Kisah
Teringin Nak Tengok Diri Sempurna, Peniaga Takoyaki OKU Minta Netizen Tolong Edit Gambar – “Dulu Saya Diejek Alien”

Hasratnya seorang lelaki kelainan upaya agar gambar dirinya ‘diubah’ kepada keadaan yang lebih sempurna mengundang sebak warganet. Satu posting bergambar oleh Muhammad Faiz Mohd Nor, 31, yang mempunyai masalah tulang belakang bengkok sejak lahir, di grup Facebook Edit Apa Hari Ni?
Teringin Nak Tengok Diri Sempurna, Peniaga Takoyaki OKU Minta Netizen Tolong Edit Gambar
“Boleh tak edit badan saya sempurna macam orang normal. Teringin sangat nak tengok,” demikian kapsyen yang ditulis.
Ketika dihubungi mStar, Faiz menceritakan tentang masalah tulang belakang dihadapinya seperti mana dapat dilihat menerusi gambar tular dia berbaju Melayu kuning bersama keluarga.
PERMINTAAN seorang lelaki kelainan upaya agar gambar dirinya ‘diubah’ kepada keadaan yang lebih sempurna mengundang sebak warganet.
Hasratnya itu disuarakan melalui satu posting bergambar oleh Muhammad Faiz Mohd Nor, 31, yang mempunyai masalah tulang belakang bengkok sejak lahir, di grup Facebook Edit Apa Hari Ni?
“Boleh tak edit badan saya sempurna macam orang normal. Teringin sangat nak tengok,” demikian kapsyen yang ditulis.
Ketika dihubungi mStar, Faiz menceritakan tentang masalah tulang belakang dihadapinya seperti mana dapat dilihat menerusi gambar tular dia berbaju Melayu kuning bersama keluarga.
Tambahnya lagi, dia sangat terharu apabila melihat gambar tersebut dikomen oleh penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus yang memujinya.
Malah, Faiz yang merupakan bapa kepada lima cahaya mata turut berasa terharu apabila melihat netizen yang sanggup menyunting gambar bagi memenuhi permintaannya.
“Rasa terharu, menangis… sampai tak terucap rasa berterima kasih kepada semua yang sudi edit gambar tu.
“Boleh dikatakan 99 peratus semuanya komen positif dan saya amat menghargainya. Ada juga komen negatif tapi itu biasalah dalam lumrah kehidupan. Tak semua suka dengan cara kita,” ujar Faiz lagi.
Segala kata-kata tidak baik yang dilemparkan tidak pernah mematahkan semangat Faiz, sebaliknya dia mengambilnya sebagai pembakar semangat untuk terus maju.
Tidak menjadikan kekurangan sebagai alasan, Faiz kini mengusahakan perniagaan takoyaki yang dijalankan bersama isteri Nurul Athirah Hanafi, 28.
Menurut Faiz, sambutan diterima setakat ini amat memberangsangkan dan dia juga mempunyai dua pekerja selain menjadi ejen dan stokis di Johor, Perak, Kelantan serta Pulau Pinang.
“Kami pada mulanya memang peminat takoyaki. Sebelum ni bapa saudara saya yang jual takoyaki dan dia yang ajar kami berniaga kecil-kecilan dulu.
“Tapi tak sangka kami boleh pergi sejauh ni. Jualan setakat ni sentiasa memuaskan. Ada kalanya tak menang tangan dan ada kalanya biasa-biasa saja,” ujar Faiz.
Jelas Faiz, bisnes yang diusahakan ini merupakan salah satu bukti yang insan kurang upaya sepertinya tidak menjadikan kecacatan pada diri sebagai penghalang untuk berjaya seperti orang lain.
Untuk rekod, hantaran asal gambar tersebut telah meraih lebih 30,000 tanda suka dan lebih 1,300 perkongsian semula.
Sumber :Mstar
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.