Kisah
[VIDEO] Bekas Penghuni Henry Gurney Ini Pernah Terima Anugerah Pelajar Cemerlang
![[VIDEO] Bekas Penghuni Henry Gurney Ini Pernah Terima Anugerah Pelajar Cemerlang 3 photo 2022 10 08 16 20 14](https://majalahilmu.com/wp-content/uploads/2022/10/photo_2022-10-08_16-20-14.jpg)
Pengalaman Izzad Daniel sebagai salah seorang bekas pelajar Henry Gurney dijadikan boleh sebagai pengajaran
Izzad Daniel merupakan bekas penghuni Sekolah Henry Gurney dan dimasukkan ke sekolah tersebut atas kesalahan kes samun. Dia juga pernah dibuang sekolah sebanyak 7 kali dan pernah terlibat dengan kes dadah.
Bekas Penghuni Henry Gurney Ini Pernah Terima Anugerah Pelajar Cemerlang
“…saya pernah dibuang sekolah 7 kali, saya nak buat something yang untuk mak bapak bahagia…saya check balik apa yang mak saya nak..kecik-kecik mak saya hantar saya pergi sekolah…akhirnya saya mendapat keputusan 5A dalam SPM..” katanya.
Semasa menjalani hukuman di Sekolah Henry Gurney, Izzad tekad untuk mengambil SPM untuk mengharumkan nama mak ayahnya walaupun mak ayahnya adalah keluarga angkat. Ini kerana dia ingin menunaikan hasrat ibu angkatnya yang tidak pernah serik menghantarnya untuk belajar sejak dari kecil.
Akhirnya, dia berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang iaitu 5A dan dianugerahkan pelajar cemerlang tahun 2019.
Semangat dan kekuatan diperoleh dari kedua ibu dan ayahnya
Izzad berkata dia beruntung mempunyai mak ayah yang menyayanginya dan menerimanya walaupun pernah terlibat dengan pelbagai masalah sosial. Menurut Izzad, seorang penagih dadah atau mereka yang mengalami masalah sosial ini memerlukan perhatian keluarga. Jika tidak itu yang membuatkan jiwa mereka memberontak dan mula membuat sesuatu perkara yang tidak baik.
Kata Izzad, melibatkan diri dalam kancah dadah bukan sahaja menyebabkan porak peranda pada diri sendiri dan keluarga malah mendatangkan kerugian pada masyarakat dan melibatkan orang lain.
- Resepi Viral3 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA3 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah