INFO
7 Tip Simpan Duit Lebih Banyak Berbanding Orang Gaji Beribu Sebulan

7 Tip Simpan Duit Lebih Banyak Berbanding Orang Gaji Beribu Sebulan
Tapi ini bukan alasan untuk korang berputus asa dan mengalah. Ada banyak cara dan strategi yang boleh kita gunakan untuk menyimpan duit, walaupun gaji bulanan kita tak besar.
Ramai yang bergaji kecil rasa mereka tak mampu nak menyimpan duit untuk dana kecema san, persaraan, dan sebagainya.
Tok percaya, korang boleh menyimpan kalau sanggup cari dan belajar cara menyimpan yang betul. Untuk ini, Tok nak kongsikan tip Jason Cabler yang boleh bantu korang menyimpan lebih banyak duit dalam bank.
1. Rancang setiap perbelanjaan secara teliti.
Elakkan berbelanja ikut suka hati atau semata-mata menurut hawa naf su. Dalam banyak kes, ini antara perkara yang akibatkan kewangan kita bocor.
Cara terbaik nak elakkan masalah ini terjadi adalah merancang perbelanjaan kita dengan baik.
Setiap kali nak ke kedai atau pasaraya untuk membeli barang dapur, buat satu senarai barang yang kita nak beli. Dan ikut senarai itu dengan penuh berdisiplin.
Beli barang yang kita tulis kat senarai itu saja, dan tak perlu gatal tangan membeli barang lain. Setiap kali dapat gaji, buat perkara ini dulu sebelum bertindak keluar membeli barang keperluan ini.
Pendek cerita, strategi ini boleh elakkan korang terlebih berbelanja kat perkara yang tak patut. Dan pada masa yang sama, ia akan selamatkan kewangan korang daripada bocor tak tentu pasal.
Dan strategi ini tak terhad kat perbelanjaan barang dapur semata-mata. Perbelanjaan lain seperti kos minyak kenderaan, tol, atau makanan pun, korang boleh aplikasikan strategi ini. Ia cukup fleksibel untuk kita gunakan kat rata-rata jenis perbelanjaan yang ada.
Kalau korang perasan, kewangan kita senang bocor bila tak buat pelan perbelanjaan atau bajet dengan baik. Bila dah buat bajet nanti, korang akan perasan perubahan ketara dan lebih berupaya menyimpan lebih banyak setiap bulan.
2. Nilai balik dan ubah kos perbelanjaan isi rumah anda.
Kos tanggungan isi rumah menjadi sebab utama ramai tak mampu nak menyimpan (walaupun sikit). Ini termasuk isu kadar sewa rumah, bil eletrik dan air, makanan, atau lain-lain perkara yang berkaitan.
Secara umum, adalah elok untuk mengawal perbelanjaan isi rumah supaya tak guna lebih 25% daripada gaji kita.
Mungkin kat luar kawasan Kuala Lumpur, tanggungan seperti ini tak jadi masalah sebab kos sara hidup yang berbeza. Tapi untuk yang tinggal kat kawasan bandar, ia boleh buatkan kewangan kita jatuh sakit kalau tak diurus dengan baik.
Orang yang gaji beriban pun mengeluh, ini pula orang yang bergaji rendah. Kalau tak mampu nak menyewa rumah yang korang duduk sekarang, cari rumah dengan kadar sewa yang lebih rendah.
Bagi yang dah membeli dan memiliki rumah, mungkin korang boleh biaya semula (refinance) rumah itu dan dapatkan duit tunai (cashback), supaya ia dapat disalurkan kat akaun simpanan atau pelaburan.
Untuk yang masih bujang dah belum berkahwin, korang boleh sewakan bilik sebagai back-up untuk tanggung kadar sewa atau ansuran bulanan rumah.
Duit lebihan ini, tak usah pula belanja untuk perkara yang tak patut. Fokus utama kita adalah nak menyimpan sebanyak mungkin. Buat satu akaun simpanan tetap dan simpan duit ini secara berdisiplin setiap bulan.
3. Mengelak daripada jadi ham ba abdi kad kredit.
Kalau salah guna kad kredit, kita ada potensi jadi miskin. Tahun lepas, seramai 23,484 orang muflis sebab gagal membayar pinjaman, dan antara yang jadi mang sa adalah golongan belia.
Statistik ada buktikan yang ramai kecundang dek tak tahu uruskan penggunaan kad kredit dengan baik. Mentaliti “sapu dan dapat” (swipe and get) elok kita elakkan sehabis boleh supaya kita dapat elakkan masalah ini berlaku.
Tambahan pula, ada kajian luar negara yang buktikan orang yang ada akses kad kredit berpotensi bebelanja lebih banyak (sebanyak 12%), berbanding orang yang tak ada.
Kalau tahu diri sendiri tak boleh kawal naf su dengan baik, elakkan memohon kad kredit untuk keselamatan korang sendiri. Tok harap, korang tak tergolong dalam angka kat atas tadi dan elakkan ia daripada terjadi sehabis boleh.
Masalah ini boleh kita hindarkan dengan berbelanja secara tunai, selari dengan perancangan bajet bulanan yang bagus.
4. Usah segan silu beli barangan terpakai (yang masih elok).
Kalau tak banyak duit, tak semestinya tak boleh bergaya. Kedai bundle sentiasajadi pilihan utama. Cuma, kena pandai memunggah dan cari saja. Banyak barang yang masih berkondisi elok dan barangan terpakai ini harganya murah.
Tok ingat lagi masa zaman universiti dulu. Kos keseluruhan yang Tok keluarkan untuk beli beberapa helai baju, seluar, dan sepasang kasut tak pernah lebih daripada RM70. Kalau beli baru, Tok tak rasa boleh dapat barang sebanyak itu.
Dan bukan Tok seorang saja macam ini. Kalau korang baca buku Tuan Faizul Ridzuan, dia sendiri ada bercerita pasal ini. Dan Tok percaya, ramai lagi orang hebat kat negara ini berkongsi cara berbelanja yang sama.
Kalau korang serius nak berjimat, tak salah beli kereta, barangan eletronik, perabot dan sebagainya yang terpakai. Ada banyak kedai yang jual barangan terpakai kat sekitar Lembah Klang, dan mereka tawarkan harga yang berpatutan.
Buat apa beli yang baru, kalau yang terpakai masih elok dan ia 30 hingga 50% lebih murah? Dah tentu banyak duit kita boleh jimat.
5. Sekali-sekala saja layan naf su makan kat restoran.
Tak salah kalau nak makan kat restoran. Sebulan dua tiga kali, Tok tak kisah lagi. Tapi kalau selalu atau hari-hari, takut korang sendiri yang pening kepala nanti.
Tok rasa, korang pun tahu yang harga makanan kat restoran berkali ganda lagi mahal, berbanding kos memasak kat rumah. Sepinggan nasi ayam dah RM5. Itu tak campur lagi dengan air honeydew, atau paling kurang pun teh o’ ais.
Kos seorang melantak dah RM7 ke RM10. Kalau tiap-tiap hari layan naf su makan macam ni, korang kira sendiri berapa banyak duit yang korang bagi kat tauke restoran tu. Senyum dia ada pelanggan macam ni.
Itu baru restoran biasa. Kalau restoran high class, 5 bintang, buffet hotel, dan yang seangkatan dengan tempat macam ni, bertambah banyak lagi duit korang hangus dek semata-mata nak melayan naf su serakah makan.
Kalau korang teringin nak makan sedap-sedap, boleh je buat potluck dengan kawan-kawan. Ajak datang rumah (atau pergi ke rumah diaorang). Buat pelan dengan mereka jenis makanan yang masing-masing patut sediakan. Lagi syok, dan confirm lebih jimat.
6. Berikan sepenuh perhatian kat perbelanjaan kecil.
Ada tak korang kaji tabiat membeli setiap kali ke kedai runcit? Atau tabiat membeli kopi setiap pagi?
Secara tak sedar, ini adalah tabiat yang makan banyak duit kita. Padahal, kita boleh buat dan bawa kopi segar dari rumah ke tempat kerja. Dah tentu ini dapat jimatkan banyak duit kita.
Sama juga dengan air mineral. Tak berdosa pun kalau bawa botol air kat rumah ke pejabat. Kalau habis, boleh isi balik dan gunakan botol itu berulang kali.
Makan tengahari? Boleh sediakan siap-siap kat rumah dan bawa sebagai bekal. Apa? Malu kalau kawan-kawan kat pejabat mengata? Bukan guna duit depa pun. Kalau kita tak ada duit nanti, boleh ke depa tolong kita? Belum tentu lagi kan?
Kos seperti ini yang banyak gunakan duit kita setiap hari. Cuba buat kira-kira, dan korang akan perasan. Duit untuk yang selalu kita buat belanja untuk perkara ini, boleh kita simpan. Korang akan terkejut berapa banyak yang korang boleh jimatkan.
7. Jadi pembu ru kupon diskaun yang sejati.
Sekarang ni, Tok perhatikan banyak laman w3b yang tawarkan kupon secara digital yang kita boleh gunakan. Daripada nak beli baju, hingga ke barang basah dapur. Semua ada tawaran diskaun yang menarik.
Yang paling best, ia dah tentu berikan nilai tak terhingga kat duit kita. Bertambah-tambah selamat duit dalam poket kita membeli barangan keperluan asas.
Antara yang terbaik dari pengamatan Tok seperti:
- Groupon Malaysia,
- ShopBack,
- VoucherCodes,
- Yaloa Deals,
- iPrice, dan banyak lagi.
Tok rasa tak patut kita abaikan laman web seperti ini, sebab ia berikan penjimatan yang cukup baik. Dah tentu duit baki lepas selesai membeli-belah nanti, kita boleh biarkan ia bersemadi dengan selamat dan aman dalam bank.
Mungkin korang boleh gunakan tawaran ini sekali dengan kupon fizikal yang boleh kita dapatkan kat akhbar atau majalah. Bertambah berbaloi-baloi!
Ada banyak lagi cara dan strategi jimatkan duit, dan ia tak terhad. Kalau kita perah otak dan jadi kreatif, Tok percaya macam-macam lagi idea yang boleh kita fikirkan dan buat.
Dan kalau ada yang boleh jimatkan banyak duit kita, tak salah gunakan ia berulang kali. Mula ubah gaya fikir (mindset) kita. Tak bermakna gaji yang sikit itu, kita tak boleh menyimpan langsung. Tok doakan semoga korang berjaya ya!
Guna dan kaji sama ada tip kat atas ini untuk jangka masa panjang. Baru kita boleh dapatkan angka penjimatan untuk setiap satu strategi yang kita gunakan.
Sumber: hartanah
INFO
Unik & Penuh Warisan! Pengantin Suku Jakun Peragakan Baju Perkahwinan Kulit Kayu Terap

Unik & Penuh Warisan! Pengantin Suku Jakun Peragakan Baju Perkahwinan Kulit Kayu Terap
Siapa kata Orang Asli tak kreatif? Busana perkahwinan yang dihasilkan daripada kulit kayu pokok terap ini membuktikan kehebatan seni dan warisan masyarakat tempatan yang amat luar biasa!
Memerlukan masa kira-kira enam bulan untuk disiapkan, pakaian ini mempamerkan ketelitian, kesabaran, dan kemahiran kraf tangan tradisi yang tinggi. Daripada proses mengambil kulit kayu, mengetuk, mengeringkan, sehinggalah membentuknya menjadi helaian kain yang berseni, semuanya memerlukan seni pertukangan yang sangat halus.
Lebih membanggakan, busana yang sarat dengan identiti warisan ini digayakan sendiri oleh pasangan pengantin daripada suku kaum Jakun dari Pahang. Keindahan pakaian ini bukan sahaja menyerlahkan keunikan pada hari bahagia mereka, malah menjadi simbol kebanggaan terhadap asal usul dan budaya nenek moyang.
Satu karya seni hidup yang wajar dipelihara agar tidak luput ditelan zaman. Cantik, unik, dan penuh nilai estetika!
Kredit Foto / Sumber: Threads @themoonn09
INFO
Tanpa Baju Sanding & Makan Beradab, Konsep ‘Intimate Wedding’ 70 Tetamu di Masjid Sendayan Ini Dipuji Ramai

Tanpa Baju Sanding & Makan Beradab, Konsep ‘Intimate Wedding’ 70 Tetamu di Masjid Sendayan Ini Dipuji Ramai
Konsep perkahwinan intim (intimate wedding) semakin mendapat tempat dalam kalangan pasangan muda hari ini. Pendekatan yang praktikal, tenang, dan jimat ini membuktikan bahawa majlis yang bermakna tidak semestinya perlu mahal atau penuh dengan adat yang merumitkan.
Berikut adalah hantaran bersesuaian dengan garis panduan standard komuniti Facebook (menggunakan teks mesra media sosial, emoji yang seimbang, serta hashtag relevan):
KONSEP ‘INTIMATE WEDDING’ DI MASJID SENDAYAN
Bila sebut pasal kahwin, ramai bayangkan majlis besar-besaran, baju sanding beberapa persalinan, dan majlis makan beradab yang meriah. Tapi berbeza dengan konsep intimate wedding ini—ringkas, tenang, dan sangat menjimatkan kos tanpa mengurangkan keberkatan majlis!
Ringkasan Majlis:
Lokasi: Masjid Sendayan, Negeri Sembilan
Hari: Hari Bekerja (Weekday)
Jumlah Tetamu: 70 orang sahaja (keluarga & rakan terdekat)
Pakaian: Tiada baju sanding (cukup sepasang baju nikah yang ringkas & sopan)
Jamuan: Tiada meja makan beradab (jamuan santai bersama tetamu)
KENAPA KONSEP INI SANGAT BERBALOI?
Keindahan Senibina Masjid Sendayan
Seni bina Masjid Sendayan yang tersergam indah berunsurkan seni bina Islamik moden sudah cukup dijadikan latar belakang fotografi yang sangat memukau. Tak perlu risau nak sewa pelamin atau bina dekorasi yang mahal!
Majlis Hari Bekerja (Weekday) yang Tenang
Mengadakan majlis pada hari bekerja mengurangkan kesesakan tempat letak kereta dan mengelakkan suasana bersesak-sesak. Perjalanan majlis jadi jauh lebih lancar dan tenang.
Fokus Kepada Tetamu Terdekat (70 Orang)
Dengan jumlah tetamu yang terhad, pengantin dapat melayan setiap tetamu dengan mesra dan berkualiti. Tiada lagi situasi pengantin tak sempat bertegur sapa dengan tetamu yang hadir.
Penjimatan Bajet yang Ketara
Tanpa sewaan baju sanding, persediaan meja makan beradab, dan hiasan pelamin yang sarat, ribuan ringgit dapat dijimatkan. Duit penjimatan ini boleh digunakan untuk persediaan kehidupan selepas nikah atau deposit rumah!
Perkahwinan itu simple, yang merumitkan kadangkala adalah ekspektasi sekeliling. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi buat pasangan yang sedang merancang majlis nikah secara bajet dan bermakna!
Kredit: ainulamer
INFO
Rebah Selepas Sangka Sakit Gigi Biasa, Ibu 4 Anak Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Organ

Rebah Selepas Sangka Sakit Gigi Biasa, Ibu 4 Anak Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Organ
Satu perkongsian yang amat menyayat hati baru-baru ini telah membuka mata ramai pihak mengenai bahaya jangkitan gigi yang kerap diabaikan, terutamanya bagi wanita hamil.
Arwah Siti Nor Fitriah, 32, telah menghembuskan nafas terakhir akibat severe sepsis with multi-organ failure (jangkitan kuman teruk yang membawa kepada kegagalan pelbagai organ). Pemergian arwah yang berlaku secara mendadak meninggalkan duka yang mendalam buat suami dan keluarga.
Sakit Gigi Disangka Simptom Biasa Kehamilan
Setiap kali mengandung pada tahun 2018, 2021, 2023, dan 2025, arwah kerap mengalami sakit gigi. Seperti kebanyakan kita, arwah dan suami menyangka ia sekadar masalah biasa wanita hamil dan hanya mengambil ubat penahan sakit (Panadol). Kesakitan itu memang hilang selepas bersalin, namun rupanya kuman tersebut “bertapa” dan membiak secara senyap.
Keadaan kesihatan arwah merosot dengan pantas apabila paru-paru gagal berfungsi, buah pinggang terjejas, dan jantung terhenti sebanyak dua kali sebelum disahkan meninggal dunia. Doktor pakar mengesahkan bahawa jangkitan kuman yang melumpuhkan organ-organ utama tersebut berpunca daripada masalah gigi yang dipendam bertahun-tahun.
Mengapa Sakit Gigi Sangat Bahaya Untuk Ibu Hamil?
Perubahan Hormon Kehamilan: Peningkatan hormon progesterone dan estrogen menjadikan gusi lebih sensitif, mudah membengkak, berdarah (pregnancy gingivitis), dan terdedah kepada jangkitan.
Gigi “Sembuh” Sendiri Beralih Jadi Bahaya: Apabila sakit gigi tiba-tiba hilang tanpa sebarang rawatan doktor, ini bukan bermakna ia dah sembuh. Ia menandakan saraf gigi telah mati (necrotic pulp). Apabila saraf mati, rasa sakit hilang, tetapi bakteria di dalam akar gigi terus membiak dan membentuk nanah secara senyap.
Ancaman Sepsis (Jangkitan Dalam Darah): Kuman dari akar gigi yang dijangkiti boleh meresap masuk ke dalam aliran darah (bacteremia). Apabila ketahanan badan merosot, ia boleh mencetuskan tindak balas keradangan melampau ke seluruh tubuh (sepsis), merosakkan organ penting seperti paru-paru, jantung, serta buah pinggang.
APA YANG PATUT KITA BUAT?
Guna Pemeriksaan Gigi Percuma: Setiap ibu hamil yang membuka buku pink di Klinik Kesihatan (KK) diberi rujukan terus ke Klinik Pergigian secara percuma. Manfaatkan peluang ini!
Jumpa Doktor Gigi Sebelum/Awal Hamil: Jika anda merancang untuk hamil atau sedang hamil, buat pemeriksaan gusi dan gigi secara menyeluruh.
Jangan Selalu “Bergantung” Pada Penahan Sakit: Ubat seperti Panadol hanya melegakan kesakitan luaran, bukan membunuh kuman di dalam akar gigi.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Siti Nor Fitriah. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan iktibar buat kita semua agar lebih peka dengan kesihatan mulut. Al-Fatihah
Keluarga7 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral7 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA7 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA7 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA7 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah


