Connect with us

Petua

Setiap Kali Tanam Mesti Cepat Mati, Cikgu Kebun Tunjuk 9 Tips Yang Betul Untuk Tanam Pokok Daun Sup Supaya Besar Macam “Monster”

Avatar of hannani juhari

Published

on

tanam pokok daun sup

Setiap Kali Tanam Mesti Cepat Mati, Cikgu Kebun Tunjuk 9 Tips Yang Betul Untuk Tanam Pokok Daun Sup Supaya Besar Macam “Monster”

Masak apa-apa masakan yang berkuah seperti sup dan bergoreng seperti nasi goreng sudah tentu tidak sah jika tidak meletakkan daun sup sebagai hiasan di atasnya. Secara umumnya memang daun sup adalah bahan utama yang ditabur dalam masakan untuk memberikan aroma lebih menyelerakan pada makanan. Masakan Asia khususnya masyarakat Cina amat mengemari daun sup dalam masakan. Namun, walaupun ia bagus dalam masakan tetapi kita tidak boleh membelinya terlalu banyak dan dijadikan stok dalam peti sejuk. Ini kerana daun sup mudah untuk layu dan ia tidak tahan terlalu lama setelah dibeli. Apa kata anda tanam pokok daun sup ini untuk mudah setiap kali hendak masak, ambil sahaja di dalam pasu rumah.

tanam pokok daun sup

Khasiat daun sup bagi kesihatan diri

Ramai yang tidak tahu bahawa daun sup yang tergolong dalam kategori sayur-sayuran hijau mempunyai banyak khasiatnya untuk kesihatan. Antaranya seperti:

  • Mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Merendahkan kadar kolesterol dalam darah
  • Merawat masalah batuk
  • Meningkatkan sistem imum badan
  • Melancarkan sistem pencernaan dan perkumuhan
  • Kaya dengan minyak pati iaitu imidazolyl, valerophenone, dan dodecanol
  • Mengandungi sebatian aktif phthalide untuk perlindngan dari kanser, dan keradangan
  • Pelbagai vitamin dan nutrien

Tips tanam pokok daun sup segar dari Cikgu Kebun

Kalau sempat singgah di laman Facebook Cikgu Kebun, pasti anda geram dengan pokok daun supnya yang gemuk, dan segar itu. Dari perkongsian Cikgu Kebun, dia telah menyenarikan 9 tips yang boleh dipraktikkan untuk tanam pokok daun sup agar dapat kekal sentiasa tahap kesuburannya itu.

tanam pokok daun sup

1. Pemilihan jenama biji benih

Jenama biji benih memainkan peranan dari segi kualitinya untuk menentukan sama ada pokok boleh tumbuh dengan tinggi atau tidak. Jenama pilihan Gred A untuk tanam pokok daun sup ini seperti GreenWorld dan Ria Organik.

2. Teknik semaian biji benih

Bagi teknik semaian pula ada beberapa pokok yang agak berbeza caranya. Seperti pokok daun sup ini kita perlu gunakan teknik seperti tabur dedak ayam atas medium supaya anak pokok sup boleh tumbuh banyak. Medium semaian jenis Peatmoss iaitu yang mempunyai struktur gambur seakan lumut kering juga menjadi pilihan.

Peatmoss ini memang baik untuk tanaman kerana sifatnya yang gambut menyimpan air dan tidak mudah kering. Bahkan ia juga sentiasa melembapkan tanaman, dan sangat kaya dengan zat makanan kepada anak benih selain mempercepatkan pertumbuhan akar tanaman.

tanam pokok daun sup

3. Lokasi semai dan tanam

Dua kaedah yang berkesan diguna pakai adalah semai terus di tempat panas atau semai dan letakkan di tempat redup. Dari pengalaman Cikgu Kebun, kedua-dua cara ini berjaya jika kita sendiri faham teknik cahaya dan siraman air.

4. Kadar siraman air

Dalam proses semaian, pastikan tanah sentiasa lembap. Apabila tunas mula tumbuh, kekalkan pula sehari sebanyak 2 kali siraman.

5. Penjarakan anak pokok

Jangan terlalu rapat tanam anak pokok untuk elak pertumbuhannya terencat atau terbantut. Berikan ruang sedikit setiap satunya untuk ia membesar seperti “monster”.

tanam pokok daun sup

6. Pemilihan baja

Ada 2 jenis baja yang sesuai dan menarik digunakan untuk tanam pokok daun sup ini iaitu Baja Wangi Serbuk Organik dan Baja Liquid Organic Fertilizer (LOF). Kedua-duanya ini boleh didapatkan di nurseri berhampiran.

Pastikan tabur baja 2 minggu sekali untuk Baja Wangi Serbuk Organik dan Baja LOF seminggu 3 kali.

7. Kawalan serangga dan kulat

Cabaran dalam pertanian tentunya masalah serangga perosak seperti ulat dan kulat. Selalunya serangga jenis bena putih dan kulat akan rosakkan pokok daun sup kita. Oleh itu, boleh gunakan semburan cuka kayu dan bio control seminggu sekali untuk memastikan kesihatan pokok sentiasa baik.

8. Medium tanaman untuk pokok sayur

Menurut Cikgu Kebun, medium tanaman yang sesuai untuk jenis pokok ini adalah campuran tanah merah, sabut kelapa, sekam bakar, sekam mentah dan baja wangi serbuk di gaul di dalam medium dengan nisbah 3:2:1:1:1.

9. Pencahayaan pokok jenis daun sup

Akhirnya sekali, sudah tentunya cahaya dan pencahayaan. Pokok tidak akan boleh hidup tanpa nutrien dari cahaya matahari. Tetapi untuk daun sup ia agak spesial sedikit kerana pokok ini tidak suka cahaya terus. Lebih baik sekiranya anda letak di kawasan yang mendapatkan cahaya cerah bukan cahaya terik.

tanam pokok daun sup

Insya Allah inilah teknik mudah yang Cikgu Kebun gunakan untuk kaedah penanaman daun sup giant. Untuk anda yang sedang berkebun di luar sana, jangan berputus asa dalam belajar untuk menanam dengan betul.

Sumber: Gardening By Cikgu Kebun

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU