Connect with us

AGAMA

Petua Mudah Untuk hidup tenang

Avatar of majalahilmu

Published

on

Petua Mudah Untuk hidup tenang

Petua Mudah Untuk hidup tenang

Bahagia itu fitrah tabie manusia. Semua orang ingin bahagia. Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, dia layak dihantar ke Hospital Bahagia. Kenapa? Sudah tentu orang itu tidak siuman lagi. Manusia yang siuman sentiasa ingin dan mencari bahagia. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia.

Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. Jika kita mencari sesuatu yang tidak diketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya.

Oleh itu, Jom Majalah ilmu kongsikan Petua Mudah Untuk hidup tenang :

  1. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang kehidupan mereka. Dulunya berbasikal, bermotor, berkereta buruk sekarang berkereta Mewah.
  2. Jangan berfikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan pada apa yg kita ada. Tenaga, masa dan wang kita, fokus terhadap benda positif yang mampu kita buat pada masa ini.
  3. Tidak berlebihan melakukan apa yang anda tidak mampu buat. Cukuplah setakat yang anda mampu. Jangan terlalu obses.
  4. Jangan terlalu beremosi terhadap diri sendiri, jika ada yang perli, herdik, tengking,****senyum kan saja.
  5. Jangan bazirkan tenaga dan masa terhadap gosip politik dan gosip liar yang keterlaluan.
  6. Berfikir dengan tenang dan positif terhadap masalah dan musibah yg menimpa.
  7. Iri hati adalah sia-sia. Harta org bukan rezeki dan hak kita.
  8. Jangan ungkit kesilapan pada masa lampau. Lupakan. Ianya akan menghancurkan kegembiraan kita di masa depan.
  9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Sebarkan kasih sayang.
  10. Berdamailah dengan diri dan bersyukur dgn apa yg ALLAH telah kurniakan.
  11. Tiada siapa yang boleh menggembirakan kita selain dari diri kita sendiri.
  12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kita harus terus belajar. Jangan mudah putus asa dengan masalah.

Metafora air limau dan luka di tangan

Air limau itu adalah umpama ujian hidup, manakala tangan yang luka itu ialah hati yang sa kit. Hati yang sa kit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti tak bur, hasa d de ngki, ma rah, kec ewa, putus asa, dend am, takut, cinta dunia, gi lla puji, tam ak dan lain-lain lagi. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya menimbulkan sahaja sifat mazmumah yang sedia bersarang di dalam hati. Bila diuji dengan cercaan manusia, timbullah rasa kecewa, mar ah atau den ndam. Bila diuji dengan harta, muncullah sifat tam ak, gi lla puji dan takbur.

Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah penyebab hilang bahagia tetapi rasa kece wa, mar ah dan tidak sabar itulah yang menyebabkannya. Pendek kata, ujian hidup hakikatnya hanya menyerlahkan sahaja realiti hati yang sudah tidak bahagia lama sebelum ia menimpa seseorang.

Dengan segala hujah di atas terbuktilah bahawa pendapat yang mengatakan bahagia itu datang dari luar ke dalam adalah tertolak sama sekali. Ini kerana faktor “kesihatan” hati jelas lebih dominan dalam menentukan bahagia atau tidaknya seseorang berbanding segala faktor luaran. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kebahagiaan itu datang dari dalam ke luar – soal hati.

UTAMAKAN maksud ayat ini

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
“Hanya dengan mengingatku (Allah) hati akan menjadi tenang”. (QS. Ar-Ro’d : 28)

Semoga artikal ini bermanafaat.

Jika sukakan artikal ini jangan lupa like share dan komen di Fb Majalah Ilmu. Terima Kasih.

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.