Kisah
Terkilan Dimaki Calon SPM, Guru Buka Mulut Dedah Hal Sebenar-“Apa Dosa Saya?”

Cikgu Norsheika Syuhad Abdul Karim baru-baru ini memuat naik video luahan ke media sosial namun dipadamkan sejurus selepas pihak sekolah membuat permohonan maaf atas tragedi itu. Beberapa tahun bergelar guru disiplin, ia cukup memberikan rasa sentap tatkala mendengar kata-kata kesat dilemparkan oleh pelajar.
Terkilan Dimaki Calon SPM, Guru Buka Mulut Dedah Hal Sebenar
Sebentar tadi, beliau akhirnya menguatkan diri untuk mendedahkan semula kejadian sebenar. Pada 23 Februari iaitu Selasa lalu, Cikgu Norsheika dimaki kerana tidak memberikan kebenaran keluar awal kepada pelajar terbabit walhal beliau hanya mengikut arahan. Pertama kali berdepan hal seperti itu, beliau sedaya upaya menahan sabar dan kesedihan lalu bergegas memulangkan kertas jawapan. Lebih menyedihkan, pendidik itu mengalami panic attack sewaktu duduk di dalam kereta.
Apabila menjemput anak-anaknya pula, guru ini mengakui dia gagal menahan air mata kerana apa yang terjadi cukup ‘membekas’ di hatinya. Keadaan semakin teruk apabila ada pihak-pihak memuat naik kembali video ke platform masing-masing walhal sumber asalnya sudah dipadamkan oleh Cikgu Norsheika.
Sehingga ke hari ini, dia masih tidak dapat menahan air mata apabila mengenangkan semua yang sudah terjadi. Meminta maaf kerana mungkin jiwanya tidak sekental guru-guru lain, Cikgu Norsheika mengharapkan doa agar beliau kuat untuk menghadapi hari-hari seterusnya.
Sumber:Kisah Dunia
- Resepi Viral3 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA3 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah