Connect with us

Pendidikan

Sering Dihina Dan Dipandang Rendah, Ammar Kini Bergelar Graduan University of Manchester

Avatar of nuraimialyaa

Published

on

photo 2022 09 29 09 25 26

Setiap pelajar pasti akan berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan . Begitu jugalah apa yang dilalui oleh Ammar Iskandar Nor Hisham yang kini sudah bergelar graduan Sarjana Muda Kejuruteraan dari The University of Manchester, England.

Menurutnya, perjalanan untuk berada di tahap ini amat mencabar kerana dia sering dipandang rendah dan dihina oleh sebilangan masyarakat yang tidak mempunyai kepercayaan terhadap kebolehannya.

Sering Dihina Dan Dipandang Rendah

photo 2022 09 29 09 25 32

“Tiga tahun lalu, saya dibuang, dijauhi, dan dihina. Mereka memberitahu ibu saya, saya tidak akan berjaya kerana saya mendapat B dalam Matematik.

“Hari ini, saya menamatkan pengajian di The University of Manchester dengan Kepujian Kelas Pertama dan menerima Anugerah Stellify.

“Hari ini perasaan marah dan dendam kepada mereka yang pernah memandang rendah pada saya, sudah hilang, tetapi bohong sekiranya saya menafikan kata-kata mereka tidak menyakiti saya pada ketika itu, ” katanya menerusi satu ciapan di laman Twitter.

photo 2022 09 29 09 25 29

Dalam pada itu, Ammar turut berkongsi rahsia kejayaannya iaitu tetap berusaha dan bersemangat meneruskan pembelajaran meskipun menghadapi kesukaran.

“Apa yang boleh kita lakukan adalah bekerja keras dan abaikan cakap-cakap orang kerana universiti merupakan satu perjalanan yang jauh lebih sukar berbanding sekolah menengah.

“Namun, apa yang saya lakukan untuk memperoleh kejayaan pada hari ini adalah melalui disiplin dan bantuan daripada rakan-rakan,” jelasnya.

photo 2022 09 29 09 25 26

Bercerita lebih lanjut mengenai pengalamannya di negara orang, tutur anak muda ini, pada tahun pertama pengajian, dia menyewa di loteng yang hanya boleh memuatkan dua orang pada satu masa.

Katanya lagi, melihat akan keadaan itu, ia sememangnya bukanlah satu perkara yang mudah bagaimanapun disebabkan jadual belajar yang padat, sedikit sebanyak dapat mengurangkan masa lapang Ammar untuk berfikir perkara yang tidak berfaedah.

Sumber:Sinar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU