INFO
Saintis China berjaya melakukan pemindahan secara nirwayar, 1TB data per saat dengan jarak dipancarkan sejauh 1 KM
Saintis China berjaya melakukan pemindahan secara nirwayar, 1TB data per saat dengan jarak dipancarkan sejauh 1 KM
Sekumpulan saintis dari Beijing, China berjaya melakukan pemindahan menggunakan gelombang radio vorteks yang didakwa mampu mengubah teknologi komunikasi secara nirwayar. Eksperimental di salah sebuah kompleks Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing berkeupayaan memancarkan lebih 10,000 video penstriman dengan resolusi berdefinisi tinggi (HD).
Ini bersamaan lebih kurang 1TB data per saat dengan jarak dipancarkan sejauh 1 KM. Data yang dipancarkan adalah di dalam julat milimeter. Namun bukan menggunakan gelombang radio “dua-dimensi” seperti kebiasaan, tetapi menggunakan gelombang radio vorteks “tiga-dimensi.
Gelombang radio biasa merambat (propagate) di ruang udara dalam jujukan garisan linear naik dan turun gelombang elektromagnetik. Manakala gelombang radio vorteks pula bergerak seperti pusaran puting beliung.
Pengkodan Data dalam Ruangan Tiga Dimensi – Imej dari Universiti Tsinghua Beijing
Maklumat yang dihantar pula dienkod (encoded) di dalam momentum orbital bersudut, seiring dengan gerakan membulat vorteks berkenaan. Kebanyakan saintis berpendapat kaedah pemindahan data ini tidak akan memeluwap (condensed) aliran data yang dipancarkan.
Teknologi Gelombang Radio Vorteks
Eksperimen menggunakan perambatan (propagation) gelombang radio sudah bermula sejak 120 tahun dahulu dan telah dibuktikan tidak berkesan di seluruh dunia. Penyelidik dari China ini bagaimanapun menyatakan pencapaian ini banyak disumbangkan oleh penemuan yang dilakukan para saintis-saintis terdahulu di dalm bidang ini.
Masalah utama dengan kaedah ini adalah saiz putaran gelombang berkenaan akan sentiasa bertambah dengan pertambahan jaraknya. Hal ini seterusnya akan menyebabkan kemerosotan kekuatan isyarat penghantaran.
Bagaimanapun, kumpulan penyelidik China ini telah menghasilkan sebuah pemancar unik yang menghasilkan pancaran vorteks yang lebih berfokus yang membolehkan gelombang-gelombang berkenaan diputarkan di dalam tiga mod berlainan.
Ini seterusnya membolehkan lebih banyak maklumat dipancarkan. Dalam pada masa yang sama, sebuah alat penerima berprestasi tinggi turut dibangnkan bagi menerima dan menyahkod sejumlah amaun data yang besar dalam tempoh kurang dari 1 saat.
Kumpulan penyelidik berkenaan juga mendakwa pada tahun 2018, mereka pernah melakukan pemasangan sambungan vorteks di antara sebuah pesawat dengan stesen di daratan pada jarak 172 km.
Pun begitu, perkembangan ini masih terlalu awal untuk menganggap akan membawa kepada penghasilan rangkaian 6G dalam masa terdekat ini. Hal ini kerana teknologi rangkaian generasi berikutnya ini dijangka bakal hadir seawal penghujung dekad ini.
Sumber; South China Morning Post melaporkan
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.