SEMASA
Teka teki senang 122 soalan & jawapan yang Menarik

Teka teki senang 122 soalan & jawapan yang Menarik
Pengenalan
Teka teki merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan mencabar otak atau minda kita. Ia boleh dinikmati oleh semua golongan, dari kanak-kanak hingga dewasa. Dalam artikel ini, kita akan meneroka dunia teka teki senang, memahami kepentingannya, serta belajar teknik untuk menyelesaikannya.
Sejarah Teka teki senang
Asal Usul Teka Teki
Teka teki telah wujud sejak zaman dahulu kala. Ia digunakan sebagai satu cara untuk menghiburkan dan mendidik. Dari zaman Yunani purba hingga ke tamadun Asia, teka teki telah menjadi sebahagian daripada budaya manusia.
Perkembangan Teka Teki dari Zaman ke Zaman
Dari teka teki lisan yang disampaikan secara turun-temurun, kini kita mempunyai teka teki dalam bentuk bertulis, dalam permainan video, dan aplikasi telefon pintar. Teka teki terus berkembang mengikut peredaran zaman dan teknologi.
Kategori Teka Teki Senang
Teka Teki Logik
Teka teki logik memerlukan pemikiran kritis untuk diselesaikan. Ia sering kali melibatkan situasi yang memerlukan kita untuk memikirkan setiap kemungkinan sebelum mencapai jawapan.
Teka Teki Bahasa
Teka teki bahasa bermain dengan perkataan dan maksudnya. Ia menguji kemahiran kita dalam bahasa dan pemahaman makna tersembunyi.
Teka Teki Visual
Teka teki visual memerlukan kita untuk melihat gambar atau imej dan mencari jawapan berdasarkan apa yang kita lihat. Ia menguji kemahiran pemerhatian kita.
Manfaat Menyelesaikan Teka Teki Senang
- Meningkatkan Daya Pemikiran Kritis
- Menyelesaikan teka teki senang dapat membantu kita untuk berfikir di luar kotak. Ini dapat meningkatkan kemahiran pemikiran kritis kita, yang berguna dalam pelbagai aspek kehidupan.
- Meningkatkan Kreativiti
- Teka teki memerlukan kita untuk melihat sesuatu dari sudut yang berbeza, yang dapat membantu dalam meningkatkan kreativiti kita.
- Mengurangkan Stres
- Menyelesaikan teka teki boleh menjadi satu cara yang baik untuk mengurangkan stres. Ia memberikan kita satu cabaran yang menyeronokkan dan boleh mengalihkan perhatian dari masalah harian.
Contoh Teka-Teki Lawak & Jawapannya Teka teki senang
Mari lihat beberapa contoh teka-teki lawak yang popular di bawah yang anda boleh main dengan rakan-rakan, ahli keluarga dan sesiapa sahaja. Disertakan juga jawapan bagi setiap satunya.
Teka-Teki Lawak Untuk Hiburan
Soalan 1: Dia ada banyak kaki, tapi dia bukan binatang. Dia lalu ikut landasan, tapi dia bukan keretapi. Apakah dia?
Jawapan: Zip
Soalan 2: Dalam banyak-banyak nasi la kan, nasi apa yang boleh bergerak sendiri?
Jawapan: Nasi Goreng Pattaya (sebab ada 4 tayar).
Soalan 3: Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa paling kaya?
Jawapan: Beruang (ber-wang).
Soalan 4: Haiwan apa macam kucing tapi kecil daripada kucing?
Jawapan: Anak kucing.
Soalan 5: Mee apa paling berat dalam dunia?
Jawapan: Mee wantan (One tan).
Soalan 6: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apa yang orang makan tepinya sahaja tapi tengahnya orang tak makan?
Jawapan: Donut.
Soalan 7: Benda apa yang lebih kecil dari kuman?
Jawapan: Anak kuman.
Soalan 8: Bila masuk segitiga, bila keluar bergulung-gulung.
Jawapan: Seluar dalam.
Soalan 9: 4 orang awek share satu payung ketika berjalan. Kenapa sorang pun tak basah?
Jawapan: Sebab tak hujan.
Soalan 10: Perkataan apa yang dieja salah dalam kamus?
Jawapan: SALAH.
Teka-Teki Untuk Uji Minda

Photo by Monstera Production:
Soalan 11: Bila masa yang anda teruskan ketika merah, pastu berhenti ketika hijau?
Jawapan: Ketika makan tembikai.
Soalan 12: Bom apakah yang tidak boleh meletup?
Jawapan: Bomba.
Soalan 13: Dalam kalendar setahun, ada bulan yang ada 30 hari, dan ada bulan yang hanya ada 31 hari. Jadi, berapa bulan yang ada 28 hari?
Jawapan: Semua bulan la.
Soalan 14: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apa yang bukan kuih?
Jawapan: Kuih-Teow.
Soalan 15: Ada ekor bukan binatang, ada kepala bukan manusia. Apa dia?
Jawapan: Taugeh.
Soalan 16: Dalam banyak-banyak bunga, bunga apa warna hitam?
Jawapan: Bunga tayar.
Soalan 17: Ketika dicari memang susah nak dapat. Tapi bila dah dapat, ia dibuang macam tu saja. Apa bendanya tu?
Jawapan: Tahi hidung. Hah tanya lagi tahi hidung sape.
Soalan 18: Katak diterbalikkan jadi katak. Kopi di terbalikkan jadi?
Jawapan: Tumpah la.
Soalan 19: Saya ada 3 mata, dan satu kaki. Siapakah saya?
Jawapan: Lampu Isyarat.
Soalan 20: Ianya berasal dari kayu, namun tidak boleh digergaji. Apakah itu?
Jawapan: Habuk kayu.
Teka-Teki Lucu Untuk Ketawa Bersama Teka teki senang
Soalan 21: Kotak apa yang tak boleh buka?
Jawapan: Kotak penalti.
Soalan 22: Ramai orang tahu cara membukanya, tetapi tiada siapa pun tahu cara menutupnya. Apakah ia?
Jawapan: Telur.
Soalan 23: Makanan apakah yang di dalamnya ikan, dan di luarnya ayam?
Jawapan: Ikan sardin cap ayam.
Soalan 24: Dalam banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan dengan ais?
Jawapan: Milo ais.
Soalan 25: 4 orang awek share satu payung ketika berjalan. Kenapa sorang pun tak basah?
Jawapan: Sebab tak hujan.
Soalan 26: Apa benda yang kita boleh tengok dengan cermin tetapi tak boleh ditengok dengan mata kepala kita sendiri?
Jawapan: Telinga kita.
Soalan 27: Dalam satu pertandingan lumba lari, anda telah berjaya memotong pelari di tempat ke-2. Jadi, sekarang anda di tempat yang ke berapa?
Jawapan: Nombor 2.
Soalan 28: Dalam banyak-banyak api la kan, ada sejenis api yang tak panas. Api apa tu?
Jawapan: Bil api.
Soalan 29: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?
Jawapan: Anak mancis.
Soalan 30: Bila kita jalan ataupun berhenti, dia tetap jalan. Tapi bila dia berhenti, kita akan mati.
Jawapan: Jantung.
Soalan 31: Antara Petronas dan Shell, mana satu yang sesuai dibuat kawan?
Jawapan: Petronas. Petronas Mesra. Shell Select.
Soalan 32: Dalam banyak-banyak pangkat tentera, pangkat mana satu orang paling cinta?
Jawapan: Kolonel. Sebab kalau tak kolonen (kenal) maka tak cinta.
Soalan 33: Negara apa yang penduduk negaranya sendiri tak ingat nama negara dia?
Jawapan: Panama. Panamaa… Panamaa…
Soalan 34: Burung apa yang suka enjoy?
Jawapan: Burung merpati (merparty).
Soalan 35: Dalam banyak-banyak sate, sate jenis apa paling panas?
Jawapan: Saterika.
Soalan 36: Macammana nak tahu bahagian belakang atau depan sebatang pokok?
Jawapan: Dengan cara menyorok. Kalau kita menyorok mesti menyorok di belakang pokok.
Soalan 37: Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?
Jawapan: Telur.
Soalan 38: Ikan apa yang lagi laju dari ikan lumba-lumba?
Jawapan: Ikan terubok. Dia pakai enjin terubok (turbo).
Soalan 39: Enjin apa yang dah mati?
Jawapan: Ikan arowana (arwahna).
Soalan 40: Ikan apa yang bukan saya punya?
Jawapan: Ikan yu (you).
Soalan 41: Hantu apa yang bercuti?
Jawapan: Hantu raya (cuti raya).
Soalan 42: Sukan apa yang hantu tak boleh join?
Jawapan: 100m berpagar. Sebab dah kena pagar, takleh nak masuk.
Soalan 43: Pokok apa yang betina je takde jantan?
Jawapan: Kaktus. Kalau jantan jadi bangtus.
Soalan 44: Selain Bosnia, negara apa yang ada bos?
Jawapan: Amerika Syarikat. Dah ada syarikat, mesti ada bos.
Soalan 45: Dekat kedai mamak, ada 3 Melayu, 2 Cina, 4 India. Apa yang 1?
Jawapan: Teh tarik. Teh tarik satuuuu!
Soalan 46: Apa benda yang hitam dan berpeluh?
Jawapan: Semut hitam tengah berjogging.
Soalan 47: Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung?
Jawapan: Seluar dalam.
Soalan 48: Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran di sebuah kedai?
Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar. (berdasarkan pantun melayu).
Soalan 49: Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?
Jawapan: Pengail yang dapat ikan.
Soalan 50: Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup?
Jawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!
Soalan 51: Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?
Jawapan: Kuih lepat liat la sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit!
Soalan 52: Banyak-banyak kotak, kotak apa yang tak boleh diangkat?
Jawapan: Kotak penalti.
Soalan 53: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam.
Soalan 54: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
Jawapan: Lilin masa sambut hari jadi.
Soalan 55: Dalam banyak-banyak bahagian kereta, bahagian apa yang kurus?
Jawapan: Brake. Brake tak makan.
Soalan 56: Ikan apa yang kita tengok dia berhenti?
Jawapan: ikan paus (pause).
Soalan 57: Dalam banyak-banyak makan, makanan apa paling bersih?
Jawapan: Yala, dah bakso dah sushi takkan tak bersih-bersih lagi.
Soalan 58: Dalam banyak-banyak taman, taman apa yang kurang sopan?
Jawapan: Taman tema air. Waterpark!
Soalan 59: Binatang apa yang paling tua?
Jawapan: Kambing sebab ada janggut.
Soalan 60: Binatang apa yang tua tapi nampak muda?
Jawapan: Kambing baru shave.
Soalan 61: Tempat ini memberi makanan, minuman dan tempat tidur secara percuma. Tetapi tiada sesiapa pun yang suka tinggal di sini. Manakah tempat ini?
Jawapan: Penjara.
Soalan 62: Polis Malaysia dan polis Indonesia, mana yang lebih tua? Berikan jawapan dengan sebab sekali…
Jawapan : Polis Malaysia yang lebih tua kerana polis Malaysia dipanggil Tok manakala polis Indonesia pula dipanggil bapak.
Soalan 63: Sebab apa siput babi jalan lambat?
Jawapan : Sebab semasa berjalan, asyik berfikir sama ada dia siput ataupun babi.
Soalan 64: Sukan apa selepas main kita tabik?
Jawapan : Golf
Soalan 65: Antara kereta dan motor, manakah yang lebih tua?
Jawapan : Motor sebab pakai tongkat.
Soalan 66: Dalam banyak-banyak kucing, kucing apa yang tak makan?
Jawapan : Kuching, Sarawak.
Soalan 67: Kuda apa yang tiada kaki?
Jawapan : Kuda kepang
Soalan 68: Apabila masuk, ia keras dan apabila keluar, ia lembik.
Jawapan : Stokin
Soalan 69: Binatang apa yang kurang ajar?
Jawapan : Kutu kerana dia merayap di atas kepala.
Soalan 70:Ikan apa yang paling rajin?
Jawapan : Ikan bandaraya sebab suka cuci cermin akuarium.
Soalan 71: Pokok apa yang suka berkahwin?
Jawapan : Pokok pinang
Soalan 72:Makanan apa, yang asalnya jauh dari negeri Perak?
Jawapan : Buah Melaka
Soalan 73:Binatang apa yang selalu penat?
Jawapan : Anjng kerana selalu keluarkan lidah.
Soalan 74: Kereta apakah yang orang tak panggil kereta?
Jawapan : Teksi
Soalan 75: Dalam banyak-banyak bunga-bunga apa yang berwarna hitam?
Jawapan : Bunga tayar
Soalan 76: Kenapa orang gali kubur tak pakai spender
Jawapan : Apa kes nak pakai spender, Pakai cangkul.
Soalan 77 : Gajah lalu titi patah, selepas itu kambing pula lalu… Apa yang patah pula?
Jawapan : Patah balik.
Soalan 78 : Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja?
Jawapan : Donut, Kuih keria
Soalan 79 : Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
Jawapan : Penguin
Soalan 80 : Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam dan kambing jadi ayam maka ayam jadi apa?
Jawapan : Ayam jadi banyak
Soalan 81 : Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang tak ada tayar?
Jawapan : Kereta kabel
Soalan 82 : Haiwan apakah yang ejaannya mempunyai dua huruf sahaja?
Jawapan : Udang iaitu U dan G
Soalan 83 : Tak ada kepala, ada leher, ada tangan, tak ada jari, ada badan, tak ada kaki?
Jawapan : Baju
Soalan 84 : Permainan apa yang paling berat sekali
Jawapan : catur (sebab kena bawa raja,permaisuri,kuda dan sebaginya
Soalan 85 : Benda apa, kepala bujur satu kaki?
Jawapan : Reket badminton
Soalan 86 : Bom apakah tidak boleh meletup?
Jawapan : Bomba
Soalan 87 : Dalam banyak-banyak batu, batu apa yang sejuk?
Jawapan : Stone Cold
Soalan 89 :Pokok apakah yang berbuah sekali sahaja?
Jawapan : Pokok pisang
Soalan 90 : Dia lembu, tapi bukan lembu…
Jawapan : Gambar lembu
Soalan 91 : Ubat ini biasanya berwarna hijau tetapi tidak boleh dimakan. Ubat apakah itu?
Jawapan : Ubat nyamuk
Soalan 92 : Negara apakah yang ejaannya huruf berganda?
Jawapan : Uganda
Soalan 93 : Tidak boleh dilihat tetapi boleh ditimbang?
Jawapan : Bertimbang rasa
Soalan 94 : Apakah anggota badan buaya yang terdapat di darat?
Jawapan : Lidah buaya
Soalan 95 : Ikan apakah yang boleh digunakan untuk mengikat?
Jawapan : Ikan tilapia
Soalan 96 : Bagaimana hendak memasukkan gajah di dalam peti ais?
Jawapan : Angkat gajah, buka peti ais dan masukkan.
Soalan 97 : Bagaimana hendak memasukkan zirafah di dalam peti ais?
Jawapan : Buka peti ais, keluarkan gajah dan masukkan zirafah.
Soalan 98 : Ada hutan terbakar, semua haiwan mati. Haiwan apakah yang tidak mati?
Jawapan : Zirafah kerana masih ada di dalam peti ais.
Soalan 99 : Pokok apakah yang ada jantung?
Jawapan : Pokok Pisang
Soalan 100 : Benda apa bila masuk segitiga bila kluar bergulung-gulung
Jawapan : Spender dicabut
Soalan 101 : Benda apa, cabut kepala nampak urat, badan gemuk, pinggang ramping, kaki besar?
Jawapan : Pelita
Soalan 102 : 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan : Koboi naik kuda bawa ayam
Soalan 103:. Bila kita letak kepala dia rendah, bila kita angkat kepala dia menjadi tinggi sedikit. Benda apakah itu?
Jawapan : Bantal
Soalan 104 : Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan
Jawapan : Lilin masa sambut harijadi
Soalan 105 :Kenapa Superman pakai baju ketat?
Jawapan : Sebab bajunya ada tertulis S yang bermaksud saiz S.
Soalan 106 :. Buah apakah kalau kita nak makan kena langkah dulu?
Jawapan : Buah dam
Soalan 107 : Kotak apakah yang paling berat?
Jawapan : Kotak penalti
Soalan 108 : Bila dia hidup, orang menyanyi. Bila dia mati, orang tepuk tangan. Benda apakah itu?
Jawapan : Lilin Hari Jadi
Soalan 109 : Bila kita nak ambil susah.. Bila kita sudah dapat kita buang sahaja. Apakah itu?
Jawapan : Tahi hidung
Soalan 110 : Benda apakah yang banyak gigi?
Jawapan : Sikat
Soalan 111 : Ada 3 orang budak yang bernama Ali, Hashim dan Amin. Terdapat pokok rambutan yang hanya ada sebiji sahaja. Berhampiran dengan pokok tersebut, ada masjid dan terdapat orang di dalamnya. Siapakah yang akan dapat buah rambutan tersebut sama ada Ali, Hashim atau Amin?
Jawapan : Ali kerana Amin telah pergi ke masjid apabila terdengar suara orang memanggilnya ketika habis berdoa iaitu dengan perkataan “Amin”… Hashim pula kerana ada orang bersin di masjid tersebut. Hashim ingat orang memanggil namanya. Jadi Hashim pun turut ke masjid. Oleh itu, tinggallah Ali keseorangan dan mengambil buah rambutan tersebut.
Soalan 112 :Kenapa bangau berdiri angkat sebelah kaki?
Jawapan : Kalau dia angkat dua-dua belah kaki macam mana dia hendak berdiri.
Soalan 114 : Wujud di hujung dunia, duduk di tengah orang, lebih pada nama kurang pada rupa, kecil di China besar di Arab, ada di “sana” tiada di “sini”, ada “besar” tiada “kecil”, dua di “atas” dua di “bawah”, dua di “kanan” tiada di “kiri”, satu pada “emak” dua pada “ayah”, ada dekat “ayam” tiada pada”itik”, tidak “dirindu” tapi lebih pada “sayang”… Apakah dia?
Jawapan : Huruf A
Soalan 115 : Udin dan Seman masuk ke hutan untuk memburu. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor harimau yang amat garang sekali. Harimau tersebut menerkam Udin dengan rakusnya. Seman yang berada berhampiran dengan Udin berasa amat takut. Setelah harimau tersebut membaham Udin, dia pergi meninggalkan Seman tanpa berbuat apa-apa padahal Seman tidak bersembunyi atau berlari menyelamatkan diri. Seman menjadi hairan. Mengapakah harimau tersebut tidak menerkamnya? Cuba teka mengapa?
Jawapan : Harimau tersebut hanya garang sekali sahaja seperti yang dinyatakan di dalam cerita.
Soalan 116 :Dalam banyak-banyak perkataan dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Perkataan apa yang betul ejaannya tapi salah maksudnya???
Jawapan : Perkataan “Salah”
Soalan 117 : Ada 3 orang dalam sebuah kapal laut; seorang nabi, seorang maharaja dan seorang hamba abdi. Kapal laut itu pun tenggelam. Antara ketiga-tiga orang tersebut, yang mana satu meninggal dunia?
Jawapan : Hamba abdi
Hamba abdi sahaja yang meninggal dunia. Ini kerana maharaja mangkat dan nabi wafat. Maharaja dan nabi tidak memerlukan istilah “meninggal dunia”.
Soalan 117 :Sebuah basikal ada tayar, lepas tayar pulak ada tempat duduk, lepas tempat duduk ada pulak besi, lepas besi, ada handle, lepas handle apa?
Jawapan : Jatuh! Aduh sakitnya bukan kepalaaaaaang!
Soalan 118 :Ada satu benda ni, kalau kita tak bagitahu orang yang kita ada dia, dia akan tetap ada. Tapi, kalau kita bagitahu je orang, terus dia jadi tak ada. Apakah benda ni?
Jawapan : Rahsia. Bila dah bagitahu orang, takdelah rahsia lagi.
Soalan 119 :Dalam banyak-banyak api la kan, ada sejenis api yang tak panas. Api apa tu?
Jawapan : Bil api (Biasa-biasa memang tak panas, tapi kalau tinggi boleh bikin panas..hehe)
Soalan 120: Ketika dicari memang susah nak dapat. Tapi bila dah dapat, ia dibuang macam tu saja. Apa bendanya tu?
Jawapan : Tahi hidung. Hah tanya lagi tahi hidung sape..
Soalan 121: Masa pergi dia terbang, masa balik dia berenang-renang. Siapa dia?
Jawapan : Mata kail. Abam kaki mancing takkan tak boleh jawab kot..
Soalan 122: Kenapa Superman selalu pakai baju ketat je?
Jawapan : Nak buat macam mana, dah baju dia saiz S.
Seronok kan sesekali main Teka teki senang ni? Jangan lupa kongsikan Teka teki senang dengan kawan-kawan dan family ok!
SEMASA
Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan
ALOR PONGSU – Isu remaja pecah tabung masjid kembali menjadi perhatian apabila satu rakaman CCTV tular di media sosial, memaparkan tindakan beberapa individu dipercayai cuba mengambil wang daripada tabung masjid.
Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah masjid sekitar Alor Pongsu itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, terutamanya apabila ia melibatkan tempat ibadah umat Islam.
Dalam rakaman tersebut, kelihatan seorang remaja menghampiri tabung sebelum bertindak dalam keadaan mencurigakan. Video itu kemudian tersebar luas dan menjadi antara video viral masjid Malaysia yang hangat diperkatakan.
Netizen Luah Kecewa Isu Tabung Masjid Dicuri
Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa terhadap kejadian yang disifatkan sebagai tidak menghormati kesucian masjid.
Ada yang menyifatkan tindakan ini sebagai satu bentuk kes remaja curi duit masjid yang semakin membimbangkan, malah ada juga yang mengaitkannya dengan kemerosotan nilai dalam kalangan generasi muda.
“Masjid sepatutnya jadi tempat paling selamat, bukan sasaran jenayah,” tulis seorang pengguna.
Isu Sosial Remaja Malaysia Kembali Dipersoal
Kejadian ini sekali lagi membuka perbincangan tentang isu sosial remaja Malaysia, termasuk peranan keluarga, pendidikan dan masyarakat dalam membentuk sahsiah generasi muda.
Walaupun ada yang menuntut tindakan tegas, terdapat juga pandangan yang mencadangkan pendekatan mendidik dan membimbing agar remaja tidak terus tersasar.
Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kes remaja pecah tabung masjid tersebut.
Video penuh remaja pecah tabung masjid :
SEMASA
“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam, petang tadi.
Kejadian menyayat hati itu dipercayai berlaku sekitar jam 3.30 petang ketika hujan lebat melanda kawasan tersebut.
Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.47 malam.
Susulan itu, seramai enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira jam 8.13 malam dan segera memulakan operasi mencari dan menyelamat.
“Laporan daripada orang awam mengatakan mangsa jatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras ketika hujan lebat.
“Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.
Perkongsian kejadian ini mengundang rasa risau dan simpati dalam kalangan netizen yang turut mendoakan agar mangsa segera ditemui.
Baca lagi : Kanak-Kanak 4 Tahun Maut, Kereta Dipandu Datuk Terbalik Di Manjoi – Majalah Ilmu
Ramai juga mengingatkan tentang bahaya arus deras ketika hujan lebat, terutama di kawasan longkang dan parit yang boleh menjadi sangat berbahaya dalam sekelip mata.
Operasi mencari dan menyelamat Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas masih diteruskan oleh pihak bomba.
Semoga mangsa Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas ditemui segera dan segala urusan dipermudahkan.
SEMASA
“Penonton Selalu Terhibur Dengan Kerenah Atok,Pemergian Ayah Famy Ismail Buat Ramai Sebak”

Pempengaruh TikTok, famy.ismail, sebelum ini sering mencuri perhatian ramai menerusi perkongsiannya menjaga ayah tercinta yang sedang sakit strok.
Melalui video-video yang dimuat naik, ramai penonton mengikuti perjalanan hidup mereka sekeluarga, termasuk rutin harian, rawatan, suasana di hospital dan gelagat ayahnya yang sering memarahi atau berleter kepada Famy.
Walaupun sering dimarahi, Famy tetap sabar melayan kerenah ayahnya. Malah, hubungan mereka membuatkan ramai tersenyum kerana di sebalik kemarahan itu, jelas kelihatan kasih sayang seorang ayah terhadap anak.
Gelagat ayahnya yang kadangkala tegas, lucu dan bersahaja membuatkan ramai penonton terhibur. Ada yang menganggap atok itu seperti ayah atau datuk mereka sendiri kerana sikapnya yang begitu dekat dengan kehidupan ramai orang.
Moto yang sering dikongsikan Famy iaitu “Cipta lah kenangan selagi ianya masih ada” kini menjadi lebih menyentuh hati selepas berita pemergian ayahnya mula tersebar.
Ramai pengikut mengakui mereka terkejut apabila melihat perkongsian ucapan Al-Fatihah dan berita mengenai pemergian ayah Famy.
Ada yang mengatakan mereka baru sahaja melihat video-video ayahnya beberapa hari lalu, malah ada juga yang mengakui masih teringat wajah dan suara ayahnya yang sering muncul dalam kandungan TikTok Famy.
Ruangan komen turut dibanjiri ucapan takziah dan doa daripada orang ramai.
“Terkejut buka Facebook tadi, Al-Fatihah atok.”
“Atok online kami. Semoga tenang di sana, salam takziah kepada keluarga.”
“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan Al-Fatihah… xde dah orang nak hiburkan kami.”
Perkongsian itu membuatkan ramai sedar bahawa setiap momen bersama ibu bapa adalah sangat berharga.
Apa yang dilakukan Famy sepanjang menjaga ayahnya bukan sekadar menghasilkan kandungan di media sosial, tetapi menjadi bukti kasih sayang seorang anak yang sanggup menjaga orang tuanya hingga ke akhir hayat.
Kini, segala gelak tawa, bebelan dan kemarahan kecil ayahnya hanya tinggal kenangan.
Namun kenangan itulah yang akan terus hidup dalam hati keluarga dan para pengikut yang pernah mengikuti perjalanan mereka selama ini.
Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Video :
@famy.ismail Ayah udah laaa! Ayah udah laaaa! Simple ! 😩 #CiptaKenangan #foryourpage #AtokOnline #fypシ゚ #fyp ♬ suara asli – Virgiant 🪬
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah













