Connect with us

Pendidikan

Zulfati Izazi kini pensyarah hebat di Korea,Genggam PhD pada usia muda

Avatar of nuraimialyaa

Published

on

pl

Inspirasi untuk anak muda, seorang wanita gapai impian bergelar pensyarah di Korea Selatan.Kagum dengan pencapaian beliau walaupun masih dalam usia muda sudah ada kerjaya kukuh dan berjaya genggam doktor falsafah (PhD).

Dr Izazi berkongsi pengalaman dan berharap dapat menjadi suntikan semangat buat kaum wanita lain untuk menggapai impian.

Genggam PhD pada usia muda

photo 2022 07 15 06 29 07

Dr Zulfati Izazi Zulkifli, 29, atau mesra disaSeusai majlis graduasi Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini, Dr Izazi yang juga anak perempuan pelakon senior, Zulkifli Ismail itu menzahirkan rasa syukur kerana pengorbanannya selama ini berbaloi.

Tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SMK Seri Bintang Selatan, Dr Izazi kemudian melanjutkan pengajian STPM di Victoria Institution hingga tahun 2011 sebelum menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam program Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Linguistik).

Selepas tamat ijazah sarjana muda, Dr Izazi lanjutkan pengajian ke peringkat sarjana pula di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang Pengajian Bahasa dari tahun 2015 hingga 2017.

Beberapa bulan bekerja sebagai Pembantu Penyelidik di Universiti Malaya pada tahun 2017, Dr Izazi mendaftar pula sebagai pelajar Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang linguistik di USM dan telah tamat pengajian pada awal tahun 2021.

Zulfati Izazi pensyarah hebat di Korea

photo 2022 07 15 06 29 10

Sekarang Dr Izazi sedang berkhidmat sebagai pensyarah di Hankuk University of Foreign Studies (HUFS) di Korea Selatan.

Dr Izazi mengajar kursus-kursus berkaitan bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar ijazah sarjana muda di sana.
Oleh kerana sentiasa ada rasa ingin tahu tentang bahasa, Dr Izazi membuat keputusan untuk mendalami ilmu tentang bahasa melalui bidang linguistik.

Ujarnya, dirinya mempunyai banyak minat, jadi pada awalnya agak sukar untuk memilih bidang pengajian yang bakal diambil.

Namun kemudian Dr Izazi sedar bahawa minatnya terhadap bahasa sebenarnya telah mula mendalam sejak dari kecil lagi.

Bicaranya lanjut, pengajiannya melalui satu perjalanan yang panjang tapi cukup bermakna. Jika dikira bermula daripada sarjana muda sehingga PhD, kesemuanya mengambil masa kira-kira 9 tahun.

Berstatus anak selebriti, Izazi yang merupakan anak sulung kepada pasangan Zulkifli Ismail dan Umi Salbiah Abdul Rahman itu mengakui kedua-dua ibu bapa memberi peluang kepadanya untuk memilih bidang kerjaya dan pendidikan yang diinginkan.

photo 2022 07 14 20 29 16

“Saya percaya, seperti mana-mana ibu bapa lain, ibu bapa saya juga gembira dan bersyukur dengan kejayaan saya. Pelukan dan ucapan tahniah daripada mereka sangat bernilai untuk saya.

“Ibu bapa saya tidak terlalu tegas tentang keputusan peperiksaan. Bahkan mereka tak pernah marah kalau saya dapat C atau D sekalipun dalam peperiksaan, tetapi mereka sangat menyokong setiap proses pembelajaran.

“Sejak zaman sekolah lagi mereka sentiasa sokong minat saya, aktiviti kebudayaan, kesenian, projek sains, aktiviti luar, apa sahaja yang membantu perkembangan minda dan pembentukan sahsiah saya, mereka akan sokong.

“Pendekatan mereka ini juga menyebabkan saya sendiri rasa lebih terdorong untuk terus belajar dan menerokai minat saya,” ujarnya yang telah mendirikan rumah tangga bersama Dr Md Yushalify Misro kira-kira tiga bulan lalu.

photo 2022 07 15 06 29 02

Bertuah Dr Izazi kerana dikurniakan ibu bapa yang sentiasa menyokong minat anak-anak. Berkongsi sisi peribadi pula, pendidik ini tanpa berselindung mendedahkan status dirinya sebagai isteri kepada Dr Md Yushalify Misro kira-kira tiga bulan lalu.

Semoga kejayaan Dr Izazi mendidik anak bangsa menjadi sumber inspirasi buat semua terutamanya kaum wanita!

Sumber:Sinar Plus

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU