Kisah
Pulau Socotra merupakan sebuah pulau aneh yang dipenuhi dengan flora dan fauna yang sangat ganjil, pulau ini dikaitkan sebagai lokasi yang mengurung Dajj4l

Pulau Socotra merupakan sebuah pulau aneh yang dipenuhi dengan flora dan fauna yang sangat ganjil, pulau ini dikaitkan sebagai lokasi yang mengurung Dajj4l
Salah satu tempat paling aneh yang wujud di muka bumi ini ialah Pulau Socotra. Socotra merupakan sebuah pulau aneh yang dipenuhi dengan flora dan fauna yang sangat ganjil. Isi alamnya terlalu berbeza dengan sisi belahan bumi yang lain, baik dari segi tumbuhan mahupun haiwan.
Sebuah kepulauan yang terletak di bahagian tenggara negara Yaman. Ia merupakan sebuah kepulauan kecil yang terletak di Lautan Hindi, hampir 400 kilometer dari selatan benua Arab.
Pulau Socotra seolah-olah bukan sebahagian daripada bumi, rupanya seperti sebuah lokasi di planet lain. Malah, pengertian nama Socotra itu sendiri yang bermaksud kebahagiaan dalam bahasa Sanskrit, sudah cukup untuk menggambarkan apa yang ada di sini.
Semuanya terasa ajaib, asing dan pelik. Segala keindahan di sini umpama sebuah pulau fantasi seperti yang digambarkan di dalam filem fiksyen kanak-kanak. Kerana keanehannya itu, Socotra telah dianggap sebagai permata biodiversiti di jazirah Arab. Pengasingan geologi kepulauan ini yang digabungkan dengan iklim padang pasir, telah mewujudkan flora unik dan menakjubkan.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Royal Botanic Garden Edinburgh, 307 daripada 825 spesies tumbuhan di sini adalah endemik – spesies tumbuhan yang tidak ditemui di tempat lain di bumi. Angka tersebut merangkumi satu per tiga daripada jumlah keseluruhan tumbuhan di dalamnya.
Dengan kata lain, ia hanya tumbuh di Socotra sahaja. Malah, beberapa spesies tersebut dianggarkan telah berusia lebih daripada 20 juta tahun. Inilah yang membuatkan Socotra begitu terkenal kerana ia begitu eksotik, sekali gus menyimpan misteri yang tersendiri.
Flora dengan bentuk aneh seperti pokok Darah Naga (Dracanea Cinnabari) menjadi ikon pulau ini. Bentuknya seperti payung atau persis cendawan. Namun, saiznya lebih besar, cukup untuk memayungi beberapa orang manusia dewasa daripada terik mentari.
Ia dikenali sebagai pokok Darah Naga kerana getahnya berwarna merah. Penduduk tempatan percaya bahawa getah pohon ini mampu menyembuhkan penyakit. Dalam sebahagian rutin lain juga, getah ini turut dijadikan sebagai pewarna semula jadi. Pada zaman pertengahan, pohon Darah Naga ini turut medium dalam ritual amalan sihir penduduk kepulauan Socotra.
Pokok Darah Naga

Selain itu, antara tumbuhan unik lain yang terdapat di pulau ini ialah pokok Delima Socotra atau nama saintifiknya punica protopunica. Ia dikatakan sebagai benih asal pokok delima sebelum pohon tersebut berevolusi. Delima Socotra memiliki bunga yang berwarna merah, tidak seperti pohon delima biasa yang berwarna merah jambu. Ukuran bunga pohon ini pun lebih kecil dari pohon delima biasa.
Begitu juga dengan pokok timun raksasa (dendrosicyos socotranus) yang memiliki bentuk aneh. Ia bukanlah sejenis tumbuhan yang menghasilkan timun, tetapi merupakan pohon yang secara fizikalnya menyerupai timun raksasa. Batangnya besar dengan sedikit cabang halus pada bahagian pucuk serta memiliki bunga-bunga kecil. Ketiga-tiga tumbuhan ini hanya boleh ditemui di pulau Socotra sahaja dan tidak di tempat lain.
Selain tumbuhan, keanehan pulau ini turut merangkumi haiwan-haiwan yang hidup di dalamnya. Sekalipun beberapa spesies haiwan seperti ketam, mengkarung atau lipan boleh ditemui di sini, tetapi saiznya beberapa kali lebih besar.
Selain itu, pulau ini juga menjadi habitat spesies burung endemik seperti Socotra Starling Onychognathus Frater, Socotra Sunbird Nectarinia Balfouri, Socotra Sparrow Passer Insularis, Grosbeak Socotra Rhynchostruthus Socotranus serta burung ‘penyanyi’ Incana incana.
Di bahagian perairan pula, pulau ini memiliki spesies endemik terumbu karang. Bagaimanapun, terdapat juga haiwan-haiwan ternakan seperti ayam, kambing dan lembu yang dibawa oleh penduduk pulau ini sebagai sumber makanan mereka.
Socotra merupakan sebuah kepulauan terpencil yang terdiri daripada satu pulau utama yang dikelilingi tiga pulau kecil lainnya. Dengan keluasan 3,796 kilomter persegi, ia didiami kira-kira 50,000 orang penghuni tetap, yang mana hampir keseluruhannya merupakan penduduk asal pulau ini.
Berdasarkan kepada sejarah, pulau ini telah ditemui sejak kurun pertama Masihi lagi. Malah, Christopher Colombus ketika dalam misi pelayaran pertama mengelilingi dunia, beliau turut membuat catatan mengenai pulau Socotra. Pada tahun 1511, pulau ini kemudiannya telah dikuasai oleh kesultanan Mahra dan sebahagian besar penduduknya telah memeluk Islam.
Kira-kira 456 tahun kemudian, iaitu pada November 1967, pulau Socotra akhirnya menjadi sebahagian daripada Republik Yaman. Kerana keajaibannya, pulau ini telah mendapat pengiktirafan daripada UNESCO pada Julai 2008. Kelestariannya dijaga rapi oleh pihak berwajib sehinggakan sebarang bentuk pembangunan dilarang sama dibangunkan di situ.
Tiada hotel, restoran atau bangunan lain di pulau ini. Hanya sebatang jalan raya sahaja telah dibina, itu pun atas alasan untuk memberi kemudahan kepada penduduk tempatan.
Selain itu, pulau ini juga terkenal dengan kisah yang mengatakan kononnya di sinilah lokasi di mana Dajj4l pernah dipenj4rakan. Ia sering dikaitkan dengan teori tentang D4jjal yang pernah diku.rung di laut Yaman. Benar atau tidak, tiada siapa mampu mengesahkan kisah tersebut.
Pulau ini dikaitkan sebagai lokasi yang mengurung Dajjal

sumber: utusantv.com via majalah utusan.com
Kisah
Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.
Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.
“Saya Cuma Jual Sedikit…”
Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.
Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.
Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.
Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.
“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.
Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.
Rayuan Yang Menjadi Tindakan
Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.
Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.
Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.
Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu
Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:
Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu
Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut
Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik
“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.
Lebih Daripada Sekadar Denda
Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.
Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.
Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.
Kisah
“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang
Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!
Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”
Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.
Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu
Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!
“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur
@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال
Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.
Antara komen yang mencuri tumpuan:
“Bukan main garang bini kau, bang…”
“Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.”
“Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.”
“Doakan saya pun dapat surprise macam ni.”
Bahagia Itu Bila Saling Menghargai
Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.
Sumber: TikTok @ashraffkamal_
Kisah
“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak
Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.
“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”
Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.
“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.
Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri
Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.
“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.
Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu
Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.
Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.
“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.
@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa
Pengajaran buat semua
Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.
Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.
“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah

















