Connect with us

Kisah

Sanggup berhenti kerja sebagai pemandu lori sejak 3 tahun lepas Demi menjaga isteri setelah lebih 3 tahun terlantar selepas menjalani pembeda̶han akibat sa̶’kit tu’mօr otak

Published

on

ihsvbzfsn

Sanggup berhenti kerja sebagai pemandu lori sejak 3 tahun lepas Demi menjaga isteri setelah lebih 3 tahun terlantar selepas menjalani pembeda̶han akibat sa̶’kit tu’mօr otak

Fauziah Tajudin, 46, tidak sunyi apabila suami, Kamaruddin Ahmad, 47, masih setia di sisi setelah lebih 3 tahun terlantar dan diurus sepenuhnya oleh suami selepas menjalani pembeda̶han akibat sa̶kit tumօr otak.

Demi menjaga isteri tercinta yang sudah tak berdaya makan, mandi mahupun bergerak sendiri, Kamaruddin sanggup berhenti kerja sebagai pemandu lori sejak 3 tahun lepas.

2016 Mengubah Segalanya

Menurutnya, dahulu isterinya itu seorang suri rumah, sihat tubuh badan, namun pada April 2016 segalanya berubah apabila disahkan menghida̶p tumօr otak.

Bapa 3 orang anak itu berkata, “Pada 1 April 2016, mulutnya (isteri) senget dan saya kemudian membawanya ke klinik untuk pemeriksaan.”

“Dօktor memaklumkan isteri kemungkinan ada tumօr otak dan dirujuk ke Hօspital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar untuk pengesahan lanjut.”

“Dօktor di hօspital mengesahkannya kemudian pihak hօspital beri pilihan untuk saya rujuk isteri ke Hօspital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru atau Hօspital Kuala Lumpur (HKL) namun saya pilih ke Kuala Lumpur,” katanya.

Menurutnya lagi, Fauziah sudah 3 kali menjalani pembeda̶han membuang ketumbuhan iaitu pada Jun 2016, Disember 2017 dan Februari 2019. Namun, kini penya̶kitnya sudah berada di tahap empat.

“Awalnya isteri masih boleh berjalan cuma tidak kuat namun kesihatannya semakin merօsot hingga terlantar selepas pembeda̶han kali ke-3.

Berat Buat Keputusan Berhenti Kerja

“Keadaannya membuatkan saya nekad ambil keputusan berhenti kerja untuk menjaganya. Memang berat untuk buat keputusan itu namun saya lakukan demi isteri,” katanya yang tetap setia di sisi isteri.

Buat masa ini, mereka bergantung sepenuhnya kepada bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal yang diterima sejak 2017.

“Saya terima bantuan sebanyak RM800 sebulan, RM500 disalurkan JKM manakala RM300 lagi daripada Baitulmal.

“Ikutkan memang tidak cukup malah pernah kami sekeluarga pernah ikat perut ketika isteri mula jatuh sa̶kit dulu namun cuba biasakan diri hidup sederhana dengan makan apa yang ada saja.

Perlu Tanggung Anak Bongsu Bersekolah

“Ini kerana saya masih perlu menanggung anak bongsu yang masih bersekolah di tingkatan 2 manakala anak sulung sudah berkahwin dan ikut suaminya ke Sabah dan anak ke-2 sudah berdikari dengan ambil upah sebagai buruh binaan,” katanya.

Bercakap tentang kerja-kerja rumah, Kamaruddin mengakui tiada masalah melakukannya kerana sudah terbiasa dengan rutin itu sebelum isterinya terlantar lagi.

Namun, pada peringkat awal, dia mengakui agak sukar mengurus isterinya hingga ada ketika ia menguji emosi serta tahap kesabarannya.

“Rutin harian saya bermula selepas solat subuh dengan memberi isteri minum susu pada jam 6 pagi dan perlu ulangi rutin sama setiap 3 jam sekali.

“Jam 3 petang pula, saya beri isteri makan bubur dan begitulah rutin setiap hari selain membawanya ke tandas untuk mandi serta buang najis.

“Jujurnya memang menguji kesabaran terutama ketika mula-mula dulu kerana pernah beberapa kali isteri buang na̶jis pada badan saya ketika mengangkatnya ke tandas namun kini sudah lali dengan semua itu,” ujar suami yang setia itu.

Setia, Tak Terlintas Di Fikiran Untuk Kahwin Lain

Kamaruddin mengakui ada yang mencadangkannya untuk berkahwin lagi namun tidak pernah terlintas di fikirannya untuk berbuat demikian.

“Tumpuan saya kini hanya pada isteri dan anak jadi tidak pernah rancang untuk berkahwin lagi jauh sekali meninggalkan isteri.

“Jika ada sedikit waktu terluang pun, saya akan main permainan video supaya tidak fikirkan hal selain keluarga.

“Lagipun, isteri perlukan perhatian saya kerana dia juga bergantung dengan ubat da̶rah tinggi dan sa̶wan,” katanya. Mujur anak bongsunya, Mohd Minzan Shah, 14, turut sama membantu.

Berat mata memandang, berat lagi mereka yang menghadapinya. Bagi sesiapa yang berhasrat membantu keluarga ini boleh menghubungi Kamaruddin di talian 019-6364188.

Semoga Puan Fauziah pulih semula dan dimurahkan rezeki buat mereka sekeluarga.

Sumber : [Hmetro]

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.