Connect with us

INFO

[VIDE0]Kapal Seakan Terbang Di Tengah Lautan, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Avatar of nuraimialyaa

Published

on

photo 2022 09 27 18 18 49

Tular di media sosial apabila seorang lelaki dari Scotland pernah berkongsi video aneh menunjukkan kapal ditengah lautan seakan-akan sedang terbang, hingga ia tular di laman sosial.

Colin McCallum ketika itu sedang memandu kenderaannya melihat fenomena aneh dikawasan laut Banff, Aberdeenshire, pada Jumaat.

screenshot 192
Dalam video terbabit, kapal dengan badan berwarna merah itu kelihatan seakan-akan sedang terbang, meskipun ia sebenarnya sedang berada diatas lautan.

Kapal Seakan Terbang Di Tengah Lautan

Apa sebenarnya yang sedang berlaku?

tom phillips buzzfeed ilyast syntika thinkstock mirage orig

Dikenali sebagai ‘Fata Morgana’, ia adalah satu fenomena logamaya di mana optik yang biasanya terjadi di tanah lapang yang luas seperti padang pasir, lautan atau kawasan berais.

10ad884788d355175c0afec34ceb3adb

Fatamorgana merupakan proses pembiasan cahaya melalui kepadatan yang berbeza, sehingga boleh membuat sesuatu yang tidak wujud menjadi seolah-olah wujud.

fata morgana example

Ketika fenomena ini berlaku, permukaan akan menyerupai cermin pantulan. Pantulan ini terhasil daripada udara panas sekeliling, yang membuatkan satu ilusi optik terhasil dari jarak jauh.

Kita boleh juga melihat keadaan ini apabila sedang memandu pada waktu tengah hari dan melalui satu jalan lurus. Ketika itu, kita pasti dapat melihat imej seakan-akan air atau cermin terhasil pada objek jarak jauh.

Sumber: Dailymail

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU