Connect with us

Petua

Tun M Kongsi Tips Penjagaan Badan ,Elak ‘Terlalu Gemuk’ & Berat Tak Lebih 62KG

Avatar of nuraimialyaa

Published

on

photo 2022 07 13 18 34 44

Tun Dr Mahathir sememangnya dikenali ramai iaitu seorang yang sangat mementingkan kesihatan dirinya.Malah, beliau juga sering ditanya oleh umum tentang bagaimana dirinya menjaga kesihatan dan pemakanan agar nampak lebih cergas serta sentiasa aktif.

Difahamkan bekas Perdana Menteri itu mengamalkan pengawalan makanan yang diambilnya setiap hari supaya tidak makan melebihi had yang ditetapkan.

Hampir 30 tahun berat tidak pernah melebihi 62 kilogram

6c44

Menerusi sumber, beliau memberitahu antara salah satu faktor untuk mengelakkan dirinya daripada gemuk adalah berhenti seketika jika berasa sedap ketika makan.

“Ini memang susah tapi ini amalan saya. Jadi saya makan cukup-cukup saja. Berat saya tak pernah lebih daripada 62 kilogram sudah lebih 30 tahun,” katanya.Selain itu, jelas Tun M lagi, apabila berat badan seseorang itu terlalu tinggi, ia akan memberikan tekanan kepada jantung.

“Saya juga ada sakit jantung, namun penyakit-penyakit kronik lain Alhamdulillah saya tiada dan sebab itu saya nampak lebih sihat daripada umur saya,” katanya.

Sering sibukkan diri dengan kerja dan elak tidur lama supaya badan tidak cepat lemah

d3e1

Bakal menginjak usia 96 tahun, beliau juga berkongsi kepada individu terus kekal aktif terutama bagi yang sudah berusia ialah dengan elakkan tidur yang terlalu lama.

Menurutnya, apabila sudah tua badan akan jadi lemah dan ramai orang akan tidur. Jadi, bila tidur badan dan otak akan jadi lebih lemah kerana otot-otot serta minda tidak berfungsi.

photo 2022 07 13 18 34 44

 

“Bolehlah nak tidur tapi sekejap-sekejap sahaja. Yang selebihnya pergi berjalan, menulis dan kalau ada perbincangan boleh sertai”

“Sebab itu saya selalu sibukkan diri saya dan kekal aktif. Saya suka kalau kerja, sebab kerja minda saya akan berjalan,” katanya.

Malah, beliau juga sentiasa berhubung dengan anak-anak serta cucu-cucunya secara video call ketika mempunyai masa lapang.

Link video penuh :https://youtu.be/TQAxS2_rt5c

Sumber:OHBULAN!

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU