Kisah
[VIDEO]Pemain JDT,Arif Aiman Hadiahkan Proton X50 Buat Ibu Kesayangannya
![[VIDEO]Pemain JDT,Arif Aiman Hadiahkan Proton X50 Buat Ibu Kesayangannya 5 photo 2022 10 12 19 10 43](https://majalahilmu.com/wp-content/uploads/2022/10/photo_2022-10-12_19-10-43.jpg)
Arif Aiman berusia 20 tahun yang menjadi tonggak utama Johor Darul Ta’zim (JDT) serta skuad Harimau Malaya, menghadiahkan kereta model X50 keluaran Proton buat ibu kesayangannya itu.
Walaupun berada dipuncak kemasyhuran, pengorbanan ibu dalam membesar dan mendidik anak tidak langsung dilupakan.
Arif Aiman Hadiahkan Proton X50 Buat Ibu Kesayangannya
Begitulah sikap bintang bola sepak negara, Arif Aiman Hanapi apabila dia membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta kepada ibunya baru-baru ini.
Menerusi satu video yang dikongsikan penjual kereta di laman sosial TikTok, Arif membuat kejutan di perkarangan Dataran Bandaraya Johor Bahru.
Sebaik pintu kontena yang membawa kereta mewah itu dibuka, ibu Arif tergamam dengan hadiah itu sambil tersenyum gembira menerima kereta itu.
Ibunya juga menerima sejambak bunga sebelum masuk ke dalam kereta untuk mencuba sendiri kenderaan itu.
Perkongsian video terbabit mendapat reaksi positif dan pujian daripada peminat bola sepak yang memuji sikap pemain JDT itu.
Malah, video berkenaan mendapat 35,000 tanda suka selain 350 komen daripada peminat.
“Alhamdulillah berbakti pada ibu bapa”, kata Siti Radyiah Hasbull.
“Terbaik Arif Aiman. Rezeki yang hadir atas kerjaya dikongsi dan ingat akan orang tuanya,” tulis PakTam.
Untuk rekod, Arif Aiman sebelum ini dinobatkan sebagai pemenang anugerah Penyerang Terbaik dan Pemain Muda Terbaik selain muncul pemain termuda merangkul anugerah utama iaitu Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) hujung tahun lalu.
Malah, nilai pasaran Arif Aiman kini adalah pada harga £270,000 (RM1.4 juta) seperti mana yang terdapat di laman www.transfermarkt.co.uk untuk menjadikannya antara pemain tempatan paling mahal di belakang Dion Cools ketika ini.
Selain itu, pemain itu turut berjaya membantu JDT mencipta sejarah mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Asia (ACL) tahun ini serta memenangi Piala FA dan Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut.
Sumber:Metro
- Resepi Viral3 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA3 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.