Connect with us

Kisah

Terpaksa Bawa Tangki Oksigen Demi Rezeki, Meruntun Jiwa Kisah Lelaki Ini.

Avatar of nuraimialyaa

Published

on

photo 2022 10 07 17 42 38

Terpaksa Bawa Tangki Oksigen Demi Rezeki demi mencari sesuap nasi, kegigihan seorang lelaki yang menderita pelbagai penyakit tetap bekerja keras mencari rezeki dengan memandu teksi. Lebih meruntun jiwa apabila dia dilihat terpaksa mengusung tangki oksigen.

Begitulah cabaran hidup yang dilalui oleh Sumeth Singpun, 49, yang berasal dari Thailand dengan rutin hariannya. Namun masalah kesihatan yang dihadapinya tidak menjadi penghalang untuk dia menggalas tangunggjawab mencari rezeki.

Terpaksa Bawa Tangki Oksigen Demi Rezeki

photo 2022 10 07 17 42 38

Kisah hidupnya yang gentir telah meraih perhatian ramai setelah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Nongying Chuaibamrung dalam satu pertemuan mereka di sebuah bandar di utara Bangkok.

Menurut Nongying, Sumeth terpaksa mengusung tangki oksigen yang diikat pada kusyen kereta ketika bekerja demi menampung kos rawatan dan sewa rumahnya.

Lebih sebak, Sumenth dikatakan memandu sangat perlahan di bawah 40 km/j berikutan keadaannya yang tidak dapat melihat dengan baik.

Bukan itu sahaja, Sumenth dikatakan mempunyai pelbagai penyakit termasuk masalah buah pinggang dan perlu menjalani dialisis. Bahkan dipercayai duduk seorang diri selepas ditinggalkan anaknya.

“Dia tinggal di Ayutthaya, sendiri. Dia perlu membayar sewa. Tak kerja, tiada wang. Wang untuk orang kelainan upaya juga tidak cukup untuk rawatan. Jadi perlu menyewa teksi untuk memandu. Ada seorang anak lelaki, tak pernah pulang untuk menjaganya,” tulis Nongying.

Tambahnya, dia sempat menghulurkan sedikit sagu hati kepada pemandu teksi berkenaan di samping menawarkan diri untuk menguruskan bantuan yang ingin disalurkan kepada pemandu tersebut.

Sumber:semakanpermohonan.com

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU