KESIHATAN
7 Tips penjagaan buah pinggang Harus anda ketahui

7 Tips penjagaan buah pinggang Harus anda ketahui
Pengetahuan menjaga kesihatan buah pinggang seringkali dianggap acuh tak acuh pabila kita tidak menyedari kepentingannya. Buah pinggang antara organ terpenting dalam badan kerana ia menapis kekotoran seperti toksin.
Mengapa Perlu Menjaga Kesihatan Buah Pinggang?
Toksin boleh menjadi bahaya di mana jika tidak dikeluarkan boleh memudaratkan kesihatan. Apabila toksin keluar melalui perkumuhan, maka seseorang itu dapat menjalani kehidupan dengan sihat untuk jangka masa yang lama.
Sebab itu, pentingnya kita menjaga kesihatan buah pinggang. Kalau Sayang Buah Pinggangg, Jaganya Dengan 7 Cara Ini :
Banyakkan Minum Jus Epal
Selain air masak, elok juga amalkan minum air jus epal segar yang kaya dengan vitamin C untuk membersihkan buah pinggang. Lagi bagus ‘blend’ sendiri kerana jika dibeli, kandungan gulanya pula tinggi.
Minum Air Kosong Dengan Banyak
Cecair yang banyak membantu membersihkan buah pinggang dengan efektif. Semua toksin yang terkumpul dalam badan akan dikeluarkan.Minum air dengan banyak iaitu lebih daripada lapan gelas sehari jika cuaca panas. Minum air juga membantu mengatasi masalah batu karang.
Elak Merokok
Asap rokok boleh menyebabkan buah pinggang rosak. Ia bukan saja memberi kesan kepada perokok tegar, tetapi juga kepada mereka yang sentiasa terdedah kepada asap rokok. Jadi, sayangilah diri anda dan cuba elakkan merokok di tempat awam.
Jalani Hidup Yang Aktif
Selain mengawal makan, anda juga perlu selalu bersenam untuk mengelakkan obesiti yang boleh menjadi penyebab kepada pelbagai penyakit.Ini adalah kunci kepada pencegahan pelbagai penya kit.
Kurangkan Makanan Tinggi Gula dan Garam
Kurangkan pengambilan makanan sudah proses, tinggi kandungan gula dan garam. Ambil lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.
Makan Buah Tembikai
Mengandungi banyak air, anda boleh juga amalkan makan buah tembikai untuk mencuci buah pinggang. Lebih banyak anda berkumuh, lebih banyak toksin akan keluar daripada badan.
Masukkan Ikan Dalam Menu Harian
Makan ikan yang tinggi kandungan Omega-3 seperti salmon, kembung dan sardin. Makanan ini mengandungi asid lemak yang baik untuk menjaga kesihatan buah pinggang.
Majalah ilmu : Harus mempunyai ilmu Menjaga Kesihatan Buah Pinggang Sejak Awal. Sementara ia masih berfungsi sepenuhnya, amalkan cara hidup yang sihat sedari awal. Sekali ia rosak, sudah tidak berguna lagi.
Bayangkan, kalau terpaksa melalui proses dialisis tentu menyeksakan. Bukan itu saja, malah memakan belanja ribuan ringgit untuk ‘menapis’ kekotoran dalam darah gara-gara buah pinggang gagal berfungsi.
Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:
Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA6 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.