Connect with us

INFO

Rakyat Perlukan Pemimpin-Pemimpin Berjiwa Rakyat,Kena Ambil Berat Rakyat Yang Miskin Di Negara Kita

Avatar of nuraimialyaa

Published

on

q1

Adakah pemimpin berjiwa rakyat merujuk kepada seorang pemimpin yang sering kali turun ke padang dengan tujuan untuk memberitahu kepada umum bahawa dia ada di serata pelusuk tempat?
Ataupun pemimpin berjiwa rakyat ini merupakan seorang pemimpin yang tidak kekok turun ke padang untuk menyelesaikan permasalahan rakyat tanpa mengira kaum dan agama, tanpa mengira protokol, tanpa mengira di mana sahaja beliau berada dan juga bersedia menghadapi segala risiko bagi memastikan agar kebajikan rakyat sentiasa terpelihara?

Rakyat Perlukan Pemimpin-Pemimpin Berjiwa Rakyat

OIP 2
Isu ini cukup subjektif dan mengundang pelbagai reaksi yang berbeza-beza, bergantung kepada audiens yang disasarkan. Hakikat juga, tidak ramai daripada pemimpin politik kita yang benar-benar faham mengenai terma berjiwa rakyat.

Semua sedia maklum, kebanyakan pemimpin politik negara, jika pun tidak semuanya lebih sibuk berpolitik dan mengutamakan kepentingan masing-masing. Setiap kenyataan atau kata-kata yang keluar daripada mulut pemimpin-pemimpin ini nampaknya mempunyai maksud tersendiri dan dikeluarkan untuk tujuan tertentu bagi mencapai matlamat yang disasarkan.

Hala tuju politiking mereka ini pula berpaksikan kepada isu perkauman, agama dan segala macam yang remeh sehingga mengakibatkan makin ramai rakyat yang semakin rimas.

download 6

Malangnya, harapan rakyat untuk melihat seseorang pemimpin politik negara untuk menjiwai perwatakan yang prihatin, peka dan berjiwa Kemalaysiaan semakin jauh daripada genggaman.

Saban hari, setiap tutur kata serta perlakuan yang ditonjolkan oleh wakil-wakil rakyat memberikan gambaran yang sebaliknya. Ada kalanya tidak logik, bongkak dan tidak kurang juga mempamerkan kegagalan mereka untuk menafsir sesuatu isu dengan baik.

Kepada pemimpin-pemimpin politik negara dan juga mereka yang berangan-angan untuk menjadi seorang politikus satu hari nanti, ingatlah beberapa perkara berikut yang bakal mencorakkan persepsi umum terhadap anda.

Pertama, bergelar sebagai seorang pemimpin negara atau wakil rakyat, mereka seharusnya berkelakuan sebagai seorang negarawan yang berlapang dada lagi berfikiran terbuka. Jangan disebabkan ada pihak tertentu yang mencabar autoriti, mereka pula terperangkap dalam permainan cabar-mencabar hingga memberikan gambaran negatif terhadap imej pemimpin politik.

download 5

Kedua, sebagai seorang pemimpin negara, seseorang itu haruslah melihat dan menilai sesuatu isu di hadapannya dengan penuh adil lagi saksama, bukannya demi meraih dan mengejar populariti semata-mata. Misalnya, jika terdapat aktiviti turun padang dan mengadakan pertemuan dengan rakyat, tidak semestinya aktiviti itu diberi liputan media besar-besaran hanya kerana pemimpin berkenaan merupakan seorang orang kenamaan berpengaruh.

Pada hemat penulis, pendekatan sedemikian tidak mencerminkan keikhlasan yang sebenarnya daripada pemimpin politik tersebut kerana sebagai seorang pemimpin yang berkhidmat kepada rakyat, mereka tidak seharusnya meminta apa-apa.

OIP 3

Ketiga dan barangkali yang terpenting sekali ialah pemimpin politik perlu sedar bahawa mereka sebenarnya sedang berkhidmat untuk rakyat dan “bos” besar yang sebenar-benarnya adalah rakyat Malaysia. Ini bermakna, mereka mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan tanggungjawab kepada rakyat Malaysia dengan sebaik mungkin.

Oleh yang demikian, adalah tidak wajar sekiranya mandat yang diberikan oleh rakyat kepada pemimpin-pemimpin politik atau wakil rakyat diambil mudah begitu sahaja. Wakil-wakil rakyat ini juga tidak sepatutnya kemaruk kuasa sehingga rakyat perlu akur dan mendengar segala arahan mereka tanpa banyak soal.

Apa yang pasti, bukan semua daripada wakil-wakil rakyat kita dapat memahami dan menjiwai watak pemimpin yang berjiwa rakyat. Hanya mereka yang pernah merasai jerih-payah hidup dan hidup dalam kesusahan yang berupaya memahami kehendak dan suara hati rakyat. Sesungguhnya, inilah jenis pemimpin atau wakil rakyat yang diperlukan oleh rakyat iaitu wakil rakyat yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat sepanjang masa.

Sumber :Malaymail

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU