Connect with us

INFO

Video: ‘Aquaplaning’, Perodua Axia Ini Bukti Kenapa Tak Boleh Pandu Terlalu Laju Ketika Hujan!

Avatar of nuraimialyaa

Published

on

photo 2022 09 18 15 43 11

Dalam satu hantaran daripada Munzir Murad di Facebook, sebuah Perodua Axia dirakam terbabas akibat memandu dalam keadaan terlalu laju dalam keadaan jalan raya basah disebabkan hujan.

Kejadian tersebut berlaku di kawasan RnR Pedas arah Selatan pada jam 3:58 petang dalam keadaan hujan yang agak lebat serta keadaan jalan raya yang licin.

‘Aquaplaning’, Perodua Axia Ini Bukti Kenapa Tak Boleh Pandu Terlalu Laju Ketika Hujan

photo 2022 09 18 15 43 11

Perodua Axia tersebut pada awalnya dirakam sedang menggunakan laluan paling laju serta memotong kenderaan perakam, apabila kenderaannya gagal dikawal lalu menyebabkannya berpusing dan terbabas ke longkang.

Pada ketika itu, paparan dashcam kenderaan perakam mencatatkan 100 km/j, memberi petanda bahawa Perodua Axia tersebut mungkin bergerak pada kelajuan yang lebih tinggi.

Malah, terdapat kemungkinan bahawa Perodua Axia tersebut merupakan model G yang tidak mempunyai VSC (Vehicle Stability Control) berdasarkan ketiadaan spoiler belakang. Varian GXtra pula mempunyai rupa yang sama tetapi dengan fungsi VSC.

646d510ecffc4120adfa785c72695065 800

Aquaplaning, fenomena yang terjadi kepada Perodua Axia tersebut berlaku apabila pemandu meluncur di atas permukaan air. Pada kelajuan yang cukup tinggi di atas jalan raya yang basah, lapisan air terbentuk di antara tayar dan jalan justeru menyebabkan pemandu kehilangan kawalan kerana hampir tiada daya cengkaman terhadap tayar dengan jalan raya.

Namun, jika keempat-empat roda berada dalam keadaan Aquaplaning, tiada teknologi canggih VSC yang mampu menyelamatkan anda. Memandu dengan cengkaman sifar boleh diumpamakan seperti cuba membuka penutup botol dengan Vaseline pada tangan anda.

Apa yang diperlukan ialah set tayar yang baik. Tayar yang baik untuk keadaan basah mempunyai bunga tayar yang baik untuk menyalurkan air dan pengedaran silika yang baik.

Apa apa pun, kejadian ini merupakan peringatan yang baik untuk pengguna jalan raya lain supaya memandu dengan lebih berhemah dan elakkan memandu laju ketika keadaan jalan raya basah.

VIDEO:

https://www.facebook.com/100000246692435/videos/382818713565723/

Sumber :Wapcar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU