INFO
Penyakit Kenser Mulai Sembuh Jika Amalkan Zikir Ini 100 Kali Dan Membaca Al Quran
Penyakit Kenser Mulai Sembuh Jika Amalkan Zikir Ini 100 Kali Dan Membaca Al Quran
Sakit menjadi salah satu ujian yang terkadang tidak mampu untuk dihadapi oleh setiap orang terutama bagi penghidap kanser. Namun kebanyakan pesakit kanser mempunyai semangat dan keyakinan yang tinggi walaupun ujian yang perlu dihadapi mereka sangat berat.
Ujian atau dugaan mungkin dianggap cuba dielak oleh kita sebagai manusia biasa, namun ketahuilah setiap ujian yang diberikan itu mempunyai pelbagai hikmah yang mungkin akan memberi pengajaran kepada diri kita.
Sakit menjadi salah satu ujian yang terkadang tidak mampu untuk dihadapi oleh setiap orang terutama bagi penghidap kanser. Namun kebanyakan pesakit kanser mempunyai semangat dan keyakinan yang tinggi walaupun ujian yang perlu dihadapi mereka sangat berat.
Seperti yang dihadapi oleh wanita tabah ini, Nor Hidayah Arifin melalui kiriman Facebooknya berkongsi coretan mengenai dirinya yang menghidap kanser thyroid dan memberi semangat kepada pesakit-pesakit kanser lain yang menghadapi nasib sama sepertinya.
Hidup Mati Itu Atas Kehendak Allah, Bukannya Kanser
Aku adalah salah seorang pesakit kanser thyroid / metastatic papillary thyroid carcinoma yang masih sihat hingga ke hari ni. Tujuan cerita ni aku nak bagi semangat kepada pesakit-pesakit kanser di luar sana untuk semua golongan.
Aku menghidap kanser seawal usia aku 28 tahun ,pada tahun 2018. aku tahu semua ni bila aku melahirkan anak yang ke 2. Satu ketumbuhan yang besar ada ditengah-tengah leher, biji itu membesar dengan cepat, menyebabkan aku sukar menelan dan susah bernafas ketika tidur, lalu aku terus ke hospital untuk medical checkup, setelah doktor membuat ujian imbasan ultrasound dan biopsi aku di diagnose kanser thyroid. Untuk pertama kali aku dapat tahu tentang penyakit ni , seluruh badan aku mengeletar ketakutan , hati aku berkata ” Ya Allah beratnya ujian yang kau beri ini”. Aku terkejut dengan apa yang doktor kata ” Adik , adik tahu tak yang sekarang adik positif kanser”. Tulah suara yang keluar dari mulut doktor yang pertama aku dengar time tu.
“Macam mana aku nak bagitahu keluarga tentang penyakit ni?”
Aku terdiam bisu masa tu di sepanjang perjalanan aku pulang ke rumah. Fikiran aku celaru ” Macam mana aku nak bagitahu keluarga tentang penyakit ni? Macam mana perasaan keluarga aku bila dapat tahu aku hidap kanser ” Bagaimana kehidupan aku selepas ini?
Aku sebak bila ingat balik saat tu. Masa tu aku tak dapat keluarkan setitis pun air mata. Kerana mungkin aku teramat terkejut dan tak percaya apa yang aku ini menghidap kanser. Kanser adalah penyakit mati.
Dua bulan selepas itu aku dimasukkan ke wad, keadaan aku semakin hari semakin teruk, aku jadi mudah sesak nafas sampaikan nak menelan air liur pun jadi susah, nafas aku makin hari makin pendek tapi aku berdiam sahaja aku tak mahu menceritakan kepada keluarga aku apa yang aku rasa, aku tidak mahu mereka terlalu bimbang. Selepas 11 bulan operation pertama selesai radioaidin/kimoterapi Aku di kejutkan lagi dengan keputusan doktor yang kanser aku hidap ini bukan berada di satu tempat, tapi kanser ni dah merebak ke beberapa tempat yang lain. Kanser aku bermula dari leher lalu merebak ke limfa.
Saat itu air mata menitis, dengan derita itu
Aku dimasukkan ke wad lagi untuk membuang sel kanser kali kedua, setiap pagi doktor akan ambik darah dan aku dimasukkan darah kerana bacaan hb sangt rendah 6 sahaja sebab aku penghidap alpha thalasmia, rambut aku mula gugur satu persatu, lidah aku mula hilang rasa, badan aku teramat panas, jari-jari tangan aku terbakar kerana kesan daripada kimoterapi, Barulah saat itu air mata aku menitis , dengan derita tu. ”Allahu Akbar, aku redha ya Allah, aku redha jika ajal aku sudah hampir, Kalau ajal aku masih panjang, teguhkan aku menempuh ujian-Mu ini“.
Aku ingat lagi nasihat dari seorang doktor, doktor surgical surgery doktor yang handle kes aku, dia juga doktor yang mengetuai dua kali operation aku berturut turut. Aku dinasihatkan untuk tabah dengan ujian Allah ini, aku disarankan supaya berzikir dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, jangan meninggalkan solat! Ingat Allah! , ingat Allah! , ingat Allah! . Yakin lah dengan kuasa Allah. Allah sahaja tempat kita bergantung.
Kekuatan dalaman yang kita dapat ketika solat sangat luar biasa.
Alhamdulillah, aku menjaga zikir dan selawat ku. Berzikir lah setiap hari sekurang2 100x Subhanallah, Perbanyakkan baca al-quran. Jika tak mampu solat berdiri maka duduk la, jika tak mampu lagi lakukanlah sambil baring. Ingat lah peringatan ni. laksanakan solat dan doa kepada-Nya
Kekuatan dalaman yang kita dapat ketika solat sangat luar biasa. Kerana ketika kita solat kita merendahkan diri kita kepada Al- Khaliq yakni Pencipta kita. Kita merendahkan diri kita di hadapannya dan kita bergantung kepada-Nya. tetapkan hati kita hanya mahukan Keredhaan-Nya.
Alhamdulillah, aku sekarang sihat dan sudah kembali sedia kala Kebanyakkan orang semua ragu-ragu dengan cerita aku ni, sebab kalau tengok diri aku, memang seperti orang yang sihat dan tidak pernah dapat apa-apa penyakit sekali pun. Alhamdulillah. Rawatan aku sekarang hanya follow up di hospital 6 bulan sekali.
Usahalah untuk buat rawatan, ikhtiarlah rawatan kampung sekali pun
Buat pesakit diluar sana, jangan cepat berputus asa, yakinlah ujian yang Allah beri ini kepada orang-orang yang mampu laluinya. Anda mampu. Percaya lah! ,Orang seperti anda adalah orang yang terpilih. Usaha lah untuk buat rawatan, ikhtiarlah rawatan kampung sekali pun. kalau aku cerita rawatan yang aku pernah buat, lagi panjang lah cerita ni. jadi aku tamat di sini. Jangan tinggalkan solat, banyakkan berdoa, Redha dan terus BERSABAR.
Netizen rata-ratanya memuji sikap positif puan Hidayah serta mendoakannya sentiasa diberkati dan diberikan kesembuhan yang segera.
Majalah ilmu: Semoga Allah memberi kesembuhan kepada beliau. Sama-sama kita doakan yang baik kepada beliau.
Sumber: Nor Hidayah Arifin / Siakap Keli
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Majalah Ilmu
INFO
Unik & Penuh Warisan! Pengantin Suku Jakun Peragakan Baju Perkahwinan Kulit Kayu Terap
Unik & Penuh Warisan! Pengantin Suku Jakun Peragakan Baju Perkahwinan Kulit Kayu Terap
Siapa kata Orang Asli tak kreatif? Busana perkahwinan yang dihasilkan daripada kulit kayu pokok terap ini membuktikan kehebatan seni dan warisan masyarakat tempatan yang amat luar biasa!
Memerlukan masa kira-kira enam bulan untuk disiapkan, pakaian ini mempamerkan ketelitian, kesabaran, dan kemahiran kraf tangan tradisi yang tinggi. Daripada proses mengambil kulit kayu, mengetuk, mengeringkan, sehinggalah membentuknya menjadi helaian kain yang berseni, semuanya memerlukan seni pertukangan yang sangat halus.
Lebih membanggakan, busana yang sarat dengan identiti warisan ini digayakan sendiri oleh pasangan pengantin daripada suku kaum Jakun dari Pahang. Keindahan pakaian ini bukan sahaja menyerlahkan keunikan pada hari bahagia mereka, malah menjadi simbol kebanggaan terhadap asal usul dan budaya nenek moyang.
Satu karya seni hidup yang wajar dipelihara agar tidak luput ditelan zaman. Cantik, unik, dan penuh nilai estetika!
Kredit Foto / Sumber: Threads @themoonn09
INFO
Tanpa Baju Sanding & Makan Beradab, Konsep ‘Intimate Wedding’ 70 Tetamu di Masjid Sendayan Ini Dipuji Ramai
Tanpa Baju Sanding & Makan Beradab, Konsep ‘Intimate Wedding’ 70 Tetamu di Masjid Sendayan Ini Dipuji Ramai
Konsep perkahwinan intim (intimate wedding) semakin mendapat tempat dalam kalangan pasangan muda hari ini. Pendekatan yang praktikal, tenang, dan jimat ini membuktikan bahawa majlis yang bermakna tidak semestinya perlu mahal atau penuh dengan adat yang merumitkan.
Berikut adalah hantaran bersesuaian dengan garis panduan standard komuniti Facebook (menggunakan teks mesra media sosial, emoji yang seimbang, serta hashtag relevan):
KONSEP ‘INTIMATE WEDDING’ DI MASJID SENDAYAN
Bila sebut pasal kahwin, ramai bayangkan majlis besar-besaran, baju sanding beberapa persalinan, dan majlis makan beradab yang meriah. Tapi berbeza dengan konsep intimate wedding ini—ringkas, tenang, dan sangat menjimatkan kos tanpa mengurangkan keberkatan majlis!
Ringkasan Majlis:
Lokasi: Masjid Sendayan, Negeri Sembilan
Hari: Hari Bekerja (Weekday)
Jumlah Tetamu: 70 orang sahaja (keluarga & rakan terdekat)
Pakaian: Tiada baju sanding (cukup sepasang baju nikah yang ringkas & sopan)
Jamuan: Tiada meja makan beradab (jamuan santai bersama tetamu)
KENAPA KONSEP INI SANGAT BERBALOI?
Keindahan Senibina Masjid Sendayan
Seni bina Masjid Sendayan yang tersergam indah berunsurkan seni bina Islamik moden sudah cukup dijadikan latar belakang fotografi yang sangat memukau. Tak perlu risau nak sewa pelamin atau bina dekorasi yang mahal!
Majlis Hari Bekerja (Weekday) yang Tenang
Mengadakan majlis pada hari bekerja mengurangkan kesesakan tempat letak kereta dan mengelakkan suasana bersesak-sesak. Perjalanan majlis jadi jauh lebih lancar dan tenang.
Fokus Kepada Tetamu Terdekat (70 Orang)
Dengan jumlah tetamu yang terhad, pengantin dapat melayan setiap tetamu dengan mesra dan berkualiti. Tiada lagi situasi pengantin tak sempat bertegur sapa dengan tetamu yang hadir.
Penjimatan Bajet yang Ketara
Tanpa sewaan baju sanding, persediaan meja makan beradab, dan hiasan pelamin yang sarat, ribuan ringgit dapat dijimatkan. Duit penjimatan ini boleh digunakan untuk persediaan kehidupan selepas nikah atau deposit rumah!
Perkahwinan itu simple, yang merumitkan kadangkala adalah ekspektasi sekeliling. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi buat pasangan yang sedang merancang majlis nikah secara bajet dan bermakna!
Kredit: ainulamer
INFO
Rebah Selepas Sangka Sakit Gigi Biasa, Ibu 4 Anak Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Organ
Rebah Selepas Sangka Sakit Gigi Biasa, Ibu 4 Anak Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Organ
Satu perkongsian yang amat menyayat hati baru-baru ini telah membuka mata ramai pihak mengenai bahaya jangkitan gigi yang kerap diabaikan, terutamanya bagi wanita hamil.
Arwah Siti Nor Fitriah, 32, telah menghembuskan nafas terakhir akibat severe sepsis with multi-organ failure (jangkitan kuman teruk yang membawa kepada kegagalan pelbagai organ). Pemergian arwah yang berlaku secara mendadak meninggalkan duka yang mendalam buat suami dan keluarga.
Sakit Gigi Disangka Simptom Biasa Kehamilan
Setiap kali mengandung pada tahun 2018, 2021, 2023, dan 2025, arwah kerap mengalami sakit gigi. Seperti kebanyakan kita, arwah dan suami menyangka ia sekadar masalah biasa wanita hamil dan hanya mengambil ubat penahan sakit (Panadol). Kesakitan itu memang hilang selepas bersalin, namun rupanya kuman tersebut “bertapa” dan membiak secara senyap.
Keadaan kesihatan arwah merosot dengan pantas apabila paru-paru gagal berfungsi, buah pinggang terjejas, dan jantung terhenti sebanyak dua kali sebelum disahkan meninggal dunia. Doktor pakar mengesahkan bahawa jangkitan kuman yang melumpuhkan organ-organ utama tersebut berpunca daripada masalah gigi yang dipendam bertahun-tahun.
Mengapa Sakit Gigi Sangat Bahaya Untuk Ibu Hamil?
Perubahan Hormon Kehamilan: Peningkatan hormon progesterone dan estrogen menjadikan gusi lebih sensitif, mudah membengkak, berdarah (pregnancy gingivitis), dan terdedah kepada jangkitan.
Gigi “Sembuh” Sendiri Beralih Jadi Bahaya: Apabila sakit gigi tiba-tiba hilang tanpa sebarang rawatan doktor, ini bukan bermakna ia dah sembuh. Ia menandakan saraf gigi telah mati (necrotic pulp). Apabila saraf mati, rasa sakit hilang, tetapi bakteria di dalam akar gigi terus membiak dan membentuk nanah secara senyap.
Ancaman Sepsis (Jangkitan Dalam Darah): Kuman dari akar gigi yang dijangkiti boleh meresap masuk ke dalam aliran darah (bacteremia). Apabila ketahanan badan merosot, ia boleh mencetuskan tindak balas keradangan melampau ke seluruh tubuh (sepsis), merosakkan organ penting seperti paru-paru, jantung, serta buah pinggang.
APA YANG PATUT KITA BUAT?
Guna Pemeriksaan Gigi Percuma: Setiap ibu hamil yang membuka buku pink di Klinik Kesihatan (KK) diberi rujukan terus ke Klinik Pergigian secara percuma. Manfaatkan peluang ini!
Jumpa Doktor Gigi Sebelum/Awal Hamil: Jika anda merancang untuk hamil atau sedang hamil, buat pemeriksaan gusi dan gigi secara menyeluruh.
Jangan Selalu “Bergantung” Pada Penahan Sakit: Ubat seperti Panadol hanya melegakan kesakitan luaran, bukan membunuh kuman di dalam akar gigi.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Siti Nor Fitriah. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan iktibar buat kita semua agar lebih peka dengan kesihatan mulut. Al-Fatihah
-
Keluarga7 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
-
Resepi Viral7 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
-
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
-
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
-
AGAMA7 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
-
AGAMA7 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
-
AGAMA7 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
-
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah




