma. Manfaatkan peluang ini!

​Jumpa Doktor Gigi Sebelum/Awal Hamil: Jika anda merancang untuk hamil atau sedang hamil, buat pemeriksaan gusi dan gigi secara menyeluruh.

​Jangan Selalu “Bergantung” Pada Penahan Sakit: Ubat seperti Panadol hanya melegakan kesakitan luaran, bukan membunuh kuman di dalam akar gigi.

​Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Siti Nor Fitriah. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan iktibar buat kita semua agar lebih peka dengan kesihatan mulut. Al-Fatihah

Continue Reading

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.