Connect with us

INFO

Suami Amalan setiap pagi, Tiada Lagi Sesak Dada, Nafas Jadi Lapang,

Published

on

Suami Amalan setiap pagi Tiada Lagi Sesak Dada Nafas Jadi Lapang

Suami Amalan setiap pagi, Tiada Lagi Sesak Dada, Nafas Jadi Lapang,

Rasanya dah hampir setahun, sejak mr hubby dapat tips & resepi ubat ni dari whatsap group, yang di katakan bagus untuk mengelak s4kit jantung & kolestrol, memang saya buatkn sendiri untuk dia, tak pernah putus.

Minuman ni saya masak jadi jus pekat, dan saya masukkan ke dalam few botol, simpan dalam fridge.

Rasa dia masam masam manis.

Dan setiap pagi, sebelum mr hubby pi masjid for subuh, dia akan keluarkn sebotol, letak atas meja, dan later setiap pagi, dia akan minum satu sudu besar, masa perut kosong, setiap hari, tanpa ponteng.

Dan mr hubby juga akan pastikan, saya juga ambil sepertinya juga, satu sudu besar, setiap pagi.

Kata mr hubby, sejak minum ni, dia rasa dada lebih lapang, tak sesak dada, dan badan jadi ringan, serta pembuangan najisnya lawas, dan perut rasa sedap.

Bahan-bahan

Secawan cuka epal

  • 3 cawan madu
  • Bawang putih 10 ketul besar
  • Halia 6 ketul besar / halia merah
  • Lemon 6 biji

Caara-caara

  • Kopek & buang kulit bawang putih, halia dan lemon.
  • Basuh & bilas, kemudian potong.
  • Blend semua bahan dengan 4 cawan air.

23

( Saya blend 2x, maknanya setiap kali blend saya masukkn separuh ramuan + 2 cawan air).

  • Masukkn semua bahan kisar dalam periuk.
  • Masukkn juga secawan CUKA EPAL (epal cider).
  • Masak semua sekali sampai betul betul mendidih.

( Masa sedang kacau bacalah ayat ayat Quran yangg bersesuaian untuk mencari barokah Allah).

3 2 23

  • Angkat. Masukkn 3 cawan madu. Kacau rata.
  • Biar sejuk. Masukkn dalam botol. (Saya dapat 3 botol).
  • Simpan dalam fridge.
  • Minum 1 sudu besar setiap

3 2 24

Inilah jus kesihatan, campuran 5 ramuan ; halia, bawang putih, lemon, cuka epal & madu, yg sebelum2 ni mr hubby letak atas meja unt minum setiap pagi.

Sumber : Mona Din

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Majalah Ilmu

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO

​”Tercapai Dah Hajat Abah Mu” — Bikin Sebak, Lelaki Wafat Selepas Subuh Di Masjid Tepat Hajat Hari Jumaat

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260913 230827 0000

​”Tercapai Dah Hajat Abah Mu” — Bikin Sebak, Lelaki Wafat Selepas Subuh Di Masjid Tepat Hajat Hari Jumaat

​Orang kata, bagaimana kehidupan kita sehari-hari, begitulah kemungkinan besar pengakhiran kita nanti. Pengakhiran arwah Haji Mazri Bin Hussin bukan sahaja menyentuh hati, malah menjadi iktibar dan jentikan jiwa buat kita yang masih bernyawa.

Perbualan Di Tepi Liang Lahad

​Semasa proses penggalian liang lahad dijalankan, seorang jemaah masjid tiba-tiba datang menghampiri dan memegang bahu anak lelaki arwah.

“Tercapai dah hajat abah mu,” bisik jemaah tersebut.

​Anaknya yang terkejut lantas bertanya, “Hajat apa?”

​Rupa-rupanya, sekitar 2 hingga 3 hari sebelum pemergiannya, arwah sempat berbual mesra dengan jemaah berkenaan. Arwah ada meluahkan satu dorongan rasa di hatinya:

“Rasanya semua dah dapat kat dunia ni. Satu je lagi tak dapat… Meninggal hari Jumaat.”

​Siapa sangka, kata-kata itu menjadi kenyataan. Allah SWT memakbulkan hajat terakhirnya tepat pada hari Jumaat, jam 7.20 pagi — sejurus selepas beliau selesai menunaikan solat Subuh berjemaah dan mengikuti kuliah Subuh di masjid.

Istiqomah Memakmurkan Rumah Allah

​Keindahan pengakhiran ini bukanlah satu kebetulan. Menurut perkongsian anaknya, arwah merupakan seorang yang sangat menjaga solat.

​Seluruh ahli keluarga menjadi saksi bahawa sepanjang hayatnya, arwah tidak pernah menunaikan solat fardhu di rumah. Beliau sentiasa berulang-alik ke masjid untuk solat berjemaah, walaupun ketika dalam permusafiran. Di rumah, beliau hanya menunaikan solat-solat sunat sahaja. Malah, amalan solat sunat Isyraq selepas Subuh sentiasa dipelihara dengan istiqomah.

Rindu Yang Tiada Penghujung

“Sebulan dah abah. Tak pernah selama ini kami tak tengok kelibat abah… Ya Allah, jagakanlah abahku di sana sebagaimana Engkau menjaga kami di dunia.”

​Sungguh, pemergian seorang ayah yang soleh meninggalkan kerinduan yang mendalam, namun meninggalkan kenangan paling manis buat bekalan ahli keluarga di dunia.

​Mari kita sama-sama hadiahkan Al-Fatihah buat Almarhum Haji Mazri Bin Hussin. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya, melapangkan kuburnya, dan menempatkan rohnya di dalam Syurga Firdaus bersama orang-orang yang beriman. Amin Ya Rabbal Alamin

Kredit asal: fatinmzri

Continue Reading

INFO

Pemergian kapten zainol afiq, Ratusan hadir iringi ke liang lahad

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260913 221418 0000

PENUMPANGAN TERAKHIR KAPTEN ZAINOL AFIQ BEE SHAM: SELAMAT BEREHAT DI NEGERI ABADI

​Suasana pilu dan hiba menyelubungi pekarangan Masjid Bandar Baru Senawang petang tadi apabila jenazah Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, selamat disolatkan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang (Forest Heights).

​Kehadiran sanak saudara, sahabat handai, serta ahli masyarakat setempat yang mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham dari masjid hingga ke liang lahad mencerminkan keperibadian Allahyarham yang amat disenangi ramai sepanjang hayatnya.

​Pemergian pada usia yang masih muda ini pastinya meninggalkan kenangan yang amat mendalam buat seluruh ahli keluarga dan rakan perjuangan. Semoga urusan pengebumian yang berjalan lancar ini menjadi tanda kasih sayang insan-insan di sekeliling Allahyarham.

​Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham. Semoga seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan, kesabaran, dan kekuatan jiwa dalam menghadapi ujian yang berat ini.

​Sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarham diampunkan segala dosanya, dicemburui kebaikannya, serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

​Al-Fatihah. 🤲🏻

Kredit & Sumber Informasi: Bernama Radio, Harian Metro, chefhafizzam_offshore, afeq_dds

Continue Reading

INFO

Ketibaan Jenazah Allahyarhamah Dr. Ainul Baraah di Masjid Al-Karomah, Pengkalan Chepa

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260913 155146 0000

Ketibaan Jenazah Allahyarhamah Dr. Ainul Baraah di Masjid Al-Karomah, Pengkalan Chepa

(more…)

Continue Reading

Trending