Connect with us

SEMASA

Menu Keluarga Malaysia | Harga Siling Makanan Di IPT Bermula RM3.50

Published

on

Menu Keluarga Malaysia

Menu Keluarga Malaysia | Harga Makanan Di IPT dan Premis Penjualan Makanan

Seperti yang semua ketahui, kenaikan harga barang tidak dapat dinafikan lagi. Hal ini, sememangnya akan memberikan kesan kepada semua pihak termasuklah pelajar. 

Oleh hal yang demikian, bagi menangani isu kenaikan kos sara hidup di kalangan masyarakat, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini memperkenalkan Menu Keluarga Malaysia.

Menu Keluarga Malaysia

BACA JUGA: PPBU Bank Rakyat 2022 | Cara Memohon Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Untuk Pelajar


Menu Keluarga Malaysia

Menu Keluarga Malaysia adalah merupakan sebuah inisiatif yang akan diaplikasikan  di restoran-restoran koperasi dan kafeteria yang beroperasi di insitusi-institusi pengajian tinggi (IPT) serta premis penjualan makanan.

Melalui inisiatif ini, kerajaan bakal menawarkan menu makanan berkualiti pada harga siling iaitu RM 3.50 untuk satu hidangan menerusi program Bakul Makanan Siswa Keluarga Malaysia dan merangkumi hidangan pagi, tengah hari dan malam.

Terkini, Universiti Malaya telah mengeluarkan kenyataan rasmi kadar Menu Ekonomi semua kafeteria Kolej Kediaman berkuatkuasa 12 Julai 2022. Ia merupakan salah satu universiti yang terawal yang mengaplikasikan menu keluarga Malaysia ini. 

Menu yang ditawarkan tersebut merangkumi (Universiti Malaya):-

  • SET 1 : NASI PUTIH + TELUR DADAR + SAYUR / ULAM (OPSYEN: SAMBAL / SUP KOSONG) : RM3.50
  • SET 2 : NASI PUTIH + LAUK (AYAM / IKAN) + SAYUR / ULAM (OPSYEN : SAMBAL / SUP KOSONG) : RM5.00

Menu Keluarga Malaysia


Moratorium Bayaran Sewa Untuk Pengusaha Makanan di IPT

Dalam masa yang sama, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) juga telah memutuskan moratorium bayaran sewa selama enam bulan kepada pengusaha makanan dalam kampus IPT agar matlamat program ini dalam menurunkan harga makanan dapat dicapai.

Di samping itu, pihak kerajaan akan berbincang dengan ANGKASA dan Persatuan Pengusaha Restoran untuk membincangkan perincian tentang menu dan harga yang wajar dikenakan. 

Bukan itu sahaja, sebanyak 74 koperasi di seluruh negara juga turut menyahut seruan kerajaan bagi menyediakan hidangan dengan harga rendah menerusi Menu Keluarga Malaysia.

Kebanyakan koperasi berkenaan kini mengendalikan restoran dan kafe di institusi pengajian tinggi (IPT), kantin sekolah dan perkhidmatan katering. Koperasi yang terlibat dalam program ini diminta untuk menyediakan set menu makanan pada harga tertentu yang merangkumi nasi, lauk, sayur dan minuman. 

Diharapkan lebih banyak lagi Institusi Pengajian Tinggi menyahut inisiatif ini bai membantu meringankan beban para pelajar. 

Sumber : Utusan

Berkecimpung dalam dunia penulisan sejak 5 tahun yang lalu. Menulis pelbagai jenis artikel terkini untuk panduan rakyat Malaysia.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEMASA

isteri Kehilangan Terjawab: Nadia Kesuma Disahkan Meninggal Dunia Di Jeddah, Anak Dedah Punca Sebenar

Published

on

Nadia Kesuma Disahkan Meninggal Dunia

Tanda Tanya Kehilangan Nadia Kesuma Terjawab, Disahkan Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung

Kehilangan pelakon terkenal, Nadia Kesuma, sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah akhirnya terungkai apabila wanita itu disahkan telah meninggal dunia akibat sakit jantung pada Khamis lalu.

Berita duka itu disahkan sendiri oleh anak perempuannya menerusi satu hantaran di Threads sebentar tadi, sekali gus menamatkan spekulasi dan tanda tanya orang ramai yang sejak beberapa hari lalu tertanya-tanya mengenai nasib pelakon berkenaan.

Nadia Kesuma Disahkan Meninggal Dunia

“Assalamualaikum semua, saya ingin memaklumkan bahawa mama saya, Nadiah Kasumawati Abdul Karim telah pun kembali ke Rahmatullah pada 15 Januari lalu (Khamis) kira-kira pukul 8.05 pagi,” tulisnya.

3405453

Dalam perkongsian sama, anak arwah turut memaklumkan bahawa ibunya meninggal dunia disebabkan sakit jantung selepas dibawa ke hospital pada hari yang sama arwah tiba di Lapangan Terbang Jeddah.

Namun begitu, perkara yang lebih meruntun perasaan apabila keluarga dimaklumkan mengenai pemergian arwah lewat, iaitu sekitar jam 11.10 malam, dan makluman tersebut disampaikan oleh pihak agensi pelancongan yang menguruskan perjalanan umrah berkenaan.

“Tiada pihak yang memaklumkan kepada kami sekeluarga tentang keadaan arwah sehinggalah malam ini,” katanya lagi sambil mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak henti-henti mendoakan kesejahteraan ibunya.

haji

Pemergian Nadia Kesuma turut disahkan oleh suami arwah, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, serta sahabat baiknya, pelakon Anne Abdullah, menerusi platform media sosial masing-masing.

Terdahulu, Nadia Kesuma atau nama sebenarnya Nadiah Kasumawati Abdul Karim, 49, dilaporkan hilang dan tidak dapat dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada Rabu lalu, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat dan rakan artis.

Arwah merupakan antara 21 jemaah yang menyertai kumpulan umrah dan ziarah bersama sebuah agensi pelancongan, dengan perjalanan bermula dari 14 hingga 28 Januari ini.

Pemergian mengejut pelakon yang pernah membintangi filem Syaitan Munafik dan Kudeta ini nyata meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja kepada keluarga, malah seluruh peminat yang mengikuti perjalanan seninya selama ini.

Continue Reading

SEMASA

PR Singapura Tutup Plat Nombor Kereta Dengan Pita Hitam Untuk Isi RON95, Didenda RM9,000 Oleh Mahkamah

Published

on

PR Singapura Tutup Plat Nombor Kereta Dengan Pita Hitam Untuk Isi RON95 Didenda RM9000 Oleh Mahkamah 1

PR Singapura Tutup Plat Nombor Kereta Dengan Pita Hitam Untuk Isi RON95, Didenda RM9,000 Oleh Mahkamah

Seorang lelaki yang menetap di Singapura sebagai pemegang status Penduduk Tetap (PR) didenda oleh Mahkamah Majistret Kulai hari ini kerana mengubah suai nombor pendaftaran kenderaannya bagi membolehkan dia mengisi petrol RON95.

Menurut laporan The Star, lelaki berusia 64 tahun, Long Sa Kow, didakwa mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan yang bukan milik kereta buatan Jerman berwarna peraknya di sebuah stesen minyak di Batu 21/4, Jalan Johor Bahru–Air Hitam kira-kira jam 10.30 malam pada 2 Januari.

PR Singapura Tutup Plat Nombor Kereta

Didakwa menutup awalan plat Singapura untuk guna RON95 bersubsidi di Johor

Ditegur hakim kerana mengganggu prosiding

Semasa prosiding, Long meminta pertuduhan dibacakan kepadanya dalam bahasa Inggeris kerana dia tidak memahami Bahasa Malaysia atau Mandarin.

Beliau kemudiannya mengaku bersalah di hadapan Majistret R. Salini.

Ketika fakta kes dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, Long mula mempersoalkan butiran kes, menyebabkan hakim menegurnya sebanyak dua kali:

“Biarkan jurubahasa menghabiskan pembacaan fakta terlebih dahulu. Jangan ganggu.”

Apabila Long menyatakan beliau tidak bersetuju dengan fakta kes, mahkamah menangguhkan prosiding selama 30 minit bagi membolehkan penjelasan dibuat dalam bahasa Inggeris.

PR Singapura Tutup Plat Nombor Kereta Dengan Pita Hitam Untuk Isi RON95 Didenda RM9000 Oleh Mahkamah 2

Didenda RM9,000

Selepas rehat, mahkamah dimaklumkan bahawa Long didakwa mengubah suai nombor pendaftaran kenderaannya dengan menutup beberapa huruf supaya dia boleh mengisi petrol RON95, yang hanya diperuntukkan kepada rakyat Malaysia.

Polis menjalankan siasatan selepas satu rakaman video perbuatannya tular, dan mendapati nombor enjin serta casis kenderaan tersebut didaftarkan di Singapura.

Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman denda antara RM5,000 hingga RM20,000, atau penjara antara satu hingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Timbalan pendakwa raya S. Thiviya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang boleh memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang awam.

PR Singapura Tutup Plat Nombor Kereta

“Mahkamah juga perlu mengambil kira niat tertuduh yang mengubah nombor pendaftaran kenderaannya untuk menikmati hak dan keistimewaan yang dikhaskan kepada penduduk tempatan serta kenderaan berdaftar Malaysia.

“Ini seharusnya menjadi pengajaran kepada semua dan peringatan supaya tidak sewenang-wenangnya mengubah nombor pendaftaran kenderaan demi kepentingan peribadi,” katanya.

Peguam Long, Sharmaine Fairuz Mohd Zulkifli daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, merayu agar denda diringankan dengan alasan anak guamnya seorang pesara, mempunyai tiga orang anak dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

Long kemudian diperintahkan membayar denda RM9,000, atau sembilan bulan penjara jika gagal membayar. Beliau membayar denda tersebut di tempat kejadian.

Continue Reading

SEMASA

Telur Dadar Cecah RM50 Lebih? Pasar Terapung Thailand Dikecam Pelancong

Published

on

c1 3172785 260110103927 1200

Telur Dadar RM50 Lebih Undang Amarah, Pasar Terapung Thailand Dikecam Pelancong

Pasar Terapung Damnoen Saduak di wilayah Ratchaburi, Thailand yang terkenal sebagai tarikan pelancongan kini terpalit kontroversi apabila seorang pelancong mendakwa dicaj sehingga 400 baht (sekitar RM50+) hanya untuk telur dadar kosong. Lebih mengejutkan, hidangan nasi goreng bersaiz besar yang hanya mengandungi telur dan sayur turut didakwa dijual pada harga 1,400 baht, sekali gus mencetuskan kemarahan ramai.

Aduan tersebut tular di media sosial apabila pengadu mempersoalkan kewajaran harga makanan yang disifatkan terlalu melampau, walaupun di kawasan pelancongan. Isu ini akhirnya menarik perhatian pihak berkuasa tempatan yang terus menjalankan pemeriksaan ke atas restoran terbabit.

c1 3172785 260110103927 1200

Pemilik restoran berkenaan mengakui harga yang dikenakan sememangnya tinggi, namun mendakwa ia berpunca daripada kos operasi yang besar termasuk sewaan, gaji pekerja, harga bahan mentah serta bayaran kira-kira 900 baht bagi setiap bot pelancong yang singgah. Walaupun menu memaparkan harga dengan jelas, pihak berkuasa menasihatkan restoran itu supaya menurunkan harga, dan pemilik bersetuju untuk berbuat demikian.

Difahamkan, restoran sama sebelum ini juga pernah menerima aduan apabila menjual pad thai pada harga 900 baht, sebelum menurunkannya kepada 500 baht selepas diberi amaran. Sepanjang cuti Tahun Baharu lalu sahaja, 14 kedai di pasar tersebut didakwa kerana gagal memaparkan harga menu. Kes ini turut mengingatkan orang ramai kepada kontroversi telur dadar ketam cef selebriti Jay Fai di Bangkok yang pernah didenda selepas pelanggan terkejut dikenakan bayaran sehingga 4,000 baht.

Continue Reading

Trending