Kisah
“Saya Tak Kuat Nak Naik Pentas” – Sayu, Isteri Dedah Suami Berahsia Sambung Master Sebab ‘Takut Malu’, Meninggal Selepas 4 Hari Disahkan Kanser

Berahsia Sambung Master.Di sebalik kegembiraan ada seorang isteri yang menahan kesedihan apabila dia terpaksa menggantikan tempat suaminya yang menerima Ijazah Sarjana Komunikasi Massa (Pengiklanan) Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada Rabu.
Nor Aziah Yahaya, 45, hanya mengenakan busana biru tanpa menyarung jubah seperti penerima anugerah lain pada majlis konvokesyen tersebut.
Walaupun ibu kepada empat anak ini nampak tenang, jauh di sudut hatinya ingin saja dia membiarkan air mata mengalir ketika menerima penganugerahan tersebut.
Isteri Dedah Suami Berahsia Sambung Master Sebab ‘Takut Malu’
“Sepatutnya suami (arwah) naik pentas, bukan saya. Saya hanya patut duduk di bawah ini tengok dia gembira terima ijazah hasil usaha kerasnya siang dan malam selama tiga tahun untuk dapatkan master ini,” katanya kepada mStar.
Nor Aziah yang kini menjalankan perniagaan secara atas talian berkata, takdir menentukan suaminya Syed Shahfuddin Syed Zainal Abidin yang merupakan pengarah akaun di sebuah syarikat pengiklanan menghembuskan nafas terakhir pada 12 Januari lalu di Hospital Ampang Puteri.
Tambah Nor Aziah, pada mulanya dia berat hati untuk naik ke pentas bagi menerima anugerah tersebut kerana bimbang perasaannya sukar dikawal. Namun disebabkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak universiti dia akhirnya bersetuju.
“Sepatutnya anak lelaki saya yang nombor tiga, umur 12 tahun yang naik pentas sebab saya tahu saya tak kuat nak naik pentas. Tapi disebabkan prosedur menetapkan hanya anak 18 tahun ke atas yang boleh naik, saya akur. Masa tu pula urusetia UiTM kata puan naiklah demi arwah. Saya pun akhirnya setuju.
“Hati tu 50-50, sebab bila kata anak tak boleh naik saya dah rasa macam, tak apalah tak payahlah. Saya datang ambil di pejabat je nanti. Tapi bila fikirkan penat lelah arwah selama tiga tahun dengan kerja dan belajar lagi, saya mesti lakukannya sebab nak bagi kenangan untuk anak-anak dan jadikan semangat. Walaupun daddy dah tak ada tapi dia belajar sampai akhir hayat dia. Akhirnya saya kuatkan hati dan pergi juga,” luah isteri kepada arwah, sebak.
Anak tak tahu pun bila arwah sambung belajar. Dah meninggal tu baru saya cakap. Yang tahu pun hanyalah anak sulung yang sedang belajar di UM. Sebab arwah ni jenis kalau benda tak nampak, tak nyata lagi jangan cerita dengan orang. Sebab arwah risau bila dah cerita nanti tak lepas (lulus) jadi malu.
Menurut ibu kepada empat anak ini, suaminya menghidap kanser limfona atau lymphoma (kanser darah) tahap empat dan hanya mengetahui tentang perkara itu empat hari sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
Nor Aziah berkata dia dan suami tidak pernah tahu tentang penyakit kanser ini, tetapi mengakui suaminya sering keluar masuk hospital tanpa dimaklumkan tentang penyakit yang ditakuti ramai itu.
Kongsinya lagi, selama arwah suaminya menyambung pelajaran tiada siapa pun tahu mengenai perkara itu termasuklah anak-anak, keluarganya dan keluarga suami.
“Anak tak tahu pun arwah sambung belajar. Dah meninggal tu baru saya cakap. Yang tahu pun hanya anak sulung yang sedang belajar di Universiti Malaya. Sebab arwah ni jenis kalau benda tak nampak, tak nyata lagi jangan cerita dengan orang. Sebab arwah risau bila dah cerita nanti tak lepas (lulus) jadi malu,” katanya.
Selain itu, kisah ini turut dikongsi di laman Twitter oleh seorang gadis pada Rabu dengan kapsyen, ‘Weh saja nak cerita harini masa konvo ada seorang wanita atas pentas tak pakai jubah konvo dan music gamelan tetiba berhenti. Rupanya dia tolong ambil untuk arwah suaminya yang meninggal Januari 2019 sebab kanser lymphoma. Kami bacakan Al-Fatihah sebelum dia ambil scroll arwah’.
Posting tersebut yang dimuatnaik berserta gambar arwah di skrin menarik perhatian ramai dengan meraih kira-kira 4,200 ulang kicau (retweet) dan 4,100 suka (likes).
Anugerah itu disampaikan oleh Yang Berbahagia Profesor Emeritus Ir. Dr Azraai Kassim kepada Nor Aziah bagi pihak allahyarham pada Majlis Konvokesyen ke-91 Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
Sumber:Mstar
- Resepi Viral3 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA3 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah