Kisah
[Video]Nak Cuba Cari Ikan Sendiri. “Aku Dah Cakap Jangan Ikut,Kau Nak Ikut Juga”, Sekali Mata Dah Juling Lidah Dah Terjelir.
![[Video]Nak Cuba Cari Ikan Sendiri. “Aku Dah Cakap Jangan Ikut,Kau Nak Ikut Juga”, Sekali Mata Dah Juling Lidah Dah Terjelir. 7 fng](https://majalahilmu.com/wp-content/uploads/2022/08/fng.png)
Terjelir lidah miow-miow menahan mabvk padah nak ikut sangat naik bot .Tiada yang pelawa suruh naik, maka terpaksalah ikut sampai kita berpatah balik ke jeti .
Kucing memang selalunya akan melakukan perkara-perkara di luar jangkaan dan selalu mengejutkan ramai dengan telatahnya ini. Sama seperti gelagat seekor kucing ini yang dijumpai turut menaiki sebuah bot baru-baru ini.
“Aku Dah Cakap Jangan Ikut,Kau Nak Ikut Juga”
Namun apa yang melucukan ialah reaksi kucing tersebut yang akhirnya kelihatan seperti menyesal kerana menaiki bot itu secara senyap. Malah reaksinya selepas berada di dalam bot itu turut membuatkan rata-rata netizen berdekah melihatnya.
Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik video memberitahu dia tidak sedar bagaimana kucing tersebut ada menaiki bot mereka itu. Kejadian ini juga hanya disedari selepas mereka berada di tengah-tengah laut dan sudah tidak dapat berpatah balik semula.
Lebih mencuit hati, kucing itu hanya kekal duduk diam di situ dengan reaksi wajahnya yang sedih. Mungkin juga kucing itu berasa menyesal dengan tindakannya menaiki bot itu semasa di jeti.
Mata Dah Juling Lidah Dah Terjelir
Sewaktu ditegur oleh lelaki itu juga, kucing itu hanya memandangnya dengan raut wajah yang sedih dan tidak bergerak dari tempatnya. Ada juga yang menganggap mungkin kucing itu berasa mabuk laut selepas menaiki bot itu.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagat selamba kucing ini. Ada juga netizen yang berseloroh pastinya kucing itu menyesal dengan apa yang berlaku dan tidak akan melakukannya lagi pada masa akan datang.
Sumber: The Tuan
Video Tiktok
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.