SEMASA
Polis panggil Caprice, Mondy Tattoo

Polis panggil Caprice, Mondy Tattoo
Polis panggil Caprice, Mondy Tattoo: Shah Alam Polis akan memanggil penyanyi rap, Caprice dan wanita Indonesia dikenali sebagai Mondy Tattoo bagi membantu siasatan laporan dibuat pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew.
Baca lagi di : Cara Renew Pasport Secara Online Melalui Portal JPN 2023
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi, berkata, pihaknya sudah menerima arahan bagi menyiasat kes itu.
Setakat ini, hanya satu laporan dibuat Ebit di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya, semalam.
“Kita sudah merakam keterangan Ebit Lew dan akan merekodkan keterangan daripada Caprice dan wanita Indonesia itu dalam tempoh terdekat.
“Ia adalah prosedur bagi melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.
Semalam, Ebit tampil membuat laporan polis terhadap dakwaan berlaku fitnah melampau dilemparkan terhadapnya berhubung seorang wanita mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang pendakwah bebas terkenal dari Malaysia.
Sumber : Bh
- Resepi Viral3 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA3 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.