SEMASA
Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) | Bantuan Kewangan Sehingga RM1,500

Bantuan Kewangan Anak FELDA
Berita baik terutamanya buat anak peneroka FELDA!
Anda kini boleh memohon bantuan kewangan melalui Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) bagi sesiapa yang berkelayakan dan telah berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Awam atau Universiti Swasta.
BACA JUGA: PerantiSiswa | Tarikh Terima Peranti Fasa Pertama & Cara Membuat Permohonan Fasa Kedua
Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP)
Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) adalah merupakan inisiatif oleh pihak kerajaan dengan kerjasama FELDA bagi membantu meringankan kewangan keluarga peneroka dalam membiayai pengajian anak-anak mereka.
Oleh itu, anak peneroka yang berminat boleh membuat permohonan menerusi borang permohonan yang disediakan di pejabat FELDA yang berhampiran kawasan anda.
Jumlah Bantuan
Berikut merupakan jumlah bantuan yang ditawarkan menerusi skim insentif ini adalah seperti berikut:
- Diploma: RM500.00
- Ijazah Dalam Negara: RM1,000.00
- Ijazah Luar Negara: RM1,500.00
Syarat Kelayakan Permohonan
Sila rujuk syarat-syarat kelayakan dibawah sebelum membuat permohonan.
- Anak peneroka, anak tiri atau anak angkat yang telah didaftarkan (sertakan salinan Surat Pendaftaran Anak Angkat) yang bermastautin di Rancangan.
- Had umur permohonan:
- Peringkat Diploma: 18 tahun hingga 23 tahun.
- Peringkat Ijazah: 18 tahun hingga 25 tahun.
- Permohonan Tidak Layak
Berikut merupakan permohonan yang TIDAK LAYAK untuk membuat permohonan skim insentif ini:
- Peneroka/anak peneroka yang menetap di luar rancangan FELDA.
- Pelajar mendapat tawaran ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran.
- Pelajar peringkat Sijil/Pra/Asasi (Foundation), Briged Politeknik, Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (Ph.D).
- Pelajar di bawah pengajian Program Jarak Jauh (PJJ) atau Separuh Masa atau telah bekerja.
- Pemohon di bawah tajaan FELDA seperti Skim Latihan Kemahiran FELDA (SLKF) dan pelajar DKPCFke luar negara tidak layak memohon bantuan.
Cara Membuat Permohonan
- Sila dapatkan borang permohonan di Pejabat FELDA yang berhampiran.
- Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan tepat.
- Sila sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar semula borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke pejabat FELDA yang berhampiran.
Dokumen Yang Diperlukan
Sila sertakan sekali dokumen yang disenaraikan dibawah ketika menghantar borang permohonan.
- Surat tawaran kemasukan ke UA/US yang disenaraikan FELDA
- Salinan Kad Pengenalan pemohon
- Salinan Kad Pengenalan peneroka
- Salinan penyata pendapatan peneroka terkini
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi FELDA di pautan berikut:
https://www.felda.gov.my/peneroka/perkhidmatan/bantuan-pinjaman-pendidikan
SEMASA
isteri Kehilangan Terjawab: Nadia Kesuma Disahkan Meninggal Dunia Di Jeddah, Anak Dedah Punca Sebenar

Tanda Tanya Kehilangan Nadia Kesuma Terjawab, Disahkan Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung
Kehilangan pelakon terkenal, Nadia Kesuma, sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah akhirnya terungkai apabila wanita itu disahkan telah meninggal dunia akibat sakit jantung pada Khamis lalu.
Berita duka itu disahkan sendiri oleh anak perempuannya menerusi satu hantaran di Threads sebentar tadi, sekali gus menamatkan spekulasi dan tanda tanya orang ramai yang sejak beberapa hari lalu tertanya-tanya mengenai nasib pelakon berkenaan.
“Assalamualaikum semua, saya ingin memaklumkan bahawa mama saya, Nadiah Kasumawati Abdul Karim telah pun kembali ke Rahmatullah pada 15 Januari lalu (Khamis) kira-kira pukul 8.05 pagi,” tulisnya.
Dalam perkongsian sama, anak arwah turut memaklumkan bahawa ibunya meninggal dunia disebabkan sakit jantung selepas dibawa ke hospital pada hari yang sama arwah tiba di Lapangan Terbang Jeddah.
Namun begitu, perkara yang lebih meruntun perasaan apabila keluarga dimaklumkan mengenai pemergian arwah lewat, iaitu sekitar jam 11.10 malam, dan makluman tersebut disampaikan oleh pihak agensi pelancongan yang menguruskan perjalanan umrah berkenaan.
“Tiada pihak yang memaklumkan kepada kami sekeluarga tentang keadaan arwah sehinggalah malam ini,” katanya lagi sambil mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak henti-henti mendoakan kesejahteraan ibunya.
Pemergian Nadia Kesuma turut disahkan oleh suami arwah, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, serta sahabat baiknya, pelakon Anne Abdullah, menerusi platform media sosial masing-masing.
Terdahulu, Nadia Kesuma atau nama sebenarnya Nadiah Kasumawati Abdul Karim, 49, dilaporkan hilang dan tidak dapat dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada Rabu lalu, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat dan rakan artis.
Arwah merupakan antara 21 jemaah yang menyertai kumpulan umrah dan ziarah bersama sebuah agensi pelancongan, dengan perjalanan bermula dari 14 hingga 28 Januari ini.
Pemergian mengejut pelakon yang pernah membintangi filem Syaitan Munafik dan Kudeta ini nyata meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja kepada keluarga, malah seluruh peminat yang mengikuti perjalanan seninya selama ini.
SEMASA
PR Singapura Tutup Plat Nombor Kereta Dengan Pita Hitam Untuk Isi RON95, Didenda RM9,000 Oleh Mahkamah

PR Singapura Tutup Plat Nombor Kereta Dengan Pita Hitam Untuk Isi RON95, Didenda RM9,000 Oleh Mahkamah
Seorang lelaki yang menetap di Singapura sebagai pemegang status Penduduk Tetap (PR) didenda oleh Mahkamah Majistret Kulai hari ini kerana mengubah suai nombor pendaftaran kenderaannya bagi membolehkan dia mengisi petrol RON95.
Menurut laporan The Star, lelaki berusia 64 tahun, Long Sa Kow, didakwa mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan yang bukan milik kereta buatan Jerman berwarna peraknya di sebuah stesen minyak di Batu 21/4, Jalan Johor Bahru–Air Hitam kira-kira jam 10.30 malam pada 2 Januari.
Didakwa menutup awalan plat Singapura untuk guna RON95 bersubsidi di Johor
Ditegur hakim kerana mengganggu prosiding
Semasa prosiding, Long meminta pertuduhan dibacakan kepadanya dalam bahasa Inggeris kerana dia tidak memahami Bahasa Malaysia atau Mandarin.
Beliau kemudiannya mengaku bersalah di hadapan Majistret R. Salini.
Ketika fakta kes dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, Long mula mempersoalkan butiran kes, menyebabkan hakim menegurnya sebanyak dua kali:
“Biarkan jurubahasa menghabiskan pembacaan fakta terlebih dahulu. Jangan ganggu.”
Apabila Long menyatakan beliau tidak bersetuju dengan fakta kes, mahkamah menangguhkan prosiding selama 30 minit bagi membolehkan penjelasan dibuat dalam bahasa Inggeris.
Didenda RM9,000
Selepas rehat, mahkamah dimaklumkan bahawa Long didakwa mengubah suai nombor pendaftaran kenderaannya dengan menutup beberapa huruf supaya dia boleh mengisi petrol RON95, yang hanya diperuntukkan kepada rakyat Malaysia.
Polis menjalankan siasatan selepas satu rakaman video perbuatannya tular, dan mendapati nombor enjin serta casis kenderaan tersebut didaftarkan di Singapura.
Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman denda antara RM5,000 hingga RM20,000, atau penjara antara satu hingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.
Timbalan pendakwa raya S. Thiviya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang boleh memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang awam.
“Mahkamah juga perlu mengambil kira niat tertuduh yang mengubah nombor pendaftaran kenderaannya untuk menikmati hak dan keistimewaan yang dikhaskan kepada penduduk tempatan serta kenderaan berdaftar Malaysia.
“Ini seharusnya menjadi pengajaran kepada semua dan peringatan supaya tidak sewenang-wenangnya mengubah nombor pendaftaran kenderaan demi kepentingan peribadi,” katanya.
Peguam Long, Sharmaine Fairuz Mohd Zulkifli daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, merayu agar denda diringankan dengan alasan anak guamnya seorang pesara, mempunyai tiga orang anak dan tidak mempunyai pendapatan tetap.
Long kemudian diperintahkan membayar denda RM9,000, atau sembilan bulan penjara jika gagal membayar. Beliau membayar denda tersebut di tempat kejadian.
SEMASA
Telur Dadar Cecah RM50 Lebih? Pasar Terapung Thailand Dikecam Pelancong

Telur Dadar RM50 Lebih Undang Amarah, Pasar Terapung Thailand Dikecam Pelancong
Pasar Terapung Damnoen Saduak di wilayah Ratchaburi, Thailand yang terkenal sebagai tarikan pelancongan kini terpalit kontroversi apabila seorang pelancong mendakwa dicaj sehingga 400 baht (sekitar RM50+) hanya untuk telur dadar kosong. Lebih mengejutkan, hidangan nasi goreng bersaiz besar yang hanya mengandungi telur dan sayur turut didakwa dijual pada harga 1,400 baht, sekali gus mencetuskan kemarahan ramai.
Aduan tersebut tular di media sosial apabila pengadu mempersoalkan kewajaran harga makanan yang disifatkan terlalu melampau, walaupun di kawasan pelancongan. Isu ini akhirnya menarik perhatian pihak berkuasa tempatan yang terus menjalankan pemeriksaan ke atas restoran terbabit.
Pemilik restoran berkenaan mengakui harga yang dikenakan sememangnya tinggi, namun mendakwa ia berpunca daripada kos operasi yang besar termasuk sewaan, gaji pekerja, harga bahan mentah serta bayaran kira-kira 900 baht bagi setiap bot pelancong yang singgah. Walaupun menu memaparkan harga dengan jelas, pihak berkuasa menasihatkan restoran itu supaya menurunkan harga, dan pemilik bersetuju untuk berbuat demikian.
Difahamkan, restoran sama sebelum ini juga pernah menerima aduan apabila menjual pad thai pada harga 900 baht, sebelum menurunkannya kepada 500 baht selepas diberi amaran. Sepanjang cuti Tahun Baharu lalu sahaja, 14 kedai di pasar tersebut didakwa kerana gagal memaparkan harga menu. Kes ini turut mengingatkan orang ramai kepada kontroversi telur dadar ketam cef selebriti Jay Fai di Bangkok yang pernah didenda selepas pelanggan terkejut dikenakan bayaran sehingga 4,000 baht.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA6 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah










