Connect with us

Kisah

Suami Terlantar Sakit, Tanggung 9 Anak, Kak Siti Terpaksa Cari Barang Terpakai Demi Kelangsungan Hidup

Avatar of nuraimialyaa

Published

on

photo 2022 10 07 12 42 32

Begitu sukar ujian untuk seorang wanita yang terpaksa mencari barangan terpakai di tepi jalan bersama seorang anaknya demi kelangsungan hidup sama ada untuk kegunaan sendiri atau mencari rezeki,

Kisah wanita ini dikongsikan seorang individu boyzasre menerusi akaun TikTok.

“ALLAHuakbar, kak Siti kena kuat ya untuk menyara sembilan orang anak.

“Suami pula terlantar sakit.

“Demi membesarkan sembilan orang anak, malu tolak jauh katanya.

“InsyaALLAH, saya akan panjangkan kesusahan kakak ini dengan sahabat-sahabat saya untuk meringankan bebanan hariannya,” tulisnya.

Suami Terlantar Sakit, Tanggung 9 Anak

photo 2022 10 07 12 42 32

Dalam video tersebut menunjukkan wanita yang dikenali sebagai Siti ketika ditemui sedang duduk mencari barangan dan baju terpakai.

Wanita itu kelihatan terduduk di atas longgokan baju bersama anaknya pada waktu malam berdekatan dengan pondok kitar semula.

Menurut Siti, suaminya sakit dan sudah tiga kali membuat pembedahan di dada.

“Suami baru sahaja membuat pembedahan seminggu yang lepas.

“Batu hempedu pecah, pergi ke hati,” katanya kepada lelaki tersebut.

Video tular tersebut setakat ini telah mendapat sejumlah 58,000 tontonan dan rata-rata warganet bersimpati denan keadaan wanita tersebut.

“Kawasan mana akak nie bang? Buka donation bang, kami akan bantu semampu mungkin bang. Semoga ALLAH selalu merahmati kakak itu,” kata Nuramin Zaharudin.

“ALLAH, kuat dan tabah kakak itu. Jom ramai-ramai bantu, kesian dekat anak-anak dia kata UMMIEMA.

“MashaALLAH moga dipermudahkan segala urusan kakak ni dan dilimpah ruahkan rezeki buat akak ni. Amin,” tulis Hang sapa.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan lokasi sebenar wanita malang itu berada dan belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa setakat ini.

Video:

https://www.facebook.com/watch/?v=754785839082748

Sumber:Majoriti

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU