Connect with us

Keluarga

Didalam Islam Berapa Lama Tempoh Masa Dibenarkan Suami Tidak ‘Menyentuh’ Seorang Isteri

Published

on

Didalam Islam Berapa Lama Tempoh Masa Dibenarkan Suami Tidak ‘Menyentuh’ Seorang Isteri

Hubungan batin halal adalah nikmat diberikan dalam sebuah ikatan perkahwinan. Melibatkan dua jiwa dalam perhubungan sah ini, ia juga menjadi satu bentuk ibadah atas hubungan dilakukan dan kewajiban kepada isteri untuk melayan permintaan suami.

Jumhur ulama berpendapat, isteri wajib memenuhi permintaan suami di mana hukumnya wajib kecuali ada halangan seperti keuzuran dan sebagainya.

Suami wajib menunaikan nafkah batin terhadap isterinya selagi mampu. Ini berdasarkan kepada dalil dalam alQuran dalam Surah al-Baqarah ayat 187:

هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ

Maksudnya : Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. ( Surah alBaqarah ayat 187)

Namun timbul satu persoalan, berapa lamakah waktu dibenarkan menurut hukum suami tidak menyentuh isteri?

Dalam beberapa pendapat, sebahagian ulama menyatakan tempoh paling lama ialah enam bulan. Ada menyatakan empat bulan. Ini bersesuaian dengan lafaz taklik dibaca.
“Sekiranya saya meninggalkan isteri saya selama 4 bulan berturut-turut tanpa sebarang nafkah zahir dan batin”………..Iaitu berlakunya perbuatan meninggalkan isteri selama 4 bulan berturut-turut tanpa sebarang nafkah dan isteri boleh membuat tuntutan di mahkamah.

Namun ada berpendapat, suami seharusnya menggauli isteri setidaknya sebaik isteri habis datang haid. Ini bersandarkan surah al Baqarah ayat 222.

Firman Allah SWT:

“… Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu.. ” (QS Al-Baqarah: 222)

Hujjatul Islam Imam Al Ghazali memberi nasihat agar suami menjima’ isteri empat hari sekali demi menjaga ketenangan isteri. Imam Al Ghazali menulis dalam Ihya Ulumuddin:

“Sebaiknya ia mendatangi isterinya sekali setiap empat malam. Yang demikian itu lebih adil mengingat jumlah wanita yang boleh dinikahinya sekaligus ialah empat orang. Kerana itu, boleh saja ia menunda waktunya sampai sebatas ini. Hal demikian, hendaknya ia menambah atau mengurangi sesuai dengan keperluan isteri. Hal ini diihat dapat mengimbangi nafsu syahwat isteri yang merupakan tanggungjawab suami melunasinya”

Jika seorang suami melupakan kewajibannya untuk memenuhi keperluan nafsu seksual isteri hingga isteri mengalami penderitaan batin yang berpanjangan, rumah tangga boleh jadi retak dan sentiasa bergaduh.

Ini kerana “Setiap amal yang diwajibkan Allah pasti mengandungi kebajikan yang banyak. Barang siapa mensia-siakannya a maka akan datang berbagai musibah.”.

Majalah ilmu: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda yang sudah berumah tangga. Sayangi dan kasihi lah seorang isteri.

Sumber: Kashoorga

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!