Kisah
Wanita Hartawan Sanggup Tinggalkan Kekayaan, Hidup Miskin Bersama Lelaki Pilihan

Orang selalu kata cinta itu buta begitulah seorang wanita kaya berusia 28 tahun di Vietnam sanggup meninggalkan kekayaan untuk hidup bersama seorang lelaki miskin, lapor portal berita Wolipop semalam.
Menurut laman berita eva.vn, Tam berasal daripada keluarga yang kaya. Dia sebelum ini telah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki.
Akan tetapi, perkahwinannya berakhir dengan perceraian selepas sembilan tahun berumah tangga.
Wanita Hartawan Sanggup Tinggalkan Kekayaan
Selepas bercerai, ibu bapa Tam mahu membantu menjaga dia dan anaknya. Akan tetapi, Tam jatuh cinta dengan seorang lelaki miskin dari bandar Soc Trang.
Keluarga Tam sangat melarang dan tidak merestui hubungan itu. Malangnya larangan itu tidak diendahkan.
Ibu bapa Tam memberinya pilihan untuk meninggal empat anaknya bersama suami baharunya itu dan menikmati hidup mewah. Tam enggan berbuat sedemikian, membuatkan ibunya bertegas tidak mahu menerimanya lagi.
Tam bersama suami baharunya tinggal di rumah sewa berhampiran kawasan perindustrian untuk berteduh sebelum berpindah ke bilik motel yang sempit.
Mereka sekeluarga kini menyara hidup dengan mengutip barang terpakai dan menjualnya. Tam sering ditemani anak-anaknya ketika mencari sampah.
Layanan yang diberikan keluarga Tam berbeza jika dibandingkan dengan keluarga suaminya yang miskin dan tinggal di luar bandar.
Walaupun dia tidak sehaluan dengan ibu bapanya sendiri, Tam tetap berharap suatu hari nanti dia dapat pulang ke rumah.
Sumber:Kosmo
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.