Connect with us

Petua

Wanita Kongsi Cara Simpan Duit Setahun Cecah RM4400, Caranya Sehari Simpan RM2

Avatar of nuraimialyaa

Published

on

Picture3

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita apabila harga barang makin naik dari semasa kesemasa termasuklah barang-barang keperluan keluarga. Oleh itu, adalah sesuatu yang sangat penting bagi kita untuk tidak membazir dan menyimpan wang tabungan bagi kecemasan atau keperluan mustahak.

Wanita Kongsi Cara Simpan Duit Setahun Cecah RM4400

photo 2022 07 19 11 36 47

Baru-baru ini tular mengenai perkongsian seorang wanita yang berjaya mengumpul atau menabung lebih RM4,000 atau lebih tepatnya RM4,436 pada tahun 2021. Cara yang digunakannya juga kelihatan tidak sukar dan boleh diikuti oleh kebanyakkan orang.

Berikut adalah perkongsiannya cara menabung RM4,436 setahun.

photo 2022 07 19 11 36 42

Alhamdulillah berjaya konsisten 2021.

TOTAL RM 4,436.00

Caranya:

RM2 – setiap hari
RM5 – setiap kali dapat
RM10 – 2 helai seminggu
RM20 – 1 helai seminggu
RM50 – Feb, Apr, Jun, Aug, Oct, Dec.
RM 100 – Jan, Mar, May, Jul, Sept, Nov.
Jumlah setiap bulan tak sama sebab duit RM5, bergantung pada banyak mana duit RM5 yang dapat.

photo 2022 07 19 11 36 51

Saya mula lambat sikit, mid Februari hingga 31 Disember. Nampak orang share kt FB waktu itu.

Dapat pegang cash macam ni, rasa sayang nak masuk dalam bank.Bagi sesiapa yang pening kepala fikir cara nak menabung duit, mungkin anda boleh guna cara yang dikongsikan oleh wanita ini . Selamat mencuba semoga berjaya!

Picture3

Sumber: Nur Emira Mohd Arifie,Arena Gempak

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU