Petua
Petua Buat Air Barli Lemon Untuk Turunkan Kolesterol dan Berat Badan sesuai untuk berbuka puasa

Petua Buat Air Barli Lemon Untuk Turunkan Kolesterol dan Berat Badan sesuai untuk berbuka puasa
Gaya hidup tidak sihat seperti makan makannan tinggi lemak, jarang bersenam, ketagihan rokok menjadi faktor utama kuat penyebab tingginya kolestrol.
Masalah kolesterol tinggi dah jadi macam masalah biasa sekarang. Salah satu petua yang boleh diamalkan untuk mengurangkan masalah ini adalah dengan mengamalkan minum air barli bersama lemon.
Menariknya ia bukan saja untuk untuk turunkan kolesterol tapi juga kurangkan berat badan. Minum segelas kolesterol turun berat badan pun makin kurang. Best kan. Petua ini dikongsi oleh Sumaiyah Abdullah.
Amalkan segelas sehari
Kali ni ciksu nak share satu resepi minuman untuk turunkan kolesterol dan berat badan. Untuk hasil yang positif, amalkan satu gelas setiap hari.
Bahan-bahannya
- 3 sudu besar
- Biji Barli
- 2-3 sudu kecil madu
- 3 gelas air1 hirisan lemon
Ini sukatan untuk satu gelas. Kalau nak lebih, tambahkan lagi air.
Cara-caranya simple sangat
- Sebelum rebus barli tu, korang basuh dan rendam dulu 2-3 jam.
- Pastu rebus dengan sukatan 3 gelas air. Gunakan api yang kecil @ sederhana.
- Rebus sehingga dapat 1 gelas air rebusan barli dan barli dah nampak empuk.
- Kemudian sejukkan.
- Bila dah sejuk, tuang ke dalam gelas dan masukkan 2-3 sudu madu asli. (Boleh juga nak ganti dengan gula)
- Perahkan sedikit lemon @ masukkan hirisan lemon ke dalam gelas. Kacau rata. Dah pun siap. Sedia untuk diminum. Sesuai sangat dihidang untuk anak-anak yang baru balik dari sekolah. Betul betul menyegarkan. Phewww.
Air barli bersama lemon ni memang “A” lah untuk turunkan paras kolesterol dalam badan. Tapi ciksu minum untuk turunkan berat badan.
Sebab dulu-dulu ciksu badan sedikit berisi. Selain itu, banyak lagi manfaat barli ni. Antaranya :
- Menyejukkan badan.
- Barli bersifat anti-bakterial – bagus diambil ketika demam, batuk dan selsema.
- Mengawal gula dalam darah.
- Mencegah jangkitan saluran kencing.
- Mencegah batu karang.
Lepas minum, biasanya korang akan kerap kencing tau. Tapi bagus la macam tu. Salah satu proses detoksifikasi.
Lebihan barli boleh di buat bubur barli. Campur sedikit susu segar dan madu. Enak dimakan begitu sahaja.Okey. Selamat mencuba.
Sumber: Sumaiyah Abdullah
Selamat Beramal.
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah ilmu.

- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.