SEMASA
“Sayu Sangat Melihat Anak-Anak Ini”, Ustaz Ebit Lew Tubuh Tempat Tinggal Untuk Anak Yatim Dan Asnaf Di Gaza

“Sayu Sangat Melihat Anak-Anak Ini”, Ustaz Ebit Lew Tubuh Tempat Tinggal Untuk Anak Yatim Dan Asnaf Di Gaza
Macam yang kita semua tahu baru-baru ini, pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew kini sedang menjalani misi kemanusiaan di Gaza, Palass tin.
Menuju ke laman sosial Facebook, pemilik perusahaan Ebit Lew Mart itu memuat naik perkembangannya di sana yang mana beliau sudah menyewa 2 biji tempat tinggal untuk dijadikan sebagai Rumah Kasih Umat untuk anak yatim dan golongan asnaf di sana.
Menyediakan Rumah Kasih Untuk Umat di Gaza
Di Masa itu juga, pendakwah berusia 37 tahun itu turut berkongsi kisah seorang ibu tunggal yang telah kehilangan suami punca bedilan bom Zionis Israel baru-baru ini.
Dijelaskan lagi, Perempuan itu mempunyai 7 orang anak yang masih kecil. Biarpun baru saja menghadapi pemergian bapa tersayang, mereka masih boleh tersenyum dan seronok apabila diberi hadiah.
View this post on Instagram
Simpati akan nasib keluarga tersebut, Ebit terus membawa mereka ke Rumah Kasih Umat dan memberikan sedikit sumbangan bagi meneruskan kelangsungan hidup.
Bayar gaji cikgu untuk jaga dan uruskan rumah Kasih Umat Gaza
Menurut Ebit, pihaknya juga berbesar hati membayar gaji cikgu yang akan ditugaskan menjaga dan menguruskan Rumah Kasih Umat berkenaan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan keselamatan Ebit dan pihak yang terlibat dalam misi kemanusiaan itu.
Malah, ramai juga yang meluahkan rasa sebak tatkala melihat kemurahan hati insan bernama Ebit Irawan Ibrahim Lew yang tidak pernah putus asa membantu manusia dalam kesusahan.
Mesti Ustaz rasa puas dan gembira dapat bantu orang susah
Nangis tengok kemuliaan hati Ustaz
Terima kasih Ya Allah kerana kirimkan Ustaz Ebit Lew
Terdahulu, Ebit memaklumkan kepada rakyat Malaysia bahawa bahawa dia kurang memuat naik perkembangan ketika menjalankan misi oleh kerana faktor keselamatan.
View this post on Instagram
Selain itu, Ustaz Ebit Lew berharap seluruh rakyat Malaysia dapat mendoakan misi tersebut berjalan dengan sempurna.
Majalah ilmu: Semoga Ustaz Ebit Lew dan juga semua yang terlibat disana dipermudahkan urusan. Marilah kita sama-sama doakan untuk keselamatan umat di gaza.
Sumber: Facebook Ustaz Ebit Lew / Ohmymedia
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu
SEMASA
“Hilangnya Doa Seorang Ibu” — Ibu Kepada Penyanyi Hafiz Suip Meninggal Dunia

“Hilangnya Doa Seorang Ibu” — Ibu Kepada Penyanyi Hafiz Suip Meninggal Dunia
Penyanyi terkenal tanah air, Hafiz Suip, 35, berkongsi berita duka apabila ibunda tersayang, Halizawati Salleh, 62, telah menghembuskan nafas terakhir malam tadi.
Berita sedih itu disahkan sendiri oleh Hafiz menerusi satu hantaran di Facebook miliknya, lewat malam semalam.
“Innalillahiwainnailaihirojiun… Hilangnya doa seorang ibu,”
tulis Hafiz ringkas namun penuh makna, menggambarkan kesedihan mendalam atas kehilangan insan yang melahirkannya.
Pemergian di Hospital Umum Kuching
Menurut sumber terdekat, Allahyarhamah Halizawati Salleh menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.40 malam di Hospital Umum Kuching, Sarawak, selepas beberapa hari menerima rawatan akibat penyakit kencing manis.
Arwah dilaporkan dimasukkan ke hospital sebelum keadaan kesihatannya dikatakan semakin merosot.
Doa & Ucapan Takziah Membanjiri Media Sosial
Rakan artis dan peminat turut menzahirkan ucapan takziah serta doa buat Hafiz dan keluarganya atas kehilangan besar itu.
Ramai mendoakan agar Hafiz diberikan kekuatan menghadapi ujian ini, dan roh ibundanya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
“Semoga arwah ditempatkan di syurga tertinggi. Al-Fatihah buat ibu Hafiz,” tulis seorang peminat.
“Doa seorang ibu tiada pengganti. Moga Hafiz tabah menghadapi kehilangan ini,” ujar seorang lagi pengguna media sosial.
Satu Kehilangan Besar Buat Hafiz
Hafiz, yang terkenal dengan lagu-lagu seperti Awan Nano, Bahagiamu Deritaku dan Kejar, sering kali menyebut dalam temu bual terdahulu bahawa ibunya adalah sumber kekuatan dan semangatnya dalam karier seni.
Pemergian ini pastinya meninggalkan kekosongan besar dalam hidup penyanyi bersuara lunak itu.
Semoga roh Allahyarhamah Halizawati Salleh dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Salam takziah buat Hafiz Suip sekeluarga.
Al-Fatihah. 🤍
SEMASA
“Orang Lain Malu Kalau Mak Kerja Kantin, Tapi Abang Ni Bangga Dengan Maknya”

“Orang Lain Malu Kalau Mak Kerja Kantin, Tapi Abang Ni Bangga Dengan Maknya”
Tular di media sosial sebuah video menyentuh hati yang memaparkan seorang pelajar menghadiahkan kek kepada ibunya yang bekerja di kantin sekolah. Walaupun hanya momen ringkas, aksi spontan itu berjaya meraih ribuan tontonan dan komen positif daripada netizen.
Dalam video tersebut, kelihatan pelajar lelaki berbaju sekolah menyerahkan sebiji kek kecil kepada ibunya yang sedang sibuk bekerja di dapur kantin. Senyuman si ibu yang terukir jelas menunjukkan betapa terharunya dia dengan kejutan kecil daripada anak tersayang.
Ramai netizen meluahkan rasa sebak melihat kasih sayang antara anak dan ibu itu. Lebih mengharukan, anak tersebut langsung tidak malu dengan pekerjaan ibunya — malah bangga menunjukkan kasihnya di hadapan orang ramai.
“Orang lain malu kalau mak kerja kantin, tapi abang ni bangga dengan maknya. Moga terus jadi anak yang soleh dan berjaya.” — komen salah seorang pengguna Facebook.
Bagi ramai orang, video ini menjadi peringatan bahawa tiada pekerjaan yang hina selagi rezeki itu halal. Ibu ini mungkin hanya bekerja di kantin sekolah, tetapi usahanya menanggung anak ke sekolah setiap hari adalah bukti kasih sayang yang tiada tandingan. 💪❤️
Ramai turut mendoakan agar anak tersebut terus berjaya dan mampu membanggakan ibunya suatu hari nanti.
“Belajar rajin-rajin dik. Banggakan mak yang penat mencari rezeki untuk tengok kamu berjaya. Tak perlu malu, sebab doa mak tu yang bawa kamu ke puncak.”
Kisah kecil ini sekali lagi membuktikan, kasih seorang ibu tak ternilai. Dan anak yang tahu menghargai pengorbanan itu — dialah sebenar-benarnya tanda kebanggaan seorang ibu.
Baca :Ustaz Mad Kecik Masuk Hospital Lepas Balik Kuliah, Abang Mohon Doa Orang Ramai – Majalah Ilmu
SEMASA
Namewee Ditahan Bersama Pil Ekstasi, Positif Pelbagai Jenis Dadah – Polis Sahkan

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Polis Kuala Lumpur mengesahkan bahawa pengarah dan penyanyi kontroversi, Namewee, 42, ditahan di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu selepas dipercayai memiliki dan menggunakan dadah jenis ekstasi.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata penahanan dibuat oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sekitar jam 4.30 petang, 22 Oktober lalu.
Ditemui Sembilan Pil Ekstasi di Bilik Hotel
Menurut Datuk Fadil, hasil pemeriksaan dalam bilik hotel berkenaan menemui sembilan biji pil berwarna biru disyaki pil ekstasi, dengan anggaran berat 5.12 gram.
“Suspek telah ditangkap dan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut.
Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif empat jenis bahan terlarang iaitu **amphetamine, methamphetamine, ketamin dan THC (ganja),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ditahan Dua Hari, Dituduh di Mahkamah
Tambah beliau, Namewee direman selama dua hari bagi membantu siasatan sebelum dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 24 Oktober lalu dengan dua pertuduhan berasingan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pertuduhan pertama:
➡️ Mengikut Seksyen 39A(1) atas kesalahan memiliki dadah, yang boleh membawa hukuman penjara antara dua hingga lima tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.
Pertuduhan kedua:
➡️ Mengikut Seksyen 15(1)(a) atas kesalahan menggunakan dadah, dengan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.
“Suspek tidak mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dan dibenarkan jaminan RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin tempatan,” ujar Fadil.
Sebutan Semula Kes Disember Ini
Menurut beliau lagi, tarikh sebutan semula kes telah ditetapkan pada 18 Disember 2025 bagi membolehkan pihak pendakwaan dan pembelaan melengkapkan dokumen serta laporan kimia.
Kes ini mendapat perhatian meluas di media sosial memandangkan Namewee (nama sebenar: Wee Meng Chee) sebelum ini dikenali sebagai figura seni yang sering mencetuskan kontroversi menerusi karya muzik dan filemnya, termasuk Nasi Lemak 2.0 dan Babi.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA6 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA6 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA6 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah










