Connect with us

INFO

Bahaya Tidur Dalam Kreta Dengan Penghawa Dingin Terbuka “Saya Biarkan Enjin Dan Penghawa Dingin Terbuka Kerana Mahu Terlelap Sekejap,”. Gadis Tersebut Tidak Menyangka Hanya Akan “Terbangun” Semula Selepas 3 Bulan

Published

on

jgsrtjrgtz

Bahaya Tidur Dalam Kreta Dengan Penghawa Dingin Terbuka “Saya Biarkan Enjin Dan Penghawa Dingin Terbuka Kerana Mahu Terlelap Sekejap,”. Gadis Tersebut Tidak Menyangka Hanya Akan “Terbangun” Semula Selepas 3 Bulan

Ummu Diyana Ibrahim, pelajar di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok. Mengakui apa yang berlaku menguji kekuatan mentl dan fizikalnya. Peluang kedua yang diberikan Allah itu akan dimanfaatkan Sebaiknya.

Pengalaman h1tam apabila pngsan di dalam kereta dan akhirnya tidak seddarkan diri selama 3 bulan yang bermula pada pertengahan 2014 nyata telah mengubah kehidupan seorang gadis baru berusia 24 tahun…

Katanya, menceritakan pengalaman hitam itu, ia bermula ketika beliau dalam perjalanan pulang ke kampungnya di sini dari Behrang, Perak. “Dalam perjalanan, saya rasa macam nak munth, tak seddap baddan. Jadi, ambil keputusan untuk berhent1 berehat sekejap di Rwat dan Rehat (RNR) Buk1t Gntang.

“Benda yang terakhir saya ingat, saya biarkan enjin dan penghawa dingin terbuka kerana mahu terlelp sekejap,” katanya. Beks pelajar Politeknik Behrang itu langsung tidak menyangka hanya akan “terbangun” semula selepas lebih 3 bulan. Pada saat itu juga, bermulalah perjuangannya

untuk kembali seddar sepanjang terlntar di H0spital Taiping sebelum dipindahkan ke H0spital Sultanah Bahiyah, Alor Setar selepas dishkan mengalami kekurangan oks1gen dan lebih karbon monoksida. “Sepanjang saya tidak sedarkan diri, saya memang dengar dan nampak apa saja yang berlaku.

Cuma saya tidak dapat memberi tindak balas. Seluruh tubuh saya terkunci,” kata anak bongsu 6 beradik itu. Doktor kemudiannya mengambil keputusan mahu melakukan intubasi di lehernya namun pihak keluarga meminta menangguhkan prosedur tersebut kerana memikirkan implikasi yang bakal dihadapi pelajar itu.

Ummu Diyana hanya kembali sedar pada hari terakhir tarikh penangguhan yang diberikan doktor.“Sehingga hari terakhir yang diberikan doktor, saya masih belum memberi tindak balas yang sepatutnya. Ibu bapa saya tidak berputus asa dengan tidak henti-henti bercakap dengan saya,

minta saya kelipkan mata, menangis atau menggenggam tangan mereka kalau saya sedar. “Entah macam mana, saya kuatkan semangat dan lawan `kunci’ yang mengikat diri saya dan akhirnya saya kembali sedar,” katanya. Ummu Diyana berkata doktor memang terkejut memandangkan

selama tempoh dirinya koma, pakar perubatan tidak meletakkan harapan usia dirinya akan panjang terutama selepas melakukan proses imbasan. “Apa tidaknya, ketika saya dijumpai sewaktu pengsan, kadar oksigen dalam tubuh saya hanya 20%. Doktor sendiri mengatakan kes saya sangat ajaib

kerana tiada kerosakan kekal pada otak kecuali keadaan saraf saya sedikit terjejas terutama di bahagian kaki. Suara saya juga hilang buat seketika,” katanya.  sehingga kini doktor tidak dapat mengenal pasti punca sebenar apa yang berlaku kepada saraf kakinya dan ada yang berpendapat

terdapat saraf yang gagal berhubung dengan otak. “Jadi, ia memerlukan masa untuk rangsangan saraf itu kembali normal. Mungkin sebulan, mungkin setahun, mungkin lebih,” katanya. Biarpun sekarang terpaksa bertongkat dan sesekali dilanda kesakitan,

ia tidak menghalang Ummu Diyana menjalani kehidupan normal sebagai pelajar tahun pertama di UUM dalam bidang keusahawanan bersama 515 pelajar yang lain bermula pada 6 Februari lepas. Malah, beliau mengakui tidak mengalami trauma untuk kembali memandu kereta dan menjelaskan,

sudah pun kembali memandu tanpa masalah selepas disahkan sihat oleh doktor. “Pengalaman ini, nyata mengubah perspektif saya mengenai kehidupan. Ketika koma, kehidupan saya seolah-olah diimbas kembali.“Jadi, saya akan gunakan peluang ini untuk melakukan yang terbaik. Saya mahu berjaya dalam pelajaran dan mahu mengubah kehidupan,” katanya.

Bahaya Tidur Dalam Kereta, Ini Perkara Yang Perlu Anda Tahu

Disangka tidur, dua remaja ditemui telah pergi buat selamanya dalam kereta. Kisah menyayat hati apabila dua remaja berusia 19 tahun, Mohd Fitri Haimim dan Mohd Helmi Muhammad yang disangkakan tidur rupanya telah pergi buat selamanya.

Dalam kejadian jam 11.46 pagi semalam, mereka ditemui telah pergi buat selamanya di tempat duduk hadapan sebuah kereta Myvi yang diparkir di tepi jalan raya. Dua remaja ditemui telha pergi buat selamanya semasa tidur di dalam kereta. Berlaku di Kampung Jaya Baru, Kinabatangan, Sabah, pihak bomba dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membantu membuka pintu kenderaan.

Bahaya penggunaan penghawa dingin di dalam kereta

1. Apabila buka penghawa dingin dan tutup tingkap semasa kereta tidak bergerak, oksigen akan beredar-edar di dalam kereta.

2. Oksigen tersebut akan makin berkurang apabila anda tarik nafas. Semakin lama anda memberhentikan kereta, oksigen makin berkurang.

3. Apabila kereta bergerak, keadaannya okay. Hal ini kerana oksigen akan masuk ke dalam kereta melalui enjin dan bukan udara yang sama beredar-edar di dalam kereta anda.

4. Jika paras oksigen sudah berkurangan ke 16%, anda akan rasa sesak nafas. Sekiranya anda tidur nyenyak, tidak bangun dan tidak keluar dari kereta, anda berkemungkinan boleh rebah dan tidak sedarkan diri.

5. Paras oksigen akan semakin berkurangan kerana semasa tak sedar, anda masih bernafas dan apabila oksigen hanya tinggal 10%, ia sudah tidak dapat dihantar ke otak dan sistem tubuh tidak dapat berfungsi. Ia boleh menyebabkan pemergian seseorang.

6. Jika anda ingin berehat di dalam dalam kereta, pastikan buka tingkap sedikit supaya oksigen boleh masuk.

7. Ketika berada di dalam kesesakan jalan raya, kadar oksigen yang masuk ke dalam kereta berkurangan. Itulah punca anda mengantuk. Bukalah tingkap sedikit untuk aliran udara masuk.

kalau anda mahu berehat seketika dalam kesesakan jalan raya, buka sedikit tingkap untuk pengaliran oksigen dengan penghawa dingin terbuka di dalam kereta, langkah berjaga-jaga perlulah diambil supaya anda sentiasa berhati-hati.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO

​“Yang langgar elok pula hidup!” – Kamal Adli berang dua beradik lumba kereta mewah, ragut nyawa empat sekeluarga

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260602 174236 0000

“Yang langgar elok pula hidup!” – Kamal Adli berang dua beradik lumba kereta mewah, ragut nyawa empat sekeluarga

SIKAP tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang menjadikan jalan raya awam sebagai litar lumba terus mengundang tragedi berdarah apabila empat nyawa sekeluarga yang tidak bersalah melayang dalam sekelip mata.

​Insiden menyayat hati yang berlaku di Kilometer 27, Jalan Renggam-Simpang Renggam, Johor itu turut mendapat perhatian pelakon popular, Kamal Adli.

​Kamal, 40, meluahkan rasa kesal dan berang dengan tindakan melulu pemandu terbabit yang langsung tidak memikirkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Kamal Adli Luah Rasa Bengang

​Menerusi hantaran di platform Threads, suami kepada aktres Uqasha Senrose ini menyifatkan perbuatan berlumba di jalan raya yang sibuk terutamanya ketika musim orang ramai pulang ke kampung sebagai satu tindakan yang tidak masuk akal.

“Memang bodoh boleh berlumba tengah jalan-jalan sibuk orang balik dari kampung! Sampai orang tak bersalah yang meninggal! Bodoh gila!

“Yang langgar elok pula hidup! Tempatkan mereka bersama orang-orang beriman,” tulisnya penuh emosi.

 

​Dalam pada itu, rata-rata netizen di ruangan komen turut bersetuju dengan kenyataan Kamal dan menzahirkan rasa simpati yang mendalam terhadap nasib malang yang menimpa keluarga berkenaan.

Kronologi Kemalangan Ngeri

​Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 1.15 tengah hari Isnin, kemalangan ngeri itu melibatkan lima buah kenderaan iaitu dua buah Mercedes-Benz A250, sebuah BMW 530e, Toyota Vios, Perodua Alza dan Proton Wira.

​Siasatan pihak polis mendapati kemalangan berpunca daripada tindakan dua kenderaan mewah yang dipandu secara laju dan melulu.

​Akibatnya, kereta BMW berkenaan hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kenderaan yang dinaiki empat sekeluarga tersebut.

Pelumba Rupanya Adik-Beradik

​Lebih mengejutkan, pemandu Mercedes-Benz yang terselamat dan pemandu BMW yang maut rupa-rupanya merupakan pasangan adik-beradik.

​Pemandu BMW berusia 22 tahun dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah pada bahagian dada. Manakala adiknya yang berusia 19 tahun, pemandu Mercedes-Benz, kini ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

​Tragedi ini turut mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang menggesa pihak polis menyegerakan siasatan agar tindakan pendakwaan yang setimpal dapat diambil terhadap pelaku.

Majalah ilmu 

Sumber: ohmymedia

Continue Reading

INFO

​’Satu Keluarga Habis Licin…’ – Angkara Ego Kereta Mewah Berlumba, 4 Beranak Dijemput Ajal Serentak Di Simpang Renggam

Published

on

1 20260602 114046 0000

‘Satu Keluarga Habis Licin…’ – Angkara Ego Kereta Mewah Berlumba, 4 Beranak Dijemput Ajal Serentak Di Simpang Renggam

SIAPA sangka, perjalanan petang yang disangka tenang bertukar menjadi sebuah tragedi berdarah yang paling menyayat hati. Kegembiraan sebuah keluarga hancur berkecai dalam sekelip mata apabila empat ahli keluarga terkorban serentak dalam satu kemalangan ngeri melibatkan lima buah kenderaan di Kilometer 27, Jalan Renggam-Simpang Renggam.

​Lebih memilukan, insiden hitam ini dipercayai berpunca daripada sikap mementingkan diri dan ego pemandu dua buah kenderaan mewah yang memandu secara laju dan melulu di jalan awam.

Detik Cemas Rempuhan Berantai, BMW Meluncur Masuk Laluan Bertentangan

​Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.15 tengah hari itu membabitkan sebuah kereta Mercedes-Benz A250 dan sebuah BMW 530e. Kedua-dua kenderaan berkenaan dipercayai dipandu secara berbahaya dari arah Kluang menuju ke Simpang Renggam.

​”Pemandu BMW 530e yang dipandu lelaki tempatan berusia 22 tahun itu dipercayai hilang kawalan akibat dipandu terlalu laju sebelum ia meluncur masuk ke laluan bertentangan.

​”Kereta terbabit kemudiannya merempuh empat buah kenderaan lain yang sedang bergerak di laluan berkenaan iaitu Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira dan sebuah lagi Mercedes-Benz,” katanya.

​Akibat impak rempuhan yang tersangat kuat, kereta BMW tersebut dilaporkan tercampak lalu terjatuh ke dalam gaung di seberang jalan.

Empat Beranak Dalam Toyota Vios Maut Di Tempat Kejadian

​Sesiapa sahaja yang melihat foto kejadian pasti akan menitiskan air mata. Rempuhan itu telah mengorbankan pemandu Toyota Vios, seorang lelaki berusia 36 tahun, isterinya (33 tahun), seorang warga emas (73 tahun) dan seorang kanak-kanak perempuan sekecil 10 tahun. Dipercayai, kesemua mereka adalah ahli keluarga terdekat.

​Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan. Sementara itu, pemandu BMW berusia 22 tahun pula disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

​Tragedi ini turut menyebabkan dua lagi kanak-kanak berusia 11 dan tujuh tahun yang menaiki Perodua Alza mengalami kecederaan parah di kepala dan kini sedang bertarung nyawa di Zon Merah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang. Beberapa pemandu lain turut mengalami kecederaan di kaki, muka, dan dada.

Remaja 19 Tahun Ditahan Polis, Netizen Mula Berang

​Susulan kejadian tersebut, pihak polis telah menahan pemandu Mercedes-Benz A250 yang baru berusia 19 tahun bagi membantu siasatan. Kenderaannya turut dirampas, bagaimanapun ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah.

​Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda jika sabit kesalahan.

​Berita ini ternyata mengundang kemarahan netizen di media sosial. Rata-rata mengecam tindakan pemandu-pemandu tersebut yang menjadikan jalan raya awam sebagai litar lumba peribadi sehingga mengorbankan nyawa orang lain yang tidak bersalah.

“Moga Ada Syurga Buat Kalian…” – Netizen Banjiri Ruangan Komen Dengan Doa

​Menjengah ke ruangan komen di platform media sosial, suasana pilu menyelubungi netizen apabila memikirkan nasib waris yang ditinggalkan. Bayangkan, dalam satu tengah hari, terus hilang empat ahli keluarga sekaligus.

“Ya Allah, luluh hati saya membaca berita ni. Hilang satu keluarga sekaligus. Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” tulis seorang netizen.

“Tolonglah haramkan pemandu-pemandu melulu macam ni daripada guna jalan raya. Kerana ego nak tunjuk hebat, anak orang lain jadi yatim piatu, keluarga orang lain hancur!” komen seorang lagi dengan nada kesal.

​Pihak polis turut menasihati semua pengguna jalan raya agar sentiasa bertimbang rasa dan berhati-hati ketika memandu. Ingatlah, keluarga kita da



n keluarga orang lain sedang menunggu di rumah.

​Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat para mangsa yang terkorban dan doakan kesembuhan buat anak-anak kecil yang masih kritikal di hospital.

Majalah ilmu

Sumber: borakdaily

Continue Reading

INFO

​‘Tolong Kuat Ibu, Kami Tunggu Di Rumah’ – Warkah Rindu Anak Pendaki Wanita Hilang Di Gunung Batu Putih Sentuh Hati Netizen

Published

on

1 20260602 102442 0000

​‘Tolong Kuat Ibu, Kami Tunggu Di Rumah’ – Warkah Rindu Anak Pendaki Wanita Hilang Di Gunung Batu Putih Sentuh Hati Netizen

Anak Pendaki Wanita Hilang

SEJAK dilaporkan hilang pada 24 Mei lalu di Gunung Batu Putih, Tapah, Perak, misi pencarian pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, masih menjadi tumpuan utama seluruh rakyat Malaysia.

​Terbaharu, tular di media sosial satu luahan hati yang amat menyayat hati daripada anak mangsa yang setia menanti kepulangan ibunya di rumah.

​Warkah ringkas namun penuh emosi itu dikongsikan semula oleh pengguna akaun TikTok @darwisyahfaizal, sekali gus mengundang simpati dan air mata dalam kalangan netizen.

Anak Pendaki Wanita Hilang

Anak Pendaki Wanita Hilang

“Ibu Insan Paling Kuat Saya Kenal”

​Menerusi hantaran tersebut, si anak menyatakan keredaan dan ketabahannya dalam mendepani ujian yang amat berat ini, biarpun mengakui ada ketikanya dia berasa sangat tidak berdaya.

“Hai Ibu, saya tahu ibu kuat. Malah, ibu adalah antara insan paling kuat yang saya kenal. Saya tak dapat membayangkan apa yang sedang ibu lalui sekarang, tapi saya sentiasa berdoa agar Allah memberikan ibu kekuatan, ketenangan dan perlindungan untuk terus bertahan,” tulisnya.

 

​Lebih meruntun jiwa, anak mangsa turut menitipkan kata-kata semangat agar ibunya tidak berputus asa di dalam hutan belantara berkenaan.

​Dia juga memegang erat pesanan ibunya yang sering mengingatkan tentang kebaikan pencipta dalam apa jua keadaan sekalipun.

“Kami semua sedang menanti kepulangan ibu. Ada masanya saya berasa sangat tak berdaya, tapi saya cuba ingat kata-kata ibu: ‘Allah Maha Baik’. Ibu tak keseorangan. Allah sentiasa bersama ibu, dan kami juga sentiasa bersama ibu dari sini. Kami sayang ibu sangat-sangat,” luahnya lagi.

FB IMG 1780369564050

Anak Pendaki Wanita Hilang

Netizen Banjiri Ruangan Komen Dengan Doa

​Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata warga maya tidak dapat menahan sebak malah turut menumpahkan air mata membaca titipan rindu seorang anak kepada ibunya itu.

​Ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada keluarga mangsa agar terus cekal sementara menanti perkhabaran gembira daripada pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

“Allahuakbar, luruh jantung baca luahan anak dia. Semoga ada keajaiban buat Puan Jaslinda. Ya Allah, pulangkanlah ibu ini ke pangkuan anak-anaknya dalam keadaan selamat,” komen seorang netizen.

“Tak dapat bayangkan perasaan anak dia sekarang. Semoga pasukan SAR dipermudahkan urusan dan diberikan petunjuk segera,” tambah seorang lagi pengguna TikTok.

​Untuk rekod, operasi SAR bagi mengesan Jaslinda Saludin yang hilang di kawasan pergunungan tersebut masih giat dijalankan oleh pihak berkuasa dengan bantuan pelbagai agensi dan malim gunung.

Anak Pendaki Wanita Hilang

​Sama-sama kita doakan agar Puan Jaslinda segera ditemui dengan selamat.

Majalah ilmu

Sumber: borakdaily

Continue Reading

Trending