SEMASA
Pihak polis siasat Ebit Lew, keterangan beberapa orang saksi sudah diambil

Pihak polis siasat Ebit Lew, keterangan beberapa orang saksi sudah diambil
Pihak polis sudah mengambil keterangan beberapa orang saksi berhubung laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita yang berkait personaliti dakwah, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau biasa disapa Ebit Lew.
Artikel lain : Ustaz Ebit Lew Buat Laporan Polis, Dakwa Diri Difitnah
Pihak polis siasat Ebit Lew
Pihak polis siasat Ebit Lew Memetik laporan dari Utusan Malaysia, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan satu siasatan terhadap Ebit Lew telah dimulakan tanpa mendedahkan laporan tersebut dibuat atas kesalahan apa.
Sahkan ada terima laporan dari Ebit Lew
Pihak polis siasat Ebit Lew Dalam pada itu, pihak polis juga mengesahkan bahawa ada menerima laporan dari Ebit Lew yang mendakwa dirinya difitnah menerusi satu video dari podcast yang tular dengan tajuk ‘The Mondy Tattoo Interview’.
Baca lagi di : Bingka Pandan, Nak Buatnya Terpaling Mudah & Confirm Jadi!
Pihak polis siasat Ebit Lew Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar memaklumkan memang ada menerima laporan daripada individu tersebut sekitar jam 2.17 pagi.
Ujarnya, dia mengatakan telah difitnah oleh seorang wanita dikenali sebagai Mondy menerusi satu video interview secara podcast di sebuah saluran YouTube dengan durasi 27 minit 56 saat.
“Hasil siasatan mendapati, video berkenaan memaparkan wawancara yang dikatakan memfitnah individu terkenal tersebut dan kini mendapat 225,177 jumlah tontonan, 2,600 tanda suka dan 2,800 komen.
“Video memaparkan wawancara yang dikatakan memfitnah individu terkenal tersebut,” katanya.
Difahamkan, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian video yang tular di media-media sosial.
Sekiranya didapati terdapat sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang, pihak PDRM akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada,” tegas Mohd Fairus lagi.
Ebit Lew buat laporan dakwa difitnah
Terdahulu, Ebit Lew telah berkongsi satu perkongsian di media sosial memaklumkan telah membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang TikToker dari Indonesia yang mendakwa diganggu secara seksual oleh personaliti dakwah tersebut.
Ebit yang baru sampai dari Jeddah telah terus ke balai polis untuk membuat laporang berhubung dakwaan yang dianggap fitnah itu.
View this post on Instagram
Susulan daripada itu, influencer, Caprice, yang bertanggungjawab memuat naik video temubual bersama Mondy telah menggesa supaya personaliti dakwah berkenaan segera melayangkan surat saman kepadanya kerana sudah bersedia dengan semua bukti.
View this post on Instagram
Sumber: Utusan Malaysia (Maszureen Hadzman), Instagram Ebit Lew, Caprice
- Resepi Viral3 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA3 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah