Connect with us

SEMASA

Kematian Pengarah Ejen Ali Bukan Kerana Gaduh, Polis Sahkan Akibat Sakit ‘Misteri’

Published

on

Pengarah Ejen Ali

Kematian Pengarah Ejen Ali Bukan Kerana Gaduh, Polis Sahkan Akibat Sakit ‘Misteri’

Pengarah Ejen Ali: Kisah pemergian Andi Abdul Ghani Kadir, 42, pengarah filem animasi terkenal Ejen Ali, masih meninggalkan tanda tanya dan rasa sebak dalam kalangan peminat industri kreatif tanah air. Namun, pihak polis tampil memperjelaskan keadaan sebenar agar spekulasi liar tidak terus bertebaran.

Pengarah Ejen Ali

“Tiada unsur pergaduhan dengan isteri” – Polis

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan D Ravi menegaskan bahawa siasatan awal mendapati insiden tersebut tidak ada kaitan dengan sebarang pergaduhan seperti yang diperkatakan sesetengah pihak.

“Tidak ada gaduh (dengan isteri). Tiba-tiba sampai jambatan, mangsa arahkan isteri memberhentikan kereta dan lari keluar sebelum terjun ke sungai,” katanya.

Difahamkan, arwah yang lebih mesra dipanggil Andi mengalami masalah kesihatan yang digelar sebagai ‘sakit misteri’ sebelum kejadian berlaku.

553225321 1346396650186429 4717711359987831841 n

Lemas selepas terjun ke sungai

Tragedi itu berlaku di Kampung Batu Puteh, Kinabatangan pada petang Selasa lalu ketika Andi dan isterinya dalam perjalanan dari Tawau menuju Kota Kinabalu.

Tindakan mengejut arwah yang keluar dari kereta dan melompat ke sungai menyebabkan isterinya tergamam dan tidak mampu berbuat apa-apa.

Selepas operasi pencarian dilakukan oleh pasukan penyelamat, mayat Andi akhirnya ditemui di tebing sungai berhampiran lokasi dia dilaporkan hilang. Penemuan itu sekali gus menamatkan misi pencarian yang penuh debaran.

Pengarah Ejen Ali

Pemergian yang dirasai ramai Pengarah Ejen Ali

Andi bukan sekadar pengarah, malah insan penting yang membawa animasi Malaysia ke peringkat antarabangsa melalui Ejen Ali. Pemergiannya dalam keadaan mengejut ini nyata meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga, rakan-rakan serta seluruh industri kreatif tanah air.

Semoga roh Allahyarham Pengarah Ejen Ali dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Salam takziah buat seluruh ahli keluarganya.

Baca lagi : “Dah la Pandai Hafal Quran, Fasih Cakap Jepun Pula” Cantik Pula Masyallah – Ramai Kagum Kisah Aina Afiqah Raih 10A SPM – Majalah Ilmu

Sumber: Harian Metro dan Berita Harian

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEMASA

Berebut Harta Pusaka, Kakak Nekad Roboh Rumah Adik Sendiri — “Sempat Merayu Tapi Tak Dihiraukan”

Published

on

Berebut Harta Pusaka

Berebut Harta Pusaka, Kakak Nekad Roboh Rumah Adik Sendiri — “Sempat Merayu Tapi Tak Dihiraukan”

Pertikaian harta pusaka antara adik-beradik di Madura, Jawa Timur, berakhir dengan insiden menyayat hati apabila seorang kakak sanggup merobohkan rumah milik adik kandungnya sendiri selepas mendapat perintah mahkamah.

Kisah tragik itu tular di media sosial selepas satu video memaparkan jentera jengkaut sedang meratakan rumah berkenaan di hadapan adiknya sendiri dimuat naik di platform TikTok dan Facebook.

Menurut laporan Indopop, tindakan tersebut dibuat selepas kakak terbabit menang dalam kes perbicaraan harta pusaka keluarga yang berlangsung sebelum ini.

“Ia dilakukan sambil dipantau oleh pihak berkuasa,” tulis keterangan video yang memperlihatkan suasana sedih di lokasi kejadian.

Empat Struktur Rumah Dirobohkan

Difahamkan, operasi tersebut bukan hanya melibatkan satu rumah, tetapi empat binaan keseluruhan — termasuk tiga rumah dan sebuah dapur.

Penduduk sekitar dilaporkan berkumpul menyaksikan kejadian, manakala si adik dilihat cuba menahan sebak ketika melihat kediaman yang selama ini menjadi tempat berteduhnya musnah di depan mata.

“Dia sempat merayu supaya rumah itu tidak dirobohkan,” kata sumber tempatan.

“Namun, rayuannya ditolak kerana proses pelaksanaan sudah sah dari segi undang-undang.”

Berebut Harta Pusaka

Netizen Luah Rasa Simpati

Kisah ini pantas mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen Indonesia dan Malaysia. Ramai meluahkan rasa sedih dan terkilan melihat pertelingkahan darah daging sendiri berakhir sebegitu rupa.

“Kalau pun menang di mahkamah, apa maknanya kalau kalah dari segi hati dan silaturahim,” tulis seorang pengguna di ruangan komen.

“Harta boleh dicari, tapi keluarga yang retak susah untuk dipulihkan,” tambah seorang lagi.

Pengajaran Dari Kisah Ini

Kisah kakak-adik yang berakhir dengan perobohan rumah ini menjadi peringatan kepada semua tentang bahayanya sengketa harta pusaka.

Apabila waris gagal menyelesaikan pembahagian secara adil dan berhemah, hubungan kekeluargaan yang dibina sejak kecil boleh hancur dalam sekelip mata.

Harta boleh dibahagi, tetapi kasih sayang keluarga — sekali hilang, belum tentu dapat diganti.

@ibaz016 gara gara warisan##maduraviral #fyp ♬ suara asli – Ondem-petteng🇮🇩🇰🇷

Baca lagi : “Dah la Pandai Hafal Quran, Fasih Cakap Jepun Pula” Cantik Pula Masyallah – Ramai Kagum Kisah Aina Afiqah Raih 10A SPM – Majalah Ilmu

Continue Reading

SEMASA

Azan Subuh Bergema Buat Pertama Kali Di Gaza Selepas Dua Tahun Perang, Rakyat Menangis Kesyukuran

Published

on

gaza

Gaza – Buat pertama kalinya sejak dua tahun dilanda perang, laungan azan subuh kembali berkumandang di bumi Gaza selepas pengumuman gencatan senjata antara rejim Israel dan Palestin semalam.

Momen penuh emosi itu dikongsikan pengguna TikTok, @Youme_385, yang memuat naik video berdurasi lapan saat memperdengarkan azan yang dilaungkan dari menara sebuah masjid yang masih teguh berdiri di tengah kota Gaza.

“Azan dari jantung kota Gaza pertama kali pada tahun 2025 selepas gencatan senjata,” tulisnya dalam kapsyen video berkenaan.

Rakaman pendek itu mengundang sebak ramai penonton apabila suara azan yang bergema di udara menggantikan bunyi letupan dan serangan yang selama ini menghantui penduduk Gaza.

gaza

Doa Dan Air Mata Kesyukuran

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan sebak apabila mendengar semula panggilan solat dari bumi suci itu.

“Limpahkan pertolongan dan perlindungan kepada saudara-saudara kami di Gaza,” tulis seorang pengguna, Umi.

“Harap keamanan kali ini bertahan lama. Janganlah dunia lalai daripada memperjuangkan kemerdekaan rakyat Palestin,” komen @Arigato.kaiju.

“Kami Tidak Percaya Ini Nyata”

Dalam satu video lain yang tular di Instagram @Rahaffagha, seorang wanita warga Gaza dilihat menangis terharu apabila mendengar azan berkumandang bersama keluarganya.

“Kami dengar berita gencatan senjata, tapi masih sukar untuk percaya. Semoga ini benar-benar pengakhiran kepada derita kami,” tulisnya dalam kapsyen.

Video tersebut meraih lebih 106 juta tontonan, 10.2 juta tanda suka dan 1.2 juta perkongsian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by R (@rahaffagha)

Simbol Kebangkitan Gaza

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan bahawa gencatan senjata rasmi antara Israel dan Palestin mula berkuat kuasa selepas pelan damai hasil rundingan bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Selepas dua tahun bumi Gaza dibelenggu peperangan, laungan azan subuh yang kembali kedengaran itu kini menjadi lambang harapan dan kebangkitan semula rakyat Palestin — satu detik yang menandakan bahawa meskipun mereka ditindas, semangat mereka untuk bangkit tidak pernah padam.

Continue Reading

SEMASA

Pasangan China Hilang di Pulau Sabah Selepas Menukar Pakaian Renang

Published

on

Pasangan China Hilang di Pulau Sabah

Pasangan China Hilang di Pulau Sabah Selepas Menukar Pakaian Renang

Sepasang kekasih dari China yang sedang bercuti di Sabah dilaporkan hilang selama sekurang-kurangnya tiga hari. Rakaman CCTV kali terakhir menunjukkan mereka meninggalkan bilik hotel dengan memakai pakaian renang.

Menurut South China Morning Post (SCMP), Yu Xiaopeng, 25, dan teman wanitanya Fan Qin, 28, mendaftar masuk ke Sutera Mantanani Resort di Sabah pada hari Sabtu, 4 Oktober lalu, dan dijadualkan untuk mendaftar keluar keesokan harinya.

Namun, pekerja resort menemui barangan peribadi pasangan itu masih berada di dalam bilik selepas waktu daftar keluar, menyebabkan pasukan keselamatan menghubungi pihak polis.

T6JODBPi image

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Supt Shahrudin Mat Husain, berkata operasi mencari dan menyelamat telah dijalankan sejak hari Ahad, 5 Oktober, melibatkan 50 penyelamat, unit dron, dan pasukan separa tentera di sekitar Pulau Mantanani Besar.

Pulau itu merupakan destinasi menyelam yang popular dan boleh diakses dengan perjalanan bot laju selama satu jam dari Kota Belud.

Pasangan China Hilang di Pulau Sabah

Rakaman CCTV Tunjuk Mereka Keluar pada 4.30 Petang dan Tidak Kembali

Rakaman CCTV dari hari Sabtu menunjukkan pasangan tersebut meninggalkan bilik hotel pada pukul 4.30 petang dan tidak pernah kembali.

Seorang rakan Yu memberitahu media China bahawa mesej terakhir Yu kepadanya adalah pada pukul 4.00 petang, memaklumkan bahawa dia telah tiba di resort.

Rakan itu tidak mengesyaki apa-apa apabila tidak menerima balasan, menganggap Yu sedang menikmati percutiannya di pulau itu — sehinggalah Yu gagal menjawab panggilannya keesokan hari, menurut laporan China Press.

ffd377mn image

Kejadian Ketiga Melibatkan Pelancong China Dalam Tempoh Setahun

Kehilangan Yu dan Fan menandakan kejadian ketiga melibatkan pelancong China di Sabah dalam tempoh 12 bulan terakhir, menurut SCMP.

Pada bulan Mei, seorang lelaki China berusia 37 tahun lemas selepas terjun ke laut berhampiran Pulau Sipadan tanpa kebenaran pemandunya. Penyelam menemui mangsa di kedalaman 25 meter dan cuba menyelamatkannya, namun dia disahkan meninggal dunia di hospital tempatan.

Pada bulan Disember pula, seorang lagi pelancong China, Zhang Cao, 31, ditemui mati berhampiran Pulau Mabul. Dia memakai pakaian biasa dan membawa beg galas kelabu yang mengandungi telefon dan gambar pasport.

Pihak berkuasa mengklasifikasikan kematian Zhang sebagai kematian mengejut dan menyeru orang awam tampil memberikan maklumat berkaitan.

Continue Reading

Trending